Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Thursday 29 November 2007

Bosan

design lama

Hoho.. Tetibe rindu pulak kat yang lama.... Header yang nih buat bantai2 je... Malas2.. Haha..

Lalala~

Siapa nak join Xrek Johor? Cepat bagi nama!!!

x tau la.....

assalamualaikum...

ana sebenarnye kne paksa dgn tmah nih....

x tau nk tulis ape....

selama ni ana saje jek x post sbb ana nak jd pemerhati...tgk je blog ni dpd jauh...x sangka pulak boleh ade konflik n byk sgt hati yg terluka...

ana harap,lps ni kalau ade sesape yg nk luahkan perasaan kat blog ni,fikir dulu sama ada tindakan itu wajar atau tidak,akan melukakan hati byk pihak atau tidak...
renung2kan....

hmm,ALHAMDULILLAH sume dah settle... nasib baik bdk2 batch kita jenis yg sabar and rasional... x amek langkah singkat dgn ban org yg berkenaan... sumenye dah settle tanpa perlu turun naik mahkamah....(apende nih?)

tmah,nak promote sket bleh?
utk sesape yg ade frenster, leh la pergi ke page sye dan join group batchsebelas... lg ramai lg bagus sbb x ramai x best la....

ok tu jek....wassalam...

love truly,
ayeez

Wednesday 28 November 2007

marilah berkasih sayang

hati telah lama gersang
dari siraman kasih sayang
kerana hujan iman
sudah lama tidak turun
kita tanamkan kembali
budi penyiram kasih
agar hati yang gersang
gembur dan subur lagi

marilah kita jalinkan
kasih sayang
sesama kita
ia telah lama hilang
tambah gersang di hati ini
kita siram kembali
dengan air iman yang suci
dengan menabur budi
kepada semua manusia

bila hati gembur
dan subur semula
benih mahmudah
akan tumbuh kembali
diakan berdaun
subur dan berbuah
memberi manfaat
semula kepada
penghuni taman yang resah

jangan kita biarkan hati ini
gersang dari kasih sayang
manusia akan
terumbang-ambing
hidup di dunia ini
pangkat dan kekayaan
tiada erti
bila kasih sayang
tak dimiliki

berkasih sayang perintah Allah
di antara sifat Alah
kasih kepada hamba-Nya
Allah sangat sayang
kepada hamba yang berkasih sayang
jalinkanlah kasih sayang
untuk keredhaan-Nya

hati sudah lama menderita
kekosongan kasih sayang
tanamkan semula
jangan biarkan
jangan biarkan berlama-lama
sudah lama manusia hidup
dalam derita
lagi sengsara
ayuh kita suburkan semula
kasihkan sama
sama manusia

New. White.

New colour scheme. New header.

:D

Sewel.

Berkerja bersama Safiah di tengah malam.

Oh budak tahfiz mesti tak tahu hikayat blog rosak ek.

In fact, berapa ramai je yang tahu... Huhu...

Tuesday 27 November 2007

Terharu

Seperti yang anda boleh nampak...

:D :D :D

Happy gile nih. Tadi godak2 skit html, (macam bagus jek) pastu tekan sana tekan sini, dah ok.

hehe. edit2 sikit warna, dah oklah kot.

cumanya masih agak sedih sebab tak tahu macam mana nak recover yang ana tulis kat sebelah kanan tuh...

tapi takpe..:D

Sunday 25 November 2007

Header

Assalamualaikum..

ana buat header untuk blog nih (setelah dipaksa oleh Alifah....)
sorila ana xpandai lagi gune photoshop n ana xreti lagi gune blogger.

kenapa ana xleh nak letak header yang ana buat tuh ah?
die xmuncul.. yang ade cume blogcrowd bla2 tuh..

ape2lah..

kepada sesiapa yang tere adobe or software lain, silalah rajinkan diri buat header untuk blog ini.. ana buat xlawala.. bosan jek..

lalalala ana xfahamla blogger nih...... html die pelik.. hahah(padehal diri sendiri malas nak belajar code html tuh)..

Oh cik fathimah yang berada jauh di borneo.. (err yeke masih di sabah? ke dah balik?) lalala..

ayam.. lalala..

wassalam..
by Safiahkd.

Saturday 24 November 2007

Bye

I'm gettin rid of myself from this blog

for a while.

till then, i hope things would be better.

Lots of Love (to this dear blog),
Fathimah

What????

Kejap... kejap.. kejap... siapa ubah template? apa jadi dengan yang lama? ada back up tak?
ok.. ok.. relax.. jgn panik... ape jadi dengan segala benda yang ana taip yang kat tepi tuh?

ana igt kalau ubah, bende2 kat tepi tak hilang... tapi sekarang, chatbox gi mana? artikel2?? hilang camtu jeke? please... please.... ahh sayang pulak kat layout lama................ huhuuuu....

relax..relax........

Xifu

Terimalah... Brotherhood.



Mengimbau memori Xrek.. Heheh...

Friday 23 November 2007

layout baru..


ana ade jumpe layout yg agk bersesuaianla...tp x tau kalau tmah nk ke x..

so just give it a look and tell me wether you like it or not..
and if you like it or you might want to find something else and tell me which one you like..
and then only I can edit this page.
for more decent-looking pages press here.


Ralat: 1085.85

Salah kira rupanya... Duit yang kita dah kumpul sebenarnya

rm1085.85


bukan rm 1025.25. tersalah congak hari tu.. hehehe...

Takbir!

Tukar Warna


sebelum

Ana dah tukar warna! Woohoo.. Tapi malas nak tukar kepala dia.. Kahkahkah...

Thursday 22 November 2007

Jejak Kasih

Sarah Iman.

Angkat tangan siapa ingat lagi si Sarah ni! Sarah dulu kelas 1 Bukhari ngan 2 Ibnu Majah. Penolong ketua kelas berwibawa dan kejam. Haha. Yelah, dulu dia suka denda orang tak pasal2.

Dia ni best friend ana masa kecik2. Maklumlah, ana kan pendiam, dia ni pembising, jadi bulehler. Sarah ni kawan ana yang first bagi hadiah birthday. :P Ana simpan agi hadiah dia masa darjah 2 seh.. Apelagi ek. Budak nih pandai giler sampai ana menyampah. hahaha.. Pastu dia selalu jakun pasal adik2 dia sebab adik dia ramai, err 3 adik consider ramailah tu ek? Lagi, dia punya nombor tepon rumah nombor tepon yang pertama ana hafal. Ana rasa ana hafal no tepon dia sebelum ana hafal no rumah sendiri. kahkahkah...

Pada suatu hari, dia kata dia akan ikut family dia pindah ke KL. Hoho. Apalah yang budak 8 tahun mengerti, ana macam tak berapa kisah. haha. Pastu akhir tahun tu, dia pun pindah... Huhuu... Lepas tu ada jugak kitorg balas2 surat, tapi ana kan pemlas nak tulis surat, jadi err faham2 jela. Masa tengah UPSR surat drpd dia sampai. Dia cakap dia akan pindah rumah. Huahua. Dia bagi alamat rumah tu, tapi surat tu hilang masa ana pindah rumah (kot).

Lost contact.

Tahun lepas, ana jumpa abang dia, Muadz kat Muar masa banjir tu. Abg dia datang tolong DERU. Ana ingat nak mintak dia sampaikan salam pada Sarah, tapi oh well anakan pemalu. :P Dah terlepas peluang.

