Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Tuesday, 11 December 2007

16 more days?!

Assalamualaikum...

What!? Only 16 more days until we get our PMR results! Time has really passed by fast! I didn't even notice! Peeerh! Cepatnya! 2 malam yang lepas ana baru je mimpi pasal result PMR! Pelik betul mimpi die. ana mimpi.......x payahla cakap..takut nanti die "come true". Well apa2 pon, kita semua kena teruskan usaha kita, walaupun PMR dah habis tapi kita masih boleh solat hajat dan berdoa. Selagi result belum keluar, selagi itula kita boleh usaha lagi.

Ok, besok ana balik Kelantan utk Raya so ana nak wish semua orang "A Happy Eid"! Klau yang nak balik kampung, hati2 di jalan raya. Sekarangkan tngh hujan lebat dan banjir. Semoga semua sampai dgn selamat!

kemaafan dipinta

assalamualaikum,

harap-harap sape yang
terasa pada ana hari tuh, ana nak mintak maaf. mmg bende nih dah lame, tapi masih berparut pada hati ana. setelah sebulan lebey ana mengepost post tuh, baru ana terfikir...kenapa ana tak mintak maaf ah? perkataan paling tepat pada ana..pengecut + ego.

ego? mmg ana ego. ana mengaku sbb dari dulu ana mmg ego. safiah selalu je cakap ana ego. ana mengaku...

pengecut? mmg datang dari hati ana. konon nak tegakkan kebenaran..tapi sbenanye takut nak menerima kebenaran. faham tak ape ana nak sampaikan?
tak kisahlah...tapi ana nak betau kat sini.

ana tak berniat langsung nak jatuhkan maruah banat
ana tak berniat langsung nak jatuhkan maruah diri ana
ana tak berniat langsung nak naikkan kemarahan korang

berita terburuk dalam hidup ana
seorang wakil tingkatan banat f3 menjatuhkan sendiri maruah banat f3.

bagoskan tajuk tuh?

sbenanye ana dah malu gile nak muncul kat blog nih apatah lagi nak post kat sini. tapi sbb ana fikir, ana sayang batch nih. ana sayang kengkwn ana, ana x kehilangan kawan2 ana. ape salahnya ana kurangkan ego ana,kan?

enough pasal tuh. ana harap korang maafkan ana. pada sesiapa yang terlibat dalam pergaduhan hari tuh, maafkan ana sbb analah puncenye.

cuti nih ana punye otak boleh dikatakan dah tak dapat berfungsi dengan baik. yelah, bayangkan sebelum PMR masuk input bebyk sekali dalam otak, pastuh dah masok byk2 tuh, tentibe je stop. mane x terkejut otak macam tuh? sbb tulah dah tak dapat berfungsi dengan baik.

yang tahu, duduk rumah kekadang tuh best, kekadang tuh rase mcm bosan sgt. best kalau ade bende nak buatlah. yang tau, cuti nih byk belajar masak ngan mak.hahaha (berlagak!) dan berat badan semakin naik sbb asyik makan je. hehehe...kalau bosan tuh sbb xde bende nk buatlah. hari-hari rutin yang same, kecuali kalau hari tuh ana buat perbezaan sket dlm rutin harian. tuh jelah..

result PMR? hmmh...ntahlah. sape yg x takutkan nk ambik result? ana mcm nk ape dah takut punye pasal. kalau result ana ok, ana ambiklah science tulen, tp kalau result ana cam ape je, pasrah jelah ana ambik science sosial. tp yg ana tau, ana still akan ambik add math. dalam hati sbenanye mmg nak ambik science tulen..

kengkwn yg lain pon dengar citer sampai mimpi2 pasal result PMR. ana setakat takut jelah, x sampai mimpi lagi. selalunye, ape yg kite mimpi nih ade dua. satu sbb ade petanda, satu lagi sbb imaginasi kite. dan ana rase mimpi kwn2 nih sbb imaginasi mereka yang melampau, asyik fikirkan je kot...ana main buat je hypothesis nih...lagipon ana bace drpd majalah.

rindu ah nk pegi sekolah...tah pape jekan? mase sekolah asyik nk memonteng je, tp dah cuti mcm nk gi sekolah balik. jumpe kengkwn yang lain.. kengkwn satu batch. tentibe kan, ana rindu ngan asiyyah. yelah, lepas PMR je terus die balik rumah die kat terengganu. mase rehlah pon die xde, rindu seh ana nk cubit pipi die. ingat asiyyah, semestinya mesti teringat mardhiyyah sekali.

