Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Friday, 30 April 2010

KeNaNGaN KiTa BeRSaMa.....






Bismilahirrahmanirrahim....

Alhamduilllah ikhwah wa akhawat b11...di kesempatan ini penulis ingin meluahkan rasa rindu dengan rakan-rakan seperjuangan b11 dengan sama-sama melihat klip video ini...rasa sedih...rasa hiba...rasa ingin kembali kepada zaman muda-muda dulu tpi apakan daya begitu pantas masa berlalu....

Kini kita semua sibuk mengejar cita-cita demi matlamat yang satu...moga ukhuwwah kita sentiasa mekar walau dimana kita dicampakkan...moga setiap ahli batch 11 menjadi individu yang mengimarahkan dan menjadikan Islam sebagai cara hidup disamping bersama-sama mengajak dan menyeru rakan-rakan kita di luar sana bersama-sama dalam golongan yang menegakkan kebenaran dan menghancurkan kebathilan yang sedang melata di bumi Allah....

Ingatlah moto batch kita bersama...

"BerGeRaK SEiRiNG MeNCaPai WaWaSaN"

Friday, 23 April 2010

TeNTaTiF

Bismillahirrahmanirrahim
Untuk menjadikan perjalanan program daurah hari sabtu ini berjalan dengan lancar...berikut disertakan tentatif program :

Masa 24 APRIL

500 pm
Ketibaan peserta Pendaftaran
630 pm
Makan malam
700 pm
Bersiap untuk solat
730 pm
Solat Maghrib,Ma’thurat,Taklimat program,Tazkirah 1
845 pm
Solat Isya’
900 pm
Forum :Cabaran di IPT: Tarbiyah “antara nak @ tidak”
1000 pm
Rehat,Minum malam
1015 pm
Slot
1130 pm
Tidur

Masa 25 APRIL
500 am
Qiam
600 am
Solat Subuh,Ma’thurat,Tazkirah 2
730 am
Riadah
800 am
Sarapan,Persiapan diri
900 am
Ceramah 1 : Aqidah Islam
1030 am
Rehat
1100 am
Ceramah 2 : Kebejatan Umat Hari Ini ( Akhlak dan Aqidah)
1230 pm
Penutup dan bersurai

Thursday, 22 April 2010

PERHATIAN!!!

SALAM.

ust Iswan suh kompem kan berapa orang yang akan datang daurah pada sabtu dan ahad nih...oleh yang demikian, diharap kepada sesiapa yang akan menghadiri majlis ini dapat memberitahu kepada saya sebelum jam 4 petang esok...hali ini demikian adalah untuk menyediakan makanan dengna secukupnya sekaligus mengelakkan kekurangan makanan atau pembaziran makanan kelak...harap maklum....

sekian terima kaseh...

pesanan dari ayahnde Iswan...

Tuesday, 20 April 2010

DeTiK TeRaKhiR Di SMiH.....






MaRi......MaRi.....JoIN........


PrOgRaM

DeTiK TeRaKHiR Di SMIH


TARIKH : 24 April – 25 April 2010.


HARI : Sabtu - Ahad (tidur sekolah)


MASA : 5.00 p.m - 12.30 p.m


YURAN : FREE @ MAJJANAN


TEMPAT : Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru



Dengan sukacitanya pada hari sabtu ini akan diadakan program terakhir untuk batch11....Diharapkan kita semua dapat hadiri program ini ramai-ramai + meriahkan lagi program terakhir untuk batch kita ini....Jangan lupa sebarkan dekat semua kaum kerabat batch 11 ye melalui facebook,sms,ym dan segala macam kemudahan yg sedia ada....

jOM jADI pENGiRiNG :0

BISMILLAH

iNsYAaLLaH!!!
ProgRam RoAD 2 JohoR akan berlangsung !?
Terbuka kepada semua Batch11 (yg belum smbg study di luar JOHOR!!!)
dan tengah 'free' tak buat apa2 kerja

JOM JADI PENGIRING :0
Peserta : Ikhwah wa Akhawat Dari Indonesia
(abg2 n akk2 pengiring R2J4)

