Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Monday 29 September 2008

RaMaDaN kALi iNi



Bertemu kembali dengan Ramadhan
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
Kau pertemukan ku semula
Ramadhan yang mulia

Di Ramadhan, Ya Allah
RahmatMu ku rasa
Ku banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunanMu
Melangit tinggi

Ramadhan rahmat dari Illahi
Banyakkan beribadah dan berdoa
Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh maghfirah
Moga kita menjadi hamba yang setia

Ramadhan menyedarkan aku
Kesusahan yang dialami insan lain
Ramadhan ujian Illahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan

Andainya ini Ramadhan terakhir bagiku
Kuharap ianya kan membela ku di akhir nanti

Saturday 27 September 2008

Imtithal

Bismillahirrahmaanirrahiim..
Assalamualaikum.


Gambar ori..

Gambar-gambar lain.. hehe. agak sedikit malas mahu diupload. FootInMouth
So.. ini adelah homework untuk 4 Imtithal. Semoga berjaya buat sume homework nih..


Homework untuk kelas lain.. taktau la pulak.
Marilah bersama-sama berusaha siapkan sume homework ni.
walaupun cuti 10 hari je and homework pun 10++.
Selamat berusaha Smile

Ingat raya, ingat addmath.
Sambil makan kuih raya, sambil buat addmath.
Ingat addmath, ingat A1 !! Halo
Salam..

Iftar Imtithal 'o8

bismillahirrahmanirrahim...


alhamdulillah :D

aslim taslam.

Friday 26 September 2008

RaMaDaN iNi....



Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna,
Puasa jadi amalan,
Sebagaimana yang diperintahkan.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah keraana dengan inayah-Nya kita masih lagi dapat merasai nikmat yang terbesar di dunia iaitu Islam dan Iman dan sesungguhnya tiada agama yang benar di sisi Allah melainkan agama Islam.

Syukur lillah, sedar tak sedar kita sudah menghampiri 10 Ramadan terakhir. Dalam masa yang sama pelbagai peristiwa penting dalam Islam berlaku di bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini, antaranya Nuzul Al-Qur’an, peperangan Badar dan Malam Lailatul Qadar. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita unuk terus beramal soleh dan menjauhi larangannya sebagai bukti ketaatan kita kepada Allah lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.

Oh ya.. sukanya ana untuk mengajak pembaca sekalian untuk mengevaluasi diri kita yang hidup di dunia ini tidak kiralah berapa umurnya. Apa yang jelasnya kita melihat semakin ramai pelajar kita yang melakukan sesuatu kebaikan itu kerana dipaksa bukannya kerana kehendak masing-masing, Begitu juga dengan puasa kita sendiri, berapa ramai antara kita yang puasa kerana mengikut adat bukannya menganggap ia sebagai ibadat. Contohnya berapa ramai pelajar kita yang puasa tapi masih mengeluarkan kata-kata yang kesat, suka mengumpat orang, mendengar lagu-lagu yang jelas terkeluar daripada syariat Islam (lagho), tidak menundukkan pandangan dan tidak kurang juga yang terlibat dalam kancah ikhtilat iaitu SMS banin banat dan chatting.

Astaghfirullah, tergamak kita melakukan semua ini sedangkan kita sedar bahawa kita hidup di dunia ini hanyalah sementara sahaja bahkan kita hanya menumpang hidup di bumi Allah di mana Allah boleh menghancurkannya pada bila-bila masa sahaja. Sabda Nabi s.a.w:

“ Berapa ramai orang yang berpuasa tapi tidak mendapat apa-apa dari puasanya melainkan lapar dan dahaga”. Wanauzubullahiminzalik, semoga Allah menghindarkan diri kita semua dari golongon seperti itu dan ingatlah sesungguhnya api neraka itu sedang menunggu mangsa-mangsanya untuk dihumban ke dalam neraka

Namun di situ, jaganlah kita khuatir dan bimmbang kerana di situ Allah menjanjikan pelbagai nikmat kepada hamba-Nya yang soleh dan sentiasa mengagungkannya tidak kira siang atau malam. Sesungguhnya pintu taubat itu masih terbuka untuk kita semua balik kepada fitrah Islam dan sekaligus meniti perjalanan hidup kita berlandaskan Al-Qur’an dan As-Sunnah dan sentiasalah berdoa semoga Allah menetapkan hati ini di jalan-Nya yang lurus dan tergolong dalam golongan orang yang berbakti kepada Allah. Tiada gunanya hidup di dunia ini tapi selalu melanggar perintah Allah. Tepuk dada tanyalah iman kita. Seharusnya Ramadan kali ini menjadi madrasah tarbiah untuk diri kita mengecas Iman kita setelah 11 bulan kita lalai dibuai dunia dan syaitan.

