Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Wednesday, 26 November 2008

modenisasi,globalisasi

Dalam hidup kita kena kuat,
Kadang-kadang onak dan duri melanda,
semangat tak boleh luntur,
kita kena juga hadapi kehidupan,
melarikan diri bukan penyelesaian,
susah mana pun,
pahit mana pun,
payah mana pun,
sebab janji Allah,
setitis derita melanda,
segunung kurniaan-Nya...

Ibarat kapal layar,
yang berlabuh di pelabuhan,
tidak berlayar ke tengah lautan,
tiada badai menerpa,
aman, selamat dan bahagia,
tapi,
bukan ini tujuannya dicipta,
kapal dicipta untuk megharungi lautan,
menyampaikan barangan dari tanah seberang,
penuh kesusahan,
demi kesenangan masa depan.

Kita manusia,
memang selamat hidup dalam kalangan kita,
fikrah kita,
dunia kita,
tapi apa gunanya soleh,
tanpa musleh?

Memang payah hendak melangkah,
baru setapak,
ribut melanda,
melangkah lagi,
godaan menjelma,
tapi jadilah seteguh karang di dasar lautan,
tak terusik dilanda badai,
memang payah,
tapi perjuangan bukan untuk orang yang manja,
baru dijentik sudah mengalah,
baru ditengking sudah beralah...

Pendirian kita harus dipegang,
seteguh gunung yang menjadi pasak bumi,
sekukuh akar mencengkam bumi,
sebab kita bukan seperti biskut,
nampak teguh,
tapi,
lemau bila didedah,
lembik bila dicicah,
hancur bila dicampak,
patah bila dibelah...

Memang,
kadangkala bisa tohmahan manusia,
mencucuk jauh ke dalam dada,
pelbagai ragam,
kadangkala menitis air mutiara,
tanpa dipinta,
tapi kau harus mengerti,
mengapa mereka menjadi begini,
mungkin ini bukan kehendak sendiri,
terpaksa akur dengan arus globalisasi,
minda diracuni dngan era modenisasi,
jahil, jahil, jahil sebab tak siapa yang bisa menunjukkan,
jalan kepada-Nya.

Sebab kau tahu yang benar,
tugas kau menyampaikan,
tapi jika kau mengaduh,
kau mengembalikan buah paku keras,
apa beza kau dengan mereka,
tenggelam dalam kejahilan,
malah lebih hina lagi,
kerana kau dikurniakan ilmu,
untuk membuat kau tahu,
tapi bertindak bodoh seperti kau tak tahu,
bertindak seolah kau yang benar,
tanpa sedar yang dikejar tak kesampaian,
yang dikendong berciciran...

Lainlah andainya kau kuatkan hati,
bersabar sendiri,
pohon pada illahi,
kekuatan diri,
balaslah keburukan dengan kebaikan,
meskipun kau masih dibalas dengan keburukan,
kemanisan yang sebenar-benarnya,
kau akan perolehi di syurga-Nya nanti...

Tuesday, 25 November 2008

Jadual Kelas Tambahan

Oleh sebab ana begitu malas hendak menaip semula jadual ini dan juga kerajinan untuk men'scan' benda nih tiba2 datang dan juga kemalasan untuk mendengar soalan yang sama sbb xde org layan, hahah, ana pun meng'upload' hasil pen'scan'an tersebut. Mula-mula ingat nak tunggu orang lain post, hahah, tapi xde org respon. Kesian anda wahai org yg tak dapat kertas....

Sila klik jadual tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.

Mungkin kelas tahun depan camni:
4 ITT - 5 ILT
4 IMT - 5 IFT
4 ABQ - 5 IKH
4 IND - 5 IMT

Sunday, 23 November 2008

F.i.K.I.R



Seronok kan bila mengenang memori lalu? Dulu tak pernah pun terfikir yang susahnya memikul tanggungjawab sebagai seorang senior, pemimpin, dan pelajar SMIH sendiri. Sebab masa tu, kita cuma perlu fikir tentang diri kita. Masalah? Lantaklah... Asalkan kita bahagia sudah.

Sekarang, dah lain... Masing-masing semua dah ada banyak tanggungjawab. Dan bila usia meningkat, ego pun meningkat tanpa kita sedari. Bila kita dah ada pangkat selalunya kita lupa diri kita yang sebenarnya. Sebab bila ada pangkat kita rasa kita mempunyai reputasi yang harus dijaga. Memanglah tak semua yang jadi macam ni. Tapi kadang-kadang sebenarnya kita kena ketuk sikit kepala, sedar sikit siapa kita sebenarnya. Hakikatnya kita semua masih sama. Kita semua hamba Allah...

Kadang-kadang kita terfikir, kenapalah sekolah aku ni teruk sangat? Kenapalah budak-budak semua tak nak dengar kata? Kenapalah nak ikut sangat pengaruh barat? Jawapannya, seek first to understand then to be understood. Cuba untuk faham orang lain sebelum kita nak orang faham kita.

Contohnya, katalah ada pelajar banat yang tidak menutup aurat dengan betul di luar sekolah. Cuba fahami dulu kenapa dia macam tu. Ingat, tak semua orang bertuah untuk mempunyai keluarga yang sudah ada tarbiyyah! Mungkin bukan menjadi kebiasaan untuk memakai tudung labuh dan berjubah dalam keluarganya. Kita tak boleh nak pandang serong mereka ini. Bukan mudah untuk seorang perempuan remaja yang masih di bawah jagaan ibu bapa untuk melakukan yang lain daripada yang dilakukan oleh ibu bapanya. Ada juga ibu bapa yang tak benarkan untuk memakai seperti yang kita pakai di sekolah, jangan terkejut! Bukan kita yang minta untuk dilahirkan dalam keluarga yang macam mana...

Sebab kita tak faham, kita pakai terjah je bantai budak-budak ni. Label macam-macam. Budak bermasalah, perlukan perhatian... Blablabla... Tazkirah pakai lazer je mulut, kononnya menjalankan tugas. Tapi, adakah kita benar-benar menyelami hidup mereka? Sedangkan nak berbual dengan mereka pun susah, lagilah nak memahami sendiri jiwa mereka.

Ana teringat statement yang sungguh membuat ana berfikir, "Ana tak nak rapat dengan junior sebab takut diorang pijak kepala kita." Sahabat, resmi padi semakin berisi semakin tunduk. Semakin kita tunduk semakin kita dihormati. Hakikatnya, sebenarnya semua ni disebabkan oleh ego! Perkara ini telah dibuktikan. Siapa yang angkuh tak nak tunduk, sebenarnya sudah hancur lumat dipijak kepalanya, tanpa disedari. Siapa yang tunduk, semakin tinggi disanjung sebenarnya. Tak percaya? Rasulullah sendiri sanggup bermain dengan kanak-kanak. Rasulullah sendiri sanggup menziarahi orang yang menyakitinya. Rasulullah sendiri sanggup memaafkan umatnya. Siapa kita untuk menebalkan keEGOan??

Allah kurniakan kita otak untuk berFIKIR. Supaya boleh bezakan yang mana betul dan salah. Sebab kita adalah khalifah Allah. Gunakan otak untuk FIKIR. Jangan jumudkan kepala otak. Bukak sikit mata, bukak sikit minda. 1 + 1 tak semestinya 2. Bak kata akh fahmi, khilaf adalah rahmat. Jangan sebab orang lain sedikit berbeza pendapat dgn kita, terus kita buang dia. Terus pinggirkan dia. Belajar untuk menerima orang seadaanya. Dan, jangan suka cari alasan.

