Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Thursday 30 April 2009

Piala Tun Sri Lanang, Munshi Abdullah's Trophy

SMI HIDAYAH JB vs STAR

Grand Final

Debat Antara Sekolah 2009 (kategori Bahasa Melayu)
Tarikh: 29 April 2009 (Rabu)

Tempat: CAC, UAIM Gombak

Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Suasana Perlawanan Akhir Debat Antara Sekolah 2009 dengan tajuk "Undang-undang Merupakan Jawapan Terbaik Kepada Masalah Sosial"

Para pendebat SMI Hidayah Johor Bahru (Kerajaan)

Para pendebat STAR (pembangkang)

Reaksi pendebat SMI Hidayah JB selepas keputusan diumumkan

SMI Hidayah JB, Johan Debat Antara Sekolah 2009 kategori Bahasa Melayu bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah (kiri) dan Rektor UIAM (tiga dari kanan)

Para pendebat SMI Hidayah JB turut merangkul gelaran Naib Johan Debat Antara Sekolah 2009 kategori Bahasa Inggeris

-WaN aM-

Pegawai Eksekutif Penerangan JIM Pusat

DuNiA....



Dunia
Kau semakin tenat
Kau semakin hampir ke penghujungnya

Namun
Ramai yang tidak menyedarinya
Malah leka dengannya
Pelbagai kerosakan telah terjadi padamu

Wahai penduduk dunia
sedarilah akan sebentarnya masa hidupmu
bila-bila masa kamu akan meninggalkannya

Ingatlah
Sesungguhnya dunia ini hanyalah satu perhentian
bukanlah destinasi yang pasti

Sesungguhnya kamu akan dimatikan dan dibangkitkan
untuk meneruskan pengembaraanmu
menuju sebuah destinasi
yang telah lama dinanti
memenuhi janji Tuhan yang yang telah pasti



Di sana nanti
hanya amal menjadi temanmu
segala perbuatanmu akan dibalas
untuk Tuhan melihat
mana hambanya
yang telah memenuhi janji terhadap Tuhannya
baru kamu tahu
siapakah dirimu yang sebenar

Di sana nanti
tiada lagi penyesalan
tiada lagi pengunduran

Semua amalmu telah tertulis
Di situlah tempat kamu akan diabadikan
untuk sebuah kehidupan
yang kekal abadi
lagi pasti

p/s : renung-renungkanlah kehidupan insan yang bertumpang hidup di bumi Tuhan
Yang Maha Kuasa

Friday 24 April 2009

The clock is ticking

Pantasnya masa berlalu.
The future comes with every second.

Perkara yang ada dalam senarai 'masa depan' semakin banyak dipindahkan ke dalam senarai 'masa lampau'.

Sedar atau tak, dengan setiap detik,
SETARA semakin hampir.
PERCUBAAN semakin hampir.
SPM semakin hampir.
Tarikh tamat tingkatan 5 semakin hampir.

Selain tu,
KEMATIAN juga semakin hampir.
Hari pembalasan juga semakin hampir.
Hari penentuan kita semakin hampir.

Tapi bezanya, peperiksaan SPM itu telah ditentukan tarikhnya, dan yang akan menduduki SPM hanyalah calon SPM yang mendaftar. Tapi KEMATIAN itu datang tanpa mengenal 'calon peperiksaan'nya. Sedang SPM itu seolah-olah amat pasti untuk kita duduki, namun kematian itu lebih pasti.



Sedangkan untuk SPM yang jelas tarikhnya pun begitu sulit untuk membuat persediaan, masih mencari dalih untuk merehatkan diri, bagaimana pula dengan peperiksaan KEMATIAN? Pastikah hari esok masih ada lagi?

Usah merungut bila diajak kepada kebaikan.
Usah menghalalkan apa yang sudah jelas nyata terpampang dalam al-Quran dan as-Sunnah sebagai haram.
Usah bertangguh kerana ENGKAU TIDAK PASTI BILA ENGKAU AKAN MATI.
Relakanlah dirimu untuk korbankan kesoronokan dunia demi kebahagiaan hakiki di akhirat sana.

Ayuh bersihkan diri daripada dosa!
Serulah kepada kebaikan!
Tegahlah yang mungkar!
Marilah beramal soleh!

KEMPEN TAUBAT NASUHA.
Batchsebelas.