mardhiyyah, ana mmg sedey abes ingat pasal die. yelah, die pindah ramai yg x tau sbb mardhiyyah x bagi bagitahu. ana mmg sedey sgt bile.. sape ek yg betau ana? izzah amalia kot. die kate mardhiyyah dah pindah sekolah. ana...x tau perasaan ana mase tuh. marah gaklah kat die sbb x betau die nk pindah bercampur baur dengan sedey sbb diekan kwn kite. tp bile ingat balik, mungkin kalau die betau kite semua, nnt die sedey yg amat pastuh die x nak pindah. mungkin...mungkin.

lagipon die pindah bkn atas kerelaan diekan? mak die yang suruh die pindah. sedey gaklah die x ambik PMR sensame ngan kite. huhuhu..padahal name die ade dalam senarai calon PMR. huhuhuuhu... mcm mane agaknye khabar die sekarang? dahlah dah lost contact. apelah....sape yg ade email die?

khas untuk mardhiyyah

dikau membuat hidup kami ceria
dengan senyummu kami memuja kebesaran
Tuhan yang maha Esa
bahgia kami rasat
ika bersamamu
tiada apa yang dapat digambarkan
membawa sinar baru
janjimu kepada kami

sentiasa di sisi kami selalu
menempuhi segalanya
namun kini kau tiada lagi
mungkin kitakan bertemu
takdir penentu
namun akan kami teruskan hidup ini

akan kami buktikan segala cita dan janji
suatu hari nanti
janjimu kepada kami
sentiasa di sisi kami selalu
menempuhi segalanya
namun kini kau tiada lagi
mungkin kita kan bertemu
takdir penentu
sukar untuk kami temui lagi
insan mulia yang sejati
suka dan duka bersama kita lalui
namun akan kami teruskan hidup ini

akan kami buktikan segala cita dan janji
suatu hari nanti
janjimu kepada kami
sentiasa di sisi kami selalu
menempuhi segalanya
namun kini kau tiada lagi
mungkin kitakan bertemu
takdir penentu....

mardhiyyah, ana tunggu nk jumpe nt!
kalau nt adekan,
nnt ana bagi anugerah
'banat tertinggi dekat batch sebelas'
haha.

dan asiyyah
walaupon die jauh nun di terengganu
xpe
die tetap akan masok SMIH taun depankan?


janji kita..

sekian,assalamualaikum.

pepagi buta,
ayam x berkokok lagimasih tak tido
walaupon dah pukul 3
masih x dapat lelapkan mata
walaupon badan penat
masih segar otak

Tuesday
11 Disember 2007
3.19 am

081207



Alhamdulillah. :D

Untuk gambar lagi, klik kat gambar tu.


Fathimah: Masih dalam mode "takleh terima hakikat". Hahaha... Abangku dikebas orang. Lalala...

Semua warga SMIH dijemput ke majlis walimah di Dewan Alumni UTM pada 23 Disember 2007 (hari tasyrik ketiga) dari pukul 12.oo-5.00ptg. Datang jangan tak datang! Angkut family dan warga kampung. Penampilan istimewa, Najahan! (ye ye jek ana nih)

layakkah?

Image Hosted by ImageShack.us
gambar hiasan semata


Kiranya kau di sini adalah temanku...
Maka adakah aku juga teman untukmu?

Kiranya kau di sini pendengar kata hatiku...
Maka layakkah aku juga menjadi sedemikian buatmu?

Kiranya kita di sini berkongsi cereka ria,
Bisakah juga ditabur segalanya yang duka?
Atau memang sang hati berat melepaskannya?

Kiranya kita punya liabiliti,
benarkah kita amanah?
walau siapa pun kita di mata manusia?

Kiranya kita sama-sama ingin punya akhirat di hati,
benarkah kita hanya menggenggam dunia hanya di tangan kita?

Kiranya kita mengaku kita adalah hambaNya,
benarkah kita sentiasa menjaga setiap hakNya?
benarkah kita layak dipanggil hambaNya yang setia?

Layakkah kita menjadi seperti yang kita sangkakan
selama ini?

Buka mata
Buka hati...


Minni mukhlisah...
Raden Qurratu'Aini

3.28 PM 101207


p.s: kenapa ana ter'rajin ni? sampai muak mual muntah orang membaca... maaf.

tersedar aku dari terlena...


28 Disember kan?

Monday, 10 December 2007

sembah Hyang ???

bismillahirrahmanirrahim...


ana memetik artikel ini dari link ini untuk tatapan dan kesedaran semua. baru ku tahu!
tambah ilmu cuti-cuti ni menarik yah! yep, yep, yep~ silalah baca...