Betullah dunia ni kecik je. Kuasa Allah yang teramat besar...

Baru2 ni ana pergi program xrek. Masa icebreaking tu, abg fasi suruh pecah2 masuk kump 5 orang untuk saje2 perkenalkan diri. Orang yang duduk sebelah kanan ana pon cakapla,
"Nama ana, Sarah Iman binti Khairul Azhar"
WHAT?? Ana buat muka tak percaya dengan penuh kejakunan. This is you?!

Ana sebenarnya dah tokleh nak cam muka dia. Haha. Budak2 Hidayah sume jakun2 jejak kasih. Safiah, Hanan, Huda sebenarnya tak kenal pun si Sarah ni, tapi diorg tau ana dah lama cari dia. At last!

:D

Tudung putih.

Yahoo!! Ana dah lagi tinggi drpd dudak yang dulu lagi tinggi drpd ana.. Hehehehe......

Wednesday 21 November 2007

Terima kasih!!

Assalamu'alaykum!

Post kali ini bertujuan untuk mengumumkan bahawa hutang kita dengan ustazah halimah telah habis. Takbir!!!

Dalam masa 6 hari kita berjaya mengumpul rm1025.25
Best kan? :D

Atas kesempatan ini ana nak ucapkan

Terima kasih kepada Ustazah Halimah sebab sudi berkorban masa dan tenaga serta wang untuk program form 3.
terima kasih sebab tolong kami kumpul duit.
terima kasih sebab sudi pinjamkan duit yang banyak.
terima kasih sebab sudi bersabar dengan karenah kami yang pelbagai.
terima kasih ustazah!
You are the best!

Terima kasih kepada kawan2 yang telah membantu kami.
Terima kasih kepada huda sebab tolong kira duit dan jaga duit. (bukan senang jadi bendahari!)
Terima kasih kepada tasnim sebab tolong uruskan hal2 jualan.
Terima kasih kepada Makcik CtZ ngan Pakcik Razali sebab tolong hantarkan dadih serta pembuat dadih ke sekolah.
Terima kasih lagi sekali kepada parents Tasnim sebab banyak tolong dalam bab modal.
terima kasih kepada hidayah yang tekun membuat crochet walaupun demam.
terima kasih kepada Safiah sebab tolong datang sekolah selama 5 hari walaupun dia nih kaki ponteng.
terima kasih kepada hani sebab sudi datang, walaupun lepas kena marah. :P
terima kasih kepada alifah sebab datang jugak walaupun kena jaga anak. eh anak sedara. hehe
terima kasih kepada aisyah sebab belikan buah.
terima kasih kepada farhana sebab belajar origami.
terima kasih kepada fatimah siti sebab tolong jualkan benda2 merepek kat budak2 sekolah rendah.
terima kasih kepada hazirah sebab buatkan laksam dan jaga duit masa kitorg takde.
terima kasih kepada maryam sebab tolong buat frame.
terima kasih kepada fatihah sebab tolong buat handcraft.
terima kasih kepada Makcik Aminah sebab sudi ambil kami jadi Makcik ngan Pakcik kantin, sebab sudi tumpangkan ruang di kantin untuk kami menjual, sebab bagi sokongan kepada kami untuk mengumpul duit.
terima kasih kepada Kak Zu sebab layan karenah kami di kantin. Selamat berkahwin.. :P
terima kasih kepada Pakcik Mohd Noor tukang kebun sebab setia membeli dadih.
terima kasih kepada Ustazah mariah dan ustazah rahayu sebab benarkan kami berniaga di SRIH.
terima kasih kepada kepada guru2 yang membeli dadih.
terima kasih kepada ustazah Azlina sebab tolong promote dadih kami kat bilik guru.
terima kasih kepada banin (takkan ana nak sebut nama kot, jadi kontroversi kang) sebab tolong kami jual dadih, buah2, tolong jadi pakcik kantin, tolong kemas kelas, belikan milo walaupun tersalah beli hahaha, basuh mestin (eh keluar tajuk :P)
terima kasih kepada adik ana zaynab sebab sudi kemaskan dapur lepas dadih siap. 3 hari kemas dapur, walaupun upah dia sikit jek. Harhar (dasar kakak kejam style cinderella, cuma bak sikit je)
terima kasih kepada ibu bapa saya yang tolong hantar pergi sekolah.
terima kasih kepada abang saya yang sudi menunggu dalam kereta ketika saya dan huda berkampung dalam kedai borong selama lebih setengah jam membuat keputusan.
terima kasih kepada adik2 sekolah rendah yang sudi membeli produk2 form 3 walaupun kami cekik darah. Setiap sen anda kami hargai. :D
terima kasih kepada ibu bapa yang sudi menghantar anak2 ke sekolah walaupun dah cuti.
terima kasih kepada pakcik bas yang telah mengantar saya pulang ke rumah.
terima kasih kepada sesiapa yang telah meyumbangkan modal. :D
terima kasih kepada sahabat2 yang sudi datang ke sekolah untuk membantu kami.
terima kasih kepada sahabat2 yang memberi sokongan.
terima kasih kepada sahabat2 yang care pasal hutang.
terima kasih semua. terima kasih banyak2!!

Ana nak minta maaf kalau ada yang tertinggal. Terima kasih sebab sudi baca blog ni. :D


Oh ye. Hutang PEP yang masih belum dibayar oleh budak2 form three mencecah rm2500. Banyak guler (eh dah lama tak pakai).

X-Rek - Ekspidisi Remaja Kental

Assalamu'alaykum sahabat2ku!

Sempena cuti sekolah ni, KRj Johor ada buat program Xrek di Johor. Xrek ni kesinambungan kepada program2 KBM (program motivasi kat sekolah2) KRj, dan juga satu medan untuk kita berdakwah dan membina ukhuwwah.

Kriteria peserta yang dicari:
1. Sudah mempunyai asas tarbiyyah (Ni semua dah pass)
2. Mengenali JIM atau KRj
3. Berminat untuk menyertai secara sukarela (bukan paksaan)
4. Tahan lasak. (Aiseyh, ni gerenti pass)

Program ni buat kat Kem Kaizen, jadi buleh ler kite mengimbau memori mukhayyam bersama2. Hehehe...

Kalau berminat boleh hubungi nombor2 kat bawah tu, atau contact ana (fathimah) melalui email atau telefon. Email ana: fathimahlotfi[at]gmail[dot]com . Cepat bagi nama sebab tempat terhad!!


Tarikh: 14 Disember (Jumaat) hingga 16 Disember(Ahad)
Tempat: Kem Kaizen Gunung Pulai, Pontian, Johor
Bayaran: RM 50 seorang

Objektif kem ini ialah untuk:
1. Mengukuhkan jatidiri seorang Muslim
2. Menekankan &study group adalah penting untuk kejayaan akademik dan kejayaan mempraktikkan Islam dalam kehidupan
3. Menekankan bahawa kejayaan sebenar ialah kejayaan bersama

maklumat lanjut sila hubungi

Pak Im 013 7383316 Kak Muss/Musannafah 019 7880863 Abang Bai 019-7517051 Pejabat JIM/ KRJ Tel: 07 5579502

Tuesday 20 November 2007

Intisor dan PeGenSi

Intisor dan PeGenSi
Bawa satu misi
Bersama satu hati
Mengejar impi

Intisor dan PeGenSi
Sentiasa di sisi
Senang sama dikongsi
Beban sama digalasi
Susah sama diatasi

Intisor dan PeGenSi
Mencipta memori
Melakar janji
Membina generasi

Intisor dan PeGenSi
Bukan hanya di Batang Kali
Kita ada misi
Di sini
Buat Ibu Pertiwi.