(maaflah, ana reka kempen sendiri)

Friday 17 April 2009

jaulah~

Bacalah dengan nama Tuhanmu (96:1)


Alhamdulillah. Haa~ Hari ni dan esok banyak kelab akan berlepas untuk jaulah kan?
Jaulah equals to LAWATAN. Huu, mesti best!

Betul ke BEST lawatan antum?

Anda yakin? Muktamad?

Err... Mestilah!

Sebenarnya, JAULAH yang best ada kriteria dan prasyarat2nya yang sangat super-istimewa.


Pertama: always comes to our nawaitu. Niat mesti betul! Mesti untuk dapat redha Allah dengan berjalan+melihat+mentafsir alam syahadah ini. Lagi, jangan lupa amanah kita terhadap Allah, solat jangan tinggal~

Kedua: Perisai akhlak mesti mantop! Shield kita ni jadikan diri kita begitu berharga~ Kat mana-mana pun, ISLAM itu mesti selalu dekat dengan kita. Ketawa seadanya, bergurau senda seadanya, jaga juga hubungan alam maya kita. Lagi... Khas untuk banin muslim B11 yg dimuliakan Allah, always be the RIJAL! Jaga2lah banat yang ada bersama kalian. Ar-rijal itu pelindung bagi an-nisaa'~ Sebab... kItA kan MUSLIM?

Ketiga: Bersederhana. Perancangan ekonomi mestilah tak ikut bisikan musuh -syaitan! Oh, memang dah lazim sangat kalau kita2 yang pergi lawatan ni, palinglah boros, beli yang entah apa-apa. Makan pulak macam nak makan kat hotel je. Bersederhana, ok?


Oklah, penuhi prasyaratnya ini semua, insya Allah: LAWATAN mesti BEST!



Salam musafir!~


P.s: Untuk yang tak pergi lawatan, ini nota bonus kita sampai bila2. Yang baik itu jadikan pedoman, insya-Allah.

P.s 2 : Dalam dewan siswa, April 2009, (ada di maktabah), ada ole-ole puisi untuk kita semua!
Silalah baca.

F I AM A N I L L A H

Wednesday 15 April 2009

Kepada Kaum Hawa.

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki.

Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, contohnya seperti Uwais Al-Qarni. Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir). Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu? Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32)
. “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.


Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)

Sunday 12 April 2009

SuKaRnYa MeNiNggALKaN JaHiLiAh




Dewasa ini, kita melihat ummat kian larut dan larut dalam jahiliyyah. Kian membentuk larutan dosa, yang akhirnya menjadi pati yang pekat, cukup pekat untuk meluaskan isipadunya, agar jahiliyyah itu kekal mekar dalam masyarakat kita sendiri. Malah, kini masyarakat tidak lagi terkejut seandainya jahiliyyah yang ada ini, disebarkan oleh penganut islam itu sendiri.

Jahiliyyah ada di mana-mana. Buka televisyen, ia ada di dalamnya. Dalam akhbar, ia menjadi paparan utama. Apatah lagi di ruang maya tiada sempadan, internet, jahilliyah digambarkan seakan-akan perkara biasa. Sekarang, ummat tidak lagi terkejut andai babak penzinaan ditunjukkan dalam televisyen~ tak heran laaa. Juga kes pembunuhan dan buang bayi, ianya bukan lagi paparan yang menggemparkan. Alangkah malunya kita wahai pemuda pemudi sekalian.

Lantas ingin ana kongsikan kata Syeikh Rahmat Abdullah apabila menceritakan perihal kader dakwah dalam bukunya Untukmu Kader Dakwah. Tidak dapat tidak, perubahan perlu dilakukan. Hanya satu penyelesaiannya, dengan menawarkan solusi. Dan hanya islamlah solusinya. Namun, dalam meneruskan kerja besar taghyir (perubahan) ini, hanya boleh dibuat seandainya kita ada kader-kader seperti generasi-generasi pertama dahulu.

Siapakah generasi pertama? Tentunya salaf as-soleh. Golongan salaf, yang terawal, yakni para sahabat ar-rasul yang mendapat terbiyyah terus daripada ar-rasul s.a.w.

