Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Sunday 23 May 2010

JOHAN :)



Tahniah diucapkan kepada sahabat kita yang telah menyertai dan seterusnya memenangi Pertandingan Musabaqah Hafazan Al-Quran Peringkat Universiti Swasta 2010. Pertandingan yang telah diadakan di Universiti Teknologi Petronas (UTP) ini juga telah disertai oleh beberapa universiti swasta lain di sekitar negeri Perak, seperti UPSI, UTP, UNIKL (cawangan Perak), Institut Perguruan Ipoh dan lain-lain.

Surah-surah hafazan untuk pertandingan kali ini adalah surah-surah pilihan di dalam Al-Quran seperti Surah As-Sajadah, Yaasin, Al-Waqiah, Ar-Rahman, Al-Qiamah, Al-Mulk dan lain-lain. Para peserta akan dikehendaki menjawab 4 soalan. Tiga soalan pertama merupakan soalan menyambung ayat-ayat Al-Quran manakala soalan yang keempat merupakan soalan ibrah (pengajaran) dari ayat-ayat surah juzuk ke-30.

ALFU MABRUK AKHI ZUL...:)

Thursday 20 May 2010

MENANTI SAAT-SAAT MALAM PERTAMAKU

begin.with.HIS.name
BISMILLAH

Menanti saat-saat malam pertamaku... 
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah. 

Saturday 15 May 2010

hari murobbi


bismillah,salam..salam.. salam 'alaikum.

mohon kerjasama


minta perhatian bachsebelasian,

Ada sesiapa lagi yang berminat untuk:

"memberi sumbangan penghargaan kepada guru2 smih?."

-jika sumbangannya ramai dan menggalakkan akan diadakan jamuan buat guru2
-jika sumbangannya kurang, akan diberikan cenderamata buat mereka

setakat ini baru 7 orang yang menghulurkan sumbangan. terima kasih kepada yang sudah menghulurkannya..Baarakallahulakum fi dunya wal akhiroh!

cadangan setiap orang RM 50 atau lebih.
alhamdulillah, setakat ini mereka yg sudah memberikan sumbangan,semuanya lebih RM 50.
tp pokok pangkalnya, sumbanglah seikhlas antum untuk murobbi yg telah mendidik kita semua.

ana tidak memaksa,tapi cuma mengajak untuk sama2 dlm pengorbanan dan sumbgn ini..

ok,sesiapa yg berminat boleh berikan pd ana Maryam Rufaidah pd ming hadapan.
seperti yg telah dinyatakan,

"jika duit sumbangan yang terkumpul banyak,akn dibuat jamun kpd guru2"

jamuan tersebut akn dibuat selepas daripada 17 mei dan sebelum kita semua masuk IPT.


sama-samalah kita jayakan usaha ini.
menghargai pengorbanan guru2/murobbi2 kita semua.

insyaAllah,bila kita gembirakan/senangkan hati mereka, hidup kita seterusnya akan berkat kerana doa2 mereka...

are you ready?

BATCHSEBELAS... SIAP!



Saturday 8 May 2010

Promosi Jualan T-Shirt Islami..

Bismillahirrahmanirrahim..
Sesungguhnya 6 daripada 10 sahabat yang dijamin masuk syurga merupakan 'businessman'..Jadi, jom berbisnes!

Sesiapa yang berminat untuk membeli t-shirt2 di atas, boleh hubungi ana atau Irfan Hisham..
Insya'allah ada saiz S, M, L dan XL.. [ RM 25 / T-shirt ]

WASSALAM..

Saturday 1 May 2010

Sebiru Hari Ini

Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

edCoustic
Sebiru Hari Ini
album: Sepotong Episode