Menyerlah jauh daripada yang luar biasa! :)

xrek07batangkali

Monday 19 November 2007

BERSIH

Assalamualaikum...

Ladies (and gents), I would like to divert your attention to the issue that matters our country.

Let see, I have very little information about the BERSIH protest rally, so if anyone is more knowledgeable, please inform it.

Kalau you guys have the slightest interest in the issue at hand, please proceed to this link

---> Minister of Information responds to Al-Jazeera report on Bersih rally.

The first thing you should know that, the English used by -ehem-, just read the transcript, you'll know.

READ THE TRANSCRIPT!! WATCH THE VIDEO IF YOU MUST!

BTW, that's the link to my bro's blog.

Wassalam...

Saturday 17 November 2007

Long Time

Assalamualaikum

It has been a very long time since I have posted anything here. I had some problems signing in. First of all I would like to wish everyone a Happy End of the Year Break! Since Fathimah is not here to write what currently has happened, I'll do it. Today we, the girls sold some stuff. Hazirah was soo nice to make laksam and rojak betik. It sold fast, especially the laksam. Then we soled frames, coloring books. But our best seller was DADIH! Everyone, young or old loved them! Thanks Tasnim for making them! We sold 3 water cooler filled with them! Overall I think our debt with the school is settled. I think, I have to ask Hazirah.

I hope next year, our batch will be tighter than ever. We need to show everyone that our batch is the BEST! I am soo sick of hearing the F4 and F2 talking trash about us. I mean really! I want to say sorry if I have ever hurt anyone's feeling. Hope you can forgive! See you next year(MAYBE)

Thursday 15 November 2007

Banin oh Banin

Banin batchsebelas bagus, dah cuti pun ramai lagi yang dtg sekolah. Huhu. Aktif. Takleh dok diam. Ada je kerja yang diorg nak buat. He.. He.. (Senyuman sindiran) Yang datang bukan sikit, ramai tau. Siap bawak kawan dari Kelantan lagi. Huiii... Bagus sangat.

Memang bagus.

Tiba2 teringat yang diorg jual buah sampai habis, siap promote kat budak2, pastu jadi pekerja kantin pastu tolong angkut dadih, walaupun takde hasil. Ops tak jadi nak sindir. Oh ye barangkali tadi masa diorang main bola kena marah kut. Sebab tu tiba2 rajin lak.

Hehe. Eh, kelas bangunan tahfiz dah siap kemas ke belum ek? Esok nak jalinan mesra.
Harap2 dah... Eh, tadi bisnes basuh kereta camne ek? Ana tak sedar lak.

Takpelah at least banin datang sekolah dan tolong banat. Banat yang datang hari ni, bilangannya masih kurang memuaskan. Aiseyh korang jaga anak ke kat rumah? Yang jaga adik tu okla, gi main boling? Heyheyhey!

Sape belum bayar hutang PEP? SILA BAYARLAH! Tanggungjawab woo.... Mau pengsan kami cari duit dengan skill bisnes yang amat terhad serta wang modal yang sengkek, serta tenaga yang tidak cukup dan masa yang singkat. BAYAR jangan tak BAYAR. Dah berapa bulan dah ni. Kalau yang dah balik kampung tu, bank in jela.

Huhuhu. Esok Jalinan Mesra. Lusa Ihtifal. Bababbabai. Dadih kaler kali.

Kakak. nak dadih satu!

Wow, dah lama ana tak menjenguk sini. Err, sehari boleh kira lama tak? Hehe. Sekarang ni tengah pulun buat dadih. Adik2 sekolah rendah suka sangat. Sekejap je dah habis.

Dear Cik Mish2,
Thank you being honest, (in this case, really honest :P) thank you for pointing out my mistakes. You know what, when I read your post at the shoutbox, I somewhat recognise your writing style. Heheh. I was true then. Oit, nak menyamar tukorle style menulis, obvious sangat! But nevermind. You admitted your mistake, and apologised then everything should be ok.

Seriously, I don't feel sad or irritated anymore, thanks to you for being honest. You know, this is life. Sometimes we are wrong and people tell us what is wrong, to make us better. I made a mistake, and you did a mistake, we both did. We learn from mistakes. This is what learning is all about. To make mistakes and correcting it.

Kepada semua orang,
Semuanya dah OK. Dah takde gaduh2 dalam blog ni. Lupakan jelah apa yang dah jadi, kita saling memaafkan. :) Lepas ni dah tak payah ungkit2 lagi.

-The End-

Wednesday 14 November 2007

Kongsi-kongsi Bingkisan

Mampukah aku menjadi seperti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan fi sabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti 'Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..

Ketika aku marah
Ingin ku intip serpihan sabar
Daripada catatan hidup Siti Sarah...

Tabah jiwaku
Setabah ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Diterik padang pasir merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Mashitah...

(sumber dari friendster)



Walau jauh kaki melangkah
Walau sepi dipisah jauh
Bersama du'a penuh tulus
dengan rahmah Allah
pasti ukhuwwah kian kukuh

"lima jari... satu tangan"
Najihah ingat tak?


andai kata ana beritahu yang mishmish apricot tu ana... apa kalian akan lakukan?
mungkin pulaukan ana berbulan lamanya... manusia yang lemah... tak punya apa kecuali DIA...

subahanallah..indahnya ciptaanMu!

Assalamualykum...

sebelum ana mulakan apa2, ana sejujurnya terkejut dengan apa yang berlaku kat blog nih.sedih. tulah perasaan ana.ana tak tau nak cakap apa lagi. kawan2ku yang kusayangi sekalian, kita dah sampai dah penghujung tahun 2007...mungkin ada beberapa kawan2 kita yg akan pindah sekolah...antum tak rasa sedih ke?

ingat tak kak wani ada cakap kat kita(banat je) kat dlm musolla time tu..
dia kata, kita ni ibarat lima jari yang Allah ciptakan. cuba antum tengok jari antum. biar ana kenalkan satu2 nama jari kita ni...

1. yang paling pendek namanya ibu jari. ibu jari ni comel sangat. biasanya, kalau kita nak tunjuk kehebatan atau kebagusan kita, kita akan tunjuk ibu jari kita, betul tak?

2. hmm..jari ni namanya jari telunjuk. kenapa dipanggil jari telunjuk? sebab, jari ni kita gunakan untuk nak tunjukkan sesuatu cthnya: arah dsb. jari ni konon2nye berkuasa lah sebab kerjanya asyik tunjuk2 je...

3. jari seterusnya pulak ada org kata, jari ni jari tengah, ada pulak orang kata, jari ni jari hantu(ana pun taktau kenapa). kalau diperhati, jari ni lah yang paling tinggi, kan? kiranya macam ketua bagi semua jari...

4. jari ke empat pulak, jari yang teramat manis...sebab tu lah org panggil jari manis...oopps! bukan manis mcm gula, tp manis dipandang. biasanya, jari ni lah org sarungkan cincin sebab dia nampak cantik dan comel.

