Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Friday 28 September 2007

PMR 2007

PMR 2007

Batch Pertama Dekad Kedua
GPS 1.3
1-5 Oktober 2007

Bersama 9A kita capai, REDHA Allah kita kejar, berlari sebaris!


All the best, sahabatku semua.
Ana sayang korang. (Jgn perasan lebih-lebih, haha!)

Blank

(Sedang mendengar lagu Janji Kita sambil terkenang wajah yang tersayang)

Huhu... Blanky blank head.

Dari sinar mata itu
aku lihat harapan yang terpancar
sedikit bait katanya
aduh panahnya bisa menerobos jiwa
tertampar hati
getaran di jiwa
sesal kini
tak kemana perginya...

mereka kata aku bisa
mengukir gemilang
mereka bisikkan di telinga
"aku yakin padamu"

butiran mutiara jernih
bagai hendak jatuh
membasahi bumi
aku cuba genggam
aku cuba telan
aduh payahnya
memikul segunung harapan

sekarang bukan masa mengaduh!!!!!
BANGKIT
BANGKIT
BANGKIT
Tiada masa untuk menoleh
Di belakang cuma ada
masa silam yang tidak boleh diulang
Pandanglah ke depan
di sanalah letaknya segalanya,
Langkahlah dengan penuh yakin
kerana
setiap langkahmu
membawamu kepada dirimu sendiri...
Kuatkan hatimu
Allah ada bersamamu.


Ni kes perang dalam diri sendiri. Hehehehe... Merepek sikit.

Sunday 23 September 2007

yong tau fu

assalamualaikum,

hari nih ana dapat bukak internet. ana berasa gembira sekali.

pasal cikgu semalam tuh. kepada sesiapa yang terasa hati seperti ana yang terasa ketika dia mengutuk naqiuddin dan lebey2 lagi apabila dia mengutuk fathimah..rase terbakar hati ini dan dah xde mood nak blaja science. tapi ana ambil jalan alternatif dengan hanya memaafkan sahaja diri dia dan harap2 agar ramadhan kali ini mengubah cikgu tuh menjadi yang lebey baik. amin..............
harap2 agar mulut celupar cikgu tuh mengucapkan kata2 yang baik.amin.........

hahaha..fathimah ngan mazya kate nak update..x update pon. blaja eh? uuuuu...
dahlah dulu, ana nak beransur pulang.
assalamualaikum.

Wednesday 19 September 2007

Rindu

Assalamu'alaykum!!

RINDUNYA KAT BLOG!!!

Untuk pengetahuan anda, blog saya ape entah jadi saya malas nak amik tahu nanti lepas PMR kita golek2 korek2 investigate perkara yang berlaku. Huhu.

Tadi baca blog Alifah, rasa cam nak nangis. Dengar lagu ni, nak nangis lagi.. Tapi takpe... Big girls don't cry..depan orang..

PMR tinggal 10 hari lagi. Ana rasa satu perasaan yang ana tak tahu camne nak explain. Ana rasa happy, sebab ada sorang kawan ana yang baik dapat A dalam subjek yang dia lemah. :D Ana rasa sedih sebab ana masih tak dapat nak tunaikan harapan ustazah.. Ustazah mintak ana tolong kawan2.. Tapi how???

The last trial's result was something to bang the head. Silly borderline marks!! Argh!! Who cares... Tergolek jatuh dalam longkang. Hisy.

Ape aku merepek nih.

Sila pulangkan buku kat sudut bacaan 3 Itqan.

Ana nak buat review pasal lagu nih ah

Bila kejayaan sudah digenggaman
Tunaikan azammu zahirkan impian
Warnailah ikrarmu yang kau lafazkan
Kotakan cita perjuangan

Ana selalu tersentuh bila part nih.. Uhuh... Tunaikan azam. Kejayaan. Macam senang je bunyi dia, tapi macam nak tergolek je. Warnai ikrar. Ingat, apa yang kita dah janji, kita kena tunaikan!!! TUNAIKAN!!!!!!! GPS 1.3!! Eh dah lama tak sebut perkataan ni. Siapa yang janji nak dapat A dalam Science hehehehehehe.... Ohoo kotakan cita perjuangan! Apa cita2 kita? nak keredhaan Allah! :D

Ah malas nak menaip sebenarnye...

Sakit pinggang dah.

Ok.

Tidola esok nak masak.

