Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Wednesday 30 June 2010

fragmenFRAGMEN

Bismillahirrahmanirrahim.

"Dua?"

"Ya, dua. Kenapa? Salah ke abang beli dua?"

Aku diam. Bukan ke tadi abang kata...

"Tak mengapa. Mahal sikit je. Sekali-sekala, tambah kasih sayang. Alang-alang abang beli untuk diri abang sendiri, apa salahnya bagi kat 'Ubaidah sekali kan?"

Abang Mus'ab hulurkan 'kasih sayang'nya. Dua MP3, satu warna hijau, yang lainnya berwarna maroon.

"Haa, pilihlah."

Aku masih kaku. Abang ni biar betul nak bagi! Tanganku tergerak untuk mengambil yang berwarna hijau.

" 'Ubaidah, pernah dengar tak hadis Rasulullah tentang hadiah?"

Belum sempat aku nak berterimakasih, abang lebih dahulu menembakku dengan soalan sebegitu. Aku lantas menggeleng.

"Ada ke hadis tentang hadiah, abang Mus'ab?"

"Tahaddu tahabbu. Salinglah kalian memberi hadiah agar kalian saling mencintai"


Abang senyum. Aku bahagia.

Ikut abang pergi PC Fair, bukan setakat dapat hadiah 'kasih sayang'nya, tetapi juga dapat 'ibrah dan tambah cinta! Terima kasih ya Allah.

[ini hanya secebis fragmen. bukan cerpen. moga ada 'ibroh. insya-Allah - penulis R.I] 

sumber: http://fragmen-kita.blogspot.com

CaHaYa iTu KeMBaLi....


Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara
KU biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menerangi hati yang buta

Alhamdulillah bersyukur kerana kita masih lagi diberi kekuatan untuk menikmati hidup ini kerana tak semua manusia yang hidup di dunia ini dapat merasai nikmat sebenar sebuah kehidupan

Firman Allah :
"Ke mana mereka ingin pergi" (at-Takwir:26)

Ayatnya pendek tapi mempunyai seribu satu makna yang tersirat..ayat ini menceritakan dua perihal kepada manusia iaitu perihal ornag yg beriman dan juga kufur..Orang yg beriman semestinya jelas dan yakin bahawa kehidupan yang dilalui adalah menuju kepada akhirat..

Dapatlah kita bayangkan wahai saudaraku bahawa sesungguhnya orang yang sedar hakikat hidupnya untuk akhirat pasti akan menjadikan seluruh hidupnya sebagai ibadah...tidak ada sama sekali pemisahan antara dunia dan akhirat kerana ia tidak mahu walau sekecil zarah amalannya tidak dikira sbg ibadah yg dapat memberatkan timbangan mizan di hari perhitungan nanti...so jadikanlah diri kita terus bekerja dan berkhidmat untuk Islam

Post kali ini ingin berkongsi serba sedikit tentang kehidupan yan berlaku di zaman jahiliah dimana wanita ibarat hidup bagaikan tiada maruah..dan keadaan ini jelas kita lihat kembali berulang dalam dunia sekarang...sebagai contoh ketika zaman jahiliah :

1)Lelaki ibarat raja dimana si suami menyuruh isterinya bersetubuh dengan lelaki lain dan bila didapati mengandung si suami akan meniduri isteri tersebut..hal ini dilakukan supaya akan lahir anak yang mempunyai baka yg baik

2)Seorang perempuan akan meniduri seramai 10 orang lelaki dan apabila lahir anak itu akan dipanggil kesemua lelaki yg pernah menidurinya dan si perempuan itu akan memilih di kalangan mereka utk menjadi pak sanggup

3)ada perempuan yg berzina dgn ramai lelaki dan tidak akan dapat menolak permintaan lelaki2 tersebut dan bila melahirkan anak kesemua lelaki tersebut akan berjumpa dgn tukang tilik utk melihat siapakah yg menjadi pak sanggupnya..