Ya, tiada siapa yang sempurna dalam dunia. Tapi dunia ini akan menjadi sempurna kalau kita saling melengkapi. Bukan orang yang banyak jawatan je yang boleh berjaya, orang biasa pun boleh berjaya. Bukan orang yang selalu handle program je yang boleh berjaya, sesiapa pun boleh kalau dia nak. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca. Ana mohon maaf kalau ada terguris, atau terkasar bahasa, tapi inilah cara ana untuk menyampaikan sesuatu. Semoga Allah memberkati usaha kita semua.

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh!

Wahai bangsa Islam ku
Marilah kita bersatu
Kita bangkit bersama-sama
Meredah hutan belantara ini
Berbekal iman didalam dada
Dengan semangat bersaudara!

Jangan biarkan mereka berkata
Umat Islam tidak berguna
Umat Islam mundur segala
Umat Islam punca bencana

Kita tunjukkan kepada mereka
Bahawa kita umat mulia
Berakhlak sopan kelakuan kita
Salam sejahtera ucapan kita
Pertumpahan darah kebencian kita!

Wahai saudara2 ku.
Marilah kita kumpul bersama
Kita isikan iman didada

Kita musnahkan segala prasangka
Bukankah kita bersaudara?

Semoga kita diredai Tuhan.
Kepada DIA kita kembali!

Ingatlah wahai sahabatku seperjuangan... kitalah khalifah Allah di muka bumi ini.... Kita individu2 atau pemuda-pemudi yang diperlukan dan diharapkan masyarakat... kitalah bakal pemimpi ummah.. Sedarlah dari tidurmu yang lena.. leraikanlah segala persengketaan.. BANGKITLAH dan marilah sertai kereta api perjuangan! jangan menyesal di kemudian hari kerna janji Allah itu pasti dan akan terjadi.


WASSALAM..

(Berfikirlah menggunakan akal yang Allah ciptakan khusus untuk manusia dan nilailah ia dengan menggunakan mata hati bukan dengan nafsu yang sentiasa berusaha mempengaruhi diri kita ini...)

*Semoga segala perbuatan dan amalan kita di dunia ini membawa kepada keredhaan Allah...

~ HAMBA YANG FAKIIR~

Saturday, 22 November 2008

Mana hala tuju kitA?.. let's check it out.. jom bace..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan kalam Allah yang maha suci ana memulakan bicara kita. Bersama kita dalam menjalinkan ukhuwah dan membina kehidupan yang harmoni. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Ar-Rasul S.A.W. junjungan mulia, dan nabi khatimul anbiya’. Tahiyyayun bi tahiyyati Islam, tahiyyatan toyyiban mubarakatan min I’ndillah. Wa hiya “Assalamua’alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh…”

Pertama-tamanya dan untuk selama-lamanya, ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita merafa’ kan kesyukuran kita kepada Allah. Biar kesyukuran itu melangit tinggi, kerana kesyukuran itu menunjukkan kita hamba yang bersyukur. Tiada kerugian daripada bersyukur malah berganda-ganda keuntungan kita. Hitunglah nikmat Allah, nescaya kamu tak akan dapat menghitungnya. (Surah Ibrahim).

Sering kita diingatkan, dalam setiap langkah kita, perlukan niat. Niat yang baik, menunjukkan amal yang akan dilakukan. Tapi dalam tengah beramal, kenapa lain pulak jadinya? Kalau dah jadi macam tu nak buat macam mana? Jawapannya...Perbaharui niat kita (tajdid niat). Untuk apa? Agar langkah kita tidak terpesong dari hadaf sebenar. Tidak lari dari tujuan asal.

Contoh yang paling mudah, internet. Kemajuan dunia siber yang makin canggih mutakhir ini kadang kala boleh dilihat sebagai satu kelebihan bagi kita dalam aspek untuk memajukan diri, kerohanian, tarbiyah, dan pendidikan. Ada pula dalam satu sudut lain terus terjerumus ke dalam keadaan yang 100% kontra.

Tak perlu disebut macam mana, sendiri boleh tahu. Ada satu lagi keadaan. Kadangkala kita terlepas pandang, dan mengambil remeh. Apa dia? Hurm.. katanya nk berdakwah melalui internet.. tapi lain pulak yang dibukanya. Katanya nak merapatkan hubungan sesame batch, tapi bergaduh pulak jadinya, katanya nk berkenalan (lain jantina) tapi bercouple plak jadinya.

Jadi, apa perlu buat? Tajdid balik niat kita, untuk kembali kepada hadaf asal kita.(kecuali untuk contoh ketiga tadi, tak perlu tajdid niat, tapi perlu kuburkan terus niat tersebut :D).

Di pengakhirannya, Berjaya atau tidak amal kita?

Berjaya atau tidak itu bukan soalnya, kerana biarlah Allah yang menilai amalan kita. Atas dasar apa ana bercakap ini? Sudah tentu Allah telah menyebut didalam al-Quran, Allah tidak menilai banyak mana amalan yang kamu telah kerjakan, tetapi sebaik mana amalan tersebut telah kamu kerjakan. Contoh paling mudah, dalam suasana kita menuntut ilmu. Andai di tanya kenapa kita belajar, pasti rata-rata akan menjawab kerana Allah (lihat sahaja banner SPM setiap tahun).


Ketika peperiksaan SPM, kita mengharapkan untuk melakukan yang terbaik, bukan untuk mengambil SPM seberapa banyak yang mungkin. Begitu juga ibadah, lakukan setap amalan itu dengan keadaan yang terBAIK. Di pengakhirannya bagaimana? Jika kita berjaya… Allah ada mengajar kita, bagaimana di pengakhiran amal kita. Dalam surah al-Nash ayat ketiga “maka bertasbihlah dgn memuji Allah, dan beristighfarlah….” Dua perkara yang perlu dititikberatkan. Memuji Allah menandakan kita bersyukur, adab sebagai seorang hamba dan beristighfar.

Kenapa perlu istighfar? Dr Hamka ada menyebut dalam Tafsir Pimpinan Rahman, bahawa, dalam kita bekerja, beramal, dikhuatiri di tengah perjalanan kita ada perkara yang kita lakukan yang tidak disukai oleh Allah. Itulah dia, tajdid niat kita selalu, ditambah dgn istighfar. Kot2 kita terlari dari tujuan asal kita. Astaghfirullah 3x..

Sambung kembali contoh kita dalam belajar, andai peperiksaan kita menunjukkan prestasi yang sungguh cemerlang, perlu istighfar lagi ke? Ya, sebagai seorang hamba, perlu sangat-sangat meminta ampun kepada tuannya penciptanya setiap masa. Kerana apa? Kadang-kadang ketika kita belajar, kita ada mengabaikan hak pencipta kita. Tengah belajar, tiba-tiba azan isya’ berkumandang. “sekejap lagi lah… tengah syok stadi nih…” akhirnya, terlepas laa solat berjemaah. Banyak lagi contoh. Sendiri mau ingat laa ye…

Ikhwah dan akhawat sekalian,

Untuk apa Allah wujudkan syurga.. Dan untuk apa Allah wujudkan syurga? Dan kenapa Allah ciptakan hamba-hambanya berlainan antara satu sama lain? Sedangkan Allah berkuasa untuk mengislahkan umat manusia satu bumi? Jawapannya ada dalam sirah nabi. Tak perlu untuk ana ceritakan kembali sirah tersebut.

Tapi perlunya kita menimbang diri kita di mana kita berada. Atas, bawah, depan, belakang, kiri, kanan? Sesungguhnya percanggahan pendapat, ataupun khilaf dalam masyarakat bukan satu tanda perpecahan. Tetapi sebagai tanda rahmat Allah sekalian alam. Kerana itulah yang mewarnai bumi ini. Cuma manusia sahaja yang menyatakan itu sebagai perpecahan. Sekali lagi ana tekankan, khilaf bukan bermaknan perpecahan, kerana khilaf itu rahmat, tetapi perpecahan itu laknat!!!.. Ayuh, hubungkan kembali silah dan rabitah sesama manusia dan bina kembali kepada satu binaan yang kukuh.

Ana mengerti situasi antum di tingkatan empat SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH. Sebab keadaan sedemikian rupa telah 10 batch melaluinya. Soalnya, bagaimana mengatasinya. Masing-masing ada taklifat yang tersendiri. PRS ada kerjanya dalam tarbiyah, PENGAWAS ada peranannya dalam disiplin sekolah, KRS juga tetap ada pengaruh dalam tarbiyah sekolah. Masing-masing punyai peranan tersendiri. Dan kesemuanya amanah dari Allah. Usah kita rasai betapa tak perlunya “saya” dalam komuniti ini. Tidak!!

Walaubagaimanapun, ana akui kadang-kala tercalit sedikit rasa tidak puas hati dalam kalangan kita. Katanya dia sudah sombong, PRS kian menjauh omongnya…. Benarkah? Mungkin Cuma satu andaian awal tanpa sebarang manipulasi yang jelas. Apa-apapun, bawaklah berbincang. Hal ini lebih elok dari menghentam mana-mana individu, seolah-olah baling batu, sembunyi tangan dan bersiul seolah tiada apa-apa berlaku.

Sahabat, kita bukan lagi kanak-kanak yang bergaduh rebutkan mainan. Kita rebutkan redha Allah. Redha Allah tidak datang dalam perpecahan dan pergaduhan. Tetapi redha Allah ada bersama hati-hati yang terpaut atas dasar cinta padanya.

Sahabat-sahabat yang ana kasihi sekalian,

Acap kali kita dengar perkataan jahiliyyah. Udah bosan gamaknya bila dengar perkataan itu. Kenapa? Bagi ana bila kita takrifkan kembali perkataan tersebut, segelintir sahabat kita suka untuk menjadikannya satu perbincangan istilah. Maksud ana perbincangan tentang makna jahiliyyah sedalam-dalamnya, kita arif tentang hukum-hukum fiqh, perbahasan mengenainya, dan khilaf ulama’ mengenai takrifannya.

Tetapi apa yang lebih penting? Perasaan yang khusyu’ mengalir dalam hati bagaikan air sungai yang mengalir dan membasahi setiap permukaan yang dilaluinya dan inginkan perubahan (taghyir) dalam diri untuk membuang jahiliyyah jauh-jauh dalam diri. Kata al-khattab, kita tak akan kenal jahiliyyah selagi mana kita tak keluar dari nya. Dengar pula kata Syed Qutb, mereka ini (segelintir ulama’ pada ketika itu) berkata-kata tentang agama, tetapi sebenarnya mereka berkata tentang jahiliyyah. Nau’zubillahiminzalik.

Moga-moga blog ini tidak termasuk dalam golongan yang disebutkan oleh tokoh tersebut. Berdoa’alah sahabat-sahabat sekalian, mudah-mudahan Allah terima amalan kita, dan dihindari daripada jahiliyyah tersebut. Dalam firman Allah, surah al-A’raf, Allah memberitahu “ada segolongan manusia Allah biarkan mereka dalam kesesatan sedang mereka tidak mengetahuinya”.

Bayangkan sahabat sekalian, dalam keadaan tidak kita sedari, Allah melaknat kita. Disebabkan amalan kita, Allah biarkan kita dalam kesesatan. Sedang kita masih menyatakan bahawa “aku berada di jalan yang benar”. Bagaimana pengakhirannya? Jelas sekali bukan syurga tempatnya. Sekali lagi semoga Allah tidak menggolongkan kita dalam golongan tersebut.



Akhir kalam, ingin sekali ana sampaikan pesan al-Banna kepada pemuda.

“Risalah ila Syabab”

“Sesungguhnya pemuda-pemuda yang lama dan yang baru, adalah merupakan tiang bagi setiap kebangkiatan, dan bagi setiap kebangkitan, ada kekuatan yang tersembunyi, dan bagi setiap idea(fikrah), ada seseorang yang memikulnya”

Moga-moga orang tersebut itu adalah kita.. amin.

Dr Ahmad Fahmi Abdullah

Kaherah

22 November 2008

*post edited by admin

Friday, 21 November 2008

Events, News and Updates!

Jumaat, 15 November
Jalinan mesra telah berlangsung.

Sabtu, 16 November
Bermulanya Kem Tahfiz.

Selasa, 18 November
Lahirnya seorang putera dalam keluarga Tasnim! Tahniah Tasnim!

Khamis, 20 November
Pemergian nenek Huda ke rahmatullah. Takziah diucapkan.

Ahad, 23 November
Walimatul Urus Ustazah Hamidah.

27-30 November
X-Pert 08
CHECK WEBSITE X-PERT!! Kita kena cari RM 1000!


Ahad, 30 November
Walimatul Urus Akh Mujahid, abang kepada Mubarak.

Selasa, 2 Disember
Tamatnya SPM

Khamis, 4 Disember
Taklimat PERNAS 08.
Kepada yang terlibat:
Masa: 8.00pg-2.00ptg
Pakaian:
Banin- Tshirt KRS, seluar hijau KRS
Banat-Tshirt KRS, seluar hitam, tudung hitam
Tempat: Maktabah (Jika tiada perubahan)
*makanan tidak disediakan. harap maaf.

Jumaat, 5 Disember
Tamat Kem Tahfiz.

Isnin, 8 Disember
Anniversary ustazah muhaini. Eh silap,, HARI RAYA HAJI! hehe...

Rabu, 10 Disember - Jumaat, 12 Disember
Latihan PERNAS 08.

16-19 Disember
PERNAS o8 - Kem Rimba Ilmu, Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Doakan kejayaan SMIH!


Isnin, 22 Disember
KELAS TAMBAHAN BERMULA!!!! Back to school!

Khamis, 25 Disember
Cuti Krismas

Jumaat, 26 Disember
Ulang tahun Tsunami....
Gotong-royong sekolah. (takde kelas!)

Sabtu, 27 Disember
Pendaftaran, beli buku
Walimatul Urus akh Zaid bin Omar, abang kepada Imran.

Isnin, 29 Disember
Cuti awal Muharram

Isnin, 5 Januari
SESI PERSEKOLAHAN 2009 BERMULA!!! SPM DAH DEKAT!!!

BeRmULA dGn MeNiNgGaLkAN jAHiLiYaH yAnG aDa


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Semoga allah membuka hati kita untuk sentiasa menerima hidayahNya

Dengan berbekal kekuatan dari Allah pena ini dan penulisnya mengambil kesempatan untuk menulis..

Apa khabar wahai saudaraku?
yangku maksudkan adalah imanmu...bagaimana???

Bermula dengan meninggalkan jahiliyah yang ada

sekadar ingin membawa kita semua kembali ingat akan apa tujuan kita hidup di dunia ini lain tak bukan adalah untuk beribadat kepada Allah

Firman Allah :
"Tidak aku ciptakan jin dan manusia untuk beribadat kepadaku"

Justeru cuba kita renung sejarah Rasulullah dengan seorang yahudi yang buta dimana yahudi ini sangat membenci Rasulullah dan selalu mengeji Rasulullah sehinggakan ketika Nabi menyuapnya makan juga mulutnya terkumat-kamit mengeji Rasulullah
Akan tetapi setiap hari Rasulullah sentiasa menyuap makan kepada si yahudi sehinggalah Rasulullah wafat

Amalan ini diteruskan oleh sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar
Lalu saidina Abu Bakar pun pergi ke si yahudi buta dan menyuapnya seperti biasa.
Tapi si yahudi tadi berasa hairan dengan rasa orang yang menyuap tadi dan dia langsung tak mahu makan makanan tersebut

Dan bertanya kepada Abu Bakar kenapa hari ini seperti orang lain yang menyuapnya???
Dan sipakah orang itu??
Lalu Abu Bakar menjawab bahawa orang yangs selalu menyuapkannya adalah Rasullullah dan dia telah wafat..