Jam berwarna metallic

assalamulaikum,

ana sedang mendengar lagu janji kita, dan ana terasa macam nk nangis. sbbnyer, ntahlah. antunna hayatilah lirik tuh sendiri.

inilah janji kita
bersama zahirkan mimpi jadi nyata
bila kejayaan
sudah di genggaman
tunaikan azammu
zahirkan impian
warnailah ikrarmu
yang kau lafazkan
kotakan cita perjuangan


huhuhuhuhuhuhuhhuhuhu...bermaknanyer lirik die.

ana x tau nk ckp ape lagi sbb mcm dah xde benda nk dibincangkan. jomlah kite buat masalah lagi dalam batch kite, pastuh nnt ade org marah2 n tulis dalam blog nih pastuh fathimah membebel panjang2. bkn ke seronok?
hahahaha.....ahhhh...lari! nnt mazya datang cubit ana. jomlah, tapi kite buat lepas PMRlah, jangan nk tensionkan orang lagi. ana nk buat masalahlah nnt. mcm best jerk, nnt ana pikir nk buat ape. ana nak ajak aisyah ngan fahna ngan safiah ngan hidayah buat masalah. nnt ana bincang ngan derang..korang pon planlah sekali utk memeningkan kepala orang. best tau...x caye? jomlah buat!

tadi ana bincang sket ngan safiah, kitorang rase nk buat propaganda utk memenangi hati batch 11 nih dengan slogan 'batch 11 untuk batch 11' xpon 'semangat batch 11' dengan rancangan ' kawasan kesemakmuran bersama batch pertama dekad kedua'. best x? (dengan penuh berlagak) kite buatlah kawasan putih dengan kawasan hitam. kite buat catuan makanan sekali... mesti bley eratkan ukhuwah dengan makan bersama dalam satu dulang. dalam satu dulang tuh ade nasi satu senduk dengan ayam seketul bersama sepapan petai. sayur kene makan byk sketkan?hahahaha....pastuh kite buat rancangan bobot
(sempena rancangan cobbold) mintak pandangan sume batch 11 tentang rancangan nih. amacam, bijak x ana? (alifah sedang tension membaca buku paling bosan dekat alam semesta iaitu sejarah..tu yg jadi loony camnih)

lepas bulan puase nih sape yg x nak datang sekolah? alifah!
hehehe....mcm malas nk datang, ape kate kite blaja mase raye nnt? mesti antunna x nak. ana tau dah sbb ana pon x nak.

dahlah dulu, xde modal dah nk merepek. lagipon ana x nak kurangkan pahala puasa ana lebey2.

assalamualaikum.

*loony tuh crazy..ana bkk kamus oxford tadi.

Saturday 15 September 2007

Nusantara Post

Pelajar Hidayah Menangi Tempat Ketiga
Pertandingan Menulis Esei Merdeka

Cheras, Rabu 12 September 2007
- Pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru, Humaira' binti Jelani, memenangi Hadiah Ketiga dalam Pertandingan Menulis Esei Kategori Bahasa Malaysia sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang lima puluh tahun yang dianjurkan oleh Bahagian Pelajaran Swasta (BPS), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Humaira' menerima hadiah tersebut semasa Majlis Penyampaian Hadiah yang diadakan di Sekolah Sri Cempaka, Cheras, Kuala Lumpur, pada pagi 12 September 2007. Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Haji Musa Mohamad Kassim, Ketua Unit Penguatkuasaan BPS, bagi pihak Pengarah Bahagian Pelajaran Swasta, Puan Ee Hang, yang tidak dapat hadir.
Turut menerima hadiah ialah pelajar Tingkatan 3, Fathimah Azzahra' binti Ainullotfi, yang memperoleh Hadiah Saguhati dalam Kategori Esei Bahasa Inggeris.

Sejumlah 27 buah sekolah swasta daripada seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam pertandingan Menulis Esei ini,
dengan sebanyak 134 penyertaan diterima dalam kategori Esei Bahasa Malaysia dan 93 penyertaan bagi kategori Esei Bahasa Inggeris. Sekolah Menengah Confucian, Kuala Lumpur, menerima hadiah khas sebagai sekolah yang menghantar paling banyak penyertaan iaitu sebanyak 35 esei.

Sebelum upacara penyampaian hadiah suatu Pertandingan Koir Lagu Patriotik juga telah dilangsungkan. Sebanyak tujuh buah sekolah swasta mengambil bahagian iaitu Sekolah Sri Bestari, Sekolah Sri Utama, Sekolah Menengah Tsun Jin, Sekolah Menengah Confucian, dan Sekolah Sri Garden, semuanya dari Kuala Lumpur, dan Sekolah Menengah Chung Hwa dan Sekolah Sri Suria dari Selangor. Sekolah Menengah Tsun Jin muncul sebagai Johan, sementara Sekolah Sri Bestari menjadi Naib Johan dan Sekolah Sri Garden menduduki tempat ketiga. Pertandingan koir kali ini dihadkan kepada sekolah-sekolah dari sekitar Lembah Kelang sahaja, tetapi BPS bercadang untuk membuka kepada seluruh negara di lain kali.