Menurut As-Syahid Syed Qutb, berolehnya kejayaan para salaf as-soleh ini dahulu kerana mereka ini mempunyai beberapa sifat yang tidak ada pada generasi-generasi sesudahnya (Rujuk Maalim fit Toriq). 3 sifat itu ialah:
1. Menuntut ilmu bukan sekadar untuk mengoleksi (mengumpul ilmu)
2. Putus dari jahiliyyah kelmarin dan menghayati hidup baru dalam islam, tanpa keinginan sedikitpun untuk kembali ke kancah jahiliyyah
3. Bersiap siaga menunggu arahan Al-Quran sepertimana perajurit yang menunggu arahan general mereka
Inilah kualiti yang TIADA pada SEMUA penggerak-penggerak dakwah kita ini. Walhal mereka SEMUA diperlukan dalam mengislahkan masyarakat, khususnya ummah itu sendiri. Tiada cara lain, tiada alternatif lain. KITA PERLUKAN MEREKA YANG BENAR-BENAR SERIUS!



Dalam buku Maalim fit Toriq (Petunjuk Sepanjang Jalan) juga, Syed bin Qutb juga memperihalkan tentang generasi Al-Quran yakni generasi rabbani yang ingin dihasilkan dalama tarbiyyah ini. Generasi yang benar-benar hati mereka berorientasikan ALLAH. Merekalah GENERASI HARAPAN yang kerap kali dicanang-canangkan, dinasyid-nasyidkan:::



Mereka itu:
1. Bersih hatinya
2. Bersih pemikirannya
3. Bersih pandangan hidupnya
4. Bersih perasaannya
5. Murni jalan hidupnya
=== Dari sebarang unsur yang lain daripada landasan ilahi dalam AL-QURAN KARIM


Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah

Masih adakah lagi karat-karat jahiliyyah dalam dirimu? Wahai pemuda pemudi islam...

SELECTION BOWLING ESOK!

Masa:
pukul 10.30 pagi.

Tempat:

Skudai Parade.

*Semua yang nak datang, jangan lupa bawak RM10.

Saturday 4 April 2009

Tidakkah kamu berakal untuk memikirkannya?

by

“Itu pokok apa?” saya bertanya.

“Tak tahu,” jawab anak-anak.

“Itulah pokok durian,” saya menerangkan.

Mereka mengangguk-angguk. Sambil itu separuh badan masih seronok berendam di dalam sungai.

“Itu pokok apa?” saya bertanya lagi.

“Tak tahu,” jawab anak-anak lagi.

“Itulah pokok cili,” saya memberitahu.

“Pedas!” kata Naurah.

Pokok cili di sebelah pokok durian… menarik.

Walaupun pokok cili tumbuh di sebelah pokok durian, dan kedua-duanya menyedut zat galian daripada tanah yang sama, satu pokok buahnya pedas, satu pokok lagi buahnya lemak manis. Malah tidak pula durian menjadi pedas kerana duduk sebelah pokok cili. Kalau tidak, mudah juga nak buat sambal tempoyak!

Itulah kebesaran Allah.

Kalau lima orang chef diberikan sepuluh bahan yang sama dan masing-masing diminta mencipta resepi masakan, pasti sahaja rasa masakan itu tidak banyak bezanya. Tidak mungkin seorang menghasilkan gulai lemak pisang manakala seorang lagi membakar kek pisang.

Tetapi tidak dengan hasil kerja Allah Subhanahu wa Taala.

Lima batang pokok tumbuh di atas tanah yang sama. Pokok cili menghasilkan buah yang pedas, pokok durian menghasilkan buah yang lemak manis, manakala buluh menghasilkan batang yang miang, jering mengeluarkan buah yang kelat dan pokok kelapa menghasilkan buah yang luar biasa kegunaannya.

“Allah hebat, kan?” saya menyudahkan ngomelan di pagi itu.

Anak-anak mengangguk. Entahkan faham entahkan tidak. Tetapi saya perlu memulakannya.

Mendidik anak berfikir.

p5180120

ALAM DAN MANUSIA

Manusia perlu mengenal Tuhan. Mereka ada dua jalan untuk mencari dengan mengenal Tuhan. Jalan pertama adalah dengan FIKIR pada ayat-ayat Allah yang direnung dan diperhati (mandhoorah). Pada alam. Jalan kedua adalah dengan ZIKIR pada ayat-ayat Allah yang dibaca (maqroo’ah). Pada wahyu, pada al-Quran.