Bacalah dengan nama TuhanMu...

Artikel


MENGAPA Melayu muslim sembahyang? Banyak tidak dapat menjawab soalan mengenai siapakah hyang. Namun sebutan ‘sembahyang’ kerap diguna dalam memberi maksud bentuk ibadah khusus terhadap Allah, Tuhan yang satu. Sekalipun hyang bukan Allah, namun sembahyang bukanlah menyembah hyang sebab pemahaman hyang bukanlah Allah sebagaimana difahami dalam akidah muslim.



Bangsa Melayu Nusantara memeluk Islam tidak sezaman dengan pengislaman bangsa-bangsa Arab, Afrika atau Andalusia. Secara mudah, kerancakan proses Islamisasi di Nusantara pada abad ke-13 hingga 17. Pada masa itu kemunculan pusat-pusat kebudayaan Islam seperti Pasai, Melaka, Acheh, Brunei, Sulu, Pattani, Demak dan Riau (sekadar beberapa nama).

Sebelum wahyu pertama diturunkan di Makkah (610M), Melayu Nusantara sudah menganut animisme, kemudian agama Buddha dan Hindu. Sebagaimana tamadun dunia yang lain merakam animisme sebagai satu anutan agama, kepercayaan ini juga sangat kuat kepada bangsa Melayu. Animisme bangsa Melayu mempercayai roh nenek moyang sangat mempengaruhi orang yang hidup. Roh nenek moyang disebut ‘poyang’ atau ‘hyang’. Pemujaan atau menjaga roh hyang adalah rutin beragama zaman pra-Buddha Hindu.

Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (1990) dalam Pemikiran Umat Islam di Nusantara, hyang yang asalnya dikaitkan dengan roh nenek moyang sebenarnya diperkuat dengan maksud dewa. Maka timbul istilah ‘sembahyang’ bermaksud menyembah hyang atau menyembah dewa. Kahyangan (kayangan) pula bererti tempat dewa-dewa.

Penerimaan agama Buddha dan Hindu tidak menghapuskan konsep penjagaan roh nenek moyang atau hyang kepada waris-warisnya. Sangking kuatnya pegangan animisme, konsep ketuhanan dalam Buddha-Hindu seperti terpaksa menerima konsep pemujaan roh nenek moyang ini. Buddha-Hindu pula menambah konsep ‘dewaraja’ yang menggambarkan raja-raja di Nusantara adalah titisan dewa-dewa. Kesatuan pemujaan roh nenek moyang dengan dewaraja tembah menguatkan pegangan bangsa Melayu dahulu berkenaan penyembahan hyang. Menyembah hyang bukan saja memuja roh nenek moyang, malah roh raja-raja yang juga berketurunan para dewa.

Hari ini banyak candi zaman silam dikesan ada di Nusantara, termasuk yang besar seperti Angkor di Kemboja dan Borobudur di Jawa Indonesia. Candi bererti ‘nisan’ sebagai makam roh. Candi-candi kecil ada di merata tempat termasuk di Lembah Bujang Kedah. Misalnya Candi Borobudur disiapkan dalam tempoh 75 tahun sebagai pusat pemujaan 10 roh raja kerajaan Sailendra. Di Jawa banyak lagi candi yang dikhaskan untuk ajaran Hindu seperti Prambanan warisan kerajaan Majapahit. Perlu diketahui kerajaan-kerajaan Buddha-Hindu di Nusantara telah berkembang dan bertahan bermula kurun ke-7 hingga ke-14.

Masa yang begitu lama sejak zaman animisme kemudian memasuki zaman Buddha-Hindu, bangsa Melayu seperti sudah sebati dengan konsep pemujaan roh dan dewa. Menerima agama Islam bukanlah bermakna bangsa Melayu Nusantara meninggalkan sepenuhnya tradisi zaman silam. Sistem sosial berkasta dalam ajaran Hindu sekurang-kurangnya masih diterjemah dalam bentuk ‘golongan pemerintah’ dan ‘golongan diperintah’.

Dalam arus kemodernan hari ini pun, masih kedapatan antara kumpulan dalam bangsa Melayu yang sangat prihatin tentang hidupnya kerana percaya dalam perhatian roh-roh hyang selain percaya juga ‘Allah yang Maha Mengetahui’. Malah dipercayai roh menempati sesuatu objek, lalu objek-objek berkenaan mempunyai roh atau semangat. Biasa didengar misalnya tanah sawah, busut besar, pokok dan waktu malam dianggap mempunyai semangatnya tersendiri. Di sana ditambah lagi dengan pemujaan semangat objek berkenaan.