[Berita Nusantara]



Humaira' binti Jelani menerima trofi dan sijil untuk tempat Ketiga Kategori Esei Bahasa Malaysia


Fathimah Azzahra' menerima hadiah beliau daripada Tuan Haji Musa sambil diperhatikan oleh Cik Mageswary dari BPS (kepala senget haha..)



Puan Kamaliah Nordin, Pengetua SMIH, sedang menikmati persembahan koir, bersama dhif-dhif kehormat lain dari BPS dan Sekolah Sri Cempaka.


Sekolah Tsun Jin yang memenangi Pertandingan Koir Lagu Patriotik bergambar bersama Tuan Haji Musa





Rombongan SMIH bergambar di hadapan Sekolah Sri Cempaka.
Dari kiri: Cikgu Aisyah, Humaira', Puan Kamaliah, Fathimah Azzahra' dan Dr Murniati Mustafa (ibu Fathimah)
[Lensa Nusantara]

Friday 14 September 2007

A Mix of Everything

Assalamualaikum,

Wow! It's been ages since i visited here. I see that there a re TONS of entries that I am not going to bother to read! Well I just wanted to say Ramadhan Mubarak and I wish everyone good luck in the PMR!

Cuma satu je permintaan ana, pada sapa2 yg belum sedar lagi betapa dekatnya PMR, SEDARLA! ana minta semua belajar gila2! PMR tinggal lagi 16! so belajar betul2. lepas PMR nak tengok tv berapa lama pon boleh..nak tidor pon boleh..ana minta sangat antum semua berusaha gila2 utk berjaya dlm PMR!

"Ya Allah, berikanlah kami kejayaan dlm PMR" Amin.

so in love

assalamualaikum,

marilah kita berlari sempena pelarian yang akan berlangsung pada 1-5 oktober 2007 bagi sesiapa yang masih belum bersedia!

butir-butir acara larian tersebut:

Masa: Bila2 masa jika anda terasa insaf dengan keputusan sendiri.
Tempat: di mana-mana sahaja jika anda rasa sesuai tempat itu di situ
Tarikh: sama dengan masa
Acara:
1) larian berkejaran berkeliaran membuat latihan
2) mainan bowling untuk terkena pin kejayaan dalam PMR
3) memerah otak untuk berfikir
4) lari berhalangan merentasi semua halangan terutamanya kemalasan.
5) bola jaring dengan mengikut strategi dan disiplin serta peraturan
6) bola sepak tanpa dikenakan kad merah dan kuning
7) melawan hawa nafsu untuk tidak terjebak dengan perkara2 negatif seperti
menonton television mahupun berbalas sms.
8) acara kerohanian ( solat sunat)

marilah beramai-ramai menyertai pelarian ini bagi yang belum bersedia. bagi yang sudah bersedia, tahniah kerana anda sudah menetapkan target anda untk mencapai kejayaan. syabas!

sekian.

yang tgh malas nk bace buku..kuatkan semangat, alifah!!!

kita masih berdiri

assalamualaikum,

hari nih awal ramadhan..alhamdulillah. kite dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh dengan keberkatan nih.

PMR lagi 16 hari..Ya Allah. takut sgt! ana takut sgt bile fikir yang nnt kite akan masok dewan peksa tuh, jawab soalan. pastuh lepas tuh merdeka jap sementara kita berdebar-debar nak amik result PMR nnt. huh!
semoga ana akan tenang mase nak masok dewan peksa tuh nnt. dahlah ana jenis yang cepat gelabah. masalah sungguh.

ana nak capai 9A tuh, tapi ana takut ana x dapat. ok, yakin pada diri sendiri. ANA BOLEH CAPAI 9A selagi ana teruskan usaha ana n yakin pada Allah bahawa Allah akan tolong ana. lagipon skang nihkan bulan ramadhan.

cubalah kau terus mencuba
lupakan segala duka lara
usah putus asa
segala dugaan menimpa
pastikan nanti ada hikmahnya
usah putus asa

lastly, marilah kite same2 mencapai kecemerlangan bagi kemaslahatan diri sendiri dan juga untuk sekolah.
(teringat harapan ustazah kamaliah kat kite..huh,gerun!)

hayya hayya ya batch pertama dekad kedua!

assalamualaikum.

