Assalamualaikum, harap semua dapat baca sampai habis!
Menjelang tahun baru Islam, umat Islam berduka. Rezim Zionis Israel hari ini, Sabtu (27/12) melakukan serangan besar-besaran ke Jalur Gaza. Rezim penjajah itu mengerahkan pesawat-pesawat tempur jenis F-16 dan helikopter-helikopt er Apache-nya dan membantai warga Gaza yang sudah tak berdaya setelah selama setahun lebih diblokade oleh Israel.
Laporan Press TV menyebutkan, akibat serangan brutal itu, dalam waktu singkat 180 warga Palestina di Gaza gugur syahid dan 800 orang lainnya luka-luka. Cuplikan tayangan televisi memperlihatkan jenazah para korban yang terdiri dari anak-anak, laki-laki dan perempuan bergelimpangan di jalan-jalan Gaza. Radio Hamas melaporkan, diantara korban yang gugur adalah kepala polisi Gaza, Tawfiq Jabber.
Pesawat-pesawat tempur dan helikopter Israel sedikitnya melakukan serangan sebanyak 30 kali secara simultan dengan target sekitar 30 tempat di kota Gaza, yang diklaim Israel sebagai basis Hamas. Selain serangan udara, tank-tank Israel juga mendekati wilayah Jalur Gaza.
Tak peduli rakyat Palestina menjadi korban, otoritas Zionis Israel menyatakan akan terus melakukan serangan Gaza. Juru bicara militer Israel Avi Benayahu mengatakan bahwa serangan hari ini baru awal dari operasi militer ke Gaza, yang merupakan keputusan dari para menteri pertahanan dan keamanan Israel.
"Serangan akan dilakukan beberapa waktu. Kami tidak menentukan sampai kapan serangan ini akan dilancarkan dan kami bertindak berdasarkan situasi di lapangan," kata Avi.
Serangan Zionis Israel sempat membuat panik warga Gaza yang menolak menarik dukungan mereka terhadap Hamas. Sebelumnya, Perdana Menteri Israel Ehud Olmert meminta agar warga Gaza untuk menghentikan tembakan-tembakan mortir Hamas ke wilayah Israel.
Juru Bicara Hamas Fawzi Barhoum mengatakan, Israel melakukan serangan ke Jalur Gaza setelah mendapat restu dari negara-negara sekutunya. Seminggu yang lalu, Israel memang menyatakan akan meminta dukungan internasional agar bisa menyerang Gaza. Israel juga menegaskan akan melakukan berbagai upaya untuk menumbangkan Hamas di Jalur Gaza. Tapi kenyataannya, serangan Israel menyebabkan banyak warga Gaza tak berdosa yang menjadi korban.
Barhoum menyebut serangan itu sebagai pembantaian bukan hanya terhadap anggota Hamas tapi juga terhadap rakyat Palestina. Ia menyesalkan sikap negara-negara Arab yang selama ini buta dan tuli atas penindasan Israel terhadap warga Gaza.
"Serangan ini terjadi karena negara-negara Arab bersikap diam dan karena Israel mendapat lampu hijau dari AS dan Eropa," tukas Barhoum.
Ia menegaskan bahwa Hamas akan membalas serangan Israel ini. "Serangan ini tidak akan melemahkan atau menumbangkan pemerintahan Hamas di Gaza. Semua opsi terbuka untuk merespon serangan ini," tandas Barhoum.
Hal serupa ditegaskan salah satu pemimpin Hamas, Mousa Abu Marzouz. Ia mengatakan, Israel mengarahkan serangannya ke pos-pos polisi dan kantor-kantor di Gaza. Ia menyerukan dunia internasional untuk mengecam serangan Israel.
"Tak seorang pun di dunia ini yang bisa membenarkan agresi Israel ke Gaza. Pasukan Hamas akan membalasnya, pasukan Hamas akan membela rakyat Palestina," tukas Marzouz.
Sementara itu, Presiden Palestina Mahmoud Abbas di Tepi Barat menyatakan mengutuk agresi Israel ke Jalur Gaza.
sumber : eramuslim (maaf atas bahasanya yg mungkin ada yg x faham.. x sempat nak translate..