4)dan ada juga yang mengamalkan poligami tanpa batasan dan tidak merasa aib bg mereka yg melakukan zina ini di kalangan orang kafir

p/s: sumber rujukan kitab rakhitul makhtum(maaf klu salah eja)



Nah lihat saudaraku bagaimana Islam datang dengan nilai-nilai yg suci dan murni bagi memperbaharui dan menggantikan segala nilai-nilai jahiliah dengan nilai-nilai yang suci iaitu dengan nilai-nilai islam..
tapi kebanyak manusia tidak dapat melihat hakikat ini bahkan mereka mengatakan Islam ini kolot dan mengongkong kehidupan kita

Disinilah kita lihat musuh-musuh Islam begitu berjaya memisahkan diri orang islam dari sumber dan pegangan yg utama iaitu al-Quran dan as-Sunnah dimana satu-persatu nilai Islam tercabut dari jati diri individu Islam itu sendiri

Seharusnya wahai saudaraku kita tidak mengambil enteng terhadap hal ini kerana seharusnya seorang penganut agama itu mempunyai keyakinan yg teguh terhadap agama yang dianuti dan sebagai individu muslim kita tidak lari dari berpegang teguh dari dua perkara ini iaitu al-Quran dan as-Sunnah

Oleh itu kita tanya balik pada diri kita sejauh mana al-Quran itu benar-benar memberi kesan dalam diri kita kerana seharusnya al-Quran itu membentuk diri kita dan membentuk suatu komunikasi apabila kita membacanya dan tadabbur..

Sesungguhnya Al-Quran itu merupakan perantara yang paling berkesan dalam komunikasi kita kepada Allah kerana ia sepatutnya ia menjadi benda yang hidup dalam diri kita dan terasa mengalir kebenaran rasa 'zauk' itu dalam setiap naluri kita

Apabila ini semua terjadi maka kan terbinalah seorang individu yang memahami Islam secara menyeluruh dan individu yg tidak memisahkan antara hal dunia dan hal akhirat..maka disitu tidak wujudlah islam liberal,islam sekular dan seumpama dengannya keran mereka-mereka ini aqidah Islam telah sebati dalam diri dan mereka memahami hakikat kalimah tauhid yang mereka ucapkan setiap hari

Tidak dapat tidak kita kena bermula dari angka kosong iaitu mula dari bawah kerana fitrah manusia itu suci dan tertarik kepada kebaikan..atas dasar inilah wujudnya sistem tarbiah yang tunjangnya adalah usrah..

Wallahua'lam
Moga post kali ini menjadikan diri kita sentiasa berfikir dan menterjemahkannya dalam bentuk amal dan gerak kerja bagi mengembalikan semula nila-nilai Islam yang telah terhakis dalam diri masyarakat Islam kita hari ini...


P/S: bagi ikhwah yg belum ada usrah lagi setakat ini bolehlah contact ana,akh imran atau akh ahmad..janganlah kita tinggalkan usrah yg telah kita lalui bertahun-tahun di smih begitu sahaja wahai sahabatku...

Saturday 26 June 2010

SEDIKITsedikit

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Cuti midsem. Balik JB. Sampai 4 Julai. Julai tiada cuti. Julai banyak erti.
Sedikit perkongsian. Untuk akhawat ikhwah rahimakumullah.

Alhamdulillah, dari bulan 4 di DQ.
Solo daripada batchsebelas.
Kecewa sikit tiada akhawat bersama. Alhamdulillah, ada akhawat al-Amin Gombak seorang.
Kecewa sikit tiada ikhwah B11 yang ikut jejak G10 andi anas.
Tak mengapa, Allah tentukan jalan yang berbeza dan yang terbaik kan?

 - Dah hafal sampai mana? Oh, itu rahsia.

Saya ambil tahfiz + syukbah (course) muamalat. 
Ya, seorang yang pernah putus asa dengan add maths, bangun dan mencintainya saat-saat akhir, boleh ambil muamalat dengan hati terbuka, insya-Allah. Hingga 2013 nanti.

Mulanya berkira-kira untuk ambil syukbah qiraat, tapi istikharah daripada-Nya punyai petunjuk lain.
Di sini ada 5 syukbah: qiraat, hadis, dakwah, syariah & muamalat. Mualamat adalah syukbah terbaharu.

Suasana di DQ.
Bi'ah solehah sangatlah dititikberatkan. Ehm. Pemakaian banin tiada masalah. Cuma wajib berkopiah. Pemakaian banat: Paras labuh tudung lebih luar biasa daripada yang ditetapkan di Hidayah. Ya, semuanya untuk menjaga. Jubah tak boleh sembarangan. Tabarruj sangat diperhatikan. Nasib saya baik sebab semua jubah saya plain.