Ada sesetengah kiyai dulu dan sekarang mempunyai ilmu kebatinan yang bersifat luar biasa. Mereka mendakwa dapat berhubungan dengan roh atau hyang. Guru agama yang kebal dan pakar ilmu mistik menjadi sebagian budaya beragama, dan sebagian masyarakat Nusantara menerima unsur itu sebagai salah satu keistimewaan kiyai atau Islam. Sukar kepada orang biasa mahu membedakan antara ilmu sihir atau karomah seorang wali kerana pelakunya menggambarkan imej guru agama yang warak dan zuhud. Jika ada kubur pemimpin atau kiyai yang terus dipuja, tidak lain merupakan lanjutan tradisi pemujaan hyang sejak zaman animisme lagi.

Tahun 70-an dahulu masih kedengaran pesan orang tua-tua supaya jangan membuat sayur berkuah sewaktu kenduri arwah kerana akan memberi kesan buruk terhadap arwah dalam kubur atau roh si mati.

Proses Islamisasi di Nusantara juga merupakan proses evolusi. Tidak ada catatan wujudnya ‘perang akidah’ sebagaimana Perang Badar pada zaman Rasulullah. Para pendakwah dari luar (Arab, Parsi dan India), termasuk pendakwah tempatan seperti ‘Wali Songo’ mengambil jalan halus dan tidak berkonfrontasi dengan sistem sedia ada. Sebahagian amalan tradisi zaman silam telah diadaptasikan dengan Islam, atau ditambah sebagaimana dikehendaki dalam agama. Sebab itu istilah ‘sembahyang’ terus digunakan untuk memberi maksud solat, iaitu menyembah Allah Yang Esa.

Maka timbul perselisihan hujah sesuatu amalan itu berasal daripada tradisi Buddha-Hindu atau adat biasa. Antara amalan yang masih didebatkan antara ulama dan budayawan ialah tepung tawar, merenjis air mawar, persandingan pengantin dan memasang pelita pada malam hari raya.

Ulama-ulama sunah pula bertikai dengan ulama-ulama tradisional mengenai kesahihan amalan tawasul kepada roh orang mati (roh nenek moyang atau poyang atau hyang) dan hal-hal kenduri arwah. Konsep ‘memuja roh atau hyang’ mungkin lebih lunak disebut sebagai ‘mengingati arwah’ terus menjadi pilihan masyarakat kerana berjaya diserlahkan dalam bentuk ritual islam. Sekalipun dihukum sunat, namun seakan wajib kerana difahami perlunya orang hidup meneruskan hubungan dengan roh atau hyang.

Kesimpulannya, adaptasi amalan tradisi pra-Islam dengan bacaan selawat, doa, ratib serta wirid menambah kuat kepercayaan orang biasa bahawa itu adalah amalan Islam dan sunah Nabi s.a.w., tambahan pula didukung kuat oleh institusi agama dan kuasa politik.

Jahil sejarah tradisi bangsa, ketidakfahaman mengenai adat tradisi dan ibadah, menggambarkan akan berterusnya tasawur bangsa Melayu dalam beragama. Tasawur ini masih tidak terjejas sekalipun al Quran dan Sunah menjadi janji pegangan. Telah jelas dalam surah al Baqarah ayat 2 (maksudnya) “Kitab (al Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada mereka yang bertakwa”. Satu lagi dalam surah al Israa ayat 36 (maksudnya) “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya.”

sumber: http://suparjo.blogspot.com



WaLlahu A'lamu bissowab....

bukankah seeloknya kita panggil sebagai 'solat' (atau 'solah') daripada sembahyang, ye dak?
lagi pun tempat solat kat sekolah kita tu namanya pun

M U S O L L A

bukannya M U S E M B A H Y A N G, kan kan kan?

rasionalkan perkara yang sering kita lalui seharian!
itu gunanya aqal fikiran pemberian Tuhan!


berfikir lebih bagus daripada tidur dan daydreaming di waktu cuti2 begini ~ :p

alhamdulillah~

aslam taslam...

minni mukhlisah, Raden Qurratu'Aini a.k.a Qurrah ^.~

Sunday, 9 December 2007

Kau Kawan, Sahabat dan Teman...


rehlah form 3 2007


Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua

Kau sambut hulur tanganku

Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu

Dan kita tetap seiringan berjalan

Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama


Biarlah apapun rahsia

Dan kelemahanmu tetap engkau temanku


Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza

Andainya tetap serupa


Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama


Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita

Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku

Kupasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula

Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama

banat batch 11


banat kem tahfiz intensif dan beberapa peserta kem tahsinul qiraah 2007

:: Rindu ::


Saturday, 8 December 2007

Disember


Assalamualaikum..

sebulan lagi nak sekolah.. rase macam dah lama cuti. tapi x prepare ape2 lagi untuk tahun depan. ahh.. kepada manusia2 yang lahir bulan disember, happy birthday! :D

sebenarnya tak tau nak tulis apa tapi nak jugak post memandangkan dah lame xde post baru. heheh.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.

Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".

Ciri-ciri remaja
  • Suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu bapa
    Pada peringkat ini, manusia remaja akan mula belajar bergaulan dengan orang lain selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, orang remaja adalah suka berkawan dan senang tersinggung oleh masalah sosial.
  • Suka berangan-angan
    Remaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan.
  • Senang Terpengaruh oleh Emosi
    Orang remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap..

hahah memang betul semua fakta-fakta kat atas nih.. lebih2 lagi fakta #2. suka berangan-angan.
betul x? heheheh.. eh nak tambah lagi satu = majoriti remaja suka kamera. :P

eh sape tau kite naik skolah tahun depan berape hari bulan?

Tuesday, 4 December 2007

R.I.N.D.U.


Kasut yang berlambak

Tahukah anda apa itu rindu? Menurut kamus pentas versi 2 tahun 2010, rindu itu beerti perasaan kekosongan atau kehilangan. Ya. Perasaan itu sedang dirasakan oleh yours truly.

Huhu. Baru lepas tengok gambar rehlah buat kali ke berapa ratus ntah. :D RINDU GILE KAT KORANG! Haha.

Khusyu' mase taklimat

Barisan AJK rehlah

Dan disebabkan kemalasan yang tidak terhingga, gambar2 rehlah tidak diupload ke flickr batchsebelas. Ehehehe... Minta maaf kepada kepada yang menanti. Banyak sangat gambar sampai tak tau nak upload yg mana. :P Alasan. Alasan. Alasan. Alasan. Alasan. Alasan. Alasan.

Semoga kita bertemu lagi nanti. :D

biskot

asalamualaikum..
heheh x puas hati, hazirah 1st tyme post, anapon nk post buat kali pertame jgak! ^_^

cutinih seriously otak ana jd betol2 blur.. mungkin sbb jadual harian yg same jek.. tido byk, tambah ngan tv n internet berselang seli.. oh ye, mkn biskot jgn lupe!

kesannya? skrg nih ana byk termenung dgn tibe2.. (hu? T_T cam ape jek) dh lame sket baru t'sedar yg ana termenung.... hmmm... pastu cam rase kosong jek jiwe.. mungkin its a negative side effect of a long holiday.. harap2 org lain xde yg pelik2 cam ana.. mesti sume tgh sebok menghafaz! ^^ go go chaiyok!

so td ana main surf2 jumpe artikel nih.. cam best jgak.. bg ana.. tajuk die cinta tanpa syarat.. (huhu- ana tau first2 bunyik cam jiwang2 kn? read duluh.. baru judge!) ana ske artikel nih, sbb mcm tersentoh gak bile bace.. walaupon isi die agak same dgn preview esQ mase dkt sekolah haritu sblm pmr.... tp bende yg bagos, xsalah kalau ulang2 byk kali, kn? nih link die.. kalau ade mase, bacelah!

p/s: gambar tu hanyelah hiasan semata2..

dr bdk yg sdg berexperiment dgn colours,

wassalam

Rindunyer...............

Assalamualaikum....

Firstly, ana rasa teruja yg amat sgt sbb ni post ana yg first utk blog

batch sebelas kesayangn kita. Ana ingatkan x naklah post apa2 sbb

takut ada yang terasa hati dgn kata2 ana.


Ok, x apa sbb ana nak ckp ana rindu sgt dgn adik kesayangn

(syg ke????) ana yang skrg berada kat kem tahfiz tu. Miss you a

lot, angah. Lama x jumpa dia, dah dkt 2 minggu.

Semoga angah blh menghafaz dgn lancar n terus suksesss.......


Ehm, zatil, pasal posting nt tu, ana rasa mmg x patut kita rasa susah

utk menghafaz kalamullah tu, tapi faham2 jelah kat rumah ni mcm2

dugaan ada, misalnya tv, internet and so on. Anyway, semua tu boleh

dilwn asalkn kita ada kekuatan dari dlm diri kita...