Dimulakan dengan
Tuesday, 30 December 2008
Kekejaman Israel
Sunday, 28 December 2008
DoA AwAl & aKhIr TaHuN
Doa Akhir Tahun
(Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah - Ahad 30 Zulhijjah 1429H bersamaan 28 December 2008)
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
(Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib - Isnin 1 Muharam 1430H/ 29 Decmber 2008)
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, Insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantuny a dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu
Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wassalam.
Friday, 26 December 2008
Skema itu hebat!
Pada suatu masa dahulu frasa "SKEMA ITU HEBAT" bergema di blog batchsebelas gara-gara pengaruh Ustazah Norimah di sebuah perhimpunan pagi. Itu pun kalau ada yang masih ingat. Masih segar lagi dalam ingatan ana.
Sebelum membawa anda pergi jauh ke dalam isu yang ingin ana ketengahkan, cuba baca dua buah petikan di bawah ini dan bandingkan keberkesanan penyampaian di situ.
Nama saya Atan. Umur saya 10 tahun. Kalau ada masa lapang, saya suka membaca. Banyak buku yang pernah saya baca. Di rumah, ibu bapa saya selalu memberi galakan untuk saya membaca. Ibu bapa saya membelikan banyak buku cerita. Saya sayang ibu bapa saya.
Nme sy Atan.um0 sy 10thn.klu ad mse,sy ske mbce.byk buku y pnah sy bce.kt umah,parents sy clalu bg glkn tuk sy mbce.Parents sy blikn byk buku citer.Sy cuyunk parents sy.
Nah, dah dapat idea tentang apa yang ana nak ketengahkan? Ya, isu bahasa. Sebenarnya isu ni ana dah pernah sebut tapi tak mengapa. Manusia sering lupa.
Perasan tak, daripada penggunaan bahasa seseorang kita dapat menilai sejauh mana kematangan pemikiran, kerajinan atau kemalasan, pengaruh rakan sebaya dan sebagainya. Penggunaan bahasa banyak dipengaruhi oleh bahan bacaan kita setiap hari serta perbualan harian.
Orang yang banyak membaca bahan sastera selalunya menggunakan bahasa yang halus, berseni, dan tinggi seperti Cik Raehan Intisor kita. Orang yang banyak membaca membaca mesej dan menaip mesej biasanya akan menggunakan banyak kata singkatan atau sinkof sehingga terbawa-bawa dalam penulisan ilmiah.
Perasan atau tidak sebenarnya keberkesanan penyampaian banyak bergantung kepada cara kita menulis. Penyampaian yang paling berkesan adalah dengan menggunakan bahasa yang betul dan mematuhi tatabahasa yang standard. Tidak percaya? Perhatikan semula dua petikan tadi. Biarlah orang kata kita 'skema' atau 'skemposss', asalkan mesej yang kita nak sampaikan tu sampai kepada mad'u kita.
Ana pernah baca blog Ustaz Hasrizal, tajuk artikel: Blog Kepada Buku;
Rata-rata dalam kalangan kita mempunyai banyak idea untuk dikembangkan, namun penggunaan bahasa yang kurang sempurna menyekat perkembangan ini. Kita harus melatih diri kita untuk menulis dengan baik kerana bak kata Ustaz Rahim, "Rugi kalau pendakwah hebat mati tanpa meninggalkan hasil penulisan."
"Pembaziran terjadi kerana bahasa yang tidak dijaga, menyebabkan isi kandungan yang berkualiti hilang kelayakan untuk dikembangkan menjadi sebuah buku."
"Setiap yang menulis di blog, harus menanam cita-cita ini. Asas utamanya ialah terus mengasah isi, namun disampaikan dengan bahasa yang baik. Sebuah tulisan yang dijaga bahasanya, akan kekal segar di sepanjang zaman. Tulisan yang ditulis sesuka hati, akan menjadi bahan ketawa penulisnya sendiri, sebelum pembacanya suatu hari nanti."
Mahu atau tidak, dah tergalas beban di bahu kita untuk memikul amanah sebagai pendakwah. Sebab kita dah dididik untuk TAHU, oleh itu orang yang TAHU wajib menyampaikan. Tak gunalah kalau soleh sendirian, tapi tak musleh.