Zikir itu adalah jalan yang tinggi pada mendampingi Allah. Tetapi zikir sukar membawa khasiatnya jika manusia berzikir tanpa berfikir.

Mereka berzikir mengingati Allah tetapi kerana zikir tidak disulam fikir, manusia yang selalu menyebut nama Allah ini jualah yang tanpa sedar menjauhkan diri dari Allah semasa dirinya keluar dari majlis zikir menuju urusan mentadbir alam dan manusia. Mereka memuji Allah semasa berdamping dengan ayat-ayat Allah yang maqroo’ah tetapi mereka jugalah yang tanpa rasa bersalah merosakkan ayat-ayat Allah yang mandhoorah melalui pencemaran alam hasil kerja tangan mereka. Mulut berzikir, tetapi tangan menjadi tangan ahli fasad yang merosakkan bumi.

masadepanmilikislam

Sebab itulah manusia mesti dibalikkan kepada khusyu’ dalam berfikir, di samping khusyu’ dalam berzikir. Fikir manusia itu akan mendorong dirinya untuk memahami alam dan seterusnya mencari rahsia kehidupan. Dikajinya laut yang berombak, bertemu dengan angin. Dikajinya angin yang bertiup, ditemuinya tekanan udara panas dan sejuk. Dikajinya tekanan udara, ditemuinya tenaga haba. Dikajinya tenaga haba, ditemuinya matahari. Dikajinya matahari, ditemuinya gas-gas yang membentuk matahari itu. Dikajinya gas-gas berkenaan… akhirnya tiba ke suatu titik yang tiada jawapan.

Di situlah hujung akal.

Hujung akal, pangkal agama!

Itu pesanan masyhur Buya HAMKA pada mendidik umat Islam menjadi manusia yang rajin berfikir. Kerana fikir kita jadi manusia. Kerana fikir yang menyampaikan kepada zikir, kita menjadi manusia yang Muslim.

MEMUSUHI FIKIRAN

Tetapi tatkala manusia bermusuh dengan fikir, binasalah diri, binasalah umat. Agama juga runtuh apabila zikir dipisahkan daripada fikir. Tanpa fikir, apa bezanya di antara agama Islam dengan Hindu?

“Tuhan saya minum susu. Itu kepercayaan saya dan apa awak nak kata?” tegas seorang yang berpegang dengan agamanya yang demikian itu.

Benarlah Islam, dan batillah yang selain daripada Islam kerana kebenaran itu dibuktikan dengan fikir.

Masih ingatkah kita kepada kehidupan manusia di benua gelap bernama Eropah? Selepas kejatuhan Empayar Greco Roman, manusia didominasi oleh kuasa istana dan gereja yang bersekongkol. Ketika itu manusia didoktrinkan bahawa berfikir, keinginan untuk tahu dan menyoal adalah dosa. Kombinasi di antara fikir, keinginan untuk tahu dan bertanda tanya itulah yang mendorong Adam menjamah buah larangan lalu terjebak ke dalam original sin.

Lalu massa dibunuh pemikiran mereka. Haram bertanya soalan.

Dan apabila manusia berhenti berfikir, jadilah mereka haiwan yang dicucuk hidung ditarik tali. Itulah zaman gelap Eropah.

Bagaimanakah segala kezaliman gereja ketika itu runtuh?

Taqlid buta dan perhambaan diri kepada institusi agama dan raja musnah, apabila manusia mula berfikir. Apabila manusia mula menghayati slogan Rene Descarte (1596 - 1650) yang menyebut, “Cogito ergo su” atau “saya berfikir lalu saya wujud diri!. Berfikir dalam agama itu jugalah yang mendorong bantahan penganut agama Kristian hingga muncul gerakan Martin Luther (1483 - 1546) yang kemudiannya digelar sebagai Protestantism. Ia adalah cubaan untuk mengembalikan maruah akal dalam beragama!

ANTARA KITA DAN BARAT

muslimman

Berfikir itulah yang mengeluarkan Barat dari kegelapan hidup kepada kemodenan.

Malah di celah-celah kerosakan dunia moden yang berpunca dari fikir yang sudah bergelumang dengan nafsu, Barat itu datang kepada Islam, juga dengan fikir.