Akhir kalam, ingatlah kita semua adalah bakal generasi Islam yang bakal mengembalikan semula kegemilangan Islam pada zaman dahulu dan seharusnya kita sedar akan tanggungjawab tersebut dan mempersiapkan diri kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Wallahua’lam…

Syurga itu menagih ujian, sedangkan neraka itu dipagari dengan nikmat,
Bersusah-susahlah dahulu, bersenang-senang kemudian..

Sunday 21 September 2008

.ToMoRroW nEveR COmeS.

Bismillahirrahmanirrahim.



Yuk nonton yang baik-baik Ramadhan ini.

Movie pendek ini adalah produksi Ummahfilms yang menerajui program Ummah Films dgn tazkirah2 yang sangat menarik, boleh ditonton dari youtube. Bahasa pengantarnya ialah bahasa inggeris namun tetap tak meghalang usaha dakwah mereka ke serata dunia! Masya Allah.

Movie ini tentang: "Tomorrow Never Comes"

Insya Allah, ada baiknya movie ini. Ambillah 'ibrah daripadanya.

: sama-sama menjulang rahmat dan kasih Allah,
tersadung dalam nikmat-Nya yang tidak berbelah-bahagi::

aslim taslam.

Sunday 14 September 2008

sunny day

Image Hosted by ImageShack.us
:) the sunlight never fails to reach us, no matter what is in between or how far it is~

dari sebuah hadith..

bismillahirrahmanirrahim,

BERKATA Ibnu Abbas r.a bahawasanya RasuluLlah s.a.w telah bersabda : Allah telah berfirman :

" Berkata Daud tatkala dia berkata-kata kepada Tuhannya : Ya Tuhanku! Siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling Engkau cintai, supaya aku mencintainya dengan sebab cintaMu itu?

Berfirman Tuhan: Wahai Daud! Orang yang paling Kucintai di antara hamba-hambaKu ialah

yang bertakwa hatinya,

suci kedua-dua belah tangannya,

tidak menyusahkan orang lain

dan tidak membuat fitnah ke sana ke mari,

gunung-ganang akan berubah namun dia tetap begitu juga, dia mencintaiKu serta menarik hamba-hambaKu untuk mencintaiKu.

Berkata Daud: Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawasanya aku ini mencintaiMu dan mencintai orang yang mencintaiMu, tetapi bagaimana dapat aku menarik hamba-hambaMu untuk mencintaiMu.

Berfirman Tuhan:

Ingatkanlah mereka kepada segala macam nikmatKu,

segala macam ujianKu dan segala macam seksaanKu.

"Wahai Daud! Sesungguhnya tiada seorang hamba yang menolong orang yang teraniaya atau berusaha untuk melepaskannya dari penganiayaannya, melainkan ALlah akan menetapkan kedua-dua tapak kakinya pada hari semua tapak kaki akan tergelincir." ( Riwayat Baihaqi dan Ibnu Asakir )

BULAn KeAmPuNaN



Ramadhan merupakan bulan yang mengandung peluang emas untuk bertaubat kepada Allah ta’aala. Barangsiapa yang bersungguh-sungguh dalam berpuasa di bulan ini, maka Allah ta’aala akan mengampuni segenap dosanya sehingga ia diumpamakan bagai berada di saat hari ia dilahirkan ibunya. Setiap bayi yang baru lahir dalam ajaran Islam dipandang sebagai suci, murni tanpa dosa.

فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ رَمَضَانَ
شَهْرٌ افْتَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ صِيَامَهُ وَإِنِّي سَنَنْتُ لِلْمُسْلِمِينَ قِيَامَهُ
فَمَنْ صَامَهُ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا خَرَجَ مِنْ الذُّنُوبِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ

Bersabda Rasululah shollallahu ’alaih wa sallam, "Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan di mana Allah ta’aala wajibkan berpuasa dan aku sunnahkan kaum muslimin menegakkan (sholat malam). Barangsiapa berpuasa dengan iman dan dan mengharap ke-Ridhaan Allah ta’aala, maka dosanya keluar seperti hari ibunya melahirkannya." (HR Ahmad 1596)

Subhanallah…! Wahai para pemburu ampunan Allah ta’aala. Marilah kita manfaatkan kesempatan emas ini untuk bertaubat. Sebab tidak ada seorangpun di antara manusia yang bebas dari dosa dan kesalahan. Setiap hari ada saja dosa dan kesalahan yang dikerjakan, baik sadar maupun tidak. Alangkah baiknya di bulan pengampunan ini, kita semua berburu ampunan Allah ta’aala.

يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ

“Wahai hamba-hambaKu! Setiap siang dan malam kalian senantiasa berbuat salah, namun Aku mengampuni semua dosa. Karena itu, mohonlah ampunanKu agar Aku mengampuni kalian.” (Hadits Qudsi Riwayat Muslim 4674)

Marilah kita ikuti contoh teladan kita, Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam. Beliau dikabarkan tidak kurang dalam sehari semalam mengucapkan kalimat istighfar seratus kali. Padahal beliau telah dijanjikan oleh Allah akan dihapuskan segenap dosanya yang lalu maupun yang akan datang. Bahkan dalam satu riwayat beliau dikabarkan dalam sekali duduk bersama majelis para sahabat beristighfar seratus kali. Masya Allah...!

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ إِنْ كُنَّا لَنَعُدُّ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فِي الْمَجْلِسِ الْوَاحِدِ مِائَةَ مَرَّةٍ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

“Sesungguhnya kami benar-benar menghitung dzikir Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam dalam satu kali majelis (pertemuan), beliau mengucapkan 100 kali (istighfar dalam majelis): “Ya rabbku, ampunilah aku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (HR Abu Dawud 1295)

Ibadah puasa Ramadhan ditujukan untuk membentuk muttaqin (orang bertaqwa). Sedangkan di antara karakter orang bertaqwa ialah sibuk bersegera memburu ampunan Allah ta'aala dan surga seluas langit dan bumi.

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” (QS Ali Imran ayat 133)

Dalam kitabnya “Yakinlah, Dosa Pasti Diampuni”, ‘Aidh Al-Qarni menulis mengenai pentingnya bertaubat sebagai berikut:


”Saya serukan kepada setiap insan untuk bergegas menuju pelataran Tuhan pemilik langit dan bumi. Dialah Allah ta’aala yang rahmat-Nya lebih luas dari segala sesuatu, dan pintu ampunan-Nya senantiasa terbuka dari segala penjuru. Anda semua harus tahu bahwa suara yang paling merdu adalah suara orang yang kembali kepada Allah ta’aala, orang yang membebaskan diri dari penghambaan terhadap setan serta mengarahkan semua anggota tubuhnya menuju kepada Allah ta’aala semata. Melalui risalah ini, mari kita kenali cara kembali dan bertobat kepada Allah ta’aala dari segala dosa dan maksiat.”

”Manusia hanya memiliki satu umur. Jika disia-siakan, maka dia akan rugi besar, baik di dunia maupun di akhirat. Pintu taubat selalu terbuka, anugerah Allah ta’aala selalu dicurahkan, dan kebaikan-Nya senantiasa mengalir, pagi dan siang.”

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ قَالَ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ

Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda bahwa penghulu istighfar ialah ucapan seorang hamba: “Ya Allah, Engkaulah rabbku. Tidak ada ilah selain Engkau. Engkau telah menciptkanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku senantiasa berada dalam perjanjian dengan-Mu (bersaksi dengan tauhid) dan janji terhadap-Mu selama aku mampu. Aku berlindung kepada-Mu dari segala keburukan yang telah aku perbuat. Aku mengakui nikmat-Mu terhadapku. Aku mengakui dosaku. Maka ampunilah aku karena sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa melainkan Engkau.” Siapa yang mengucapkannya dengan yakin di siang hari, lalu ia meninggal hari itu sebelum sore hari, maka dia termasuk penduduk surga. Dan siapa saja yang mengucapkannya dengan yakin di malam hari, lalu dia meninggal sebelum subuh, maka dia termasuk penghuni surga.” (HR Bukhary 5831)

Bersamalah kita memeriahkan lagi bulanramadan yang penuh dengan keberkatan ini dengan memperbanyakkan amal soleh

tidak lama lagi.............nuzul quran
............................malam badar
............................malam lailatul qadar
tak sabar ku menunggu kehadirannya..............