Wednesday 12 September 2007

Ramadhan Al-Mubarak


Assalamualaikum..


Ana just nak ucapkan kat sini, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang penuh dengan berkah nih.
Walaupun kite sume nak pekse, nak kene baca buku banyak2, tapi jangan nak jadikan tuh alasan nak kurangkan baca Al-Quran..

-----------

ehem2.. sebenarnya tengah sedih ni blog sendiri xleh bukak dah bape hari.. rindu dengan blog tersayang! huhuh :'(

Tuesday 11 September 2007

Pesan Rijal buat Nisa'

Kami sulit menahan pandangan mata KAMI
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan ALLAH
kecantikan dan postur yang ideal, kami
semakin susah untuk menolak agar tidak
melihat kalian, karena itu lebarkanlah
pakaian kalian, dan tutupilah rambut
hingga ke dada kalian dengan
kerudung yang membentang.

Kami juga sulit menahan pendengaran
kami ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan
oleh ALLAH suara yang merdu dengan irama
yang mendayu, karena itu tegaskanlah
suara kalian, dan berbicaralah
seperlunya.

Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian, ketika
kalian dapat menjadi
tempat mencurahkan isi hati kami, waktu
luang kami akan sering terisi oleh
bayangan-bayangan kalian, karena itu
janganlah kalian membiarkan kami menjadi
curahan hati bagi kalian.

Kami tahu kami paling lemah bila harus
berhadapan dengan kalian,
Kekerasan hati kami dengan mudah bisa
luluh hanya dengan senyum kalian,
Hati kami akan bergetar ketika
mendengar kalian menangis,
Sungguh ALLAH telah memberikan amanah
terindah kepada kalian, maka jagalah
jangan sampai ALLAH murka dan
memberikan keputusan.

Maha Besar ALLAH yang tahu akan
kelemahan hati kami, hanya dengan
ikatan yang suci dan yang diredhoi-Nya
kalian akan halal bagi kami.

"Lalu apa yang telah aku lakukan selama
ini...
Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk
setiap pandangan yang tak terjaga,
lisan yang merayu dan hati yang tak
terhijab...
Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap
detik, karena kasih sayangMu kepada kami
engkau perintahkan malaikat silih
berganti menemani kami siang dan
malam..."

"dipetik daripada bulletin FS... hehe... betul eh?"

Sunday 9 September 2007

Esok Trial

Esok nak trial. Yang hang dok depan komputer ni apehal? Pegi study ah! Aiseyh. Esok dahle BM. Ish ish... Imbuhan meN-kan ngan meN-i dah tere belum? Dengor cerite asyik salah je. Pegi pegi pegi!!!! Pegi study!!!!!

GPS 1.3!!!!

Saturday 8 September 2007

al-imtihan saya'ti qariban

al-imtihan saya'ti qariban.

yakin pada Allah.... ingatlah janjiNya buat hambaNya yang sentiasa berjuang..
Allah takkan sia-siakan usaha hamba-hambaNya yang dipersembahkan demiNya..

maafkan kesalahan semua orang. maafkan kesalahan SEMUA orang.
jangan simpan dendam. JANGAN SIMPAN DENDAM.. ingat tu...

selagi ada masa, usaha yang terbaik. usaha juga gunakan cara yang terbaik.
Paling penting, buat yang terbaik untuk percubaan terakhir PMR nanti...

jaga kesihatan. du'a selalu pada Allah agar diberikan ketenangan dan kemudahan sepanjang imtihan.

du'akan kecemerlangan dan kegemilangan bersama!
ad-du'a' silahul mu'min~

kemenangan beerti...
demi SMIH... demi ummah...
demi Islam, deen yang tercinta...

ini hanyalah tinta seorang pelajar..
yang harapkan du'a teman2nya...
yang dah lama tak bersuara di sini...

Monday 3 September 2007

Mencapub, boleh?

Assalamu'alaykum!!

Setelah bertungkus-lumus untuk PMR, seharian menghadap kertas dan memegang pen, ada masanya anda perlu relax! :D

Nah, kalau tere buatlah... Soalan killer punya! Muahahaha! Kalahkan Safiah, kalau tere. Kalau dapat kalahkan Maz, takde papelah, sebab die tu soalan senang pun salah... :P

Leaderboard
Create your own Friend Test here

are you ready kids?(ayai captain!!)