Teringat saya kepada dialog bersama sekumpulan pelawat Irish yang datang ke Belfast Islamic Centre semasa saya bertugas di sana dulu.

“Apa yang membawa anda datang ke masjid ini?” saya bertanya.

“Saban hari media memburukkan Islam dan Muslim hingga intelektualiti kami rasa terhina. Seolah-olah kami manusia yang bodoh. Kami ada pendidikan. Ada fikiran. Kami boleh membuat keputusan sendiri. Setelah bertemu dengan alamat masjid di dalam direktori, kami datang ke tempat tuan!” jawab jurucakap kepada rombongan itu.

Ya, tidak keterlaluan saya katakan bahawa FIKIR itulah yang membawa Barat datang kepada Islam. Dua orang sebulan yang memeluk Islam di masjid saya, mereka bertemu dengan Islam kerana berfikir. Manakala orang Timur pula berbondong-bondong meninggalkan Islam kerana mereka tidak berfikir. Lumrah hidup pada makan, minum, kerja, rehat dan kahwin… hingga sedikit cuitan pada minda, sudah cukup untuk memurtadkan bangsa yang Muslim ini.

Sebab itulah orang yang memeluk Islam di Barat adalah orang yang berpendidikan, belajar, mengkaji dan seterusnya mereka menjadi mutiara untuk Islam dan masa depan ummah. Manakala orang kita yang murtad, mereka murtad kerana lumpuh upaya berfikir dan merasionalkan kepercayaan.

SALAH SIAPA?

Tolaklah ke tepi seketika teori-teori konspirasi berkenaan perancangan Zionis atau propaganda misionari Kristian serta kejahatan media yang selalu ditunding jari.

Lihatlah apa yang kita sebagai ibu bapa buat di rumah. Lihatlah apa yang kita sebagai orang agama buat kepada ummah?

Di rumah, kita sebagai ibu bapalah yang membunuh upaya fikir anak.

muslim_kids01

“Ayah, kenapa kita tak boleh duduk atas bantal?” tanya si anak.

“Tak boleh. Nanti bisul!” kata si ayah dengan penuh bijaksana.

Anak terpinga-pinga.

“Ayah, kenapa kita tak boleh meniarap sambil angkat kaki?” tanya si anak lagi.

“Tak boleh. Nanti emak mati!” tegas si ayah dengan bahasa yakin.

Anak kebingungan.

“Ayah, kenapa pensel tak boleh diasah atas dan bawah?” soal anak seterusnya.

“Arghh, diamlah kamu. Orang tua nak bercakap pun susah!” bentak si ayah yang rasa terganggu dengan soalan-soalan si anak.

Akhirnya anak-anak yang sering kena shut up ini menjadi bantut. Mereka bukan sahaja tidak berani menyuarakan pendapat atau tampil ke khalayak ramai kerana keyakinan diri yang rendah, malah lumpuh fikir itu menyebabkan generasi ini tidak tahu menilai kebenaran. Akhirnya mereka menjadi bodoh dan dengan kebodohan itulah mereka memperhambakan diri kepada hawa nafsu dan seterusnya murtad dari agama.

Percayakah kita, apa yang diajar oleh ibu bapa orang Barat itu tanpa sedar membekalkan anak-anak mereka untuk bertemu dengan Islam, dan apa yang diajar oleh ibu bapa orang kita ini tanpa sedar menyediakan anak untuk hilang alat untuk beragama dan seterusnya lari meninggalkan Islam.

Itulah jenayah besar kita, dosa tidak berfikir.

BERAGAMA TANPA FIKIR

Bukan sahaja ibu bapa, malah orang agama juga suka benar mengulang-ulang slogan bahawa, “agama tidak dibina di atas akal”. Didoktrinkan bahawa “agama bukan pemikiran”. Memang benar, jika pemikiran yang dimaksudkan itu ialah pemikiran ekstrim seperti Muktazilah. Tetapi membunuh fikir dalam beragama, jadilah Usul al-Fiqh sebagai hafalan. Jadilah Islam agama yang kaku dalam penafsiran hingga ditertawakan kehidupan moden yang gagal ditanganinya.

Ada kekeliruan yang berlaku apabila ada segelintir pendakwah yang mahu membasmi taqlid, tetapi dalam masa yang sama menghalang manusia berfikir dalam saranan-saranannya. Taqlid dibasmi tanpa galakan berfikir, akan hanya melahirkan taqlid yang seterusnya.