Tempat : Di Sekitar Johor
Tarikh : 27-28 April 2010

BERMINAT??
segala pertanyaan/kemusykilan sila contact :-
PC SALLEH BIN KASSIM (PAK ANJANG) di 0197550980

OR
IZZAT B. ZAINAL ABIDIN





Saturday, 17 April 2010

Tarikh-tarikh penting UPu dan Maktab

UPU

7 April : Semak temuduga (bagi kursus yang memerlukan temuduga sahaja)
16-28 April : Temuduga
Awal Mei : Pengumuman keputusan permohonan
23 Mei : Pendaftaran Asasi
3&4 Julai : Pendaftaran Diploma


MAKTAB

20 April : Semak temuduga
25 April - 7 Mei : Temuduga
14 Jun : Keputusan permohonan
28 Jun : Pendaftaran

Tuesday, 13 April 2010

update! USRAH GABUNGAN

begin.with.HIS.name...

BISMILLAH

inshaAllah,
usrah gabungan terakhir batchsebelas sebelum mendaftar keIPT!!!!

TARIKH: 14 April 2010
MASA: 8.45pm~10.30pm
TEMPAT: Pejabat JIM
TAJUK: Kepentingan Tarbiyah dan Dakwah

Mari kita meriahkan!!!!

Sunday, 11 April 2010

BAHAGIAberjaya


"But when the prayer is ended, then disperse abroad in the land and seek of Allah's grace, and remember Allah much, that you may be successful" [Qur'an 62:10]
 
^____^

Friday, 9 April 2010

Taklimat Anugerah Cemerlang Ihtifal 2010

Masa: 9 pagi
Tarikh: Jumaat, 9 April aka ESOK
Tempat: Musolla Banin
Kehadiran: WAJIB
Sebarkan kepada kawan-kawan yang lain!

Ustazah Norimah pesan suruh datang!

Mesej Ustazah kepada ana:
Salam, can u please hebahkan ttg taklimat tu yg akan d adakan jumaat ni, 9 am d musolla. Ustzh kecewa gak bila terima desas desus ramai xmahu hadir. Majlis ihtifal ni mmg prog khas meraikan kejayaan antum. Guru2 btungkus lumus buat persiapan yg terbaik utk antum. Taklimat ni penting utk pastikan everything runs smoothly. Its like a wedding, kalau yg d raikan (pengantin in a wedding) tak bersedia dgn baik, majlis akan tercemar. So, lets not make it a failure n jgn kecewakan kami!
see all of u on friday @__@

Jangan kecewakan ustazah-ustazah yang telah berbakti kepada kita...

Wallahua'lam.

Thursday, 8 April 2010

sempoi--l'entrevue

bismillah.

memandangkan blog ni tengah hangat daripada biasa, mari sejuk2kan dgn membaca pengalaman interview.
sekadar berkongsi rasa dan nak ingatkan, apa jua interview: mesti RELAX jah! Dan relax itu mesti kena tanam paling lambat sehari sebelum interview.

8.00 pg UiTM Larkin

saya lambat sampai. patutnya elok sampai 30 minutes before the interview. tapi saya sampai ok2 je. no rushing.
jumpalah miss Razali & cik2 dari pelbagai tempat di JB. ex-ketua pelajar pun ada. Jadi 3 batchsebelasian sesi interview pagi utk 8/4/2010.

naik tingkat atas. tingkat tu ibubapa takboleh naik. sampai2, terus ada sorang cik ni tampal nama. saya panel 1 dengan dia. dan miss razali (SMIH) panel 4. bawak fail yang 'berat' naik lagi satu tingkat.

masuk bilik menunggu. cik tu bagi instruction mcm mana nak susun dokumen. tret tret tret, siap. tiba-tiba, ada seorang cik lain ni masuk: "MORNING!"

kami yang blur2 lepas susun dokumen jawab perlahan sangat: "morning". Lepas tu cik tu sebut lagi "MORNING!" lepas tu baru semangat. hehehh. Cik tu bagi tips, try to speak up when there's a chance. dan jangan sia2kan peluang nak cakap tu. Ok. Faham :)

8.30 pg (kuranglebih)

panggilan.

oleh kerana panel 1, maka memang awal. 6 orang untuk grup panel  1:

yasmin (convent) accountacy/chua (SSI) engine/ zubayr (SMIH) econs/ penulis (SMIH) social science --sociology/affan (taktahu) engine/syuhaidah (teknik JB) engine.
[5 malays, 1 chinese = 3 male, 3 female]

INTERVIEWER: 1 indian, 2 malays. hanya seorang wanita melayu.

bagi ucapan salam, selamat pagi, assalamualaikum. they all look so nice and kind.

mula2 diminta untuk taaruf dalam bahasa melayu. ok2. lepas tu ditanya what do you do while waiting for SPM results. Ada yg cakap kerja restoran, kerja cikgu, kerja kat kedai kurma, pergi program itu ini dan lain-lain.

kemudian barulah ditanya tentang course yang dipilih. alhamdulillah have done research about human sciences days before today. dan ada orang ajar sikit2. Allah permudahkan. ditanya tentang apa sumbanagn yang akan diberi. tapi, kami juga ditanya tentang course lain. contoh: orang econs ditanya tentang engine. Orang engine ditanya tentang accountancy.

dah habis part itu,ditimbulkan  isu pemberian biasiswa patut diberikan berdasarkan kewangan keluarga atau pencapaian akademik semata untuk disscussion. dalam bahasa melayu. semua beri pendapat bernas. dah pandai remaja sekarang ;)

isu lain: engineering, better study @ KOREA or UK. payah sikit tetapi tetap berusaha. semuanya berusaha.

ya, ada orang rajin angkat tangan dan bagi pendapat. saya tak rajin angkat tangan. tapi tetap cuba memberikan pendapat yang lebarjelas dan terbaik setiap kali diminta beri pendapat.

isu hangat: kahwin semasa belajar di luar negara. saya setuju. haha.

interviewer: kamu sebagai ahli sosiologi, apa pendapat kamu tentang kahwin semasa belajar di luar negara?
saya: (jawapan agak panjang. cuba berfalsafah ;D)
interviewer: adakah awak akan kahwin semasa belajar di luar negara?
saya: err.. kalau jodoh dah sampai! (aduh, apesal lah jawab ni, paling spontaneous)
semua orang: *ketawa*!

sudah tu, perdebatan lain ada lagi. kejap dalam english, kejap dalam bm. tapi sekejap je. kemudian habis. bismillahi tawakkalna. 10000 apply, hanya 1500 dipilih. Insya-Allah, Allah akan sentiasa beri yang terbaik untuk batchsebelas. menjadi BINTANG ummah!

(the key in interview: relax saja. dan cuba beri yang terbaik. kalau dah berusaha, kenapa perlu takut? Allah kan ada?)

itu jah. sama2 baca. sama2 doakan yang terbaik utk batchsebelas dan ummah. tak kira siapa pun kita. sampai mati, kita tetap 1 batch: batchsebelas. yg pergi A-level, maktab, IPTS, IPTA, politeknik, overseas... sampai bila pun kita satu hati. Sama2 doa dalam rabithah.

OK?

[aslimtaslam]

Wednesday, 7 April 2010

IHTIFAL.lafithi

PENGUMUMAN!

KEPADA PARA PENERIMA HADIAH,

1. ANTUM DIKEHENDAKI MENYATAKAN KEHADIRAN ANTUM KE MAJLIS IHTIFAL 2010 DENGAN USTAZAH FAZLIATON

2. HARAP JUGA AGAR ANTUM BOLEH HADIR KE SESI TAKLIMAT IHTIFAL
TARIKH: 9 APRIL 2010 (JUMAAT)
TEMPAT: SMIH

3. BAGI YANG TIDAK KEBERATAN, ANTUM BOLEH JUGA HADIR KE SESI RAPTAI IHTIFAL
TARIKH: 10 APRIL 2010 (SABTU)
TEMPAT: KOMPLEKS NUSA MUTIARA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI 
USTAZAH FAZLIATON: 019-7397720

Toksoh ggaduh

Assalamu'alaykum semua!

Rasanya dah lama tak post kat blog ni... Hoho.

Seperti yang kita semua boleh lihat di cbox dan di ruang komen, isu yang sedang hangat diperbincangkan ialah tentang pakaian ihtifal. Hmm... Pada pandangan ana, benda kecik macam ni takyahlah gaduh-gaduh. Kan korang semua dah besar...

Kan farhana dah kata, tak wajib pun nak sama warna. Sekadar guideline untuk memperlihatkan keseragaman dan kesatuan. Kalau antum rasa nak cari pakaian dengan warna tertentu ni menyusahkan diri sendiri, takpelah. Tak ikut pun takpe. Tak salah. Tapi tak perlu kot sampai nak berdebat. Relax. Cool. Asalkan ikut apa yang sekolah minta, (baju melayu/baju melayu, kemas, tudung labuh, dsb) semuanya OK. :)

Hmm... Jadi sekarang, tema kita PURPLE. Semua orang dialu-alukan untuk ikut. Tapi kalau tak boleh pun tak apa. Tak salah. Ok?

Monday, 5 April 2010

al-interview

assalamualaikum :D
ana baru balik dari interview jpa.. huhu, gelabah, org hari first kot...
ana disini nk share sikitla, pengalaman org hari first (hehe, ana tahu korg gelabah jgak)
ana batch pukul 8 pagi kt larkin, so sampai pkl 7.30... better awal la, sbb bile lambat, dhle terkejar2 pastu nnt sampai tgk ramai org dh ready, kte akan jd lebih gelabah... bilik menunggu die sgtlah sejuk ok, so dgn korg dlm keadaan terketar2 nervous, lglah nmpk mcm phone tgh vibrate...

kt larkin ade 4 panel interviewer (maksudnye akan ade 4 bilik interview). nnt bile naik tangga sampai kt satu papan kenyataan, akan ade list name atas 4 kertas. bile tgh carik name sendiri, tgk kte dpt interviewer panel berape & no. kte dlm list tu berape. ramai sgt td (tmasuk ana :D) yg tgk no panel je, bile sampai bilik menunggu dn akak jpa tuh tanye no. giliran brape, sume blur.. so dgn muke tebal terpakse turun balik tgk kt list no. giliran bape.. :) xpe, exercise...

so basically sume akan dibahagi 4. dalam satu panel, sume org akan dibahagi kpd groups of 5. so contohnya ana panel 4, dalam group panel 4 ni ade 15 org bdk. jd org yg giliran 1 sampai 5 akan jd group 1st utk masuk bilik interview dn seterusnya...

dress code sgt penting ye...
boys- TIES and formal shoes wajib okey...
girls- kasut tertutup, no sandal or selipar or kasut crocs yg mcm pompuan sket tuh
td ramai bdk yg x pakai tie, pakai kasut sekolah je n pakai kasut pompuan yg berlubang2 mcm sandal tuh... akak urusetia tuh suruh pinjam org lain punye kasut n tie... sape yg muke tebal n sudi pinjam tie atau kasut drpd org yg kte x pernah jmp atau kenal, silalah langgar dress code.
oh ye, JEANS x dibenarkn..
note: die xkn kasi masuk bilik interview selagi dress code x betul

kalau kene nasib kte dpt no. giliran last2, silelah bersabar menunggu... while waiting sile berkenalan dengan orang sekeliling anda... ini boleh menghilangkn boring, stress, nervous dn jge dpt merapatkn ukhuwwah :) lg best kalau dpt berknln dgn org yg akan masuk bilik interview sekali dgn kite, xdela rase mcm xberteman dlm bilik interview

nnt sblm masuk bilik interview, ade akak jpa akan mintak kte pnye fail. sile kumpulkan sume salinan dokumen dlm satu clearholder,(photostet ic, surat beranak, borg pengesahan pndptn) sbb die akan amik buat simpanan die.. nnt bile masuk bilik interview lenggang jela sbb fail akan dibawa ke mane ntah utk dilihat2 oleh sape ntah.. [ana x tahu ape jd ngn fail]

IN THE INTERVIEW ROOM [haha, part paling best]

sile bace doa, betulkan niat dan senyum :) bile masuk bilik interview...
akan ade 3 orang panel interview... ana dpt tige2 laki... bile masuk ckplah good morning ke ape (bear in mind akn ade tukang interview bukn islam, so good morning cukup lah)

first question: tell me about yourself

(kalau soalan dalam english, maka jawablah secara english)

interviewer ana tanye jgak, ape yg kami buat lepas spm... pandai2lah reka jwpn yg canggih sket, jgnla kantoikn korg lps spm dok membuta jek, kene plak candidate lain bt aktiviti berfaedah mcm kumpulan ana, sorg pergi plkn, 2 org tgh buat a-level (ke foundation ntah) kt renaissance college n sunway college, sorg lagi kerja.

lps tu ditanye ape course yg kami nk amik n kenape? sile buat reason yg kukuh2 (bukan sekadar sbb saya minat) sbb interviewer akan byk tanye2 jgak

kalau yg mintak oversea,
interviewer ana ske sgt tanye byk2 psl kenapa nk study oversea? ape yg kerajaan boleh benefit kalau kite study oversea?
sile prepare jwpn yg sgt bernas

discussion:
-psl h1n1 [huu alhamdulillah bace surat khabar semalam]
-sbb ana mintak course medicine, die tanye ape yg boleh di-improve dlm system healthcare and medical kt msia...
sile jgn hesitate utk volunteer jwb, nnt kalau org last2 biasenye dh xde modal nk bg idea...

ana x sure bdk kumpulan lain ape soalan yg derg dpt, so jgn assume sume orang akn ditanye bnd yg same...

mase interview ni x pyhla tegang sgt, tukang interview die eventhough sume pakai blazer n muke mcm ceo company besar2 dlm tv, derg sgt relax n baik... bdk kumpulan ana, sume duduk straight je x sandar kt kerusi pon, ana pn jd segan nk sandar.. last2 keluar bilik interview sakit belakang... yeah best..
sile peka dgn soalan panel, kalau ditanye dlm english jwb english. kalau ditanye dlm bm, jwb bm. x pyh gabra sgt psl speaking2 ni, bdk cine kump ana xle ckp bm sgt, tp die selamba je campur english malay... tukang interview still dengar ape yg die ckp, (xtahula markah die kene tolak ke ape) tp nmpk mcm panel interview suke kt bdk tu sbb die konfiden.. so yg penting relax, senyum, tp still smgt bile jawab!

bile dh habis, ckp tq kt die, kalau bole salam, salamlah... pastu keluarlah!

yeh dh habis pn interview... :)

tp still kene tunggu akak jpa tu pulangkn fail sijil la, baru korg bole balik...

alhamdulillah :D saye dh habis interview

buat yg akan attend interview, all the best!
buat yg x dpt interview, jgn sedih. insya-Allah ade rezeki yg lebih best kt tempat lain.
sorilah ye, terpanjang plak post, orang fes time interviewlah katekan.. ;)

Friday, 2 April 2010

Ihtifal.

Just nak tanya, antum semua nak tak ada colour code waktu ihtifal nanti?

Kalau nak, what colour?

Macam tahun lepas, X-Gen buat merah.

Kepada sesiapa yang cakap kita nak mengikut-ngikut or tak ada pendirian.. Kalau ikut benda yang baik apa salahnya. anyways.. Nampak best semua pakai warna sama. Tangkap gambar nanti nampak smart, IMO la.

So, please. Some feedback?

*memandangkan saya bangkang cakap yang it's kinda hard untuk banin ada baju melayu yang sama warna, jadi pada banin, kalau tak nak tak mengapa.

*banat kalau nak buat we're down to blue,green or macam reunion hari tu.. Purple? Ramai yang nak purple~

*since terpinga in the shoutbox is making a big fuss and saying we're FORCING people and not being open minded, we are not forcing people. Just to make it clear, this is an opinion. If you want to wear purple, wear it. If you dont want to wear purple just for the sake of kami mengganggu keriangan, kebanggaan, keselesaan hari bahagia cik/encik... don't wear purple. Wear what you want to wear.

Thank you.

Thursday, 1 April 2010

BRIEFING JPA,MARA and any other scholarships. :D

Kepada semua yang telah berjaya mendapat interview scholarship (sorry bukan jpa je! sorry3x) pada minggu hadapan (or mana2 dalam masa terdekat), esok pada hari jumaat ada briefing tentang apa yang perlu dilakukan sewaktu kita ditemuduga. Semua yang bakal diinterview sila hadir pada esok hari.


Tempat: Pejabat IMAN ELC
Masa: 9.00 malam.
Siapa yang perlu hadir: Mereka yang medapat tawaran temuduga biasiswa.

Antum semua digalakkan untuk menghadirkan diri untuk mendapat pengetahuan yang secukupnya tentang sesi interview. Mak cik Nailah minta semua untuk datang awal sebab pak cik yang bagi talk tu sangat punctual. Mak cik akan buka pejabat pada pukul 8.30 malam.

P.S kepada budak2 r2j4 yang nak sijil untuk masuk portfolio, (yang merupakan bonus besar kalau bawa pergi interview) sila datang esok!~

Segala kerjasama amat dihargai.

Majulah sukan untuk negara~

S.I.J.I.L

Kepada semua warga batchsebelas, kalau korang belum claim sijil berhenti sekolah serta testimonial, sila lah ke pejabat untuk claim.

Nama-nama yang berikut, ada sijil2 (e.g sukan, sarjan, staf sarjan) yang belum korang claim. Datang pejabat dan ambil sijil-sijil korang.

BANIN

  • Adam Mahmood
  • Irfan Masiri
  • Mohd Isa Samli
  • Ahmad Muqsit
  • Abdul Hakim Julizar
  • Muhammad Syarif b. Mohd Zainal
  • Effy Fitri
  • Muhd Basyir
  • Abdullah Mubarak
  • Ahmad Danial Maula
  • Muhd Eirfan Safwan
  • Muhammad Amin b. Ahmad Kilani
  • Zaid Zahhar Aiman
  • Azzam Tarmimi
  • Ahmad Syafiq Yusuf
  • Abdullah Haneef Taha
  • Naqib Mohd Noh
  • Ammar Roslan
  • Sulaim Milhan
  • Wazien Hishamuddin
BANAT
  • Shafeeqah
  • Nur Aisyah Ishak
  • Mas Amalina
  • Nur Aqilah bt. Mazlan
  • Nurul 'Ain bt Azman
  • Hani Aqilah
  • Amanina bt Jaffar
  • Nur Sakinah bt. Razali
  • Siti Fatimah
  • Nurul Aqilah Omar
  • Nurul Hafizah bt Faizul Aris
  • Nur Amarlina Zahari
  • Nurfitri Najiha
  • Sarah Naqiyyah Hasni
  • Farah Farhanah
  • Nurul Afiqah Zabri
  • Shifaa' Mohd Zin
  • Huda Arshad
  • Nurul Izzah Mohd Fazi (jumpe ustazah yang berkenaan untuk betulkan sijil ya!)
Harap semua beri kerjasama!

P/S: Kalau ada salah eja nama, minta maaf!

Monday, 29 March 2010

interbiu

bismillahirrahmanirrahim.

since everyone is applying here and there for scholarships, here are some tips for the interview that you will be facing with:


Preparing for the Interview

1. Know the exact place and time of the interview, the names of the interviewers, eg. full name and correct pronunciation and their titles.


2. Learn pertinent facts about the scholarship....

3. Find out why the interviewer is interested in your qualifications and academic record.

4. Determine how the opportunity will impact your immediate and long-term career development.

5. An interview is a “two-way street.” Know what questions to ask during the interview. Your questions allow the representative to evaluate your professional and personal needs. Insightful questions help both of you determine if your relationship will be mutually rewarding.
 

so, good luck everyone & bittaufiq wannajah!

Friday, 26 March 2010

rEhLAh Oi.

rehlah oh rehlah.
Haneef Abdullah March 26 at 9:02am
tempat: kukup golf resort..
mase berkumpul: 8.30 pagi
tempat berkumpul : SMIH
Yuran : ikhwah : RM 50
akhawat : RM 45
tarikh : 27 & 28 mac


note penting :

1. ikhwah yg ade kete..bwk kete..kita support duit minyak..boleh tanya haneef
2. bawa yuran semasa berkumpul..
3. digalakkan bawa duit lebih
4. kalu nak bawa laptop bley..tapi tanggung sendiri keselamatanya..sebab ada WIFI dsana.

jumpa disana.