Saturday 13 September 2008

PuAsA KiTa :Adat @ IbaDAt




Jikalau adat :

1)puasa baru bermula,hari raya pula yg diwar-warkn.Suasana Ramadan tenggelam dek raya

2)Lebih kdp pengisian fizikal-juadah berbuka bermacam-macam mnjadi pesta makan

3)Di awal Ramadan,surau dan masjid penuh tetapi semakin hari jemaaah semakin kurang

4)Sibuk membuat persiapan raya-membeli belah,membuat kuih raya,bunyi mercun dan percikan bunga api mengalahkn masyarakat cina..surau dan masjid menjadi lesu

5)bulan merdeka dari kekengan nafsu..pesta hiburan semahu-mahunya..hala dan haram berbaur demi kerana hari raya..roh ramadan tenggelam sekelip mata saja

Jika puasa kita IBADAT lain pula ceritanya :

1)Mewuudkan suasana beribadah di bulan Ramadan dengan pelbagai tawaran dari Allah

2)Lebih tertumu kepada tarbiyah ruhiyyah..melatih jiwa dan mendidik nafsu

3)Melaksanakan solat terawih dengan mengimarahkannya di surau dan masjid

4)Sibukkan dengan ibadah disepuluh terakhir ramadan..dimasa inilah Allah janjikan malam LAILATULQADAR iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan

5)Merasa sedih dengan pemergian Ramadan.Syawal disambut tanda kemenangan mengekang hawa nafsu dan insan telah kembali kepada fitrah

Ayuh semua insan muhasabah balik dri kita setelah saban tahun kita berpuasa apa nilai puasa kita disisi Allah??? samada diterima atau tidak..takut puasa kita jadi sia-sia je dan tak memberi perubahan apa-apa pun pada diri kita malahan akhlak dan sahsiah ita jadi lebih teruk pula

perbetulkan niat kita berpuasa kita keran menunaikan perintahNya bukan semata-mata mengikt adat yang telah kita warisi dari zaman berzaman

Wednesday 10 September 2008

Hikayat Montel si Kucing Bulat III

Bismillahirahmanirrahim.

Sambungan Hikayat Montel si Kucing Bulat.

Tiba-tiba...

Patik Montel terlihatkan dia.

Patik terdengar satu biacaranya kepada si nadim di sebelahnya tak bernama:

"Yuk 'terbang' ke musolla! Rindu!"

Huh? Terbang? Metafora barukah?

Oh nadimku, patik si montel mahu 'terbang' juga!

---------------

Riuh ria berkumandangkan lantunan ayat-ayat al-Qur'an di mana jua. Gemersik sekali bila istana Hidayah ini tidak pernah sepi dengan ayat sebegini. Dari patik tidur dan patik celik semula, inilah halwa buat pendengaran patik.

Subhanallah!

Belalang si Hijau Bergaya baru berhijrah pagi tadi. Serasa rindu mahu bermain dengan si Belalang yang punya pemikiran matang dan dewasa biarpun usianya selayaknya si cilik.

Langsung patik teringatkan dia...

Ramadhan ini patik selalu lihat dia 'terbang', sambil patik tunggu di depan musolla dengan penuh penantian untuk ketemu dengannya setiap hari.

Siapa yang tidak rindu sahabat yang selalu mengingatkan pada kematian yang tak kan pernah tertunda?

Siapa yang tidak kasih pada sahabat yang selalu mengingatkan kepada kebaikan, langsung hidup yang syumul indah berteraskan al-Qur'an dan as-Sunnah?

Biarpun patik hanyalah Montel si Kucing Bulat, namun dia nadim terbaik patik pernah temui dan kenali.

Dan sangatlah beruntung bagi insan yang hanya mengasihinya kerana Allah Ta'ala. Fillah abadan abadaa...

------

Indah katanya, buat patik jadi sukahati dengan haikunya. Terima kasih nadimku terahsia!

Barakallahu fik...