Akhir kalam, jagalah penulisan anda, jagalah bahasa anda. Kerana menjaga bahasa dan penulisan adalah sebahagian daripada dakwah sebenarnya, secara tidak langsung. Sekian, terima kasih.
MaRi ReNuNg SeJeNaK
bismillahirrahmanirrahim...
Dengan hati yang tulus ikhlas penulis memulakan post kali ni dgn memuji kebesaran Allah dan bersyukur dengan segala nikmat yang penulis peroleh sepanjang hidup ini.Selawat serta salam dipanjatkan kepada junjungan Nabi dan para sahabat serta para salafussoleh yang bertungkus lumus memastikan umat Islam hari ni dapat Islam sepertimana kita dapat
ni ada beberapa prsoalan yg cuba penulis cuba utarakn sblm prg dgn lbh jauh
Kenape terlalu susah utk berkata ttg Allah..
tapi terlalu senang utk berbicara ttg sex....
Kenape kita terlalu bosan (malas) utk membaca al-Quran..
tapi terlalu senang membaca majalah playboy (lucah)??
Mengapa terlalu mudah utk kita memadam mesej berkenaan Islam..kemudian kita menyebarkan (forward) mesej yg nakal (mesej kurg elok)??..
Kenape masjid2 makin kurang jamaahnya,
sedangkan bar2 dan kelab2 malam semakin ramai pengunjungnya??
petang td penulis prg jalan2 ke satu shopping complex
smbl jln2 tgk sekeliling
tgk keadaan dunia skrg
mmg btol dunia smkn tenat
n hmpr ke pghjgnya
wah dunia mmg smkn maju
banyak perubahan yg dunia kita telah kecapi
maju dr segi apa ye?
apa sebenarnya kemajuan yang Islam nak?
adakh cukup skadar maju dr segi material?
berasa ckp dengan harta yang ada
sehingga kedekut untk bersedekah
ataupn guna harta ke jln yg slh
yg hasilnya lahirlh hamba yg bertuhankan materialistik
ataupn maju dr segi hiburan?
yg bermcm2 rentak lagu kita blh dgr
sehingga keliru untk memilih lagu yg hak
yg hasilnya lhrlh hamba yg leka dan lalai dgn hiburan
sehingga salah memilih hiburan yg sebenarnya jiwa kita prlukn
ataupn maju dr sg gaya hidup @ berpakaian
ckplh fesyen apa yg kita nak
sumenya ada di dunia ini
yg lg bestnya mcm binatang pn ada
sehingga kita keliru mana satu fesyen yg syara' kehendaki
x krg jgk smpi ada umat Islam yg kagum dgn fesyen barat ni
dan ikut segala rentak mrk
sehingga lupa kita ni seorang muslim yg beragama
yg hasilnya nnt
lahirlh hamba yg gilakn fesyen moden
dan mengatakn pakaian Islam adlh pakain KUNO
n x ikt peredaran zaman
n ada juga yg snggp FREEHAIR sbb tkt dicaci kwn2
sdgkn itulh maruah seorg wanita Islam
n x krg jgk dgn rncgn n video yg org kafir sajikn
untk lalaikn umat Islam
sampi kita pn jd kagum n rasa nk ikt sprti mrk
ada yg smpi x rasa segan n malu DGN ALLAH
bila tengok video @ rncgn yg LUCAH
smpi kita rasa bnda 2 biasa saje
dan sbnrnya bnyk lg bnda orang kafir rancang
untk jdkn makanan untk kita
sehingga hati kita jd btol busuk n hitam
n smpi satu thp ssh untk terima kbnrn
kita snggp prthnkn apa yg mrk bawa
dan mnlk apa yg Rasulullah bawa untk kita
jangnlh kita lupa WAhai saudara
dulu kita prnh gemilang dengan menguasai dunia
kitalh yg mncorakkn arus dunia ini
tp skrg sumenye tinggal kenangan
ibarat debu2 yg berterbangn di pdg psr
kita ibarat buih di lautn yg akn lenyap bila dipkl ombak
ke mana hilangnya pemuda n pemudi Islam
yang snggp mmprjuangkn kebenarn Islam
yg snggp kata yg hak walaupn pahit
di tgh2 kekalutan masyarakt hari ini
penuh dgn masalh jenayah
semakin hari smkn rmi yg tgglkn Islam
lupa pd al-Quran n as-Sunnah
ambil pedomn hidup lain krn ragu2 dgn jln ni
ingtlah ssghnya jln ke syurga itu sdkt orgnya
kerna syurga itu dipagari dgn ujian
sebaliknya jln ke neraka itu sggh bnyk orgnya
krna neraka itu dihiasi dgn plbagai nikmat
mg Allah istiqamah n ttpkn hati kita dlm
mgharungi hdp yg pnh dgn cabaran
yg sumenya menguji keimanan kita
smg kita sume tetap di jalan Islam
n x ddk diam demi pstikan Islam akn smpi
ke generasi yg seterusnya
krna kitalh generasi yg ditggu olh ummat
Thursday, 25 December 2008
.:rindu.kenangan.itu:.
