Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Tuesday 29 July 2008

Cinta???

Satu perkara yang disukai oleh setiap lapisan masyarakat terutamanya remaja. Ada apa dengan cinta? Apa itu cinta?. Soalan yang sering diajukan oleh sesiapa sahaja yang nak tahu tentang cinta. Ana bukanlah pakar dalam bab cinta tapi tetap nak cuba berkongsi ilmu yang sedikit ini dengan para pembaca.

Cinta? satu anugerah daripada Allah kepada manusia. Andai cinta itu perkara yang kurang, elok Allah tidak akan campakkan ke dalam hati-hati setiap manusia perasaan ini kerana setiap nikmat yang kita dapat di atas muka bumi ini atas cinta Allah dan Hanya DIA yang maha mengetahui. Kepada yang sudah terlanjur bercinta diingatkan supaya menjauhi perkara yang dilarang oleh Allah.

Kalaulah seseorang itu mengatakan bahawa dia bercinta berlandaskan hukum Allah tapi sering melanggar perintah-NYA maka cinta ini jatuh ke tingkat yang kedua kerana bercinta tidak bertujuankan Allah bahkan boleh jadi jatuh ke tingkat cinta bahimiah. Nak mengenal orang yang bercinta tujuannya Allah atau bukan, lihat sahaja perlakuannya seharian sama ada dia memenuhi tuntutannya kepada Allah atau dia mendahului cintanya terlebih dahulu. Contohnya Ali mempunyai seorang kekasih dan suatu ketika azan dilaungkan dan kekasihnya mengajak dia keluar makan. Seandainya Ali memilih untuk solat dan menolak ajakan kekasihnya kerana merupakan satu perbuatan dosa maka beruntunglah dia dan jika sebaliknya maka akan tahu cintanya kerana apa. Oleh sebab itu jika benar cintanya bertujuankan Allah maka tidak akan sanggup melakukan perbuatan yang melanggar syariat Allah.

Kualiti sesebuah cinta itu berdasarkan hatinya kerana akhlaknya yang diluar mencerminkan yang di dalam. Jika baik di dalam maka baiklah yang diluar.

Bagi yang belum pernah bercinta berlainan jantina diharapkan dapat mengalihkan rasa cinta yang sedang membara itu kepada perkara yang lebih aula contohnya mencintai orang yang sering berdamping dengan kita dan yang menjaga kita semenjak kecil lagi,mencintai pelajaran dan buku. Jikalau tidak mampu membendung rasa cinta yan terlampau kuat mengadulah kepada Allah supaya jodohkan kita dengan orang kita cintai. Ini adalah sebaik-baik perkara kerana dapat menjauhi perbuatan2 yang tidak diingini daripada berlaku.

Teringat ana pada kata-kata seorang penulis 'tak payah bersentuhan tangan kerana sudah bersentuhan hati, tak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa'.

Keputusan terletak ditangan kita sama ada mahu merebut CINTA (Allah) atau cinta. Tepuk dada tanya iman dan natijahnya iman akan pilih CINTA.

Cinta itu ibarat hadiah, adakah hadiah lebih patut dicintai daripada pemberi hadiah.....
Jangan ikut pandangan mata kerana selalu menipu.
Jangan ikut pandangan akal kerana selalu tersalah
Jangan ikut pandangan nafsu kerana selalu melulu
Tapi ikutlah pandangan hati kerana selalu tepat andai hati itu bersih.

Saturday 26 July 2008

utamakanlah pandangan Allah

salam iman buat semua,

mak cik: kenapa awak buat semua ni?? (sms, chatting, semua perbuatan tidak menjaga hati kpd yg blawanan jantina dgn sesuka hati)

anak: hmm, sebab suka sama suka. lagipun enjoy. hilang tension. tak tahulah nak cakap, yang penting bestlah! kenapa mak cik?

mak cik: sebenarnya hubungan ini adalah dimurkai pencipta kamu, yg memberi makanan kepada kamu, rezeki yang kamu makan tadi sehinga kenyang, memakbulkan apa yang kamu minta, memaafkan kesalahan kamu jika kamu memohon maaf setelah buat dosa yg setinggi langit (malah lebih dari itu). memberikan kamu mata yang dapat melihat, wajah yang cantik dan sempurna, anggota yg lengkap, memberikan kasih sayang yang sepenuhnya (sedangkah ianya baru satu daripada 99 rahmat dan kasih sayangnya. hmm, kalau cuba lupakan dia yang anak sukakan sangat2, agak2nya boleh tak?