Haiku Ramadhan Kareem

Syahru Ramadhan
menitip keampunan
dipimpin ar-Rahim

Syahru Ramadhan
membongkar rahmat-Nya
luar biasa

Syahru Ramadhan
menyusupkan rinduku
teruntuk Dia

Sambung nanti ya, Montel mahu iftar~ Salam Ramadhan.

10 Amalan Terbaik...

...tapi terbalik.

-------------------------------------

10 Amalan Terbaik Tapi Terbalik
by Phawy Osman

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.

Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." Riwayat Bukhari

Tuesday 2 September 2008

AnTaRa AkAL dAn NaFsU



Akal dan nafsu merupakan dua komponen utama yang menentukan perwatakan sesorang individu. Secara umumnya, akal dan nafsu saling bertentang di mana akal lebih cenderung ke arah kebaikan, manakala nafsu lebih berminat ke arah keburukan. Apabila seseorang itu menggunakan akal sepenuhnya, maka kuranglah dia mengikut nafsu, dan jika seseorang itu mengikut nafsu sepenuhnya, maka kuranglah dia menggunakan akal. Dengan kata lain, jika orang itu menggunakan akal, akalnya akan mengawal nafsu, sebaliknya jika orang itu menurut nafsu, nafsunya merajai akal.

Orang yang mendahulukan akal daripada nafsu, maka baiklah perwatakannya, sebaliknya jika nafsu yang mendahului akal, buruklah padahnya. Sebab itu ada pepatah Melayu mengatakan "Ikut rasa (nafsu), badan binasa".

Umpama jika seseorang pemandu itu menggunakan akal, maka dia akan memandu dengan berhemah dan mengikut peraturan jalanraya serta memikirkan baik-buruk dalam cara pemanduannya. Tetapi jika pemandu itu jenis yang mengikut nafsu, maka pemanduannya akan membawa kecelakaan kepada dirinya mahupun orang lain kerana dia tidak menggunakan akal dalam membuat pertimbangan yang benar. Kalau dia bernafsu untuk memandu laju, dia akan memecut kenderaannya tanpa memikir buruk-baik perbuatannya itu.

Terdapat 3 golongan manusia berdasarkan sejauh mana dia menggunakan akal atau mengikut nafsunya.

1) Golongan yang nafsunya menguasai akal.
2) Golongan yang nafsu dan akal saling menguasai.
3) Golongan yang akal menguasai nafsu.

Golongan yang paling ideal adalah golongan ketiga yang mana dia berupaya memastikan nafsunya menurut perintah akal. Bila seseorang itu berada di dalam golongan ini, maka dia berupaya membuat pertimbangan yang wajar tanpa dipengaruhi nafsu. Sebab itu mudahlah dia melihat segala tanda-tanda kebenaran tanpa ragu-ragu dan bersangka-sangka.
Lagi kuat akal seseorang itu menguasai nafsu, lagi kuatlah imannya pada kebenaran.

Sebab itu di dalam bulan Ramadhan ini, salah satu kelebihan kita berpuasa adalah untuk mengajar kita mengawal nafsu. Apabila terkawalnya nafsu, maka mudahlah akal untuk bergerak dan berfikir. Maka senanglah seseorang itu membuat pertimbangan dan penilaian yang benar. Mungkin juga di antara hikmah Allah menurunkan Al-Quran di bulan Ramadhan ini, kerana ketika ini nafsu orang yang berpuasa itu terkawal, maka akal pun mudah menerima segala ajaran Al-Quran tanpa ragu-ragu lagi. Jadi adalah digalakkan kita sebagai umat Islam untuk mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk berfikir dan merenung tanda-tanda Kekuasaan Allah agar terbuka minda kita kepada ilmu-ilmu yang membawa iman kita menjadi lebih mantap. InsyaAllah.
 