taim:pkul 11-12,sambung blek lbey kurg kol 6.30
tarikh:24-25 disember 2008
dah pukul 10:06 pm
0 respon tentang sayang kawan semua..., searching 4 mardhatillah, ukhuwwah
Gotong-Royong
Sekali setahun
Peluang membuat pahala
GOTONG ROYONG PERDANA
Persekolahan SESI 2009
26 DISEMBER 2008
(ulang tahun Tsunami ke-4)
Tempat: Sekolah Islam Hidayah, JB
Datanglah beramai-ramai!!
Bawa keluarga, adik-adik, abang-
abang, kakak-kakak, sanak
saudara, kita meriahkan hari ini!
Monday, 22 December 2008
Minggu Penulis Remaja 2008 (MPR 08)
Bismillahirrahmanirrahim.
Satu pengalaman yang mengorak dalam hati abadi. Menjadi penulis!
Alhamdulillah, yang menjadi perintis adalah batchsebelas. MPR bukan program yang calang-calang diadakan. Hanya untuk yang serius, hanya untuk yang ada hati, ada jiwa.
Pahitnya, manisnya, Allahu a'lamu bissowab.
Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka
12/12/08 - 18/12/08
Bertempat di Menara PGRM, Cheras.
3 puisi dan 1 cerpen. Tugasan yang agak berat dan menuntut keikhlasan.
Melihat kota dengan mata hati. Aktiviti berdialog lalu bimbingan oleh fasilitator daripada penulis-penulis berwibawa, penyair Rahimidin Zahari (Kalau tak kenal, beliau penulis sajak Anak Laut), penyair Shamsudin Othman, cerpenis Saifullizan Yahaya dan cerpenis Nasriah Abdul Salam. Belajar untuk menulis cerpen dan puisi dengan lebih baik!
Peluang bertemu penyair Baha Zain dan novelis dan cerpenis Azizi Haji Abdullah kenangan yang indah dengan ilmu dicicip sepenuh rasa.
Melawat Dewan Bahasa dan Pustaka buat kali pertama! Di tingkat paling atas (tingkat 30), ada ana teringat amanah penulis, menulis satu amanah yang tinggi. Teringat juga kalian, batchsebelas.
Tahu tak, sastera darjatnya lebih tinggi daripada sejarah! Bayangkan. Sastera adalah pramal sejarah. Itu kata-kata En.Rahimidin Zahari berdasrkan puisi "Sungai Mekong" yang hadir sebagai puisi dengan beribu ambiguiti.
Mahu cerita lanjut, Qurratu'Aini Mun'im tidak mampu dengan kesuntukan masa yang menindih.
Doakan dengan sepenuh ketulusan, agar hati dan jiwa tidak modar semangat dan ruh menulis untuk manusia dan sarwajagat demi Allah S.W.T.
Pautan cerita, catatan MPR 08:
(Ada gambar 23 peserta MPR 08 seluruh negara)
- En. Shamsudin Othman
Tulis hanya yang baik.
- Kak Nasriah Abdul Salam
Sekali menulis, terus menulis!