Tulah, ana pun rasa kita semua patut didedahkn dgn suasana Al-Quran

mcm tu agar roh kalamullah tu sentiasa ada dlm diri kita.


So, SERLAHKANLAH KEKUATAN YANG ADA DALAM DIRIMU.....


Semoga roh kalamullah bersemadi dan berlagu-lagu dalam diri kita semua,



Wassalam
,

Hazirah Abdullah Zawawi

Monday, 3 December 2007

Pilih memilih dipilih


Hidup ni tentang pilihan. Semua benda dalam hidup ni kita kena pilih sendiri. Bukan kita yang memilih untuk memilih, tapi kita terpaksa untuk memilih. Adakalanya, kita hadapi situasi "diluah mati emak, ditelan mati bapak." Nevertheless, kita kena pilih jugak.

Susah kan? Kadang-kadang pilihan tu melibatkan perasaan orang tersayang. Pilih yang ni, yang ni kecik hati, pilih yang tu, yang tu pulak kecik hati. Memang betullah, dalam dunia ni mustahil nak puaskan hati semua orang.

Sebab tu, kita kena hati terbuka. Kadang-kadang kita yang akan menjadi mangsa disebabkan pilihan seseorang, tapi kita kena redha. Mungkin hari ni hari dia, esok hari kita pulak. The cycle continues.

Selain situasi tu, ada sesetengah pilihan yang melibatkan diri kita sendiri je. Kita pilih untuk berjaya. Kita pilih untuk senang. Kita pilih untuk bahagia. Semua tu pilihan kita sendiri sebenarnya.

Kita suka complain yang pelbagai. Kenapa nak belajar susah? Kenapa aku lemah? Kenapa kawan-kawan semua jahat? Kenapa Mak Bapak suka pressure? Kenapa ustaz ustazah asyik marah? Kenapa kenapa dan kenapa...

Tapi cuba kita fikir balik. Tengok dari sudut yang positif. Asyik bertanya kenapa dan complain yang pelbagai, cubalah cari jalan penyelesaian pulak. Kenapa lemah? Sebab malas belajar. Malas buat homework. Malu nak bertanya. Ngade-ngade. Penyelesaian? Rajin-rajin buat kerja. PILIH untuk rajin. PILIH untuk faham. PILIH untuk berjaya.

Hidup ini penuh dengan pilihan. Pilihlah sebaiknya.

Sunday, 2 December 2007

di sana terpancar sinar cahaya..~

bismillahirrahmanirrahim,
assalamualaikum,
ana saje je nak tulis title tu...sebab ana nak cite pasal kem tahfiz, kat sana byk pengalaman yg berharga dan byk juga pengalaman yg sedih...

ana pegi yg seminggu je, ramai org tanya kenapa ana dah balik...jwpnnye ana pegi seminggu je, bkn 3 minggu ye...

oklah, ape pengalaman ana ek? ntahla, ana mungkin tak nak tulis panjang2 sgt sbb ada yg personal, takleh cite kat sini, bocor rahsia..heheh.

masa kat sana, jeles betul tgk kwn2 yg pegi 3 minggu tu sbb diorg dah hafal banyak sangat2...huih! terkejut ana dengar ada adik f1 hafal seminggu lebih 30m/s.

kat sana, amirah(penghuluwati) kami ialah kak faizah. dia ada buat sistem yg dipanggil "buddy". mule2 dengar, ingatkan badi@baldi terkejut ana! rupenye buddy, dia suruh adik2 f1, f2 pilih akak2 f3, f4 utk dijadikan buddy. awal2 lagi syifa' pilih ana...tp sedih sikit sbb sistem ni kurang berjalan disebabkan kami diasingkan kelas masa tasmi'. kumpulan 1 terdiri drp f1, f3. kump 2 pula, f2, f4...
tp, atas kesedaran kami, kami terpaksa ubah buddy kami ikut kump 1 dan 2..contohnya, ana dipilih utk berpasangan dengan nurul aqilah husni f1..alhamdulillah, dengan adanya sistem ni, jurang antara form dpt dikurangkan. fungsi sistem buddy ni ialah utk memastikan buddy masing2 saling membantu antara satu sama lain time menghafal selain memberi perangsang dan sokongan buat buddy masing2..(mungkin korg tak faham sgt, kalau nak cerita detail2 nanti pjg sgt la)

setiap hari akan ada tazkirah lepas maghrib, secara tak langsung dpt jugaklah kami mengisi hati kami dgn tazkirah2 yg bermanfaat.