Itu komentar umum yang dibuat ke atas seruan Muhammad bin Abdul Wahhab. Usahanya untuk membasmi taqlid dan ketaksuban manusia, tidak disertai dengan seruan menggalakkan manusia berfikir. Justeru ia berulang kali mencetuskan taqlid yang baru, biar pun tanpa nama dan mazhab.

KESAN KE ATAS ALAM

017

“Pemanasan global? Arghh… itu politik. Bukan sains. Karut sahaja,” bentak seorang Muslim.

“Anta ni bila nak berdakwah? Asyik dengan masalah alam sekitar sahaja. Upgrade-lah cepat perjuangan anta!” sinikal benar bunyi sindiran seorang da’ie kepada rakan aktivis NGOnya.

“Pencemaran cahaya? Hahaha…. keras perut aku menahan ketawa. Kalau pencemaran udara ok lagi. Ini pencemaran cahaya. Mengada-ngada sungguh,” kata seorang rakan yang kuat bau Islam pada pakaian dan istilah-istilah Arab di mulutnya.

Begitu sinis bunyi komentar manusia sebegini tatkala diajak berfikir tentang kemusnahan alam. Mereka mungkin kaum yang betah berzikir, tetapi memisahkannya dari fikir. Jika mereka kaum yang berfikir, bagaimanakah mereka mahu mengamalkan Surah Aal ‘Imraan ayat 191?

3_190-191

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” [Aal 'Imraan 3: 190-191]

Kebesaran Allah di langit yang tidak mempamerkan bulan atau bintang? Hanya simbahan cahaya diselaputi jerebu? Belum pernah saya mendengar kaum Muslimin susah hati dengan pencemaran cahaya yang menghijab mereka dari memikirkan tentang kebesaran Allah. Akhirnya bandar tanpa Muslim bernama Kilkenny di Republic of Ireland yang bersungguh-sungguh menjaga pancaran cahaya dengan alasan pelepasan sinar berlebihan ke udara meragut hak manusia menikmati angkasa!

Sesungguhnya manusia yang gemar berfikir tentang alam untuk membaca ayat-ayat Tuhan, tidak akan membiarkan alam ini rosak dan tercemar. Jika al-Quran dijaga dengan meletakkannya di atas almari, begitu jugalah alam ini dipelihara kerana ia adalah AYAT-AYAT ALLAH… bagi kaum yang berfikir.

Besar sekali kesan manusia yang enggan berfikir.

muhammadabduh

Muhammad Abduh pernah mengeluh, “aku ke Paris dan aku bertemu dengan Islam tanpa Muslim, aku ke Kaherah dan akan bertemu dengan Muslim tanpa Islam”.

Mungkin Islam yang ditemui oleh Muhammad Abduh itu adalah nilai-nilai yang terbit hasil berfikirnya manusia di sana tentang apa yang baik dan apa yang buruk. Hanya kerana fikirnya tidak sampai kepada zikir, mereka tidak menjadi Muslim.

Manakala Muslim tanpa Islam yang berkeliaran di Kaherah itu, adalah Muslim yang tidak berfikir, walaupun ada zikirnya sekali sekala.

MULAKAN DARI RUMAH

“Kenapa Abi tak bagi Yop pergi beli makanan di tepi padang sekolah itu?” saya bertanya kepada Saiful Islam.

“Kenapa?” dia bertanya balik kepada saya.

“Makanan itu dijual orang luar. Sekolah tidak kenal mereka. Kalau makanan itu kotor, Yop sakit perut masuk hospital, macam mana?” saya berusaha untuk menjelaskan.

Itu lebih baik daripada menakut-nakutkan anak bahawa di pokok besar tepi padang sekolah itu ada hantu ‘kopek’ yang menculik kanak-kanak.

Di usia muda, didiklah anak-anak dengan budaya bersoal jawab. Setiap kali mereka bertanya, jangan diherdik pertanyaan itu, dan jawablah dengan jawapan yang merangsang anak-anak berfikir. Kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak berfikir, bakal menyebabkan anak-anak ini masuk ke era masa depan yang dicabar pemikiran, sedangkan mereka hanya punya sebuah kepala yang berisi otak, kepala dan otak itu tidak bernyawa dilumpuhkan oleh ibu bapa mereka sendiri.