Al-Quran adalah kitab untuk orang-orang yang berakal. Jika kita melihat pengajaran ayat-ayatnya, penuh dengan mengajak kita menggunakan akal. Sebab itu generasi awal ketika Al-Quran diturunkan (zaman nabi Muhammad dan para sahabat), mereka terdiri dikalangan ahli-ahli fikir. Generasi pemikir awal ini, lebih kepada berfikir untuk memantapkan akidah dan iman. Ketika di zaman itu, terkenal dengan syair-syair kosong dan melalaikan. Tetapi bila Nabi Muhammad menyampaikan Al-Quran yang lebih indah dan bernilai dari syair-syair biasa, maka ramai orang-orang yang berakal ketika tu tertarik, kerana mereka merasakan pengajaran-pengajar an yang berharga di dalamnya. Mereka menilai berdasar bukti-bukti yang ada di sekeliling alam semesta. Bila mereka menilai adanya bukti-bukti yang nyata terhadap ayat-ayat Allah yang Nabi Muhammad sampaikan, maka yakin dan berimanlah mereka.

Tanda-tanda yang menunjukkan generasi awal Al-Quran adalah ahli-ahli fikir adalah dengan melihat bagaimana Saidina Abu Bakar begitu membenarkan ajaran Nabi Muhammad (ayat-ayat Al-Quran) sehingga beliau mendapat gelaran "As Siddiq". Adakah beliau membenarkan Nabi kerana mengikut nafsu semata-mata? Sudah pastinya tidak, sebab ajaran Nabi bukannya ajaran yang sesuai dengan nafsu. Kalau ajaran Nabi sesuai dengan nafsu, berebut-rebutlah pembesar-pembesar Quraisy menyokong baginda. Oleh kerana ajaran Nabi adalah ajaran yang bertentangan dengan nafsu, sudah pastinya orang yang membenarkan ajaran ini adalah orang-orang yang berakal lagi berfikir kerana seperti yang ada disebutkan sebelum ini akal sentiasa bertentangan dengan nafsu.

Ajaran asas Al-Quran ketika awal-awal diturunkan dulu adalah tentang Ketauhidan Allah. Oleh kerana ajaran asas ini sudah betul dengan adanya bukti-bukti yang nyata yang menunjukkan Allah itu Satu dan tiada yang menyamaiNya, maka yakinlah para sahabat kepada seluruh ajaran Al-Quran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad.

Seperti juga jika seorang guru matematik mengajar asas kiraan matematik 1+1=2, dan ada bukti dan tanda-tanda seperti apabila 1 ketul batu ditambah dengan 1 ketul batu lagi, kita mendapat 2 ketul batu, bukan 3, 4 atau seterusnya, maka yakinlah kita guru matematik itu seorang yang benar. Jadi bila dia mengajar ilmu matematik peringkat seterusnya, tidaklah kita meraguinya lagi.

Tetapi bila seorang guru yang mengakui dia guru matematik, dan mengajar 1+1+1=1 atau menyamakan 3=1, sedangkan tiada bukti-bukti di alam semesta ini menunjukkan ajaran itu benar, adakah kita yakin dengan guru itu? Kalau ajaran asas matematik ini pun sudah songsang dan terselewengan dengan hukum akal dan fitrah duniawi, bagaimana kita hendak percaya dengan ajaran yang lain?

Sebab itu dikatakan tidaklah yang memperdebatkan ayat-ayat Al-Quran itu melainkan orang-orang kafir, dan orang kafir ini pula disamakan sebagai binatang ternak kerana sikap mereka tidak mempergunakan akal. Dengan kata lain, yang bersangka-sangka dan membantah ayat-ayat Al-Quran yang telah ada bukti dan tanda-tanda yang membenarkannya adalah hanya orang-orang yang tidak berakal.

Seperti kes matematik tadi, ada tak sesiapa yang yang memperdebatkan hukum 1+1=2? Kalau ada, sudah pastinya orang itu orang yang tidak berakal. Membantah hukum matematik itu dengan nafsu semata-mata tanpa membawa bukti yang nyata.

Antara contoh lain yang menunjukkan para sahabat Nabi merupakan generasi pemikir adalah dari kisah kebijaksanaan Saidina Ali. Nabi Muhammad diriwayatkan ada bertanya kepada para sahabat bagaimana hendak khatam (habis membaca seluruh) Al-Quran dalam satu malam. Para sahabat semuanya diam kerana merasakan adalah mustahil membaca 6000 ayat itu dalam masa satu malam. Kemudian Saidina Ali yang ketika itu masih remaja belasan tahun lagi menjawab, iaitu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Sebab apa? Kerana Baginda pernah menyebut yang maksudnya membaca surah Al-Ikhlas itu seperti membaca 1 per 3 Al-Quran. Jadi bila kita baca 3 kali, samalah seperti membaca seluruh Al-Quran. Maksud tersirat dari kisah ini bukan sekadar menggalakkan kita membaca surah Al-Ikhlas 3 kali sebelum tidur, tetapi menggalakkan kita menjadi umat yang berfikir, bagaimana generasi Islam terdahulu muda-muda lagi sudah bijak berfikir.