Bi'ah solehah. Ikhtilat dijaga. Nak panggil banin kat sini kena cakap 'ustaz', banin kena panggil banat 'ustazah'. Macam rasa tak layak kot, tapi demi menjaga hati. Berurusan hanya bila benar-benar perlu. Di sini biasanya tak berjumpa, tapi sms. Ya, lain daripada Hidayah. Nasib saya baik sebab walaupun pegang salah satu jawatan MT biro didik semester, tapi tak perlu berhubungan dengan ketua saya. Hamdalah. Allah, jagakan hati saya. Amiin.

Di sini ada seorang pegawai HEP yang sangat disenangi tiap kali beliau menegur kami para banat. Bila ada masalah suara ter'kuat', jadi ter-galak (ehm, lebih kirang macam excited atau gedik. err.) kami ditegur. Kami terima. Alhamdulillah. Kami selalu ingat-mengingatkan antara satu sama lain. Berpesan untuk kebenaran, kesabaran dan kasih sayang. (Haa, cuba cari dalam juz 'amma, mana dia berpesan dengan kasih sayang? ;D Bukan surah al-'Asr.)

Di sini, hanya banin dibenarkan berkenderaan, tapi hanya dibenarkan bawa basikal saja :) Asrama dan bilik kuliah boleh dikatakan dekat. Walaupun sebenarnya semput2 juga nak berkejar ke sana. Takpe fasobrun jameel macam dalam surah Yusuf.

---Sesungguhnya kami telah menjadikan manusia dalam (keadaan menghadapi) kepayahan - QS [90: 4]---

Masjid di DQ pula sangat makmur terutamanya waktu Maghrib dan Isya' Ya, saya suka masjid DQ. Maghrib pasti penuh di tepi2 masjid dengan burung-burung yang ceria berkicau, pulang tatkala senja.
Tenang ;)

Usrah di DQ
Di sini memang ada usrah yang diselia oleh MPP yang ada di DQ. Naqib banin dipanggil 'abang naqib' naqibah pula 'mak usrah', Unik usrah DQ banat, setiap orang punyai panggilan macam dalam kelaurga contoh: Along, Ayong, Angah, Alang, Achik, Adik, Aniq, Ucu dll. Saya punya? Biarlah rahsia.

Kenapa dibuat begitu sekali caranya? Pertama, memang utk rapatkan ukhuwwah. Kedua, supaya mereka yang selama ni tak pernah ikut usrah rasa tertarik dengan usrah. Unik kan?

Silibus usrah, Maza Ya'ni dan juga Sirah Nabawiyyah :)

Tasmi' di DQ
Kelas tasmi' dari pukul 8am-10am. Isnin-Khamis untuk tasmi'. Jumaat untuk i'adah. Kat sini tiba-tiba sangat suka ditebuk walaupun tahu masih banyak kelemahan di sana-sini. Ya, bila ditebuk baru tahu lemah di mana, dan boleh baiki dengan teliti hafazan kita. ;) Pensyarah tasmi' saya seorang ustaz.

Kelas maddah (subjek untuk syukbah) di DQ
Kelas saya namanya kelas Warsy. Ya, imam Warsy nama perawi imam Nafi'.  Haa? Apa tu? Belajar Qiraat baru tahu deh. ;D Sem 1, belajar bahasa arab (sangat suka! alhamdulillah dapat lagi belajar bahasa tercinta ini), qawaid fiqhiyyah (subjek khas utk pelajar syukbah muamalat), asas ilmu qiraat (qiraat ilmu yang unik!), asas ilmu tajwid (lebih mendalam), fiqh dan komputer. Semuanya dalam bahasa arab SEPENUHNYA kecuali komputer.

Kelas saya semua ahlinya banat. Tapi bila subjek Qawaid Fiqhiyyah kena gabung dengan kelas Qunbul, muamalat banin.

In a nutshell. Khulasatul kalam.
Banyak nak cerita. Tapi saya nak cakap beberapa point penting.


.Saya rindu madrasah Hidayah. sangat.
.Saya rindu memoribilia dengan Batchsebelas. amat.
.Saya rindu untuk bersama yang memahami. Sefikrah, Sehati. paling.
.Saya tidak meyesal memilih untuk tetap di DQ walaupun ada panggilan tawaran negara matahari terbit dan taman ilmu dan budi, malaysia.

(dan saya rindu nak cakap ana anti. kat sini selalu guna saya, kite, kamu, mu, kome, deme, eden. banyak terguna dialek perak. sebab ramai kawan perak)

Saya tak mudah homesick tapi saya mudah teringat zaman sekolah.