Apabila si yahudi buta mendengar berita tersebut dia menitiskan air mata penyesalan diatas segala kesalahan yang pernah dia lakukan keatas Nabi.Dia berasa amat hina kerana telah mengeji Rasulullah yang selama ini tak pernah henti menyuap si yahudi meskipun dikeji dan dicaci..

Apa yang ditekankan untuk kita semua adalah kenapa kita sanggup mengeji dan menghina orang walaupun orang itu pernah berbuat buruk kepada kita??

Hatta Rasulullah tidak prnah mengajar kita untuk melakukan semua itu sehingga sanggup menunjukkan aib orang dimata orang lain..tanyelah pada diri kita...

Kita mengaku umat Nabi Muhammad
tapi kenapa tak ikut sunnah baginda?
Nabi Muhammad tak pernah keji orang
tapi kenapa kita plk yg sebaliknya?
Nabi boleh bersabar dengan kejian dan cacian orang
tapi kenapa kita tak boleh??
sumenya tepuk dada tanya iman kita...

Firman Allah:
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"

Ayuhsahabatku kita buang akhlak buruk dan sifta mazmumah yang ada dan gantikannya dengan akhlak yang terpuji

Niatku bukan nak menyakitkan hati sesapa tapi sekadar menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberi...FIKIRKANLAH...

Sabda Nabi:
"Sampaikan dariku walau sepotong ayat"

Wednesday, 19 November 2008

Kisah taubat kaki maksiat di tangan anak kecilnya


Assalamualaikum wrt.

ape khabo sume?
harap sihat sentiasa..ana ade stoli nak cite kat korang..ana dah bace stoli nih..besh sgt3! n menyayat hati..

Beliau adalah salah seorang penduduk di bandar Riyad. Beliau hidup penuh dgn kesempitan lantaran langsung tidak meningati Allah melainkan sedikit sahaja. Sudah bertahun2 beliau tidak bersujud kepada Allah yg maha Esa. Akan tetapi Allah mahu menjadikan beliau seorang bertaubat. Beliau bertaubat di tangan perempuannya yang masih kecil.

Cerita nya berbunyi, tiap2 hari beliau sering berjaga malam sehingga menjelang subuh, lepak bersama kawan2 ku yg buruk akhlak sambil bermain permainan yg langsung x memberi faedah. beliau sanggup tinggalkan isteri dan anak kecilnya di rumah. Pada satu malam, seperti biasa beliau pulang pada waktu larut malam. Jam ketika itu menunjukkan pukul 3 pg. Beliau mendapati isteri dan anaknya sedang nyenyak dibuai mimpi. Beliau segera ke ruang tami utk menghabiskan waktu malam yg masih berbaki dgn menyambung kembali tayangan filem lucah dari pita video. Perbuatan beliau tidaklah patut sekali bersikap demikian walhal di saat itulah Tuhan Yang Maha Esa turun ke langit dan berkata:

'Adakah sesiapa yang berdoa, pasti aku akan memakbulkan utknya? Adakah sesiapa yang meminta keampunan aku akan mengampuninya? adakah sesiapa yang memohon apa2 pasti aku akan perkenankannya?..'

Tengah sedap2 beliau nikmati video itu, tiba2 kedengaran salah pintu bilik dibuka. Rupa2 nya ana perempuan beliau yg masih kecil dan umurnya belum mencapai 5 tahun. Mata anak perempuan beliau itu tajam melihat ke arah beliau. Pandangannya pelik sekali dan penuh kebencian. Lantas dia (anaknya) berkata:

'Ayah! Malulah sket ayah! Takutkanlah kpd Allah ayah!'

anaknya berulang ayat itu sebanyak 3 kali. Kemudian anaknya masuk ke bilik dan terus tutup pintu. Beliau terus diserang kebuntuan dan terus menutup video. Beliau duduk termenung. Beliau segera mendapatkan anak beliau, namun anaknya sudah pon tido di perbaringan. Beliau seolah2 orang gila yang tidak tau arah. Suara azan Subuh kedengaran dari sebuah masjid berdekatan sekaligus memecahkan kesunyian malam, mengajak manusia menunaikan solat Subuh. Beliau segera berwuduk dan keluar pergi ke masjid. Padahal beliau tiada niat langsung ke situ akan tetapi jiwa beliau sgt gelisah dan tidak tenteram mendengar nasihat anaknya itu. Beliau pon mendirikan solat bersama jemaah masjid. Imam bertakbir dan membaca surah2 dari al-Quran. Imam bersujud...beliau pon turut bersujud sama. Sebaik saje beliau meletakkan dahinya di tempat suhud, tanpa disedari beliau menangis teresak2 sedang x tau ape sebabnya. Itulah pertama kali beliau bersujud kpd Allah semenjak tujuh tahun meninggalkannya.

Kemudian selepas solat, beliau tidak terus tido seperti biasa, akan tetapi beliau terus pergi siap utk pergi kerja. Sebaik tiba di pejabat, kawan karib beliau sungguh terkejut kerana selama ni xpernah pergi kerja awal. Kawan karibnya bertany sbb sikap demikian. Beliau terus menceritakan apa yg telah berlaku mlm td. Ketika menjelang tengah hari, beliau meminta izin utk pulang ke rumah sebentar utk berehat.

Apabila tiba di rumah, tiba2 isteri beliau serta-merta dtg menerpa ke arahnya sambil menangis.

'Apa yg telah berlaku?,' soalnya kehairanan

'Anak kita telah meninggal dunia bang!!. (isteri beliau)

Kenyataan itu bagaikan petir menyambar benak beliau. Seluruh anggota beliau lemah-longlai. Beliau tidak menyangka bahawa orang yang menerangi jalan yg sebnar telah pulang kerahmatullah. Lantas beliau mandikan,mengkapankan dan menyolatkan jenazah anaknya. Selepas itu mengebumikannya, lalu teringt bahawa itu semua adalah ujian dari Allah Azza Wajalla.

sekian, ambillah iktibar dari apa yg ana dpt kat cni. Harap sesiapa yg bace ini dapat menginsafi perbuatan yang telah dilakukan selama ini diharamkan oleh Allah Azza Wajalla.

Diulas oleh ana dari Titisan Air Mata Kerana Allah Siri ke-3..Sesiapa yg nak pinjam buku, boleh btau kat ana..banyak lagi kisah2 taubat yg ade kat buku ni..bkn satu jer..

Sunday, 16 November 2008

JemputaN Ke MajliS........