time menghafal tu tak dinafikan memang terlampau byk dugaan sehinggakan ramai yg stress dan tension sampai menitiskan air mata( kalau tak nangis memang tak sah, termasuk ana!)

nak cite ape lagi ek? erm..dok asrama ni best, sbb asyik makan je(sehari makan 5 kali) ..heheh..tp hari2 ada riadhah tau!! so, taklah rasa tepu je otak nih.
ana duduk kat kamar izzah, semua f3 ada kat situ, tp ana dok kat bilik yg sama dengan wan, sofia, zatil dan aaeshah. yg leceh sikit dok asrama ni ialah kena cop toilet time nak mandi, tp ana selalu dpt mandi cepat, so tak payahla nak tunggu turn panjang2..
dok asrama ni best sbb dpt berkenalan dgn adik2, kakak2 dan kawan2 dgn lebih dekat lagi. utk f3, kami lebih rapat dgn adik2 f1 sbb kami satu kelas time tasmi'...

hari jumaat banat adakan qiam kat musolla(tp setiap hari mmg kami qiam pun). kami tidur kat musolla, memandangkan hari tersebut hari last bagi kem tahsin(yg seminggu) duduk kat asrama. kami disuruh tidur sebelah dgn buddy kami. nilah yg tak dapat kami jumpa kat qiam2 lain. tp sedih sikit sbb pagi tu sume bangun lambat(4.45 pg) .sume penat memandangkan ada muhasabah malam tu.

best sgt kem ni dan ana harap kem ni akan diadakan tahun depan. mungkin jugak boleh diadakan utk pelajar bkn tahfiz utk nak habiskan antum punya silibus hafazan. betul tak zatil?

ana doakan kita semua dapat istiqamah dan kuatkan semangat utk menghafal dan menjaga kalamullah yg sgt2 istimewa ni, jgn harapkan kami pelajar tahfiz je ye.. kita semua punyai tanggungjawab masing2 utk menjaga kalamullah yg suci ni.

oklah, sebelum ana akhiri coretan ana, ana harap antum dpt doakan ana istiqamah utk menghafal kat rumah yg sememangnya banyak dugaan tu ye..

wassalam.
selamat bermujahadah buat rakan seperjuangan!

minni,
najihah mn

"ukhuwah ibarat rantaian tasbih, ada mula, tiada akhirnya"

United Kingdom

Rindunya dengan blog ni... Dah lama tak online. Hehe. 2 hari tuu...

Ok. Ana malas nak menaip.

Ade tak siapa2 lagi yang berhajat nak jadi penulis setia di blog ini? Drpd semua orng merepek tak tentu hala kat sini, jom kita buat santapan minda dan rohani. Ececeh... Aleale.. Jomla jomla.... Ni blog batch la sayang2ku sekalian... Not mine. So why am I doing all this almost alone? Kot malas nak maintain, hantar je email kat batchsebelas[at]yahoo[dot]com.

Ceritalah pasal kem tahfiz, bukan setakat pengalaman, tapi apa yang korang dapat, korang nampak. Ceritalah pasal adik2 korang ke, cerita pasal orang yang korang jumpa kat tepi jalan ke, cerita pasal buku yag korang baca ke hape ke... Cerita yang kita boleh jadikan makanan untuk minda kita. Huhuhu... Kut-kut org yang kat Cairo nak cerita pape ke... Bukan sume org dapat gi sane...












Jomlah, united we stand! :D

kitekan berlari sebaris? :)

saya di sini~

assalamu'alaykum ya asdiqai wa sadiqaati...

hehe.. ana balik kejap ni. rindu saja ye..ana rindu kat batch ana. blog pun dah lawa ye~ hehe..
ana tak kisah kawan ana tak rindu ana. yang ana tahu ana rindu kawan2 ana yang sungguh lama
tak ana ketemu. kan? kan?

kem tahfiz intensif.

ana tak berani nak komen apa2 sebab belum habis program lagi. ana hanya mohon kalian du'akan kami agar KUAT dan terus berMUJAHADAH menghafaz kalamullah ini... kami yang berbaki.. jap....

banat (paling ingat.. huhu..)
sakinah A, maryam R, aisyah, aaeshah, sarah, qurrah (ana)

banin (insha Allah ni semua betul.. )
zulhilmi, zubayr, syafiq, rijal, irfan H

memang banyak perkara yang terjadi. banyak sangat. hanya Allah Maha Mengetahui segalanya.
sedeyh sikit tau kawan2 kem tahsin sudah berbahagia pulang. ingat kami dalam du'a kalian~

ana hanya nak minta antum antunna du'akan kami semua (semua peserta kem tahfiz intensif) tak kirelah form berapa agar kami terus kuat berjihad! du'a, du'a dan du'a.

du'a itu senjata mu'min yang ampuh! teguh hati menonjolkan manifestasi prestasi!

aslim taslam.