Saya rasa DQ masih zon selesa. Saya belum ketemu masyarakat dengan wajah sebenar. Ya, masih di fasa mempersiapkan diri. Saya tahu, ada yang telah dahulu memulakan langkah bersemuka dengan masyarakat. Ya, Allah tahu kemampuan kita dan tak akan berati kita melainkan dengan yang termampu. [QS 2: 286]

Doakan saya kuatabah di sini. Seorang solo akhawat batchsebelas Hidayah.

Moga kita semua mampu menjadi penyebar Islam yang tegar lagi tabah di atas muka bumi Allah ini. Fantashiru fi-l ardh! [QS 62:10]

.Fasobrun jameel.

Friday 18 June 2010

gaya hidup islam VS gaya hidup sihat / gaya hidup islam = gaya hidup sihat

begin with HIS name

BISMILLAH...


ini bukan jual ubat,

tetapi hanya hebahan ilmu dan maklumat....

Adakah anda tergolong dalam kumpulan ini...

Anda atau saudara mara anda yang sedang bertarung dengan penyakit kronik dan sedang mencari-cari  kaedah dan rawatan yang sesuai....
Anda sudah merasakan tidak mampu lagi merubah sikap/akhlak anda ataupun anak-anak yang begitu teruk... sudah pelbagai cara dan usaha telah dilakukan namun belum membuahkan hasilnya...
Anda seringkali merasakan gagal untuk berubah, berhasrat ingin menjadi insan terbaik, namun sering gagal dalam usaha untuk bangkit atau keluar daripada masalah dan kesilapan semasa
Anda mencintai ilmu, sedang melengkapkan diri dengan kefahaman kehidupan dan ingin bersama membimbing diri, keluarga, masyarakat dan ummat ke arah kehidupan yang terbaik

Maka, sila klik link ini: (TERUTAMA MEREKA YANG BERADA DI JOHOR!!!!)

Terdapat kursus seminar. PERCUMA! FREE! MAJJANAN!
bagaimana menjalani hidup anda sebagai 'islam sebagai cara hidup/ islam is the only way of life'....

sekali lagi,
ini bukan jual ubat
tetapi hanya hebahan ilmu dan maklumat

Wednesday 9 June 2010

IniLaH DiA....


Dalam kehidupan yang memenatkan
Dalam kehidupan yang merungsingkan
Dalam kehidupan yang penuh tohmahan
Dalam kehidupan yang penuh dengan ujian

Tidak lekang manusia itu berbicara
Mulut mereka berbicara manis
penuh dengan janji yang tidak pasti kebenarannya
fitnah melata

Hidup ini terasa gelap sebentar
terasa dunia ini kepunyaanku
Aku lah Tuhan aku lah Raja di dunia ini

Namun
hari demi hari berlalu begitu sahaja
seakan-akan tiada makna
terasa jiwa ini gersang

Ku rasa puas dengan kehidupan sebegini
namun adakah ini yang dikatakan kepuasan
terasa diri memrlukan sesuatu
yang dapat mengisi kekosongan jiwaku

Apakah itu????
Ku buntu....
terpukul diri ini
untuk segera mencari pesoalan ini




Wahai sahabat
Inilah yang dikatakan iman
terasa kehidupan ini berubah
terasa kehidupan ini makin bemakna

Inilah dia yang ku cari selama ini
IMAN....

dengannya
terasa kehidupan ini menyeronokkan
kerna hidup yang dilalui semuanya ibadah
tidak ku sangka seindah ini Islam
mengajar erti hidup sebagai hambaNya

Semuanya dilakukan
untuk tujuan yang satu
untuk tujuan yang sama
iaitu REDHA ILLAHI...

Thursday 3 June 2010

dunia, lihatlah

biar dunia tahu

kami yang deraikan manik jernih si kecil itu
kami yang membuat mereka bergelimpangan
kami yang merampas segala hak mereka
kami yang merisak harmoni hidup
kami yang robek sukmajiwa mereka
kami yang tumpahserakkan merah likat itu
kami yang conteng hidup mereka
dengan pena sengsara dan dakwat seksa

kerana
dunia hanya melihat
dengan mata yang dikaburi
dengan kabus muslihat pandangan hitam
telinga yang dipekakkan
dengan kata janji manis mulut

dunia hanya dan hanya mampu melihat



-akindrawarma-