5. jari yang akhir ni pulak, namanya jari kelingking(betul ke eja?). jari ni walaupun kecil, tp sangat berguna...

oklah, selepas kita tau satu persatu namanya, cuba antum fikirkan apa yang terjadi kalau satu daripada jari kita ni takde? mesti susah nak buat kerja kan? kalau luka sikit pun rasanya macam dah tak leh nak buat kerja...

macam tulah juga kawan...
cuba kita bayangkan jari2 kita tu adalah kawan kita...ada yang gemuk &pendek(maaf klu ada yg terasa), ada yang comel, ada yang suka mengarah2, ada yang suka menunjuk2 dsb..

Andai kata salah seorang daripada kawan kita tu tak de...mesti tak lengkap hidup kita. walau macam mana menyampah pun kita kat kawan kita tu, dia tetap kawan kita yang Allah dah ciptakan dia untuk menjadi pelengkap hidup kita...merekalah yang menjadi pelindung dan pembantu kita di kala kita kesusahan...jadi, kawan2 yang ana sayangi sekalian, hargailah kawan2 antum yang ada di depan mata antum...jgn sia-siakan anugerah yang Allah dah beri kpd kita...merekalah kawan kita..kawan seperjuangan kita time kita dalam keadaan susah mahupun senang...

oklah, sampai sini dulu entry ana kali ni...
selamat bercuti~ manfaatkanlah masa cuti antum dgn sebaik2nya..
wallahua'lam....

Tuesday 13 November 2007

Hutang.Hutang.Hutang.Hutang.Hutang.Hutang.Hutang.Hutang.Hutang.Hutang.Hutang.Hutang.Hutang.

Tahukah anda bahawa kita sedang manghadapi krisis kewangan? Ya, kita sedang berhutang dengan Ustazah Halimah. Kenapa?

Begini ceritanya,

Sebab pertama, alkisah bajet rehlah yang telah disiapkan oleh Ustazah telah mensasarkan sumber kewangan rm2000 daripada jualan. Namun kita hanya berjaya mengumpul rm1300. Kita telah kekurangan rm700. Ustazah menampung kekurangan menggunakan wang peribadi ustazah.

Sebab kedua, bas ke Skudai Parade masa bowling. rm400. Terlepas pandang. Hasil kutipan kilat pada hari tersebut, lebih kurang rm200 berjaya ditampung. Namun, kita masih kekurangan rm200.

Ketiga, masih ramai lagi yang belum selesai membayar yuran PEP. Kalau ditambah semuanya, ada dalam rm2000 para pelajar form 3 berhutang. Haiy, dah habis PMR pun PEP belum setel?

Kesimpulannya, tolonglah... Sama-sama kita cari duit untuk bayar balik hutang-piutang kita yang bukannya sikit. Ustazah Halimah cadang extend masa persekolahan supaya kita boleh cari duit, henghh, ntahla.

Kalau korang nak tahu, selama 2 hari kitorang sekolah, banyak sangat benda yang best kitorg dapat. (Banatla) Kitorg belajar kraftangan ngan Ustazah Halimah (read:Hu-Lim! Heheheh..), buat origami jual kat budak2, buat dadih jual kat sekolah. Dadih kitorang bukan sebarang dadih, dadih traffic light! Nak tau apa dia? Datangla sekolah.

Laku gile dadih tu. Sekejap je dah habis. Tu pun budak2 sekolah rendah nak beli lagi. Duit yang kitorg dapat, sikit2 boleh cover duit modal untuk jualan nanti.

Banin pulak basuh kereta. Banyak jugaklah dapat.

Jualan. Masalah kita, tenaga pekerja. Sekarang ni yang datang sekolah cuma berapa kerat je. Tak sampai 20 orang campur banin banat. Siapa yang nak siapkan frame? Siapa yang nak tolong bagi idea untuk kraftangan? Siapa nak uruskan jualan? Siapa nak masak? Siapa nak beli barang?

Daripada bilangan banat yang sangat ciput tadi, lebih kurang 10 orang tu, hari Jumaat ngan Sabtu 4 orang takde. Ana, Huda, Hanan ngan Safiah. Setakat ni kitorg yang uruskan jualan dan duit. Nanti yang tinggal Hidayah ngan Tasnim je. Yang lain tu macam susah sikit. Macam mana 2 orang nak kumpul duit rm1000?

Tolonglah, yang berhutang bukan kami sepuluh orang je... Batchsebelas yang berhutang. Kan ke kita satu batch? Jangan lepas tangan. Kata ada ukhuwah. Kata ukhuwah mantap. Kata kita semua care each other. Tolong kami. Tak payahlah nak komplen2 bising2 pasal extend sekolah. Kat rumah korang buat apa pun?

Kalau takleh nak datang pun, tolong bagi idea pun boleh. Sumbang modal ke, sponsor barang ke. Apa2lah. Kami perlukan anda.

Ni serba sedikit tentang jualan setakat ni:

Kitorg dah jual kraftangan, dadih ngan buat carwash. Untung adalah sikit untuk modal nanti.

Kontrak. Kita dah dapat 2 kontrak setakat ni. Ustazah Shahidah punya kontrak, esok ana cerita kat sekolah. Lagi satu, Makcik Aminah dah offer nak jualkan dadih kita kat kantin setiap hari. Nak kena buatlah dadih bebanyak. Pengsan.

hari: Jumaat (Jalinan mesra), Sabtu (Ihtifal SRIH)

Cadangnya nak jual frame, tapi frame macam tak jalan... Sikit je dapat. Tak cukup tenaga. Ni Maryam R patutnya tapi dia tak dapat nak dtg sekolah hari ni. Transport problem.

Cup cakes. Ni kitorg setelkan, kitorg nak korang jualkan je nanti. Hidayah kot incharge.

Ice cream. Cadangnye nak jual ice cream dalam cone. Ngan aiskrim dalam cawan kertas. (kecik je) Yang aiskrim ni kita jual dalam ikut scoop. Pastu letak coklat ke, wafer ke, hiasanla. Lagi satu menu aiskrim, ni, kita buat macam McDonald sikit. Aiskrim yang agak cair dicampurkan dengan biskut oreo dan dijual. Ana nak sorang incharge bahagian aiskrim. Banyak untung ni kalau jual masa ihtifal.

Air. Air belum fikir lagi. Cuba korang fikir air yang best2 yang simple untuk dijual masa ihtifal and Jalinan Mesra. Sorang lagi incharge.

Wedges. Ni cadangan ustazah hamidah. Maziah kot incharge.

Makanan lain, anyone? Apa2 nak dijual? Esok datang sekolah, kita buat planning untuk jualan. Please.

Terima kasih sebab sudi membaca. Sila jangan lupakan hutang kita.

Monday 12 November 2007

Marah dengan ana? Terus-terang je...

Seperti tajuk di atas.

Ramai orang marah ngan ana. Ana tahu. Ye, memang ana salah. Cara ana tak betul. Kata-kata ana kasar sangat. Ana terlalu kutuk banin. Ana malukan banin. Ana malukan diri sendiri.

Ana tak kisah orang nak tegur ana. Memang salah ana, nak buat macam mana.

Tapi at least ana cakap apa yang ana rasa. Apa yang ana tak puas hati. Memang, ramai orang tak boleh terima, tapi AT LEAST diorang sedikit sebanyak tahu apa yang ana harapkan, dari perspektif ana.

