Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah bersyukur kpd Allah masih sudi memberi nikmat kepada kita semua antaranya nikmat ukhuwah antara kita...sedar tak sedar begitu cepat masa berlalu terasa semalam baru kita bersua duduk dipertemukn dan mula berkenalan dgn ahli-ahli batch 11
Namun takdir Allah itu paling berkuasa, sahabat kita SYARIFUDDIN akan melanjutkan pelajarannya di YAMAN demi meneruskan perjuangan menggapai cita-cita masing..Takdir Allah itu maha berkuasa menyatukan dan memisahkn kita...Semoga pemergianmu bermanfaat buat diri dan ummah...semoga terus sukses ye Syeikh Syarifuddin..
TARIKH : 2/10/2010
MASA : 7 malam
HARI : Sabtu
TEMPAT : Kolej di Yaman (6 tahun)
BIDANG : Syariah dan Kewangan Islam
DARI : KLIA
p/s:tuan punya diri tak beri kebenaran letak gambar..hee
Dimulakan dengan
Wednesday, 29 September 2010
PeMeRGiAN.....
Monday, 20 September 2010
RaYa - RaYa G11...
Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga, meskipun kini kita terpisah demi kasih-Nya. Namun cebisan kenangan kita sentiasa bermain di bayangan mata. Detik waktu yang berlalu menjadi memori kita bersama
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Setinggi2 lafaz kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Maha Kuasa kerana dengan izin-Nya, konvoi raya yang dirancang last2 minute akhirnya berjaya juga dengan melibatkan hampir 12 buah rumah bermula jam 9.00pg-7.00 mlm dgn melibatkan hampir 18 orang. Tidak dapat diungkapkan dengan kata2, penghargaan jazakumullah kepada semua sahabat yang terlibat sama ada secara langsung atau tak. Hanya Allah yang mampu membalas jasa2 kalian. sangat rindu!! sangat best!!!sangat kenyang!!
Jutaan terima kasih kepada:
Para P.I.C(effy n hisham)
Para driver dan tuan kereta
Para tuan kamera
Para tuan rumah
Para penumpang




Friday, 13 August 2010
Wednesday, 4 August 2010
RAMADHANbakalTIBA
Tuesday, 6 July 2010
KeKaSiH SeJaTi...

Bismillahirrahmanirrahim
Ku biarkan kalam berbicara..
Ku biarkan pena merungkai kata-kata..
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah membuka pintu hati yang buta..
Alhamdulillah kerana Allah memberi kita banyak nikmat sehingga kita terlupa untuk menunjukkan bakti kita kepada Allah...Antara nikmat yang paling besar kepada kita ialah nikmat 'cinta' ataupun rasa kasih dan sayang antara satu sama lain..
Post kali ini mungkin ingin menyentuh tentang bagaimana rasa cinta itu bisa menjadikan seseorang itu lebih mengenali si dia ataupun si DIA..kekadang bila seseorang itu telah menemui cinta sejati dia bisa menghabiskan waktu,tenaga dan segalanya kerna kekasih yang bertakhta di hati..memang tak dinafikan perasaan cinta itu adalah fitrah manusia yang lemah ini dan kita tiada kuasa untuk melawannya tapi kita ada kemampuan untuk mengarahkan cinta itu ke arah baik ataupun buruk..
Cinta itu bisa jadikan diri kita mabuk dengannya,asyik teringat tentangnya,menyebut-nyebut namanya sehingga menjadikan kekasih itu sungguh istimewa di hati dan tiada kelemahan mahupun cacat cela pada kekasih pujaan hati...
Alangkah indahnya jika kita beroleh rasa cinta seperti yang dirasai dan dialami oleh Rabiatul Adawiyah sehingga lupa akan segala perkara selain DIA lantaran rasa rindu yang membuak-buak untuk bertemu dengan Sang Kekasih...pasti dia ketepikan segala perkara yang bisa menghalang untuk dia bersegera berjumpa dengan Kekasih Sejati
Sajak Aminah Qutb Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi
sekiranya kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yg kita cintai
Tetapi
sekiranya kita cinta kepada Allah kita akan turut mencintai
orang yg melabuhkan cintanya kpd Allah juga
Ya Allah
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah keranaMu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah keranaMU
Sesungguhnya tak ada bukit yg cukup tinggi,tak ada lautan yg cukup dalam,tak ada luka yg cukup pedih bila cinta kekasih telah memenuhi seluruh relung hati
Membuatku begadang
Dan cinta menghadang sakit dengan segala senang
Moga diri kita diberi kekuatan untuk beroleh cinta yang hakiki...