anak: lupakan! WHAT! mak cik tak faham perasaan saya. kami dah lama berkawan. dan bukannya kami buat apa2 pun, tak sentuh2 pun. cuma contact2 (*sms, ym, surat, hati, mata, tingkah laku yg menarik perhatian, dan apa shj). cuma tu aje. kami tak macam orang yang kat luar tu lah mak cik.

mak cik: oh, dah tak boleh lupakan lah maksudnya. kalau gitu, anak dah sedia nak kahwin ke?

anak: kahwin? hehe.. lama lagi lah mak cik. belajar pun tak habis lagi. duit pun tak ada. lagipun fikir2 kahwin ni susah la mak cik. dan kalau saya nak kahwin, saya tak nak orang macam dia. saya nak yang baik akhlaknya, tingkahlaku, tak moody, manja, tenang bila lihat dia, senang kata semua yang baik2 lah. lagipun mak cik, nak bina keluarga kena fikir pembentukan anak2, saya tak nak anak2 saya jadi macam remaja zaman sekarang ni mak cik. eeiiii, macam2 perkara berlaku sekrang. rosak akhlaq. semua nak menangkan nafsu.

anak: mak cik nak tahu semua dah tak ingat akhirat dah... duk sibuk dengan dunia. macam saya belajar tadi ustaz/ah ada kata dunia tu bukan dunia je. tapi baru saya tahu, dunia tu adalah wanita2, harta2 kekayaan, dan macam2 lah yg boleh melupakan kita kpd alam akhirat. dan ustz/ah ada tekankan yang ujian dunia paling besar adalah wanita. memang betul, buktinya apa yang berlaku pd remaja2 kita sekarang. hancur para pemuda2 Islam seperti dulu yang sepatutnya memberi kekuatan dan perlindungan kepada wanita.

mak cik: hmm, hebatnya anak bercakap, kagum mak cik. memang sesuai dengan sek anak yg berpakaian labuh tudung dan bajunya bg perempuan dan bersongkok kemas bagi lelakinya. hebat, mak cik kagum dengan ilmu2 yang anak dapat. mengalahkan ilmu2 yang mak cik ada. kalau nak dibanding dgn zaman mak cik dulu, kami tidak memakai pakaian yg menutup aurat labuh seperti anak. tak dapat ilmu2 yang berlimpah ruah. tapi, orang yang berilmu bertanggungjawab dengan apa yang dia tahu tentang ilmunya. kerana ilmunya akan bangkit di akhirat dan menuntut kita di hadapan pencipta sekalian makhluq kerana tidak mengAMALkan apa yang kita tahu, cakap. Orang yang JAHIL lebih baik daripada orang yang berilmu tetapi tidak AMAL.

anak: jap2 mak cik. maksud mak cik saya kena juga putuskan hubungan ni? saya sayang dia. setiap hari terbayang2 muka dia. setiap hari ke sekolah, tak boleh kalau tak lihat wajah dia. kalau tak nampak, dia tak datang ke? kenapa? kalau sakit sakit apa? bila? hah, macam2 tanya. bila saya tak datang/ tak tahu, saya tanya h/w kat dia atau apa tajuk yang tak faham, tajuk masuk periksa atau apa2 maklumat tentang sekolah saya tanya dia. sebab dia selalu beri perhatian. bila kat rumah nak buat tu, nak buat ini, sentiasa tergambar2 wajah dia. kawan2 pula selalu gosip di sekolah. mula2 rasa tak kisah, lama2 rasa suka pula bila kawan2 buat macam tu. saya pun tahu sangat hubungan ni haram, dah banyak kali dengar dan ada juga sampai muak. tapi, kawan2 saya semua ada couple masing2. single macam lain macam.