Dah takde orang lain nak cakap, ana suarakan jelah. Ana tungu tau, ANA TUNGGU orang lain nak bangun, tapi orang lain tak bangun! Bila ana keluar, mulalah orang cakap belakang. KEnapa tak cakap ngan ana yang korang tak puas hati? Kenapa mesti cakap belakang?

Ana boleh terima kalau nak tegur ana personally. Huda buat kat ana. Dia cakap yang dia tak suka cara ana cakap. Ana OK je kan ngan dia sampai sekarang? Ada ana gaduh ngan dia? Tak kan? Kan lagi senang kalau jujur? Kenapa mesti tayang kat blog ni? Kenapa mesti sebarkan? KEnapa kena jadikan masalah ni masalah dunia?

KENAPA?

Sebab ana Fathimah?? Korang cakap, banin pun ada perasaan. Ye, ana tahu. Ana pun ada perasaan. Korang ingat ana ni apa? Kalau tak suka ngan ana, cakap kat ana, baru ana boleh ubah diri ana. Kalau korang benci ana pastu diam2, tak bagitau, korang takkan dapat pape. Dosa adela. Mengumpat. Makan jelah daging ana.

Korang dapat apa kutuk2 ana? Depan ana, ana tengok semua orang macam OK je ngan ana. Ntahla. Ana pun tak tau nak cakap macam mana.

Ana sayang gile batch kite. Ana nak sangat tengok kita sama-sama ukhuwwah yang betul2 mantap. Setakat nak berlapang dada takkan tak boleh? Salah silap semua orang buat. Macam ustazah kamaliah cakap, kita semua tengah belajar. Belum matang 100% lagi. Kita saling menolongla kearah kematangan. Orang buat salah takkan nak biar kan? Jangan hipokrit. Tolonglah...

Ana tak sangka ada yang perangai macam budak kecik. Ana sebut balik, "Ada otak, fikirlah!!" Takkan benda kecik nak gaduh.

Setakat ni, ana tak pernah lagi benci orang betul2. Ana takleh nak benci orang.

Last sekali, ana nak minta maaf kat semua orang, ya, anda tahu anda siapa, sebab terkasar bahasa. Ana tak tahu nak susun ayat macam mana dah masa tu. Masa tu ana rasa nak luahkan semua. Ana harap apa yang ana buat lagi banyak bawa kebaikan daripada keburukan.

Siapa tak puas hati ngan ana, tell me. Jangan cakap belakang. Bak kata Alifah, 'Cukuplah buruk bagi mukmin jika ia merendahkan saudaranya sesama muslim'.

I did this, please don't repeat my mistake.

Sekian, terima kasih sebab sudi baca.

I have no idea whatsoever..

okay, as you lot can see. I have a lame blog title. I do not have time to think or even re-think about it. So, brace yourselves for a more lousy entry. Because I do not have a clue about what I am going to say.
Hi guys,(means both gender, duh?!)
Okay.. hmmph..
Just curious. What are you planning for the school holidays?
I, myself, have tw brilliant ideas.
1. sit and eat all day in front of the telly. In which, qualifies me to be a couch potato.
2. read and busy myself with reasonable things to do other than being a couch potato.
So that's much it. And truth to be told, I am extremely bored. That is why, I am amusing myself with posting unnecessary post's in this teeny-weeny blog
and by that, I hope I am not making an airhead out of myself.

P.S please do not use abbreviations. It is not good. Says whoever.

Sunday 11 November 2007

Isnin

Form 3 akan extend masa sekolah untuk melunaskan hutang selama 6 hari bermula esok. Sesiapa yang rasa malas nak datang sekolah atau parents tak bagi datang sekolah, sila duduk rumah diam2. Tak payah datang sekolah.

Yang datang sekolah, hari Isnin kita akan buat kraftangan dan mungkin akan jual sikit2 kpd budak2 sekolah rendah yang berminat. Tapi takleh bukak gerai lagi kut. Jualan kita mungkin akan diadakan pada hari Jalinan Mesra SMIH, hari Jumaat dan Hari Ihtifal SRIH, Sabtu. Walau bagaimanapun, kita masih belum dapat confirmation serta izin, tapi InsyaAllah boleh kut.

Selain jualan, kalau boleh banin sambung bisnes carwash, bukan setakat main bola :P. Buatlah apa2 untuk kumpul duit.

Target kita-RM2000

Dulu boleh, sekarang pun bolehla kan? ;)

Saturday 10 November 2007

mane tisu nih? i need it!

mane tisu nih? i need it!

assalamualaikum,

kali nih ana nak cakap pasal muhasabah batch malam tuh. sesuatu perkara yang cukup membuatkan ana tak puas hati dan ana terpaksa gak luahkan kat sini biar semua tahu apa yang salahnya malam tuh.

banat..banat..banat...

kenapa kutuk banin x sudah-sudah? baik sangatlah banat asyik kutuk banin je. x fikir kelemahan diri sendiri? x fikir ke banin ade perasaan walaupon mereka tuh nampak cam selamba je? banat...bkn perempuan je yang ade perasaan, banin pon same. kadang2 banin nih lagi sensitive daripada kite. ana taulah, ana ade 6 orang abang kandung. ana ade ayah, ana ade sepupu lelaki ramai. ana tau perasaan derang. walaupon ana perempuan yang x berapa sejati sbb termasuk gak keganasan lelaki, tapi derang ade perasaan sayang2 sekalian. derang ade..kadang2 lagi halus daripada perempuan. tau?

malam tuh, kite dah memalukan banin, dah menjatuhkan maruah derang!. ana bkn saje2 cakap. ana x berat sebelah...tapi ana tau. memang lelaki diciptakan perasaan ego mereka tuh lagi tinggi daripada perempuan, tapi jangan sesekali jatuhkan maruah derang. kalau maruah antunna jatuh, camne perasaan antunna? mesti marah, mesti rase mcm geram yang teramatkan? kite semua saudara walaupon mereka tuh bkn mahram kite. saudara seislam, teman seperjuangan. ana mengaku yang semua banin kat batch sebelas nih kawan ana tapi masih ade batas antara derang dgn ana. kite dah jatuhkan maruah banin. kita dah malukan derang depan ustzh kamaliah, depan ustz n ustzh yang mengajar kite selama nih. kite x malu ke ustz-ustzh tuh semua tgk kite asyik kutuk-mengutuk sesama sendiri?
meh ana bagi satu hadis daripada Saidatina Aisyah r.a

'seorang mukmin takkan mengeksploitasi dan memalukan serta menjatuhkan maruah saudara sesama muslimnya'

kite yang kutuk tuh bkn setakat menjatuhkan maruah banin, tapi maruah banat sekali sbb kutuk saudara seislam sendiri. dan kite dah menjatuhkan maruah islam! bkn semua banin camtuh sayang2 sekalian, derang x tunjuk lagi bakat derang. nnt tengoklah mase derang naik f4 nnt, mase derang dah agak matang sket. pastinye derang akan tunjukkan bakat sebenar. sekarang nih mase banat. kan ustaz iswan dah betau nnt kite akan belajar hormon perempuan dan lelaki, kenapa lelaki lagi lambat matang daripada perempuan. kite cume perlu tunggu saatnya.
lagi satu hadis daripada Saidina Ali r.a