Wednesday, 30 June 2010
fragmenFRAGMEN
Bismillahirrahmanirrahim.
"Dua?"
"Ya, dua. Kenapa? Salah ke abang beli dua?"
Aku diam. Bukan ke tadi abang kata...
"Tak mengapa. Mahal sikit je. Sekali-sekala, tambah kasih sayang. Alang-alang abang beli untuk diri abang sendiri, apa salahnya bagi kat 'Ubaidah sekali kan?"
Abang Mus'ab hulurkan 'kasih sayang'nya. Dua MP3, satu warna hijau, yang lainnya berwarna maroon.
"Haa, pilihlah."
Aku masih kaku. Abang ni biar betul nak bagi! Tanganku tergerak untuk mengambil yang berwarna hijau.
" 'Ubaidah, pernah dengar tak hadis Rasulullah tentang hadiah?"
Belum sempat aku nak berterimakasih, abang lebih dahulu menembakku dengan soalan sebegitu. Aku lantas menggeleng.
"Ada ke hadis tentang hadiah, abang Mus'ab?"
"Tahaddu tahabbu. Salinglah kalian memberi hadiah agar kalian saling mencintai"
Abang senyum. Aku bahagia.
Ikut abang pergi PC Fair, bukan setakat dapat hadiah 'kasih sayang'nya, tetapi juga dapat 'ibrah dan tambah cinta! Terima kasih ya Allah.
[ini hanya secebis fragmen. bukan cerpen. moga ada 'ibroh. insya-Allah - penulis R.I]
sumber: http://fragmen-kita.blogspot.com
CaHaYa iTu KeMBaLi....

Bismillahirrahmanirrahim
Ku biarkan kalam berbicara
KU biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menerangi hati yang buta
Alhamdulillah bersyukur kerana kita masih lagi diberi kekuatan untuk menikmati hidup ini kerana tak semua manusia yang hidup di dunia ini dapat merasai nikmat sebenar sebuah kehidupan
Firman Allah :
"Ke mana mereka ingin pergi" (at-Takwir:26)
Ayatnya pendek tapi mempunyai seribu satu makna yang tersirat..ayat ini menceritakan dua perihal kepada manusia iaitu perihal ornag yg beriman dan juga kufur..Orang yg beriman semestinya jelas dan yakin bahawa kehidupan yang dilalui adalah menuju kepada akhirat..
Dapatlah kita bayangkan wahai saudaraku bahawa sesungguhnya orang yang sedar hakikat hidupnya untuk akhirat pasti akan menjadikan seluruh hidupnya sebagai ibadah...tidak ada sama sekali pemisahan antara dunia dan akhirat kerana ia tidak mahu walau sekecil zarah amalannya tidak dikira sbg ibadah yg dapat memberatkan timbangan mizan di hari perhitungan nanti...so jadikanlah diri kita terus bekerja dan berkhidmat untuk Islam
Post kali ini ingin berkongsi serba sedikit tentang kehidupan yan berlaku di zaman jahiliah dimana wanita ibarat hidup bagaikan tiada maruah..dan keadaan ini jelas kita lihat kembali berulang dalam dunia sekarang...sebagai contoh ketika zaman jahiliah :
1)Lelaki ibarat raja dimana si suami menyuruh isterinya bersetubuh dengan lelaki lain dan bila didapati mengandung si suami akan meniduri isteri tersebut..hal ini dilakukan supaya akan lahir anak yang mempunyai baka yg baik
2)Seorang perempuan akan meniduri seramai 10 orang lelaki dan apabila lahir anak itu akan dipanggil kesemua lelaki yg pernah menidurinya dan si perempuan itu akan memilih di kalangan mereka utk menjadi pak sanggup
3)ada perempuan yg berzina dgn ramai lelaki dan tidak akan dapat menolak permintaan lelaki2 tersebut dan bila melahirkan anak kesemua lelaki tersebut akan berjumpa dgn tukang tilik utk melihat siapakah yg menjadi pak sanggupnya..