mak cik: macam tadi anak dah cakap, tak nak kahwin dengan dia, buat apa nak susahkan kepala fikir tentang dia. kan memberatkan dan menyusah fikiran, hati, jasmani, rohani dan semuanya pada diri anak. hati manusia memang tak lari dari suka kepada sesuatu, tetapi, kena jaga hati , untuk mengawalnya. sbb dari hatilah lahirnya perbuatan2 yang lain. nampak tak hati anak melalui perbuatan yang anak telah lakukan selama ni. lihatlah sedalam2nya. dan jika kita pendam perasaan suka kita pd seseorang itu adalah merupakan JIHAD. tak susah nak berjihadkan? sebenarnya mak cik sedih lihatkan diri anak ni, anak beruntung dapat sekolah yang dijaga oleh guru2 semua. pelajaran yang bagus, ilmiahnya masyaAllah. aktivitinya pula macam2 ada. bayarannya mahal, hanya orang yang mampu dan terpilih sahaja dapat berpeluang mengutip mutiara di sek ini.

mak cik: tapi, mutiara apa yang anak kutip. jangan sia2 kan peluang. lagi berapa tahun nak keluar sek. bila lagi anak nak mula kutip semua mutiara tu. bila dah keluar, lebih hebat arus di luar. di kaw sini memang arusnya tenang. diluar.... jd jgn biarkn diri anak terhanyut nanti,. buat baju kebal2 (hati) melalui rasa taqwa di hati. taqwa itu seperti sikap berhati2 dalam perbuatannya. beramallah dengan sikap ihsan (beramal spt kita melihat Allah, sekurang-kurangnya spt Allah melihat kita) sedih tak lihat ibu dan ayah. susah2 cari duit, bila dapat gaji, semtiasa mengharapkan rezeki ini membuhkan hasil2 yg baik2. ingatkan nanti boleh lahirkan anak yg soleh/ah, belajar rajin, tinggi amal dan ilmunya, sopan tutur kata, tingkahlaku. tapi, duit yuran yang dibayarnya, dan wang saku yang diberi... seperti sia2 dibuang begitu sahaja kerana sikapnya itu, tidak seperti yang diharapkan. di luar banyak lagi tarikan2 yang tak ada di sek. masih dalam lingkungan tertutup dan terjaga. gunakan peluang ini supaya diluar nanti tidak mudah terpengaruh tapi menjadi pengaruh yang baik kpd yang lain.

mak cik: sebenarnya sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa membantu kita mengingat kepada pencipta kita. bukan seperti gosip2 hangat. atau bila sama2 terjumpa si dia, mengejek2 namanya.Tapi, sahabat yang baik, membantu kita supaya menundukkan pandangan/ mengubah laluan dari melihat/ terlihat dia. sama2 nak jaga pandangan. kerana pandangan itulah satu cara syaitan control diri dan hati kita. sebutlah astaghfirullah ketika terpandang/ terlihat mana2 lelaki/ perempuan dan mintalah hati ini sentiasa dijagaNya.

mak cik: anak nak lihat ke nanti dunia ini dikuasai oleh nafsu (*pemerintah yang sentiasa membuat kerosakan dan kemurkaan Allah). kajilah sejarah Islam dahulu yang mana zaman remajanya digunakan dengan sebaiknya. mereka berlumba2 menimba ilmu, kuatkan hati, teguhkan diri, hafiz alquran, menghafal hadith, mampu berhujah dengan ayat Alquran dengan baik. sebenarnya kejayaan anak pada masa akan datang terletak pada zaman remaja kita. jika anak menggunakan masa remaja yang amat bernilai ini sebaiknya, InsyaAllah, anak akan jadi orang yang hebat di masa akn datang. sebenarnya mak cik menyesal dengan masa remaja mak cik, mak cik dah tak punya tenaga yang kuat macam anak. waktu remajalah, mereka mempunyai semangat yang kuat, peluang menuntut dan memahami ilmu, mengamalkan apa yang dah dipelajari, macam2 boleh buat.

mak cik: waktu idup yang Allah beri sekali sahaja, tiada peluang untuk kali yang kedua. Untuk membaiki semula apa yang telah terlanjur.. masih sempat, ya sempat lagi sebelum pintu pengampunan, rahmat kasih sayangnya ditutup. itulah kelebihan ummat nabi kita. diberi peluang utk bertaubat setelah melakukan kesilapan.

anak: mak cik, macam mana kalau saya tak boleh lupakannya juga??

mak cik: Doalah pada Allah, supaya segala ibadah yang kita lakukan kita tenggelam dengan nikmat kebesaran, kasih sayang, pemurah, keluasan pengampunan kepadaNya. Minta pada Allah supaya hati kita sentiasa dipenuhi dengan cinta untuk melakukan suruhan Dia, kemanisan dalam beribadah, ketetapan hati, dihilangkan perkara2 dunia. Anak nak dapat pasangan yang baik kan? Doalah supaya kita diberikan pasangan yang dapat membantukita bertemu dengan Allah. Kalau betul anak mahu punya pasangan yang baik, jadilah anak yang soleh/ah, taat ibu bapa, baik akhlaq, tingkah laku semuanya supaya pasanganmu nanti begitu juga. Fikirkanlah, jika anak tetap berdegil untuk melakukan perkara ini, pasanganmu juga akan seperti ini. Mahu?

mak cik: seterusnya, lazimilah melakukan perkara2 kebaikan, kerana amal yang baik dapat menghapus amal yang buruk. sebaliknya amal yang buruk akan menghakis amal kebajikan. Jika kita terus melakukan kejahatan, adakah kita yaqin amalan kita yg baik terlalu banyak sehingga dapat menghapuskan amal2 kejahatan. belum tentu! antara yang digalakkan sangat2 adalah amalan2 sunat seperti (ma'thurat bersama maksudnya, tilawah bersama penghayatan, qiyamulail,puasa, dhuha, zikir, istighfar, sedeqah, dan apa sahaja amal baik yg diniatkn krn Allah). Jika anak istiqamah serta berterusan dengannya, anak akan meraskan kenikmatan yang tersangat lazat berhubung dengan Allah)

mak cik: tak susah hati bila berkhulwah, bercouple dengan Allah. makin kita dekat pada Allah, makin Dia suka, cinta pd kita. terutama dlm amalan sunat. Bila Allah cinta pada kita, kita sentiasa di bawah lindungannya. hati dijaga, nikmat ditambah, masalah dipermudahkan, macam2 apa yang kita nak, Dia beri.

mak cik: dan cara termudah untuk kembalikan diri anak seperti asal adalah dengan tanya dalam diri anak ;

1) kenapa aku diciptakan
2) siapa pencipta aku
3) nikmat apa yang Dia beri setiap satu
4) apa persediaanku menghadapi kematian
5) tempat tinggal yang kekal mana nanti aku akan tinggal dilihatkan dengan amal2 ku
6) apa yang telah kulakukan denga nikmatnya
7) dosa-dosaku yang kulakukan... (tangan, mata, hati, kaki, mulut...dsbg)
8) adakah berkualiti amal2 baik yang kulakukan (*riya', 'ujub...)
10) bagaimana dengan titian sirat yg akan kulalui nanti
11) timbangan amalanku.. (Timbang Allah adalah paling teliti dan 'adil)
12) dan seribu satu soalan yg mengingatkan alam akhirat)

mak cik: wahai anakku, mahukah kamu melihat wajah pencipta yang amat menyayangimu.. di syurga nanti, dan hidup bersamanya selamanya dalam keadaan penuh nikmat yang tidak tergambar oleh kotak fikian kita.. mintalah pendapat2 sahabat2 yang kamu percayai, yg boleh membantumu kembali ke jalan asal.

lihat semula dirimu sedalam2nya. apakah kamu tahu bila tarikh mati mu dan bersedia mengahadapinya..

astaghfirullahal'adzim.

anak: (*terdiam, bisu seribu bahasa, cuba merenungkan kembali dirinya)

mak cik:Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) [Surah al-Israa ayat 32]

Katakanlah pada orang-orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya yang demikian itu adalah lebih baik bagi mereka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya ........ [Surah An-Nur ayat 30-31]

Janganlah kamu mengikuti pandangan pertama (kepada wanita) dengan pandangan berikutnya. Kerana yang pertama itu untukmu dan yang kedua adalah dosa[Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi dan Hakim).