- En. Rahimidin Zahari
Mantan MPR 2008.
segala yang kita tulis dalam perkiraan-Nya,
majulah sastera untuk sarwajagat demi Allah!
Sekalipun begitu, beban adalah nikmat!
Moga terhindar fitnah hati dan segala riya'. Jadi penulis ikhlas!
Sunday, 21 December 2008
Cube Kite Renungkan...
Tariq melabuhkan badannya ke tilam murah di rumah sewa setelah penat membawa usrah sebentar tadi. Dia menyiapkan beberapa tugasan untuk dihantar pada pensyarah pagi esok. Selesai saja tugasan, Tariq terpaku seketika dek terkenangkan ahli-ahli usrah yang dibawanya... Adakala rasa seronok berkongsi pandangan dengan mereka. Tapi... "Ahh... Malas la nak fikir, tidur lagi bagus", detik hatinya. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.
Sebelum Subuh lagi Tariq bangun untuk bersiap-siap ke surau. Dengan mata yang bengkak kerana tak cukup tidur, dia jalan terhuyung-hayang menuju ke surau berdekatan setelah mengambil wudhuk di rumah. Selesai solat berjamaah, ia berzikir sambil 'menunduk-nudukkan kepala' tanda sangat 'khusyuk' dalam zikirnya. "Alahai.. mengantuknya. Balik rumah je la. Boleh landing kejap sebelum ke kuliah.."
"Tariq...! Awak mengantuk lagi, pergi basuh muka", tegur pensyarahnya, Dr. Syarah. Mata Tariq cerah semula. Ramai pelajar tersenyum sinis memandangnya. "Alamak... kantoi lagi aku dengan Dr. Syarah", getus hatinya. Tariq membuat muka selamba seolah tiada apa-apa yang berlaku. Pensyarah itu meneruskan syarahnya walaupun mata Tariq masih lagi 'bergelombang' sayup-sayup layu mata memandang.
Sedang mendengar kuliah dengan mata kemerah-merahan, handphone Tariq vibrate menandakan ada call atau sms dari seseorang. "Salam. Jangan lupa 8.15 malam ni diadakan meeting di aras jamaah, fakulti program." Begitulah pesanan sms yang tertulis dari kawan seusrahnya, Mutarriq. "Meeting lagi", keluh hatinya. "Malam tadi dah usrah, malam ni meeting pulak", tambah hatinya. Selesai hantar tugasan dan kuliah 'tidur' jam 10.30 pagi, Tariq meluru ke motornya sambil membelek buku kecilnya jika ada perkara-perkara yang perlu dilakukan.
"Ishh... Yang ni tak buat lagi, yang ni pun tak buat lagi. Hari ni dah Khamis, program hari Sabtu. Apa aku nak jawab dengan Mutarriq malam nanti?" tanya hatinya. Mahu tak mahu Tariq pulang ke rumahnya. Ia membuka komputer sambil menaip-naip sesuatu sambil memicit kepalanya. "Ok. Kuliah lambat lagi. Pukul 2.00 petang. Boleh aku siapkan kerja aku ni", cetus hatinya sambil melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 11.00 pagi.
Setelah dua jam berhempas pulas, akhirnya kerja yang berkaitan dengan program Sabtu terdekat selesai. "Alhamdulillah..." syukur Tariq padaNya kerana memudahkan urusannya. Tariq cukup yakin akan pertolongan Allah bagi orang yang menolong agamaNya. Selesai solat Zohor, Tariq bergegas ke fakulti untuk kuliah. Dengan macho ia masuk ke kelas. Belum sempat Tariq duduk dan bertegur sapa dengan kawannya, pensyarah berkata, "Ok kelas, kita ada kuiz sekarang. Sila tutup buku dan nota". Hilanglah macho Tariq apabila mendengar perkataan keramat itu. Mulutnya ternganga kelu tanpa kata. "Habis la aku kali ni... Satu apa pun aku tak baca", kata hatinya.
Timbullah suara-suara jahat Azazil: "Itulah kau. Sibuk usrah, meeting, program memanjang sampai belajar entah ke mana. Kalau kau belajar saja kan bagus. Mesti kau boleh score punya. Usrah, meeting, program ni lepas belajar pun boleh buat. Malam esok kamu pulak ada usrah di rumah Pak Cik Murabbi. Bila pulak kamu nak study? Haa.. Jawab, jawab...!". Tariq tak jawab apa-apa oleh kerana kagetnya sambil mulut ternganga. Lebih jahat lagi Azazil menghasut: "Kamu nak mintak tolong siapa sekarang. Pak Cik Murabbi tak dapat tolong kamu. Jamaah pun tak dapat tolong kamu. Allah tak tolong kamu. Fail nanti kamu jugak yang susah." Walaupun sedang dilema, Tariq meneruskan kuiznya sekadar yang termampu.
"Tariq mesti istiqamah dalam perjuangan...", kata Pak cik Murabbi setelah Tariq mengadu masalahnya. "Belajar tu wajib. Kamu mesti bersedia sepanjang masa", tambahnya lagi. "Tapi Pak Cik, macam mana? Setiap hari ada saja kerja yang perlu dibuat sampai tak sempat nak study", kata Tariq. "Masing-masing diberikan masa secukupnya, cuma kita yang tak pandai menggunakannya", jawab Pak Cik Murabbi. "Banyak lagi masa yang kita ada. Cuba kamu kira, berapa lama berbual-bual dengan kawan? Berapa lama melayari internet? Berapa lama menonton televisyen? Berapa lama bermain games? Berapa lama makan di gerai?" tambahnya.
"Semua itu pencuri masa kita. Kurangkan masa-masa tersebut dan Tariq pasti ada masa untuk study", tegasnya. Lantas Pak Cik berpesan kepada Tariq sebelum pulang dari usrah: "Jangan salahkan perkara atau orang lain jika salah itu datang daripada diri kita sendiri. Salah kita kerana tidak pandai menguruskan masa. Orang lain pun lebih sibuk daripada awak dan ia juga berjaya dalam pelajarannya. Ia juga diberi 24 jam sehari seperti awak." Amat tepat sekali jawapan Pak Cik Murabbi kepada Tariq dan menimbulkan kembali semangat juangnya untuk Islam dan tidak melupakan masa untuk belajar.
Namun, Tariq bertanya: "Siapa orang lain yang berjaya tu Pak Cik?". Dengan selamba Pak Cik Murabbi menjawab: "Pak Cik la orang lain tu. Nak bagitau nama orang lain Pak Cik tak tau...", sambil senyum meleret pada Tariq sambil ternampak gigi. "Terima kasih atas nasihat Pak Cik", kata Tariq sambil tersenyum. Tariq pulang bersama mutiara berharga dari Pak Cik Murabbi yang juga cemerlang dalam usrah, meeting, program dan... AKADEMIK semasa belajar dahulu.
CUBE KITE PIKIRKAN......
SaTu CeRiTa
ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.
> > > > > > > > '' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.
> > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN
Saturday, 20 December 2008
terima kasih x-gen!
Wednesday, 17 December 2008
we are never alone
assalamualaikum.
Sometimes, when the world's not on your side
You don't know where to run to
You don't know where to hide.
You gaze, at the stars in the sky
At the mountains so high
Through the tears in your eyes.
Looking for a reason,
to replace what is gone.
Just remember, remember
That you are never alone.
You are never alone (you are never alone)
Just reach into your heart
And Allah is always there.
You are never alone (you are never alone)
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You are never alone.
So now as you long for your past
Prepare for your future
But knowing nothings going to last
You see this life is but a road
A straight and narrow path
To our final abode
So travel well O Muslim
And Paradise will be your home
And always remember
That you are never alone.
You are never alone (you are never alone)
Just reach into your heart
And Allah is always there.
You are never alone (Allah is there)
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You are never alone.
You are never alone (you are never never alone)
Just reach into your heart
And Allah is always there.
You are never alone (you are never alone)
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You are never alone.
Sunday, 14 December 2008
Saturday, 13 December 2008
di sebalik ibadah.
bismillahirrhamanirrahim,
Macam mana cuti? pasti macam2 mazhab akan jawab. Tak mengapalah.