..Assalamualaikum..
..peace..


~~~~~~

Ehem.... ehem......
Dengan ini, kami, Abdullah Mubarak,
dgn sesuka hati nye menjemput..
semua pelajar batch sebelas smih
ke rumah ana untuk memeriahkan majlis perkahwinan ana....punya abang..
pada

Tarikh : 30 nov 2008

Alamat : no 20, jln impian ria 7
tmn impian jaya,
81400 senai...

Masa : 12.00pm -- 5.00 pm

Sambil2 uh, boley r ziarah para ustaz dan ustazah
yg tinggal berhampiran.. contohnya, ustazah
-Syahidah-Suhana-Normah-Halimah-Hamizah...dsb..
ataupun ustaz
-Masdi-Hasanuddin...dsb.. lalala~
okeh..
Wassalam..

-!!free palestine!!-

Saturday, 15 November 2008

ToLoNgLaH dAkU wAhAi TuHaN....



Tolong dan bantulah aku
Wahai Tuhan Punya Dunia dan segala isinya,
Tolong dan rahmatilah aku,
Wahai Tuhan empunya diriku yang hina,
Tolong dan redhailah aku,
Wahai Tuhan Pentadbir Alam Semesta,

Wahai saudaraku seakidahku,
Tolong ingatkan aku andai aku terlupa,
Terlupa bahawa diri ini ada yang punya,
Tolong tegurlah aku andai tersalah,
Tersalah langkah membawa padah,

tolong betulkan aku andai tersasar,
Tersasar jauh dari landasan yang sebenar,
Tolong bantulah aku andai tersungkur,
Tersungkur jatuh dosa melumur,

Tolong doakan aku agar kuat,
Kuat semangat agar jiwa diikat,
Tolong doakan aku agar bertahan,
Bertahan membina taqwa dan iman
Tolong dan tolonglah,
Aku memohon Wahai Tuhan Maha Pengasih,
Tolonglah hambamu ini,
Dalam memperbaiki akhlak dan sahsiah diri,

Wahai manusia yang mengaku saudara,
Tolonglah saudaramu yang berdosa ini.

ke arah yang lebih baik

bismillah,
alhamdulillah satu kepuasan dah ambil result dan mengetahui salah dan silap. di sini ada sedikit konklusi kata-kata nasihat dari beberapa guru subjek (yang kami sempat) untuk berjaya. tak apa, kita belajar dari kesilapan. bila tahu mana silap, baru jelas lubang yang perlu diperbaiki.

add maths
-paper 1= scorekan 65 ke atas drpd 80 dan paper 2= scorekan 75 ke atas drpd 100
-usah banyak buat careless..
-buat pembetulan yang silap dan mana2 soalan yang belum buat dlm PS2
-buat latihan-latihan yang guru beri (membantu dalam perkembangan diri)
-buat latihan tambahan
-buat ulangkaji sebelumnya dengan secukupnya
-*digalakkan pergi tuisyen bagi sesiapa yang ada kemudahan

physics
-paper 1=scorekan 40+/50, paper 2=scorekan 80/100, paper 3= scorekan 35/40
*jika paper 2 boleh tahan, yang penting score paper 1 and 3 (dpt cover paper 2)
-banyak buat latihan paper 1 supaya lebih cekap, pantas dan tepat.
-bila ustazah beri nota last minute, baca. penting
-segala latihan dalam kelas, perlu disiapkan untuk kebaikan diri
-jangan tinggalkan kosong, attempt (cuba) untuk jawab.
-buat pembetulan dr ps2 dan mana yang belum buat. hantar naik sek
-soalan essay bagi paper 2, bhg yang pertama boleh jawab guna jadual juga
*buat jadual mengikut point yang diminta
cth: yang soalan orang terjun (ada yang bent kan kaki dan ada yang tak)

chemistry
-paper 1=scorekan 40+/50, paper 2=scorekan 80/100, paper 3=scorekan 35+/40
*lebih kurang paper physics. kuasai paper 1 and 3 utk cover paper 2.
-kuasai eksperimen yang dah belajar (electrolysis, extraction, purification, electroplating & lain..)
-buat pembetulan dari ps2 dan mana2 yang belum buat

biology
-paper 1=scorekan 40+/50, paper 2=scorekan 70+/100, paper 3= scorekan 40+/50
-jawab mengikut soalan, jangan terpesong. baca betul2 soalan.
-baca buku, jika tiada point, markah tak ada walaupun berjela-jela
-buat latihan kertas-kertas yang ustazah kasi

english for science and technology
-paper 1(essay) =scorekan , paper2 (obj)= scorekan 25+/30
-paper 1 (part A)-isi tempat kosong macam apa yang diterang
-paper 1 (part B:essay)-perlu ada kriteria seperti berikut;
*gunakan semua point yang diberi (ya! semua point)
*perlu ada elaboration selepas point
*perlu ada analysis adan justification (AJ). persoalan? macam mana (AJ) dikira?
-AJ adalah elaboration yang menggunakan fakta science and technology, yaitu fakta tambahan selapas elaboration. maksudnya kita perlu tambah ilmu untuk kukuhkan pendapat kita.
-manakala elaboration adalah kita elaborate point tu macam biasa, tanpa ada fakta science and tech.
-jika banyak AJ kita di peringkat attempt (mencuba), kita dapat band D. (7-12 marks)
-jika banyak AJ kita satisfy dengan poin, kita dapat band C.
-jika banyak AJ kita meluas, menyeluruh dapat band A (25-30 marks)
-buat AJ di setiap perenggan selepas elaboration.

bahasa Inggeris
-paper 1= score 60+/85, paper 2 score= 60+/75
-paper 1 ada 2- yg pertama (directed writing), kena score.
*bila dia kasi point, gunakan point tu sebiji dengan apa yang diberi, lepas daripada tu baru boleh tukar-tukar ayat. sebab nanti content point tak dikira bila dah ditukar (pd mula perenggan)
*tujuan section ni untuk beri markah pada pelajar;
-sbb bila content points digunakan sebiji dengan apa yang diberi, dapat full marks bg contents
-sebab bila format cukup syarat, dapat full marks
-tak perlu buat panjang2, asalkan gunakan point yang diberi sebab nanti tolak markah grammar.
-1 m/s setangah dah memadai

bagi bahagian (continuous writing),
*baca elok2 arahan soalan supaya tidak terpesong (terus turun band)
*gunakan grammar yang betul
......

paper 2 (BI),= scorekan 60+/75. ada 4 section
-part A (obj)= scorekan kalau boleh full marks
-part B (transfering info.)= score juga sebiji apa yang diberi. jangan tinggal (s) dan sbg
-part C (isi tempat kosong and summary)
*part ni memang agak susah, tapi cuba buat dengan sebaiknya
-part D (literature and novel)
*kuasai part yang isi tempat kosong
*bahagian novel (essay: I choose..) jangan buat fakta sendiri, ada evidence yang banyak dan kukuh

sejarah
-baca buku, dalami, hayati, aplikasi
-latihan obj perkukuhkan
-bahagian essay (perlu ada fakta) tidak buat sejarah sendiri (reka fakta)

--------------------------------------------------------------------------------
konklusi:
-kita masih punya masa untuk membaiki kesilapan, moga kita lebih jelas dengan kesilapan supaya dapat diperbaiki untuk yang akan datang.
-biar kita jatuh sekarang, tapi tidak untuk yang akan datang
-gunakan waktu cuti untuk perbaiki semula
-sentiasa buat yang terbaik dengan penuh kesungguhan. InsyaAlah berjaya

(*maaf ada subjek yang tidak ditulis di sini kerana kami tidak sempat bertemu dengan guru2.)

bittaufiq wannajah untuk semua! wallahua'lam.

Friday, 14 November 2008

menilai diri..

Salamun'alaykum. alhamdulillah, kaifa hal? sihat.. (rohani?)

di sini ana ingin kongsikan satu ayat alquran, (pasti tersentuh: tentulah, Allah berkata pada kita.)

ayatnya, surah al-Anfal ayat 70 bermaksud;

....."Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hatimu, niscaya Dia akan memberikan yang LEBIH BAIK dari apa yang TELAH DIAMBIL darimu dan Dia akan MENGAMPUNI kamu, Allah Maha Pengampun Maha Penyayang."

Alhamdulillah..

secara ringkasnya dikatakan;

jika kita bersabar dalam menerima ujianNya dengan tenang lagi gembira, serta tabah dengan penuh keimanan, apa yang Allah hilangkan sekejap buat kita, Allah akan ganti yang lebih baik disertai usaha yang gigih.

*Tidak bermakna kita ("membuang masa") jika kita melakukan ibadah2 sunat (yg mendekatkan lagi kita pada Allah) itu, tidak memberi kejayaan kepada keputusan seperti kita idamkan.

*dan tidak bermakna jika kita tidak melakukan amalan sunat pun dah boleh capai kejayaan..

sebenarnya mukmin dan muttaqin yang berjaya mereka menguasai kedua-duanya. berusaha sedaya upaya yang mungkin (selagi terdaya), dan apabila selesai mereka berserah diri kepada Allah. cuba bayangkan maksud BERSERAH DIRI. memulangkan semuanya kepada Allah yang berhak menentukan yang terbaik buatnya. kemudian dihiasi dengan amalan-amalan sunat. ketika itulah rasa kemanisan bertawakkal. (wa jamilit tawakkul 'alaik)

seperti ada dalam satu hadith mengatakan;

............"Dan tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang Aku sukai seperti ia melaksanakan ibadah wajib yang Aku perintahkan. Dan hamba-Ku mendekatkan dirinya dengan ibadah-ibadah sunat sehingga Aku menyintainya.

Dan apabila Aku telah menyintainya,

maka Aku menjadi pendengarannya apabila ia mendengar,

menjadi penglihatannya, ketika ia melihat,

menjadi tangan yang ia gunakan untuk berjuang,

menjadi kakinya ketika ia melangkah.

Dan apabila ia meminta kepada-Ku, pasti Aku kabulkan.

Dan jika ia meminta perlindungan kepada-Ku, pasti Aku lindungi. (H.R Bukhari)

--------------------------------------------------------------------

dan ana faham, bukan mudah untuk kita menerima sesuatu ujian dengan hati yang lapang. tapi itu semua memerlukan masa. untuk meyakinkan diri kita yang masih goyah ini, perhatikanlah, dalamilah kisah para sahabiyah yang dapat mengharungi ujian yang lebih berat dari kita. Mereka kuatkan, kentalkan diri mereka dengan qiyamullail setiap hari sebagai cahaya kekuatan. mengingati Allah diwaktu pagi (tilawah, dhuha, zikir dan sbg). kemudian Allah menambahkan keimanan setelah mereka sabar serta digantikan dengan lebih baik teradap apa yang diambil kepada mereka (*sebagai ujian).

Ini tidak bermakna, kita hanya perlu terus bersabar setiap kali kita diuji. tetapi, perlu dilihat semula apa yang silap, kekurangan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Kerana itulah Allah banyak berikan cerita-ceita kaum terdahulu sebagai pelajaran bagi yang berfikir.

Ingat, kisah kaum 'Ad, kaum thamud, kaum nabi Nuh, kamu nabi Ibrahim, Nabi Lut, Nabi Musa..semuanya memeberi 'ibrah paa kita.

(*umat Islam perlu bangkit dari kesilapan!)

-dari segi pengurusan masa terutamanya (solat, masa belajar, main, baca, tidur, makan, mandi)

-wajibat-wajibat yang perlu dilaksanakan

Bagi mukmin/ah yang sedar, sudah banyak kali Allah ajarkan kita tentang masa. kan? Solat. siapa yang tiada halangan dan keuzuran, perlu SEGERA menunaikannya, ONTIME. bila ontime solat, semuanya Allah permudahkan. kerana bila urusan dengan Allah (solat) selesai, Allah bantu bukakan pintu-pintu kemudahan kepada kita.

(*oh, mudah rupanya~!)

tapi, ini semua perlukan jihad terhadap diri sendiri. macam mana tu? memang kita serba kekurangan malah sampai tahap miskin (peminta sedekah kepada Allah), tapi kita diseru supaya berdoa kepadaNya. Apa yang tidak cukup, insyaAllah dicukupkan. (tapi, perlu dipenuhi syarat2 berdoa). bukan meminta seperti orang tak berperasaan, malah kita digalakkan utk berusaha menangis. Hmm, seperti sahabat Rasulullah, Abu Bakar. sehingga ada di mukanya kesan menangis, kerana sering menangis ketika berdoa.

~doa sebagai SENJATA~

untuk melakukan perubahan, buatlah perancangan dengan sebaiknya. kerana hendak berjaya perlukan perancangan walaupun untuk mencuri. (*di sini bukan untuk mengajak sama2 mencuri). tapi, dengan perancangan itu menampakkan semangat ingin berusaha menjadi yang lebih baik.

-rancang jadual belajar (walaupun seringkali tak terbuat)

-rancang masa main (bagi lelaki, jangan meluangkan masa yang banyak untuk game, set masa)

-rancang masa (apa-apa yang terlibat dalam kehidupan)

=utamakan perkara yang perlu diutamakan. supaya tak menyesal di kemudian hari.

__bersama-sama melakukan perubahan__

wallahua'lam. (*maaf andai ada khilaf)

Wednesday, 12 November 2008

Come-come!

In the Name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful


Assalamu'alaykum,

there is an invitation for you all....




I hope you all can come and pray the best for them both..

(correct me if I am wrong)

Wassalam

Tuesday, 11 November 2008

kunci dan kejayaan

bismillahirrahmanirrahim...

Dalam kehidupan ada pasang-surutnya, ada masa kita dikurniakan
nikmat dan adakalanya kita ditimpa musibah atau ujian. Manusia yang hidup didunia ini tidak akan seorang pun akan lepas dari ujian. Kadangkala kita terlupa apakah tujuan sebenarnya ujian-ujian yang menimpa ke atas kita. Sesungguhnya Allah tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia. Dengan kata lain, ada hikmahnya.
Apa yang ingin disentuh ialah salah satu cara untuk mengawal diri dari terbabas ketika menerima ujian atau musibah. Terutamanya untuk pelajar-pelajar yang mendapati kesukaran dalam pelajaran. Seperti pepatah yang mengatakan 'Langkah yang seribu, tidak akan bermula melainkan dengan langkah pertama.

Dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, kita boleh lihat analogi kunci. Kita diibaratkan seperti seorang yang ingin membuka sebuah pintu. Kita diberi satu gugusan kunci yang banyak. Katakanlah satu gugusan kunci mengandungi 1000 kunci. Pintu yang dikunci boleh diibaratkan dengan masalah yang hadapi. Jadi untuk membuka pintu tersebut mahu tak mahu, kita perlu mencuba satu per satu kunci dalam gugusan tersebut.


















Masaalahnya disini sej
auh manakah kita mampu untuk membuka tersebut tersebut sedangkan kita mempunyai segugus kunci yang mempunyai 1000 kunci? Hanya dengan keyakinan? doa? tawakkal?. Bahkan kita perlukan usaha untuk membukanya.

Keyakinan bahawa pintu tersebut akan terbuka akhirnya jika kita cuba membuka satu per satu perlu ada. Disamping itu, keyakinan bahawa Allah hanya akan melihat kepada usaha lebih dari keputusan juga perlu ditanamkan dalam hati. Usaha yang berterusan juga perlu. Tidak mudah putus asa. Tidak futur dalam perjuangan.