^________________^

minni mukhlisah..
Raden Qurratu'Aini a.ka. Qurrah a.k.a Rara :p

Kem Tahfiz

Assalamualaikum..

Ana baru je balik daripada Kem Tahfiz. Mesti ramai tanya.."Napa nti pegi kem tu? Nti kan bukan tahfiz?" Yela..ana taula..ana gi sana sebab nak spy...hehehe..mana ada..ana dapat tawaran daripada Ustzh..so ana pergila..sebab ana dah banyak jugala dah hafal..

Kat sana ana dapat banyak pengajaran. Best tau suasana kat sana. Ok, mesti semua orang tngh fikir "Hidayah dah jadi poyo", tapi betul. Kat sana rasa tenang je sebab ada suasana Al-Quraan! Best sangat...x acila budak tahfiz je yang dapat rasa suasana tu...

Ana nak juga budak biasa rasa suasana tu. antum macam dalam bab menghafal ni malas betulla. Napa eh? Ni kan KAlimah Allah, sepatutnya kita berlumba2 nak hafal, bukan berlumba2 nak hafal lagu apa2 ntah..so tolongla tahun depan ana nak semua habis silibus QTH! PLEASELA! Silibus f2 dan f3 pon x habis, cuba sekali kita habiskan silibus!

ok, itu je kot daripada ana! Selamat bercuti!

Thursday, 29 November 2007

Bosan

design lama

Hoho.. Tetibe rindu pulak kat yang lama.... Header yang nih buat bantai2 je... Malas2.. Haha..

Lalala~

Siapa nak join Xrek Johor? Cepat bagi nama!!!

x tau la.....

assalamualaikum...

ana sebenarnye kne paksa dgn tmah nih....

x tau nk tulis ape....

selama ni ana saje jek x post sbb ana nak jd pemerhati...tgk je blog ni dpd jauh...x sangka pulak boleh ade konflik n byk sgt hati yg terluka...

ana harap,lps ni kalau ade sesape yg nk luahkan perasaan kat blog ni,fikir dulu sama ada tindakan itu wajar atau tidak,akan melukakan hati byk pihak atau tidak...
renung2kan....

hmm,ALHAMDULILLAH sume dah settle... nasib baik bdk2 batch kita jenis yg sabar and rasional... x amek langkah singkat dgn ban org yg berkenaan... sumenye dah settle tanpa perlu turun naik mahkamah....(apende nih?)

tmah,nak promote sket bleh?
utk sesape yg ade frenster, leh la pergi ke page sye dan join group batchsebelas... lg ramai lg bagus sbb x ramai x best la....

ok tu jek....wassalam...

love truly,
ayeez

Wednesday, 28 November 2007

marilah berkasih sayang

hati telah lama gersang
dari siraman kasih sayang
kerana hujan iman
sudah lama tidak turun
kita tanamkan kembali
budi penyiram kasih
agar hati yang gersang
gembur dan subur lagi

marilah kita jalinkan
kasih sayang
sesama kita
ia telah lama hilang
tambah gersang di hati ini
kita siram kembali
dengan air iman yang suci
dengan menabur budi
kepada semua manusia

bila hati gembur
dan subur semula
benih mahmudah
akan tumbuh kembali
diakan berdaun
subur dan berbuah
memberi manfaat
semula kepada
penghuni taman yang resah

jangan kita biarkan hati ini
gersang dari kasih sayang
manusia akan
terumbang-ambing
hidup di dunia ini
pangkat dan kekayaan
tiada erti
bila kasih sayang
tak dimiliki

berkasih sayang perintah Allah
di antara sifat Alah
kasih kepada hamba-Nya
Allah sangat sayang
kepada hamba yang berkasih sayang
jalinkanlah kasih sayang
untuk keredhaan-Nya

hati sudah lama menderita
kekosongan kasih sayang
tanamkan semula
jangan biarkan
jangan biarkan berlama-lama
sudah lama manusia hidup
dalam derita
lagi sengsara
ayuh kita suburkan semula
kasihkan sama
sama manusia

New. White.

New colour scheme. New header.

:D

Sewel.

Berkerja bersama Safiah di tengah malam.

Oh budak tahfiz mesti tak tahu hikayat blog rosak ek.

In fact, berapa ramai je yang tahu... Huhu...