Macam mana ibadah?
ada soalan di sini;
pada waktu pemikiran cetek dahulu (zaman budak2), pernah juga terfikir soalan begini. astagnfirullah.. ada juga fikir:
"agaknya, orang kafir maju sebab mereka tak solat/ibadah macam kita. banyak2. Jadi mereka ada masa nak tingkatkan kemajuan dan sebagainya.."
(TOTALLY WRONG!)
sampailah.. saya terbaca satu buku, masyaAllah hujahnya mengagumkan!
(Dr. Yusuf AlQaradhawi) : *diringkaskan seperti berikut,
Sepatutnya perlu diingat, waktu yang sedikit kita guna untuk ibadah, bukanlah waktu yang terbuang percuma (buang begitu sahaja) bagi kehidupan dan meningkatkan hasil (kemajuan).
Tapi, ibadah menimbulkan KEKUATAN baru, KEMAHUAN baru, menjadikan jiwa supaya KUAT dan SANGGUP kembali ke tengah gelanggang perjuangan hidup.
Tidaklah tepat apabila sesuatu hanya diukur dengan perkara yang dapat dilihat sahaja, dengan melupakan kesan dan pengaruh yang tidak kelihatan , TETAPI memenberikan KETEGUHAN hati dan KEKUATAN bekerja.
Fikirkanlah lebih mendalam..
1)merugigankah atau menguntungkan kepada prestasi kerja, apabila seseorang yang beriman bangun dari tidurnya sebelum matahari terbit, lalu dia membersihkan dirinya dan berwudhu', sembahyang menyembah Allah, menundukkan diri dan berdo'a kepada Allah. Kemudian dia mengahadapi pekerjaan dengan
-hati yang bersih
(wah!) :: yaqinkanlah diri anda!
atau.. dibandingkan dengan orang yang bangun bila matahari dah tinggi, kemudian pergi ke tempat kerja dengan
-fikiran yang kusut
?? Mana yang lebih menguntungkan antara keduanya bagi memperbesar kemajuan (produk/hasil)?
anda sudah tahu jawapannya..
Mari lihat pendapat yang lain.
ORANG 1:
ORANG 2:
ORANG 3:
ORANG 4:
"sudah terang lagi bersuluh, (*semuanya dah jelas kan?)
Friday, 12 December 2008
MUS'AB BIN 'UMAYR
syahdu suaramu memecah hening senja,
setelah berbulan dirimu ditatang,
akhirnya dapat juga kau melihat dunia...
NAMA: MUS'AB BIN 'UMAYR SAYFURRAHMAN
Tarikh lahir: 10 Disember 2008
Masa lahir: 7.02pm (dah genap 2 hari umur kamu ye)
Berat: 3.9kg (montel!)
Panjang: 52cm
more:
Dr. Murni's blog
'Ammar Taqiyuddin's blog
MaRi ChEcK DiRi KiTa
TANDA-TANDA ORANG MUKMIN
1. Tidak suka pada harta dunia
2. Tidak suka mengumbar hawa nafsu
3. Tidak suka menceritakan aib orang
TANDA-TANDA ORANG ALIM
1. Jujur
2. Menjauhi yang haram
3. Tawadhuk
TANDA-TANDA ORANG BERTAKWA
1. Takut berdusta dan membuat keji
2. Menjauhi kejahatan
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh kedalam keharaman
TANDA-TANDA ORANG BENAR
1. Merahsiakan ibadah
2. Merahsiakan sedekah
3. Merahsiakan cubaan yang menimpa dirinya
TANDA-TANDA AHLI IBADAH
1. Selalu membatasi diri
2. Selalu menghisab dirinya
3. Selalu memperbanyakkan ibadah
TANDA-TANDA ORANG SOLEH
1. Perbaiki hubungan dengan Allah dengan amalan soleh
2. Perbaiki agamanya dengan beramal soleh
3. Redha terhadap manusia dari apa yang diredhai dirinya
Tuesday, 9 December 2008
Makluman latihan
10 Disember 2008 - 12 Disember 2008
Berkumpul di musolla banin pada hari Rabu, pukul 8.30 pagi (pakai t-shirt krs)
Pulang pada hari Jumaat 12.30pm (tengok la mungkin awal sikit)
Penginapan: Asrama
Makanan disediakan.