Kembali kembali kepada analogi tadi. Kita akan merasai susah jika kita cuba membuka pintu tersebut dengan kunci yang pertama. Tetapi perlulah diingat, semakin lama kita mencuba, insyaALLAH, semakin tinggi kebarangkalian untuk pintu itu dibuka. Manakan sama kebarangkalian untuk pintu itu dibuka apabila kunci yang pertama dibuka (999/1000), berbanding dengan kunci yang terakhir dibuka (1/1000).

Maka, ingatlah, setiap ujian dan kesusahan, jika kita mencuba secara berterusan, insyaALLAH, perkara yang kita hadapi akan menjadi lebih mudah.

" sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan..."[al-insyirah:6]


rabbana yusahhil!
*semoga antum dapat natijah yang cemerlang! batchsebelas gegarkan pentas nusa mutiara thn depan!

MUnAjAt HAMbA



Munsyid : Haikal
Tajuk Lagu : Epilog Silam

Dalam mengenng kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapat ku gagahi
Dan ada yang gagal ku hindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari - Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna ku yakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

Saturday, 8 November 2008

AyUh...EvALUaSi dIrI kItA


bismillahirarahmanirrahim

FIRMAN ALLAH :
"dan pada diri kamu tidakkah kamu melihat"

salam ukhuwwah fillah untk semua sahabatku

smg ikatan ukhuwah antara kita trs segar dgn bau kuntumn mawar yg mekar mewangi

hari ni cuti,
hari ni peksa habis,
ada yg kata kita dh merdeka thn ni...btol ke?
adkh kita lupa sbnrnya kita baru hbs thn f4..
thn dpn adalh thn anjakan paradigma buat kita semua
kenapa pulak??
sbbnya kita ada peksa besar thn dpn
SPM!!!
tp fikirlah kita ni beriman kpd peksa ke Allah??
buat yg msh nyenyak dlm lamunan tidur
dan
masih dibuai mimpi indah...
ayuh!!!
bangkit segera dari lamunan tidur
bangkit segera menentang kejahilan
yg trlalu bnyk menyelubungi diri kita
tak percaya ke??
cuba tengok balik diri kita semua...
kekadang solat kita macam biskut chipsmore
kejap ada mcm tak de..
pergaulan kita dgn rakan kita sesama jantina...
adakh kita menggunakan perkataan yg baik dan menyenangkan rakan kita
kalau btol...
kmp msh wjd dkt sklh kita org yg cakap perkataan keji lg???
blom lg cerita pergaulan antara banin n banat..
ana rasa ntum sume tau mcm ne kan??
buat apa kita brhubung dgn seseorang 2 kalau stkt bncgkn perkara2 yg remeh temeh...
sdgkn bnyk lg sahabat yg lain yg blh kita ajk berbual
cuba tgk balik dlm HANDPHONE,YAHOO MESENGER,FRIENDSTER and others
ada x org yg x spttnya ada dlm sume benda 2
ingt firman Allah:
"JANGANLAH KAMU MENDEKATI PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA ZINA"
sbnrnya kita bnyk buat suatu perkara 2 mengikut hawa nafsu kita
tambahan lagi dgn godaan syaitan
cuba bayangkan mcm ne kita nk tegakkan Islam pd org lain
kalau Islam dlm diri sendiri pun x tertegak lagi??
tepuk dada tanya Iman kita semua..



ayuh sahabatku semua...
dihadapan kita sudah terbentang satu jalan yng lurus..
dimana sesuai untk selruh umat
bruntungnya jd umat Islam n umat nabi Muhammad
jalan yg sepatutnya kita x blh ragui lagi dgnnya
tp knp kita msh memilih gaya hdp BARAT
SBG IDENTITI KITA
alangkah teruknya kita ni...
sanggupkh kita digelar sng org yg kufur nikmat
buanglah segala kejahilan 2 semua...
mulakan hidup yg baru untk kamus hidup kita...
msh blom trlambat lagi
penuhkan masa cuti ni dgn sebaik yg mungkin
yg bisa dipergunakn untk mantapkan sglanya
tambahkn mana yg terkurang
perbaiki mana yag x elok
berhentilah dr mmbuat perkara2 yg sia-sia
sume 2 mmbuang duit,tenaga,masa dan bnyk lg tanpa kita sedari
tpkita sering leka dgn sume bnda 2
sbbkn syaitan kaburi mata kita
dgn menampakkan segala yg buruk itu indh
dan segala yg baik itu teruk
dr segenap segi



sekadarperingatan untk kita semua

.........al faqir ilallah..............

Wednesday, 5 November 2008

Sihat itu nikmat...

Daripada Ibn 'Abbas RA berkata,
telah bersabda Rasulullah SAW,
"Terdapat dua nikmat yang
kebanyakan manusia sering
lupakan iaitu
nikmat
sihat
dan
nikmat
masa lapang."

Daripada warga batchsebelas:
Semoga cepat sembuh kepada Abbas Jelani yang baru lepas operation Appendix semalam. SyafaakaLlah.

Sunday, 26 October 2008

FiKiRkAnLaH wAhAi OrAnG YaNg bErImAn


1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.

KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Lawatan Suma Gakuen: Pertukaran Budaya

Assalamu'alaykum wa rahmatullahi wa barakatuh!

Semalam menyaksikan satu detik bersejarah bagi sekolah kerana buat julung kalinya kita menerima kunjungan tetamu dari jauh nun di timur sana, sebuah negara yang pernah menjajah negara kita suatu masa dahulu. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada kita untuk menjadi tuan rumah kepada mereka.


Lawatan mereka ke sekolah adalah salah satu daripada program lawatan mereka ke negara-negara Asia, dan kita sebagai tuan rumah mereka di Malaysia mencerminkan sedikit sebanyak budaya Malaysia. Mahu atau tidak, sebenarnya kita memberi persepsi kepada mereka tentang peribadi rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Ana nak mengulas lawatan semalam berdasarkan pemerhatian ana sendiri. Pandangan ana adalah pandangan individu dan terpulanglah kepada kalian untuk menerima atau tidak.


Ketika bunyi kompang memecah hening pagi yang disirami titisan-titisan rahmat, ana bersama ustazah juli dan rakan2 seMDP yang tinggal 3 orang termasuk ana menjenguk ke luar tingkap Makmal Bio, port MDP kami sejak dahulu kala. Kelibat rakyat Jepun yang pertama berjalan pantas meredah hujan yang semakin lebat. Kami menanti dengan pelbagai persoalan di minda.

Pertukaran budaya yang pertama ana perhatikan ialah, payung. Kenapa? Melihat hari hujan, lantas pelajar-pelajar Jepun mengeluarkan payung. Nampak macam remeh, tapi perkara ini menunjukkan bahawa mereka sentiasa bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan. Kita? Jangankan pergi sekolah, pergi mukhayyam pun tak bawa baju hujan...
Kedua, perkara pertama yang kita tonjolkan kepada mereka: tidak bersedia menukar rancangan di saat akhir. Hujan semakin lebat. Kelihatan sesak pelajar-pelajar membahagikan rakan-rakan untuk pairing. Pelajar SMIH tumpang sekaki payung mereka yang sememangnya kecil. Berjalan beriringan dalam hujan, naik tangga yang takde bumbung. Tangga yang banat gelarkan sebagai SHOWER. Kenapa? Kat situ tertumpu air hujan! Menurut sahabat ana, ustazah kamaliah dah pesan suruh bawa diorang naik tangga banin, tak kena hujan. Tapi entahlah. Mungkin sebab planning awal macam tu, terpaksa ikut jelah.