4)dan ada juga yang mengamalkan poligami tanpa batasan dan tidak merasa aib bg mereka yg melakukan zina ini di kalangan orang kafir
p/s: sumber rujukan kitab rakhitul makhtum(maaf klu salah eja)
Nah lihat saudaraku bagaimana Islam datang dengan nilai-nilai yg suci dan murni bagi memperbaharui dan menggantikan segala nilai-nilai jahiliah dengan nilai-nilai yang suci iaitu dengan nilai-nilai islam..
tapi kebanyak manusia tidak dapat melihat hakikat ini bahkan mereka mengatakan Islam ini kolot dan mengongkong kehidupan kita
Disinilah kita lihat musuh-musuh Islam begitu berjaya memisahkan diri orang islam dari sumber dan pegangan yg utama iaitu al-Quran dan as-Sunnah dimana satu-persatu nilai Islam tercabut dari jati diri individu Islam itu sendiri
Seharusnya wahai saudaraku kita tidak mengambil enteng terhadap hal ini kerana seharusnya seorang penganut agama itu mempunyai keyakinan yg teguh terhadap agama yang dianuti dan sebagai individu muslim kita tidak lari dari berpegang teguh dari dua perkara ini iaitu al-Quran dan as-Sunnah
Oleh itu kita tanya balik pada diri kita sejauh mana al-Quran itu benar-benar memberi kesan dalam diri kita kerana seharusnya al-Quran itu membentuk diri kita dan membentuk suatu komunikasi apabila kita membacanya dan tadabbur..
Sesungguhnya Al-Quran itu merupakan perantara yang paling berkesan dalam komunikasi kita kepada Allah kerana ia sepatutnya ia menjadi benda yang hidup dalam diri kita dan terasa mengalir kebenaran rasa 'zauk' itu dalam setiap naluri kita
Apabila ini semua terjadi maka kan terbinalah seorang individu yang memahami Islam secara menyeluruh dan individu yg tidak memisahkan antara hal dunia dan hal akhirat..maka disitu tidak wujudlah islam liberal,islam sekular dan seumpama dengannya keran mereka-mereka ini aqidah Islam telah sebati dalam diri dan mereka memahami hakikat kalimah tauhid yang mereka ucapkan setiap hari
Tidak dapat tidak kita kena bermula dari angka kosong iaitu mula dari bawah kerana fitrah manusia itu suci dan tertarik kepada kebaikan..atas dasar inilah wujudnya sistem tarbiah yang tunjangnya adalah usrah..
Wallahua'lam
Moga post kali ini menjadikan diri kita sentiasa berfikir dan menterjemahkannya dalam bentuk amal dan gerak kerja bagi mengembalikan semula nila-nilai Islam yang telah terhakis dalam diri masyarakat Islam kita hari ini...
P/S: bagi ikhwah yg belum ada usrah lagi setakat ini bolehlah contact ana,akh imran atau akh ahmad..janganlah kita tinggalkan usrah yg telah kita lalui bertahun-tahun di smih begitu sahaja wahai sahabatku...
Saturday, 26 June 2010
SEDIKITsedikit
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Cuti midsem. Balik JB. Sampai 4 Julai. Julai tiada cuti. Julai banyak erti.
Sedikit perkongsian. Untuk akhawat ikhwah rahimakumullah.
Alhamdulillah, dari bulan 4 di DQ.
Solo daripada batchsebelas.
Kecewa sikit tiada akhawat bersama. Alhamdulillah, ada akhawat al-Amin Gombak seorang.
Kecewa sikit tiada ikhwah B11 yang ikut jejak G10 andi anas.
Tak mengapa, Allah tentukan jalan yang berbeza dan yang terbaik kan?
- Dah hafal sampai mana? Oh, itu rahsia.
Mulanya berkira-kira untuk ambil syukbah qiraat, tapi istikharah daripada-Nya punyai petunjuk lain.
Di sini ada 5 syukbah: qiraat, hadis, dakwah, syariah & muamalat. Mualamat adalah syukbah terbaharu.
Bi'ah solehah. Ikhtilat dijaga. Nak panggil banin kat sini kena cakap 'ustaz', banin kena panggil banat 'ustazah'. Macam rasa tak layak kot, tapi demi menjaga hati. Berurusan hanya bila benar-benar perlu. Di sini biasanya tak berjumpa, tapi sms. Ya, lain daripada Hidayah. Nasib saya baik sebab walaupun pegang salah satu jawatan MT biro didik semester, tapi tak perlu berhubungan dengan ketua saya. Hamdalah. Allah, jagakan hati saya. Amiin.
Di sini ada seorang pegawai HEP yang sangat disenangi tiap kali beliau menegur kami para banat. Bila ada masalah suara ter'kuat', jadi ter-galak (ehm, lebih kirang macam excited atau gedik. err.) kami ditegur. Kami terima. Alhamdulillah. Kami selalu ingat-mengingatkan antara satu sama lain. Berpesan untuk kebenaran, kesabaran dan kasih sayang. (Haa, cuba cari dalam juz 'amma, mana dia berpesan dengan kasih sayang? ;D Bukan surah al-'Asr.)