assalamualaikum,
ana mewakili diri ana sendiri nak tanya antum semua ni dah sedia ke belum nak PMR?? aarrggh...kalau nak diikutkan, memang tak nak je ambil pmr ni, betul tak? bak kata kakak ana, kan best jadi budak TADIKA? kui3...dorg tak payah susah2 nak fikir ttg pekse, men jawab tutup mata sebelah macam lanun pon boleh dapat 99.5, betul tak? tapi, nak buat macamana dah jadi sunnatullah, kita ni membesar dari hari ke hari....semakin lame semakin tua....
daripada pmr lagi 3tahun, tinggal setahun,dari setahun tinggal 3bulan, dari 3bulan tinggal 3 minggu, dari 3 minggu tinggal 3 hari, tup tup 3...2...1...huaarrrgghh...esok nak PMR!!! dah sedia ke dengan Science, ade sesetengah kita yg tak faham keseluruhannya lagi, Math dengan tak mahir lagi, sejarah dengan tak khatam f1, f2, f3 lagi...blablabla...

tapi, ana nak nasihatkan pada kawan2 seperjuanganku yang dikasihi lagi amat disayangi...jangan terlampau gelabah sampai satu benda pon tak terbuat...27 hari tuh masih sempat lagi... satu hari boleh study satu subjek....27 hari boleh ulang 3 kali bagi setiap subjek....percayalah...insyaAllah antum boleh....la takhof wa la tahzan innallaha ma'ana....

kalau boleh setiap hari penuhkan musolla tu time rehat pertama....solat dhuha ke, solat hajat ke...baca al-Quran ke....lagi2lah kita dah nak menjejakkan kaki ke madrasah RAMADHAN nih...doa2lah supaya Allah permudahkan segala urusan kita dan diberi kesempatan untuk kita study dan faham kan mana2 yang tak faham lagi tu....

oklah, nampaknya bebelan ana dah semakin panjang....ana harap antum dapat doakan kejayaan kita bersama...

"inna ma'al 'usri yusra"

wassalam....

terluka..kelukaan... huhu...

Camar Kelukaan
Saff One


Di suatu ketika
Pernah kau hinggap ke sisiku
Sayapmu terluka
Kau pinta ku merawatinya

Dengan segala keterbatasan
Aku mencari segala penawarnya
Kau bagai dilahirkan kembali ke dunia nyata
Kau terbang semula

Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa ku pergi bersama menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan

Demi kejayaan
Ada harga perlu dibayar
Ku menjadi perisaimu
Bila panah menghujani kita

Apabila engkau merasa tercabar
Kau anggap aku menjadi sainganmu
Tidakkah engkau menyedari persamaan kita
Hanya camar maya

Biarkan aku terbang melayang bersendirian
Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang

Biarkan aku terbang melayang bersendirian
Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang

Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa (kau bawa daku pergi)ku
Pergi bersama menongkah arus

Terbang ke langit menggapai awan

Semua ini satu ketentuan.....


[huhu..]

Sunday 2 September 2007

Dengarkanlah....

Dengarkanlah teman
seloka hiburan
tak perlulah kkita
asyik nak berlawan
kita semua kawan
tak boleh berlawan
kalau kita renggang
kita ketinggalan

bebaskan dirimu dari dibelenggu
teruskan langkahmu
ayuh kita maju
mari bersamaku nyanyi lagu ini
jangan difikirkan resah yang di hati
semua itu hanya di mindamu
tak perlu kau sangsi
tak perlu kau ragu
segala-galanya pasti kan berlalu
mentari kan muncul
mendung kan berlalu

suka, duka perkara biasa
kita pasti lalu
bezanya pada waktu
bila berlari kenalah berstartegi
jangan ikut hati
ikut hati nanti mati
biarlah terlambat
atur jalan cermat
pelan-pelan kayuh
jangan sampai otak penat
sentiasa bawa diri hati-hati
hari-hari beri erti pada diri

jangan berhenti kejar mimpi
senyuman diberi tanpa semua menghantui hati
biarkan saja
takdir semua nyata
bersyukurlah...
masih lagi bernyawa

petikan nasyid Ku Berlari - Firdaus feat Cat Farish & Akbar

[PMR lagi 29 hari ~ ]

Saturday 1 September 2007

Nostalgic

Assalamu'alaykum!

Old times... are missed.
Being together... heh.
Nostalgic times are unforgetable.
Memories are definitely to be cherished.
Even the worst moment, is the sweetest moment.

:D

Just being a bit nostalgic today. Happy day everyone!

30 Hari Lagi

Assalamualaikum..

Kepada semua pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Islam Hidayah,

30 days to go until PMR..

Marilah kita bersama-sama berusaha mencapai keputusan cemerlang..
Tidak lupa GPS 1.3 target kita ye!

(huhu dah lame x post kat sini)

Sekian, wassalam