KEPERLUAN
- Cadar
- Sarung bantal
- Keperluan asrama 3 hari 2 malam
- Keperluan latihan (tali, kasut sukan, peralatan memasak, buku panduan- rujuk unit masing2)
- Uniform lengkap KRS No. 3 atau 4
- Buku nota
- Al-quran, Al-ma'thurat
- Lain-lain (kamera, laptop- untuk lagu patriotik yang kena record tu)
Sekian, terima kasih.
S/U KRSM SMIH
Monday, 8 December 2008
SaLaM EiDuLaDhA
Salam aIDILADHA untuk semua...
Bersama kita hayati erti perjuangan dan pengorbanan yang telah para anbiya' dan salafussoleh demi memperjuangkan kebenaran dan memastikan Islam tetegak di bumi Allah ini...
sehinggakan kita dapat merasai nikmat Islam itu pada hari ini dan tugas kita sebagai khalifah Allah memastikan Islam ini sampai kepada seluruh umat manusia
"TEGAKKANLAH ISLAM DALAM DIRI KAMU NESCAYA TERTEGAKLAH ISLAM DI MUKA BUMI INI"
semoga eid ini dapat meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah azzawajalla
Sunday, 7 December 2008
How Far Can Gossips Go?
Assalamu'alaykum,
Just try to take a look at this picture. I first found it on today's Sunday Star Newspaper, got interested and search in the net.
Try to look carefully. How can only one person spread an 'aib of another to another person, then the news was spread through the 14 people up here, then came to the same person, just like a circle. Imagine this was done with one people spread it to two peoples, the two spread each to another two, and another two each to two and so on, and what's worse? try to imagine the "telefon rosak" you've been playing a long time ago, imagine that happens in this situation. Spreading news, but accidentally changed the story to become more interesting.
remember:
If you do something that didn't please Him,
You Know WHO will
You Know WHAT in
You Know WHERE..
That is all, au revoir!
(correct me if I am wrong)
Wassalam
Saturday, 6 December 2008
PeNgUmUmAn
Bismillahirrahmanirrahim...
apa kabo semua ahli batchsebelas
ni ada satu pengumuman :
untuk makluman MDP GABUNGAN untuk semua pelajar tingkatan 4 akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu nanti
Tolong sebarkan dekat pelajar lain ye....
Muslimah Mampu Melangkah Jauh
Moga dipermudahkan semuanya. Rabbi yassir lana.
Untuk sang raehan intisor dan juga yang akan ke PERNAS.
Ma'at tawfiq wan najah!
*Raehan Intisor ke Minggu Penulis Remaja 2008. Anjuran DBP.*
Wednesday, 3 December 2008
Taklimat PERNAS
Esok akan diadakan taklimat PERNAS.
Butir-butir adalah seperti berikut:
Tempat: Bilik Tayangan, SMIH
Masa: 8.00 pagi - 12.3o tgh hari (bergantung kalau antum lambat, lambatlah habis... hehe)
Tarikh: KHAMIS, 4 DISEMBER. ESOKLAAA!
Pakaian: T-shirt KRS, tudung hitam @ putih, seluar hitam.
Maklumat lanjut, contact ana di YM atau hp.
P/S: Makanan tak disediakan.
Hebahan!
DR. HISHAMUDDIN ALHAM
"Mengimbau Nikmat Allah"
Bila ?
3 Disember 2008 (Rabu)
Jam berapa ?
5.00 - 6.30 petang
Dimana ?
Pejabat JIM Johor
Siapa yang boleh datang ?
Semua anak-anak remaja
(12-17 tahun)
Jom pakat ramai-ramai datang...
Ajak semua anak-anak remaja sekitar anda
anak ikhwah/akhawat, anak-anak jiran se'taman', se'kampung'
adik-adik SMIH,adik-adik Alumni KBM
semua kawan-kawan remaja anda
Datang semua...datang, jangan tak datang!!!
Anjuran bersama:
Kelab Remaja JIM Johor
&
JIM Johor Bahru
Maklumat lanjut:
Sakinah Nor Khair (0133561853)
Nantikan program seterusnya...SIRI 2
Jom datang program ni dulu...