Sunday, 21 March 2010

kepada rakyat jelata

Maka tersebutlah suatu pengumuman penting ke-pada seluruh rakyat jelata. Arakian akan diadakanlah julung-julung kalinya per-jumpaan se-mula buat semua le-laki. Pelbagailah isicara yang akan diadakannya. Sa-mua dijemput hadirlah ke majlis ini tanpa sa-barang paksaan mahupun tepian. Tetapi tidaklah termasuk guru mahupun ibubapa.

Tarikh : 23 Mac 2010
Masa : 8 pagi sehingga habis
Tempat : La Stella Water Theme Park, Starhill
Bayaran : Sa-puluh Ringgit Lima Puluh Sen Sahaja
Aturcara : Sesi penggambaran, permainan air dan darat yang amat meng-asyikkan, tazkirah dan muhasabah

Tidak disediakanlah akannya makanan maka ber-buatlah mem-bawa ber-sama akan dirinya sa-berapa makanan untuk dikongsijamah ber-sama rakan-rakan. Adalah lebih baik jika membawa sa-berapa wang untuk di-belanjakan pada rakan-rakannya juga.

Juga tidaklah disediakannya bersama ia seluar pendek, krim peng-halang sinar Ultra Violet, awak-awak, boya ka-cemesan, mahupun ikan duyung. Lanun Terlampau mungkinlah ia ada.

Ke-pada mereka yang kemungkinan tidaklah akan dapat hadir ke majlis ini, maka wajib fardu ke-atas dirinya agar memberitahulah ke-pada nakhoda kapal.

Barang sa-siapa yang ada bersama ianya sebarang kemusykilan, maka soalanlah akannya kepada nakhoda kapal sau-dara Ishraf Hakim walau ianya bukanlah dara yang sebenar-benarnya.

PeRSaHaBaTaN SeJaTi...

Teman
kehadiranmu cukup bermakna
kehadiranmu tepat pada masanya
kehadiranmu memberkas jiwaku

Kau titipkan cahaya
tika ku dalam kegelapan
Kau sinarkan harapan
tika ku hampir putus asa

Tika ini
baru ku sedar
akan nikmatnya bersahabat
kau anugerahkan paling Agung
dari Tuhan untukku
Kau hanya satu dalam seribu
di manakah kan ku cari teman setia sepertimu

Teman
ku masih ingat saat penting itu
tika diriku hampir tenggelam dalam lembah kehinaan
tika ku lihat tiada harapan untukku bertaubat
tika ku lihat hidayah Tuhan tertutup rapat untukku

Kaulah insan pertama
menghulurkan tangan
memanggilku untuk kembali pada Tuhan
Namun ku tetap berkeras
jemu dan putus asa tiada dalam kamus hidupmu
Kau tetap berusaha untuk itu
tidak ubah seperti badai menarik pepasir di lautan

Ku bersyukur ya Tuhan
kerana mengurniakan teman sepertimu
andai kau saat tiada itu
andai kau tidak bersungguh waktu itu
ku tidak dapat bayangkan
apa yang terjadi pada diriku

Pasti saat ini sudah tenggelam
dalam lembah kemaksiatan
dalam lembah kehinaan
Pastiku sudah hanyut
dengan dunia yang fana
Pastiku sudah alpa
dengan permainan dunia

Teman
kaulah sahabat sejatiku
baru saat ini ku memahami
erti persahabatan
erti persaudaraan
mungkin inilah yang dikatakan
mungkin inilah yang ditafsirkan
...UKHUWWAH FILLAH...

AL FAQIR ILA RABBI
16/2/10
9.00 A.M

puisi ini khas ku titipkan buat sahabat seerjuangan sekalian...moga kita dipertemukan dan disatukan di JANNAH kelak...hmm..sekarang ni semua dah sibuk untuk menentukan haluan masing-masingkan