Banyak benda yang sebenarnya kita kena fikir. Benda simple macam ni boleh bawa banyak tanggapan kepada mereka. Ada benda yang kita perlu ubah. Kita tak bolehlah semua nak ikut plan asal. Perlu fleksibel. Tambahan pula, mereka ni bukan biasa kena hujan. Malaysia je yang banyak hujan. Pastu lepas tu mereka nak kena duduk dalam dewan. Pernah fikir tak macam mana mereka rasa kena duduk dalam dewan dengan pakaian basah, di tempat mereka menjadi tetamu? Mungkin inilah hakikat budaya kita yang tertonjol tanpa sedar.

Next, segala ucapan, perasmian ana tak tahulah macam mana sebab ana takde dalam dewan. Nak masuk kelas, kelas jadi backstage untuk boria. Nak masuk dewan tak boleh. Dahla takde kelas. Ustazah nak mengajar pun susah. Dah tu melangut jelah. Nak study takde mood. Kelas dah kena hijack. Kesian pulak kat diri sendiri dan sekalian budak 4 Ittihad yang tak terlibat dengan Jepun.




Last-last, buat muka kesian dapatlah juga masuk dewan. Tengok koir. Hmm... Koir ni melambangkan kerjasama, kesungguhan dan kreativiti. Bukan senang nak suruh 80 orang budak menyanyi dengan melodi yang betul. Kan? Dengan synchronisatian suara tinggi dan rendah, fuh susah tu nak latih. Sedangkan nak buat choral speaking pon dah parah... Mungkin ni cabaran untuk Najahan ngan team CS kot, untuk bersaing dengan mereka.

Persembahan, persembahan, persembahan... Controversial. Mula-mula terkejut juga, tapi takpelah terima je. Persembahan mereka adalah gambaran kepada budaya mereka. Budaya tu bukan cara menari, tapi cara hidup. Inilah apa yang ingin mereka tunjukkan kepada kita. Inilah diri mereka. Sejujurnya ana mengagumi mereka. Variasi persembahan menunjukkan kelebihan dan bakat pelajar dalam pelbagai perkara yang berbeza.

Culture shock? Terkejut sebab ada tarian yang pelbagai dan cheerleading? Ini baru sedikit dari cabaran kat luar sana. Sejujurnya ana tak kisah (bukanlah merestui) kalau mereka nak buat persembahan apa pun, sebab:
1- Di sini akan terlihat budaya (cara hidup) mereka
2- Mereka bukan beragama Islam
3- Mereka masih ada ciri-ciri ketimuran

Lainlah kalau pakai tudung tapi baju ketat pegi gelek2 kat atas pentas dengan budak lelaki, tu memang nak kena. Tapi masalahnya, dah memang dia punya cara macam tu, kita nak buat macam mana. Tugas kita bukan menilai mereka, tapi menerima mereka supaya mereka dapat menerima kita. Kita takleh nak salahkan mereka. Apa yang mereka tahu tentang budaya (cara hidup) kita apabila anak melayu di sini pun lebih kurang macam tu bahkan lagi teruk? Bagi kita yang melihat, hati perlu kental. Tak boleh mudah tewas.



Bayangkanlah kalau setakat tengok cheerleading tu (yang sangat sopan nak dibandingkan dengan persembahan biasa) boleh tergugat iman, cuba bayangkan kalau berada dalam situasi yang kita dikelilingi oleh orang bukan mahram sentiasa. Dalam bi'ah yag tidak terjaga. Nah, buka mata dan minda. Ini baru permulaan. Terkejut dah?

Inilah hakikat. Kita bukan selamanya akan berada di Bumi Hidayah. Nak tak nak, kita akan keluar menghadapi dunia penuh maksiat dan cabaran. Bermacam ragam manusia menanti kita. Perkara macam ni baru sebahagian kecil, sangat-sangat kecil jika nak dibandingkan dengan apa yang ada kat luar sana.

Sebab dah biasa, kalau orang buat benda yang tak sesuai dengan cara kita, kita pandang serong. Macam mana tu... Kita susah nak terima orang. Semuanya kita rasa salah. Semuanya kita nak betulkan. Kita rasa kita je betul. Susahkan kalau pendakwah macam ni? Fikiran terlalu jumud.


Kata Dr. Stephen R. Covey, "Seek first to understand, then to be understood."

Cuba fahami orang lain sebelum kita nak diri kita difahami oleh orang. Macam mana kita nak buat orang faham dengan perjuangan kita? Pertama sekali, kita yang kena faham situasi dia. Jangan kita tak tahu apa-apa pasal dia, terus terjah je bantai kalau dia buat salah. Kadang-kadang perkara macam ni boleh bawak fitnah. Ana ingat lagi Ustazah Kamaliah pernah pesan, cara untuk menyampaikan sesuatu bukan dengan menyakiti hati mereka yang ditegur.

Kesimpulannya, pertukaran budaya mendedahkan realiti budaya yang kita tak sedari. Tugas kita setakat ini mendoakan. Kata orang, orang Jepun ni lebih Islam sifatnya daripada orang Islam sendiri. Selebihnya, fikirlah sendiri.

Terima kasih sebab sudi membaca coretan ana. Sekali lagi ana ingatkan, ini cuma pandangan ana dari perspektif ana sendiri. Pandangan perlu disuarakan, kebenaran perlu ditegakkan, realiti perlu disedari. Kita tak boleh mudah tewas! Ayuh, bangkit!

notes:
recommended article: Saifulislam.com: Seek First to Understand
credits to: Ishraf Hakim the photographer and Suma Gakuen's website.

Saturday, 25 October 2008

*Nasihat dari hamba yang hina..

Assalamualaikum.. ogenki desuka? Harapnya sentiasa berada dalam petunjuk-Nya. Sebenarnya ana nak tambah sedikit nasihat daripada ukhti kita ini.. harap kita dapat membuka hati dan menerima..ana agak berdukacita bila melihat kelakuan sebahagian daripada kita sewaktu lawatan Jepun semalam.... adakah sebab mereka tidak memakai pakaian yang tidak menutup aurat menyebabkan kita tidak menjaga mata sebab itulah budaya mereka.. adakah sebab pergaulan bebas mereka membolehkan kita juga bergaul bebas kerana itu juga budaya mereka.. tapi yang ana berdukacita ialah kita? macamana dengan budaya kita, Islam? Sepatutnya kita menunjukkan budaya Islam kita.. Islam mengajar kita untuk memelihara pergaulan lelaki dan perempuan. Saudara seperjuangan sekalian! Sesungguhnya dalam diri kita ini ada nafsu dan sentiasa digoda oleh syaitan. Kita ada dua pilihan samada ikuti syaitan atau ikuti jalan yang lurus (ISLAM).. ana tak nafikan, nak kawal hawa nafsu sangat susah sebab ana pun manusia biasa juga tapi kita perlu berusaha mengawalnya. Sekiranya kita yakini Al-Qur'an sebagai petunjuk, Ingatlah firman Allah yg bermaksud:

"Janganlah kamu mengikuti langkah2 syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata"

Firmannya lagi:
"Dan sesungguhnya inilah jalanku yang lurus, maka ikutilah!
Jadi, terpulanglah pada antum untuk memilih yang mana satu.. ana sebagai sahabat antum yang inginkan kebaikan dan ridho Allah hanya mampu mengingatkan kalian semua dan hanya mengharapkan agar antum memilih sirathol mustaqeem kerana bukankah kita sama-sama ingin melihat kembalinya Daulah Islamiah seperti pada Zaman Rasulullah dan para sahabat, zaman Khilafah Umayyah, Khilafah Abbassiyyah dan Khilafah Uthmaniah? Ana yakin antum mampu memilih yang terbaik dengan bekalan ilmu di dada...
"Tegakkanlah Daulah Islamiyah dalam diri kamu, nescaya ia akan tertegak di sekelilingmu"
"Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah(teguhkanlah) hati-hati kami di atas agamaMu(ISLAM) dan atas ketaatanMu dan ke atas jalan dakwahMu... Ameen.
* Mohon maaf jika ada tersilap kata sehingga menyebabkan ada yang tersinggung..