'seburuk-buruk teman ialah yang membebani, memaksa temannya menjadi baik dan mendesak untuk minta maaf'

dan sekarang banat semua termasuk dalam seburuk-buruk teman. banin tuh semua kawan2 kite. percayalah...lelaki bersifat melindungi. walau sejahat mane derang, derang tetap ade perasaan nak melindungi perempuan. kite ade kelemahan, ade kekurangan. kate banin x buat keje...ok fine. banin, sekarang nih tunjukkanlah belang antum pada banat. satu lagi, banat nk banin mintak maaf ke? camtuh? bace balik hadis kat atas tuh. jangan desak derang untuk minta maaf. kite sendiri yg kene maafkan kesalahan derang. sebaik-baik teman ialah teman yang memaafkan kesalahan temannya walau sebesar mane pon. banat batch sebelas adalah teman, kawan, sahabat bagi banin batch sebelas. kite semua saling memerlukan. tapi, jaga batasannya.

sape kate banin x buat keje. habis buat ape derang tercongok depan asrama jual bende2 alah makanan tuh semua? dan kalau derang tuh useless, camne rehlah banat ngan banin batch sebelas nih bley jadi ek? camne plak bowling tuh jadi ek? camne lak sambutan sekolah imtiyaz tuh bley menjadi? camnelah plak ek dalam kelas dulu banin ade gak tolong2 buat bende yang patot utk hiaskan kelas? pastuh, camne lak dewan peperiksaan kite mase nak ambik PMR tuh dinding2 die semuanyer kemas...xde bende dah kat dinding tuh? pastuhkan, banat larat ke nak angkat meja daripada kelas f3 kat atas ke dewan peperiksaan tuh? pastuh, bley ke banat batch nih buat semua program, keje tanpa banin batch nih? camne lak dengan pencapaian PMR nnt? bley ke banat semuanye dapat straight A's tanpa penglibatan banin yang terel2 dalam akademik tuh? camnelah plakkan GPS kite nnt? terok x agaknye kalau xde banin?

antunna nak pertahankan lagi yang semua bende malam tuh semuanye betol? mmg banin nih ibaratnya macam useless? muhasabahlah balik diri kite semua. cabaran mmg cabaran terhadap banin, tapi cabaran tuh xde gunenye sbb cara yang banat sampaikan salah. salah 100%. dan cabaran tuh yang merosakkan hubungan persaudaraan antara banin dengan banat. percayalah.....kalau banat masih kutuk banin, tunggulah satu hari nanti xde sorang pon banin yang akan cakap, bekerjasama dengan kite. ana cakap perkara yang betol. i am very serious right now. ana asyik fikir, selagi ana x cakap kesalahan muhasabah mlm tuh, selagi tuh dosa bersarang dalam hati kite semua. banin dengan dosa geram dengan banat, dan banat dengan dosa mengutuk banin.

dan akhirnya, sebelum ana mengakhiri post kali nih,
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud

'cukuplah buruk bagi mukmin jika ia merendahkan saudaranya sesama muslim'

fikir-fikirkan dan renungkan.

maafkan ana kalau teremosional sangat dan ade yang terasa hati...tapi ana buat semua nih sbb seorang muslim kena berlaku adil terhadap saudaranya. dan ana nak kite bina ukhuwah batch sebelas sebaiknya..insya-Allah. amin...

assalamualaikum.

sape kate rehlah x best?

sape kate rehlah x best?

assalamualaikum,

hahaha..rehlah. tentibe je rase rindu nak pegi lagi rehlah. rase mcm x puas 2 hari 1 malam. ana x sempat nak explore tempat tuh. tapi semuanya best..kenangan terindah. walaupon x lame, sekejap sgt, tapi ttp ade kenangan manis pegi sane. hehehe...

byk bende nak ceritakan kat sini. lagi2 pasal ana pegi tandas tuh. hahaha....camnih citer die. muskali tuhkan berhenti kat machap utk sarapan n buat ape2 yg patot. ana beli air mineral botol besar punye sbb waktu tuh ana haus yang teramat. ana habiskan satu air mineral besar tuh sekejap ke. dalam perjalanan baru je lepas machap tuh, ana rase mcm bladder ana dah penuh memandangkan sistem metabolisme ana yang tinggi. ade satu perhentian lepas machap, tapi ana takut nak cakap ngan pak cik bas sbb baru je berhenti tadi, xkan nak berhenti lagi. pastu perhentian first tuh pon lepas, and waktu tuh ana mmg dah x tertahan sgt. maka, ana pon beranikan diri cakap ngan banin suruh cakap ngan pakcik bas tolong berhenti kat perhentian satu lagi. derang tanyelah, nak buat ape? nak gi tandas. pastuh derang bley plak tanye nak gi tandas buat ape? ana hanya mampu tersenyum kelat menahan. ade ke patot tanye soalan tuh? hehehe....dan pakcik bas tuh pon dengan semangatnye bawak bas laju abes sbb takut org melepas kot dalam bas diekan. padahal kalau biase punyelah slow bawak, dalam 50 or 60km/j. bile nak masok je simpang perhentian tuh, ana terus berdiri n bile die berhenti ana terus turun sbb waktu tuh mmg dah x tertahan lagi. terdengar banin cakap kat ana mase turun tuh.. "GELABAH!" ana malas nak buat ape2. bile masok bas balik, sume orang senyum bermakna pada ana. huhuhuhu...malu abes. alah, kalau orang lain pon mestilah x tahan kalau jadi ana mase tuh. seriously....

ade lagi pengalaman best. nih yg waktu ana nak ambik hadiah wakil utk banat tuh. camnih cite sbena die...

lepas athifah ambik tuh, ana mmg bercadang nak ambik kat depan. tapi bile ana nak bangun, tentibe je safiah kat sbela ana bangun. ana pon cakaplah ngan die " eh, asal nih? ana yg nak ambik hadiah tuh. tadi nt kate nt x nak " dan ana pon dengan penuh bestnyer pegi depan. sekali bile nak duduk tempat balik, hadiah tuh terjatuh dan ana terdengar lagi banin cakap "GELABAH!". dan bile ana tanye
safiah kenapa die berebut ngan ana nak pegi depan tadi, die cakap die nak pegi depan sbb fathimah nak ambik gambar, die pon nak pegilahkan. padahal ana punyerlah ikhlas gi depan tuh nak ambik hadiah. dan ramai org salah faham pasal nih. ana bkn berebut ngan die nak ambik gambar, ana ikhlas.

malam tuh yang muhasabah batch tuh pon ana nak cakap, sekali fathimah dah pegi depan jd wakil banat 3 itqan. ana sedey je. ana nak cakap, yg banat asyik kutuk banin tuh kenapa? ingat banat baik sangatlah nak kutuk2 banin tuh. kite sumenyer same. xde beza. banin ade kelemahan dan banat pon ade kelemahan. KITE SEMUANYE SAMA! sama...percayalah.

malam raye yang best sbb ana makan byk jugak. ayam barbeque tuh sedap..ana makan peha jelah tapi. yang lain pon sedap gak. persembahan banin pon bleylah tahan. sedap derang nyanyi. tapi nyanyi lagu janji kita..ana dahlah tgh fobia dengar lagu tuh sbb takut result PMR ana camne. lagu raye tuh pon best gak. cume persembahan tulah, ana x faham. ana gelak abes bile wakil tingkatan banin lakonkan balik iklan Clear yang Rain tuh sbb yang tuh je ana dengar. yang lain, ana hanya mampu melopong tengok sbb x faham dan x dengar. tapi ana kagum habeslah mase transformer hakim ngan hisham tuh, menjadi. tapi yg haziq ngan irfan tuh x jadi sgt. yg tau malam tuh best gaklah.

esok pagi, best nyanyi lagu kenangan terindah ramai2 ngan kengkwn banat walaupon ana x tau sgt lagu tuh. ana main hentam je. sedey betollah x tau lagu2 nih. nyanyi lagu teman sejati, janji kita..bestlah!

balik tuh ana rase mcm x puas sbb kejap sgt. tapi xpe, niat kite nk pegi sane yg baik pastinya bawak kenangan manis. tido satu dorm reramai, buat bising cam ape, naik bas yang lambat abes tuh, sumenyer bestlah!

ana nak rehlah lagi......
dan jangan lupa satu bende nih
alifah GELABAH....
hahaha

assalamualaikum.