2_76

“Tidakkah kamu berakal untuk memikirkannya?” [al-Baqarah 2: 76]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

WordPress Plugin

ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Saifulislam.Com mengalu-alukan sumbangan anda untuk menampung perjalanan server. Klik di sini untuk menyumbang. Terima kasih... [Abu Saif]

april fool


April fool.. Adakah kita mengamalkannya?? [tepuk dada, tanya IMAN!]

Bagi mereka yang meniru budaya ini, mereka merasakan bahawa seri persekitaran hidup mereka akan hilang apabila peristiwa April Fool ini tidak diraikan.

Apa yang dibimbangi ialah pemikiran seperti ini terus berleluasa hingga satu masa nanti, ada yang mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam.

Disedari atau tidak, golongan muda menerimanya dengan membuta tuli tanpa usul periksa adakah ia bertentangan dengan batas syarak atau sebaliknya.

Sejarah


Menurut sejarah, April Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian.

Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu. Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April). Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak.

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.



Masyarakat Kini

Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan. Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol.

Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi tidak dapat menerima pasti akan menyimpan perasaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.

Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain.

Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain.

Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool. Sesungguhnya ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam . Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengka demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun , pasti kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya : Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab;:Lalu siapa lagi(kalau bukan mereka)"
~Hadis riwayat Bukhari dan Muslim~

Friday 3 April 2009

MuJaHiD


Mujahid
Mujahid Islam...

Betapa aku sungguh inginkan gelaran itu.
Namun terdetik di hati,
Apakah aku layak??

Tersentak...
Tatkala ada yang menggelarku demikian.
Walaupun aku sekadar menyampaikan,
Apa yang aku rasa diperlukan,
Oleh seorang saudara yang memerlukan.. .
Dari Kitab Allah... Al-Qur'an.

Aku melihat kembali
Apakah layaknya diri?
Aku merenung kembali
Menerjah ke kalbu hati

Apakah diri ini sudah selesai urusan hati?
Apakah diri ini sudah mencintai RABBIY?
Apakah diri ini sudah taubat sepenuh hati?
Apakah diri ini sudah munajat mengharap ILAHIY?
Apakah diri ini...?
Apakah diri ini...?
Apakah diri ini...?
Lalu apakah diri ini...?
Dan seribu satu macam persoalan...

Aku belum berjihad sesungguhnya
Aku belum mengharap syahid sesungguhnya
Aku masih takut mati sesungguhnya
Aku masih belum lengkap Rukun Islamku
Aku masih terkontang-kanting mencari kebenaran
Mencari secebis ketenangan dalam seribu kekeliruan

Maka apakah aku layak sebagai Mujahid Islam??

Sungguh...
Aku takuti harapan tidak tertemui
Lantas membawa kegundahan
Lantaran harapan tidak kesampaian.

Sungguh...
Aku takut dilihat manusia dengan pandangan
Yang belum tentu akan mencerminkan kebenaran
Hakikat diriku dan hatiku tentang keimanan

Ya Allah...
Engkau telah mengurniakan aku kepetahan berkata-kata
Maka kau peliharalah diriku dari fitnah manisnya kata
Semoga semua ikatanku bukanlah atas rapuhnya bahasa
Yang indah ditutur tersisip ungkapan menyentuh jiwa

Namun kau jadikanlah semua sahabatku rapat
Atas dasar kekuatan iman.
Atas dasar keutuhan taqwa.
Atas dasar ukhuwwah yang hakiki.
Atas dasar mengharap redhaMu, ILAAHIY.

Ya ILAAHIY...
Terimalah du'aku ini.
Hamba yang mengharap...
Merindu...
Redha dan kasih ILAAHIY.
Hamba yang ingin jua mencintai...
ALLAHU RABBIY.

Boikot Barangan Yahudi Dan Israel !!!



Bismillahirrahmaanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Kumbang dan rakan-rakan daripada BPN serta seluruh rakyat Malaysia dah muak dengan kekejaman Israel yang dari hari ke hari meragut nyawa rakyat Palestin yang tak berdosa dan tidak berkemampuan melawan mereka.





















Apa yang perlu kita buat?


Jawapannya, ialah boikot barangan yahudi dan Israel!!

Bagaimana caranya untuk boikot?