Kemudian muncul pula generasi pemikir yang seterusnya yang membawa kepada zaman kegemilangan Islam. Lahirnya pemikir-pemikir pada cabang ilmu-ilmu lain seperti matematik, sains, perubatan & lain-lain. Muncullah nama seperti Ar-Razzi, Ibn Sina, Ibn Battutah. Pada ketika itu ilmu tauhid mereka sudah kuat, maka mereka pergi kepada cabang-cabang ilmu lain tetapi dengan maksud membenarkan ilmu asas itu Al-Quran itu.

Di sini kita nampak bahawa kunci utama kejayaan sesuatu umat adalah dengan menyuburkan budaya berfikir. Ini yang ditiru oleh Barat selepas Zaman Gelap, apabila mereka memecah kongkongan gereja ketika itu yang tidak menggalakkan penganutnya berfikir. Dan kini kita sudah nampak hasilnya apabila Barat yang menguasai segala ilmu-ilmu moden. Tetapi malang sekali, walaupun untuk hal-hal duniawi, akal mereka cerdas, tetapi untuk hal-hal rohani, akal mereka masih terkongkong oleh nafsu. Ini berbeza dengan cendikiawan Islam dahulu yang akal mereka cerdas dalam hal agama mahupun hal kehidupan dunia. Itulah yang dimaksudkan dengan keseimbangan dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, akal memainkan peranan penting dalam hidup kita dan bukan sahaja kepada perwatakan individu malah turut mencorakkan tamadun sesuatu umat. Kerana itu akal diletakkan di dalam otak yang kedudukan lebih tinggi dari hati (tempat nafsu), bagi menunjukkan martabat akal ini tinggi dalam fitrah hidup manusia.

Bagi umat Islam, selagi kita tidak keluar dari kongkongan pemikiran dan menurut nafsu terhadap apa yang disogok oleh musuh-museh islam, maka umat Islam terus terlena. Bila terlena, mudahlah diperkotak-katikkan oleh musuh Islam. Jadi kita perlu mengubah sistem didikan kita ke arah budaya berfikir seperti Barat, tetapi bukan sahaja berfikir hal-hal dunia malah dalam hal-hal agama. Kita kena mengajar anak-anak kita berfikir tentang asas Al-Quran itu ajaran Tauhid. Kalau anak-anak kecil (baligh) ini mampu berfikir tentang KeEsaan Allah yang sebenarnya dengan menilai dan melihat bukti-bukti yang nyata disekeliling kita, maka insyaAllah mereka terselamat dari bahaya murtad. Orang yang senantiasa berfikir tentang kebenaran KeEsaan Allah, dia tidak bernafsu lagi untuk menyekutukan Allah dengan sesuatu. Seperti orang berfikir 1+1=2 itu benar dengan adanya tanda-tanda yang membenarkan, dia tidak bernafsu untuk bersangka-sangka yang 1+1 tidakmustahil jadi 3,4 dan seterusnya.

Monday 1 September 2008

kerja rumah 4 imtithal

bismillahirrahmanirrahim,
assalamualaikum,

straight to the point.

homeworks 4 imtithal.

  • pqs - nota mengenai tokoh pemikiran dan imam empat
  • bat - pembetulan kertas exam
  • sejarah - presentation (kalau siapa yang tak buat lagi)
  • BM - habiskan baca buku di hadapan pulau dan anak laut
  • BM - 7 karangan (handout)
  • biology - handout cuti sekolah.
  • essay BI yang penyudahnya, "she really glad that she took her father's advice" (siapa yang belum buat)
selamat menyiapkan kerja rumah dan selamat berpuasa dalam bulan ramadhan al-mubarak~

“Tak bererti apa yang kamu suka adalah sesuatu yang baik untuk kamu,
Boleh jadi apa yang tak kamu sukai adalah sesuatu yang baik untuk kamu,
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..”

salam muhibbah.
assalamualaikum.