Tuesday 6 November 2007

Photos- Finally Uploaded

Yep after one month waiting for the pics, finally the photos reached the net. Phew.

I was fooled. I thought the camera was the SLR kind of camera, but it was a 3.1 megapixel camera. cit. Kamera Fahna lagi sharp.



Macam bagus kan? Blergh. Lalala... Takpela... Walaupun agak frust ngan kualiti gambar ngan manusia perosak gambar, tapi redha jelah. nak buat macam mana? Kamera pakcik Ainul mana boleh bwk gi sekolah... Hokhok...

http://www.flickr.com/photos/batchsebelas/

Monday 5 November 2007

Terharunya rasa…..wawawa…

Aslmkm…

Ralat: Internet kat uma ana kantoi ar.. terpakse sroh tmah postkan…

Inilah janji kita…

Bersama zahirkan mimpi jadi nyata…

Terharu giler bila banin nyanyi “lagu tema” batchsebelas time rehlah ari tuh…

Buat sekian lamanya, akhirnya banin batchsebelas buat something yg mengharukan perasaan… Tahniah! Ini 1st step ke arah kesefahaman antara 2 pihak dlm batch ni iaitu both banin and banat. Ana harap lepas drpd mlm tu,banin n banat dlm batch ni x lagi mcm anjing ngan kucing…

To all banin batchsebelas,kami banat batchsebelas just nak korang faham kitorang, tu je..

Kalau korang dah bleh paham kitorang,kitorang pon bleh paham korang and isu ketidakserasian x akan pernah timbul. Ingatlah, drpd kemahuan akan ada jalan… kalau korang nak paham banat, benda tu bukan sumthing yg impossible… mcm tu jugak ngan banat, nak paham banin bknnye mustahil and x susah sebenarnya…btol x banin?

Maybe ada orang tertanya2, kenapa kesefahaman dlm batch tu perlu and penting? Ada ke yg nak kawen sesame budak batch ni? Hello…dlm batch ni kita kena ada kesefahaman antara sume pihak so that nanti kalau ada kemungkinan yg x dijangka berlaku (cth: satu uni ngan salah sorang banin batch ni kat oversea n satu course pulak tu<<<>

Ok la, pape hal pon, ana nak bgtau sket kat sini, selagi kita ialah batchsebelasians, kita ialah satu… ana sayang batchsebelas(jgn ada yg perasan lak), ana x nak tgk ada pecah belah dlm batchsebelas… BTW, join la group batchsebelas kat frenster… kalau ade yg x puas ati, bleh luahkan kat situ…hehehe…

To banin, percayalah, kadang2 kalau kami(banat) luahkan sesuatu dgn cara yg agak kasar ataupun dgn cara yg korang x bleh terima, sbnrnya x terniat langsung nak mengutuk atau mengaibkan, tapi benda tu untuk kemaslahatan bersama. Sama2 kita perbaiki diri. Renung2kan dan selamat beramal…

Wassalam…

Ikhlas,

zeeyazainzahir

Sunday 4 November 2007

Saya dan Rehlah ^____^

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaykum pemegang kalimah syahadah semua! Di sini, selapas mendapati Fathimah meminta sesiapa budak form 3 untuk menjadi penglipur lara (cececeh...) maka ana nak tampilkan diri dengan menulis barang 2, 3 dan banyak2 aksara. (Dapat perasan, ada orang dah mula juihkan bibir.. Oh.. bosannye..) =p


Rehlah? First comment yg datang datang fikiran.. Best tapi pelik tapi best!

Bertolak tu,kena naik bas "banyak ikhtilat" (pepandai je banat letak nama.. ). Sedeyh la jugak sebab kena separate dengan kawan baikku yang termerajuk pulak lepas tu. Apa boleh buat, takdir penentu..

Sebelum sampai, masuk ladang kelapa sawit, ada la sorang banat ni (sapa nama dia ek? =p) excited, nampak kerbau dipanggilnya seladang.. maka berderailah ketawa banat dalam bas "banyak ikhtilat" tuh...

Main games.. uhh yeh! Ni besh tahap zetta! Makan epal sampai berapa kali jatuh... Senak perut ketawe taw Maryam.. tak bleh luper. Main boom boom tu plak biasa2 jek cume teringat kumpulan sushi yang susah sgt nak sebut.. sampaikan "su..shi" jadi "shu..shi.."! War game part paling best! Kumpulanku hebat! Kumpulan 4.. Ceh, buang air liur je kawan sepasukan ana ckp strategi itu ini.. last2.. huhu.. satu bende pun ana tak faham. Tapi, segalanya berubah bila war game ni start. Dalam 3 daripada 4 permainan, ana tak "mati". (huhu.. inbisible sgt ke ana nih yek? kueng3..) Best! Baling2 doh sampai mem'bunuh' kawan sendiri. Maaf ye, kawan~

Mandi sungai! Sejuk nye!! Jakun setelah beberapa tahun tak mandi air sungai. Kecebur!!
Ana tepuk2 air ada orang marah. Tak best betul... Sporting lar sikit, ye dak? Best kan Ainnur kite main gila-gila kan? Rindu semuanya yang terjadi di sungai. Malah, ada seketul batu juga nak ber'kenal'an dengan ana dengan memberi sedikit 'cenderamata' pada jari kaki ana. Oh, terima kasih cik batu! (alhamdulillah.. nasib baik sikit je.)




Malam raya! Persembahan nasyid banin macam nak buat ana nangis. Entah kenapa...
Oh.. pesona kuning biru.... Sketsa.. maaf la ye. saya tak faham satu apa pun.. Tak pasal2 si cikgu terjatuh tu kenapa? Last2 geng tu jadi baik atas sebab apa? Ana tak faham..kan biskOt...?
Sedeyh sikit la, malam tu tak boleh makan banyak, baru makan sikit dah rasa muak. Rasa nak muntah. Tapi ada orang sodokkan kuih raya, terpaksa makan.. nak jaga hati kawan..
Malam yang menggamit qalbi..

Balik.. rasa sayu.. dormmateku terlalu ceria sedangkan hati terasa hiba... Naik bas "banyak ikhtilat" lagi.. Takpelah.. ada hikmahnya kot.

R E H L A H . . .