Di sini, hanya banin dibenarkan berkenderaan, tapi hanya dibenarkan bawa basikal saja :) Asrama dan bilik kuliah boleh dikatakan dekat. Walaupun sebenarnya semput2 juga nak berkejar ke sana. Takpe fasobrun jameel macam dalam surah Yusuf.
---Sesungguhnya kami telah menjadikan manusia dalam (keadaan menghadapi) kepayahan - QS [90: 4]---
Masjid di DQ pula sangat makmur terutamanya waktu Maghrib dan Isya' Ya, saya suka masjid DQ. Maghrib pasti penuh di tepi2 masjid dengan burung-burung yang ceria berkicau, pulang tatkala senja.
Tenang ;)
Kenapa dibuat begitu sekali caranya? Pertama, memang utk rapatkan ukhuwwah. Kedua, supaya mereka yang selama ni tak pernah ikut usrah rasa tertarik dengan usrah. Unik kan?
Silibus usrah, Maza Ya'ni dan juga Sirah Nabawiyyah :)
Kelas saya semua ahlinya banat. Tapi bila subjek Qawaid Fiqhiyyah kena gabung dengan kelas Qunbul, muamalat banin.
.Saya rindu madrasah Hidayah. sangat.
.Saya rindu memoribilia dengan Batchsebelas. amat.
.Saya rindu untuk bersama yang memahami. Sefikrah, Sehati. paling.
.Saya tidak meyesal memilih untuk tetap di DQ walaupun ada panggilan tawaran negara matahari terbit dan taman ilmu dan budi, malaysia.
(dan saya rindu nak cakap ana anti. kat sini selalu guna saya, kite, kamu, mu, kome, deme, eden. banyak terguna dialek perak. sebab ramai kawan perak)
Saya tak mudah homesick tapi saya mudah teringat zaman sekolah.
Saya rasa DQ masih zon selesa. Saya belum ketemu masyarakat dengan wajah sebenar. Ya, masih di fasa mempersiapkan diri. Saya tahu, ada yang telah dahulu memulakan langkah bersemuka dengan masyarakat. Ya, Allah tahu kemampuan kita dan tak akan berati kita melainkan dengan yang termampu. [QS 2: 286]
Doakan saya kuatabah di sini. Seorang solo akhawat batchsebelas Hidayah.
Moga kita semua mampu menjadi penyebar Islam yang tegar lagi tabah di atas muka bumi Allah ini. Fantashiru fi-l ardh! [QS 62:10]
Friday, 18 June 2010
gaya hidup islam VS gaya hidup sihat / gaya hidup islam = gaya hidup sihat
begin with HIS name
ini bukan jual ubat,
Adakah anda tergolong dalam kumpulan ini...
|
Wednesday, 9 June 2010
IniLaH DiA....
Dalam kehidupan yang merungsingkan
Dalam kehidupan yang penuh tohmahan
Dalam kehidupan yang penuh dengan ujian
Tidak lekang manusia itu berbicara
Mulut mereka berbicara manis
penuh dengan janji yang tidak pasti kebenarannya
fitnah melata
Hidup ini terasa gelap sebentar
terasa dunia ini kepunyaanku
Aku lah Tuhan aku lah Raja di dunia ini
Namun
hari demi hari berlalu begitu sahaja
seakan-akan tiada makna
terasa jiwa ini gersang
Ku rasa puas dengan kehidupan sebegini
namun adakah ini yang dikatakan kepuasan
terasa diri memrlukan sesuatu
yang dapat mengisi kekosongan jiwaku
Apakah itu????
Ku buntu....
terpukul diri ini
untuk segera mencari pesoalan ini
Wahai sahabat
Inilah yang dikatakan iman
terasa kehidupan ini berubah
terasa kehidupan ini makin bemakna
Inilah dia yang ku cari selama ini
IMAN....
dengannya
terasa kehidupan ini menyeronokkan
kerna hidup yang dilalui semuanya ibadah
tidak ku sangka seindah ini Islam
mengajar erti hidup sebagai hambaNya
Semuanya dilakukan
untuk tujuan yang satu
untuk tujuan yang sama
iaitu REDHA ILLAHI...