1. Melalui Kod Bar (Bar Code)

Ingat, jika jumpa Kod Bar(Bar Code) yang bermula daripada 729.
Sila jangan beli kerana angka itu menunjukkan barangan/produk daripada Israel.
Jangan terpedaya dengan label "Made in XXXX" di label mereka. Kerana yahudi akan menggunakan pelbagai cara untuk menjual produk mereka termasuklah memalsukan kenyataan itu dan seolah-olah ia bukan datang dan dihasilkan daripada Israel.


2. Boikot semua barangan-barangan yang berlabel seperti dibawah ini kerana ia dihasilkan oleh yahudi dan proksi Israel di seluruh dunia..



> >


3.Boikot semua barangan dalam senarai di bawah yang dihasilkan terus daripada Israel...

Candies/NutsCarmit, Elite, Geva, Rimon, Karina, Lieber, Oppenheimer, OSEM, Taste of Israel, Israel Edible Products - Telma
Cheese Kfir Bnei-Brak Dairy Ltd., Tnuva, Central Co-op, MATA, Haolam
Cookies/Health Food Bars Elite, Froumine, OSEM, Israel Edible Products - Telma, Kedem, Afifit Ltd., Magdaniat Hadar Ltd., Tivon
Crackers, Breadcrumbs, Croutons Affifit Ltd., Barth, Elite, Einat, Froumine, Hadar, Israel Edible Products - Telma, Magdaniat Hadar Ltd., OSEM, Taste of Israel
Flavorings and SpicesMATA, Deco-Swiss, Israel Dehydration Co. Ltd.
Fresh Fish, Gefilte Fish, SardinesNoon, Yonah, Carmel, Ask retailer/frozen fillets
Fruit (Apricots, citrus salad segments, melons, citrus products, dates, persimmons, tomatoes) Assis Ltd., Carmel Medijuice, NOON, PRI-TAIM, Agrexco USA Ltd., Yakhin, PRI-ZE, FIT (Federation of Israel Canners), Jaffy's Citrus Products
Horseradish, borsht H&S Private Label
Jams, Preserves, Marmalades, Honey, Syrups, Candied FruitAssis Ltd., I&B Farm Products, Meshek Industries (Beit Yitshak 778) Ltd., VITA
Juices, Grape-muscal and rose (Menorah & Carmel Brands) Carmel
Matzoh, Matzoh Ball Mix Israel Edible Products Ltd., Telma, AVIV, YEHUDA
Meat Alternatives (Veggie Burgers etc) Veggie Patch line (Stop and Shop, other markets)
OlivesBeit Hashita, H&S Private Label, Shan Olives Ltd. (Hazayith)
Onions & Onion RingsBeit Hashita, Carmit, Sunfrost
Pizza & Pasta ProductsOSEM, Maadanot, Deco
Pizza SauceJaffa-Mor, VITA, H&S Private Label, MATA
PuddingsOSEM, MATA, Israel Edible Products Ltd. - Telma
Soups, Sauces & Mixes (Instant cubes, gourmet treats, falafel, humus, tehin, soup nuts, & dried soup Israel Edible Products Ltd. - Telma, OSEM, MATA, Gourmet Cuisine
Tea Elzan, Wissotzky
Tomato Products FIT, Medijuice, Pardess, Yakhin, VITA
Turkey Products Hod Lavan, Soglowek, Yarden, Ask retailer/butcher/Deli
Vegetables Yakhin, PRI-TAIM, PRI-ZE Growers/MOPAZ, Sanlakol, Carmelit Portnoy, Tapud, Sun Frost

Ingat jika kita membeli barangan yahudi dan Israel, kita pun akan terlibat sama menyumbang terhadap kekejaman Israel. Kerana wang pendapatan yahudi akan disalurkan ke negara Israel, samada dalam bentuk derma,cukai dan lain-lain cara.

Tiada cara lain untuk kita membantu mereka. Kita tidak mampu untuk mengangkat senjata.
Tapi kita ada kuasa pengguna. Jika kita lumpuhkan ekonomi mereka, mungkin satu hari nanti mereka tiada dana untuk melakukan serangan ke atas Palestin

Mari bersama-sama kita lakukan... Akhiri penjajahan Israel terhadap Palestin!!!

Boikot barangan Yahudi dan Israel!!