Pesona hijau terus memburu rindu. Keindahan fauna cipataanNya tetap tergambar dalam ingatan... Alhamdulillah... Segalanya membahagiakan...~

Oh Gunung Ledang.. Bila mungkin kan dapat aku membunuh rindu terhadapmu? Dengan segala memori yang terpahat di sana..

Sesuatu telah merubah segalanya.. atau adakah segalanya telah merubah sesuatu?

-----

Asifah.. nak keluar tajuk sekejap.. ana nak minta jasa baik antum antunna undi puisi ana untuk Pertandingan Puisi Cinta Ramadhan anjuran Nisa' Shah Alam. Undi puisi 6 --> Senandung Rindu Buat Ramadhan karya Raehan Intisor (ana!). Undi di sini --->

http://nisashahalam.blogspot.com/2007/10/puisi-yang-berjaya-ke-peringkat-akhir.html

Jazakumullahu khairan jaza'!


SENANDUNG RINDU BUAT RAMADHAN

Ramadhan
Rahmatnya terkandung citrawarna
Dinanti sekalian hambaNya
Dirindui tatkala pergi
Dimuliakan tika hadir kembali


Senandung syahdu berbaur suka
Kala menjelmanya Ramdhan
neraka tiada terbuka pintunya
Terbukalah pintu syurga kesemuanya
Rahmah Allah bertumpah ruah
Tidak terbilangkan oleh manusia

Syaitan durjana dicengkam terseksa
Tinggal nafsu menentukan sendiri
Ikut kata hati yang kotor binasa
Ikut kata nafsu bisa mati
Ikutlah hati yang sentiasa menuju pada Ilahi

Ramadhan datang
Menjelma penuh suka
Dirai sekalian hamba Allah
Bersama pesta 'ibadah
Khusyu' dalam lena zikir padaNya

Ramadhan yang pergi
sentiasa dinanti
Puasa mengiringi Ramadhan
dirindui pasti
Dia mengubat kerinduan
mempamerkan kasihNya
Lalu dengan Aidil Fitri
kemenangan dirai

Kullu 'aamin wa antum bikhair.....

Tinta nubari.. Raden Qurratu'Aini

Iklan

1.

Untuk bowling esok, kita semua diminta untuk memakai t-shirt sukan sekolah dan bagi banat tudung sekolah. Pakai kasut sekolah. Jangan nak mengada pakai baju lain. Sebarkan!!!!



2.

Pengalaman menarik masa rehlah? Jatuh tergolek masa sukan? Terpaksa korbankan masa tidur? Terharu, sedih, atau gembira? Barangkali malu?


Kongsikan pengalaman menarik anda sepanjang program tingkatan tiga berlangsung. Jangan biarkan memori terhapus begitu sahaja!

Abdikan kenangan anda di sini, buat tatapan semua. Hantarkan pengalaman anda ke batchsebelas[at]yahoo[dot]com.

Hadiah menarik menanti anda! (sweater... haha)

Saturday 3 November 2007

Janji Kita versi Batchsebelas

Friday 2 November 2007

alaa nak gamba

Assalamualaikum..

huh masih tiada lagi yang mahu menyumbangkan gambar. nak gamba... xsabar nak gamba dari kamera cik farhana. huhuh..

sori gamba xbesar sebab nih ana save dari photosharing ngan fathimah. ana xde banyak gamba sebab ana xmintak lagi dari ramai orang. dan ana xbawak kamera (huhuh)

sekian, wassalam.

Coret2 Rehlah (1)

Adegan 1

Dalam bas, dah nak sampai Kem Lagenda. Seekor binatang yang comel di celah pohon kelapa sawit.

Maz: Tu seladang.
Tmah: Oh.

Ipah: Tmah, tolong amik gambar kerbau tu.

Dengan penuh confident Tmah menjawab: Tu seladangla!

Satu bas (I mean separuh bas): TU KERBAULA!!

Tmah: Yeke? Tapi Maz cakap seladang!

Maz: Nt percaya cakap ana?

Satu bas: Gelak macam nak tergolek.

Tmah: Menahan malu.

Adegan 2

Maz desperate nak minta charger camera. Minta kat ustaz. Pergilah chalet Melor masa lepas mlm 1000*. Tmah dan Maz berjalan menuju ke chalet. Tmah ternampak lembaga hitam.

Tmah cabut lari dengan menggunakan skill 4x100. Lepas tu baru sedar, dalam hati, "Mana Maz ni..."

Lepas tu, Maz: Wei!! Asal tinggalkan ana?

Tmah: Ana..... Takut... Anjing... Sori Maz!!

Maz: Semput ana!

Kek coklat

Assalamualaikum..

Hmm setelah sekian lama tidak mengupdate dan hanya membiarkan saudari Fathimah yang mengupdate, saya mengambil keputusan untuk mencoretkan sesuatu di blog ini.

Rehlah form3 memang amat2 menyeronokkan!
Walaupun bas datang lambat mase pergi (tapi mase nak balik datang cepat pulak) dan bawak slow cam bawak basikal, rasa macam bahagia sangat (xtau nak ganti dengan apa perkataan bahagia tuh) dapat pergi ramai2 sama kawan-kawan.
Roti yang dibuat oleh AJK sedap. Tapi boleh pulak orang pegi letak roti tuh kat bawah bas.

Tempat kite rehlah memang best. Cume banyak tangga. haha. penat kalau asyik ulang-alik je. Bilik air pun bersih and besar. Dorm pun best sangat2 walaupun kalau tido kat katil atas die agak menyeramkan bagi sesiapa yang tidur lasak. Kemudahan yang disediakan kat situ memang memuaskan jugakla.

Teringat pula kat cicak besar tu.. amat menggelikan. nampak segala mende kat badan die. meremang badan.

Masa malam raya tuh, makanan banyak sangat. Dan nasi kotak tuh (err nasi impit or himpit or impet watever you call it) agak hancur sikit. haha. yang ana potong adela sikit hancur. tapi tuh sebab nasi tuh yang xcukup mampat, bukan sebab pemotongnye.
BBQ tuh pun sedap.

Persembahan banin lawak gile tapi xpaham langsung ape point die. Dahle tak dengar. Tapi tak kesah sangat pun.

Mandi sungai sejuk.. menggigil2. dan banyak kemalangan. agak menyeramkan jugakla.

Kenangan yang best sangat-sangat nih memang xboleh nak dilupekan.
Gambar ana xleh nak letak sebab ana xde pun gamba.
Gambar ramai2 macam xbest sangat sebab muke banin tak nampak sangat. (ceh sebenarnye ana xtengok pun lagi gambar tuh, just denga orang cakap je)

Sekian, wassalam.

Thursday 1 November 2007

Atensi

Apabila menerima arahan, bawak gambar rehlah esok (softcopy lar), squad hendaklah bersedia, berlari, berbaris, di hadapan, di tengah2 makmal komputer esok. Faham semua squad? Bawak gambar rehlah, gerak!

:D

Kepada sesiapa yang bawa kamera ke program rehlah, sila bawa gambar anda esok, hari Jumaat dalam bentuk softcopy, dalam pendrive ataupun cd, cd lebih digalakkan, serahkan kepada ana. Kalau ada gambar-gambar form three masa lain, studython ke, sukan ke ape ke, bawa sekali. Esok tau. Esok. Gambar kelas. Jamuan kelas. Apa2lah.

Kami nak compile gambar untuk pendokumentasian.

Kerjasama anda amat dihargai. :D