Thursday, 3 June 2010
dunia, lihatlah
biar dunia tahu
Sunday, 23 May 2010
JOHAN :)

Tahniah diucapkan kepada sahabat kita yang telah menyertai dan seterusnya memenangi Pertandingan Musabaqah Hafazan Al-Quran Peringkat Universiti Swasta 2010. Pertandingan yang telah diadakan di Universiti Teknologi Petronas (UTP) ini juga telah disertai oleh beberapa universiti swasta lain di sekitar negeri Perak, seperti UPSI, UTP, UNIKL (cawangan Perak), Institut Perguruan Ipoh dan lain-lain.
Surah-surah hafazan untuk pertandingan kali ini adalah surah-surah pilihan di dalam Al-Quran seperti Surah As-Sajadah, Yaasin, Al-Waqiah, Ar-Rahman, Al-Qiamah, Al-Mulk dan lain-lain. Para peserta akan dikehendaki menjawab 4 soalan. Tiga soalan pertama merupakan soalan menyambung ayat-ayat Al-Quran manakala soalan yang keempat merupakan soalan ibrah (pengajaran) dari ayat-ayat surah juzuk ke-30.
ALFU MABRUK AKHI ZUL...:)
Thursday, 20 May 2010
MENANTI SAAT-SAAT MALAM PERTAMAKU
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
Saturday, 15 May 2010
hari murobbi
Saturday, 8 May 2010
Promosi Jualan T-Shirt Islami..
Saturday, 1 May 2010
Sebiru Hari Ini
Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
edCoustic
Sebiru Hari Ini
album: Sepotong Episode
Friday, 30 April 2010
KeNaNGaN KiTa BeRSaMa.....
Bismilahirrahmanirrahim....
Alhamduilllah ikhwah wa akhawat b11...di kesempatan ini penulis ingin meluahkan rasa rindu dengan rakan-rakan seperjuangan b11 dengan sama-sama melihat klip video ini...rasa sedih...rasa hiba...rasa ingin kembali kepada zaman muda-muda dulu tpi apakan daya begitu pantas masa berlalu....
Kini kita semua sibuk mengejar cita-cita demi matlamat yang satu...moga ukhuwwah kita sentiasa mekar walau dimana kita dicampakkan...moga setiap ahli batch 11 menjadi individu yang mengimarahkan dan menjadikan Islam sebagai cara hidup disamping bersama-sama mengajak dan menyeru rakan-rakan kita di luar sana bersama-sama dalam golongan yang menegakkan kebenaran dan menghancurkan kebathilan yang sedang melata di bumi Allah....
Ingatlah moto batch kita bersama...
"BerGeRaK SEiRiNG MeNCaPai WaWaSaN"
Friday, 23 April 2010
TeNTaTiF
Bismillahirrahmanirrahim
Untuk menjadikan perjalanan program daurah hari sabtu ini berjalan dengan lancar...berikut disertakan tentatif program :
Masa 24 APRIL
500 pm
Ketibaan peserta Pendaftaran
630 pm
Makan malam
700 pm
Bersiap untuk solat
730 pm
Solat Maghrib,Ma’thurat,Taklimat program,Tazkirah 1
845 pm
Solat Isya’
900 pm
Forum :Cabaran di IPT: Tarbiyah “antara nak @ tidak”
1000 pm
Rehat,Minum malam
1015 pm
Slot
1130 pm
Tidur
Masa 25 APRIL
500 am
Qiam
600 am
Solat Subuh,Ma’thurat,Tazkirah 2
730 am
Riadah
800 am
Sarapan,Persiapan diri
900 am
Ceramah 1 : Aqidah Islam
1030 am
Rehat
1100 am
Ceramah 2 : Kebejatan Umat Hari Ini ( Akhlak dan Aqidah)
1230 pm
Penutup dan bersurai
Thursday, 22 April 2010
PERHATIAN!!!
SALAM.
ust Iswan suh kompem kan berapa orang yang akan datang daurah pada sabtu dan ahad nih...oleh yang demikian, diharap kepada sesiapa yang akan menghadiri majlis ini dapat memberitahu kepada saya sebelum jam 4 petang esok...hali ini demikian adalah untuk menyediakan makanan dengna secukupnya sekaligus mengelakkan kekurangan makanan atau pembaziran makanan kelak...harap maklum....
sekian terima kaseh...
pesanan dari ayahnde Iswan...
Tuesday, 20 April 2010
DeTiK TeRaKhiR Di SMiH.....
MaRi......MaRi.....JoIN........
PrOgRaM
DeTiK TeRaKHiR Di SMIH
TARIKH : 24 April – 25 April 2010.
HARI : Sabtu - Ahad (tidur sekolah)
MASA : 5.00 p.m - 12.30 p.m
YURAN : FREE @ MAJJANAN
TEMPAT : Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru