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang-orang beriman, hendaklah mereka mengutamakan rasa malu (salah satu akhlak yang mulia) dan iman merupakan dua hal yang tidak boleh dipisahkan antara satu dengan yang lain, maka apabila salah satunya diangkat (hilang) maka hilanglah yang lain.(Hadis riwayat Al Hakim dan At Thabrani)

Sesungguhnya kepala(seorang lelaki) yang ditusuk dengan besi itu jauh lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.(Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi)Tercatat atas anak Adam nasibnya dari perzinaan dan dia pasti mengalaminya. Kedua-dua mata zinanya melihat, kedua-dua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang dengan keras), kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang berhasrat dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya.(Hadis riwayat Bukhari).

sahabat2 yg disayangi,hidup adalah rangkaian pilihan demi pilihan, hanya orang-orang yang berusaha memelihara hubungan dengan Allah dan mencari ilmu sahaja yang akan memilih kebenaran. Kerana rezeki, maut, dan jodoh setiap manusia telah Allah tetapkan, maka yang perlu kita lakukan adalah bagaimana untuk selalu memperbaiki usaha kita dalam menerima ketiga-tiga perkara itu. Banyak perkara yang kita pandang baik, namun tidak dalam pandangan Allah. Bersabarlah atas takdir Allah, kerana sesungguhnya buah kesabaran itu sangat manis dan sangat lazat.

wallahua'lam.

AdAkAh KiTa ISLAm???



Assalamualaikum

Peringatan buat diriku yang sering lupa........

Adakah kita seorang Islam????

Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai
masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita
menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering
lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita?
Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang
Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari.

Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu,
kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi,
peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah
kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah
bala!! Tanda kemurkaan Allah!!

Adakah kita benar-benar seorang Islam????

Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa
kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha
dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat,
bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang
ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan
menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.

Adakah kita yakin kita seorang Islam???

Jadi, mengapa kita begitu asyik mendengar lagu-lagu yang haram hukumnya
disisi Islam dan sanggup membiarkan diri kita dalam gejala ikhtilat.Kita sanggup meluangkan masa dengan teman kita yang bukan muhrim dengan bersms,chatting,dating dan sebagainya. Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau
sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata
kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita
masih leka di buai muzik dan lagu-lagu yang sama sekali tidak ada dalam
anjuran Islam.

Siapakah Siti NurHaliza, Backstreetboys, 911, West Life, KRU, Ziana Z
ain...??? Adakah mereka dapat memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak.

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..Tidakkah
kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah... Siapa diri
kita sebenarnya!!!! Firaun??? Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya,
wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!!



Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????

Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih
mendedahkan aurat. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat,
Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah kita
menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal
menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan
puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita
sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri. Ketahuilah... sesungguhnya
Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa,
kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! Kita tidak takut dosa. Berapa
banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian???

Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat????

Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam.
Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan
diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari
perbuatan mungkar.

Kita pergi kuliah, pergi kerja ... ** kita yakin kita telah menutup aurat?
Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela?
Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti
yang kita minum sekarang? Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?

Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ... ** kita yakin semua
itu dapat membantun kita menjelangnya fitnah kubur? Kita berpuasa ... **
kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat?
Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita? Kita sakit ... ** kita
tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?

Siapa Kita????

Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa
hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Ketahuilah
bahawa, mereka yang suka berlawak jenaka akan dicampakkan ke dalam NERAKA
yang paling JAUH..... sejauh bintang Suraya...

Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh
sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya.
Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI!!!!

Siapa kita????

Kita adalah hambaNya.



Wallahu'alam

Wednesday 23 July 2008

Update! Qiam Batch11

Assalamualaikum,

Ada pengumuman penting tentang qiam...

Harap semua bersedia... (macam ape je bunyi nye)

Qiam telah ditunda ke 5-6 September.

Iftar la kiranya...

Ana cuma menjalankan tugas... Ada sebab ye kenape qiam di-'postponed'...

TQ. Wassalam...

Friday 18 July 2008

AJK Qiam B11

ORGANISASI QIAM FORM 4

Guru Penasihat: Ustaz Iswan

Pengarah: Ahmad Akmaluddin
Timb. Pengarah: 'Atieqah Syaheerah

Setiausaha 1: Irfan Ahnaf
Setiausaha 2: Ainnur Adliyah

Bendahari 1: Sulaim
Bendahari 2: 'Athifah Ida Mestika

AJK Program 1: # Haneef Zulfendi
# Azzam Tarmimi

AJK Program 2: # Aaeshah Mahmoud
# Farah Farhanah

AJK Makanan 1: Khairul Rijal
AJK Makanan 2: Farah Sofia

AJK Kebersihan 1: Muqsit
AJK Kebersihan 2: Aini Ibrahim

AJK Tempat & Penginapan 1: Imran Omar
AJK Tempat & Penginapan 2: Izzah Amalia

AJK Disiplin 1: Syauqy
AJK Disiplin 2: Shafiyah

AJK Multimedia 1: Ammar Aminuddin
AJK Multimedia 2: Nadia Hakim

AJK Teknikal 1: Fateh Hakim
AJK Teknikal 2: Aqilah Mazlan

AJK Promosi 1: Ghazali
AJK Promosi 2: Wan Hanan

AJK Jualan 1: Naqib Mohd Noh
AJK Jualan 2: Ain Azman

AJK Hadiah: Massitah

AJK Sponsor: Nurul Afiqah Zabri

Wednesday 16 July 2008

biskot sedap


cube teka,

ape bende bulat2 tuh?

pinggan?


bukan...

piring?


bukan...

itu namenye.....





BISKOT! nk recipe die? senang je, amik lumpur, campur air... golek2 menjadi bebola kemudian penyekkan sehingga berbentuk circle yg leper..

x caye? betol...

itu namenye dkt HAITI,

taak, bukan high-tea... tp h a i t i

nih usaha penduduk2 disane utk menghandelkn krisis mknn yg melanda skrg + harga barang yg semakin naik... harga? 5 sen shj sekeping..

"A reporter sampling a cookie found that it had a smooth consistency and sucked all the moisture out of the mouth as soon as it touched the tongue. For hours, an unpleasant taste of dirt lingered."

for more:
http://www.msnbc.msn.com/id/22902512/

Qiam B11

Assalamualaikum...

Ana post ni cume nak beritahu bahawa QIAM B11 TELAH DITUNDA.

Jadi, qiam bukan pada 1 Ogos... ada kesulitan berlaku...

Tarikh baru belum ditetapkan...

TQ.

Sunday 13 July 2008

TiNtA tAuBaT



Ampunkanlah aku, sesungguhnya dosa-dosaku telah
meliputi diriku

Matikanlah aku didalam agama Nabi Muhammad

Hidupkanlah hatiku dihari semua hati hidup

Sembuhkanlah hatiku dari penyakit yg menguasainya
Ya Allah yg mengubati para hamba
kurniakanlah rasa hampir denganMu

Aku sangat perlukan Engkau dan kasihkan Engkau
Kurangkanlah kegelinciranku

Kurniakan rasa hampir denganMu
Sesungguhnya penyakitku akan sembuh dengan rasa hampir denganMu

Terlalu panjang malam aku melakukan maksiat itu
Malam itu telah berlalu dan dosanya tetap ada pada diriku

Apakah daya upayaku,
aku telah melakukan derhaka secara jahil
Bagaimanakah aku tidak malu,Engkau sentiasa melihat dan menunggu
YA RABBI

Taubat bermakna kembali dr berbagai sifat tercela kepada berbagai sifat terpuji.Dikatakn sesiapa yg kembali dr perkara-perkara yg berlawanan dgn hukum Allah dlm keadaan takutkan azab Allah,maka dia adlh orang yg bertaubat dr dosa.

Wajib bg seseorang hamba agar segera bertaubat supaya ia dapat membersihkn diri dr kemurkaan Allah dan agar dia terlepas dr seksaan yg selama-lamanya dan dapat mencapai kebahagiaan yg abadi dan dapat pula menghampirkn diri dipintu Allah dan rahmatnya.Agar dia dapat taufiq dan hidayah untk membuat perkara ketaatan.

Firman Allah:
"Dan bertaubatlah kamu sekalian kpd Allah hai orang-orang mukmin agar kamu beroleh kejayaan"

Firman Allah:
"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu bertaubat dengan taubat nasuha"

Sabda Nabi:
"Sesungguhnya Allah tdk melihat rupa dan tidak pulakpd harta kamu, akan tetapi Allah melihat hati kamu"

KELEBIHAN TAUBAT

firmaN Allah:
"Sesungguhnya Allah menyukai orang yg bertaubat dan Allah kasih terhadap orang-orang yg menyucikan diri"

Sabda Nabi:
"SeSungguhnya Alah membuka tangaNya pd waktu malam untk menerima taubat orang yg melakukn kejahatan pd waktu siang dan Allahembuka tanganNYa pd waktu siang untk menerima taubat orang yg melakukn kejahatan pd waktu malam,hinggala terbit matahari dari barat"

Sabda Nabi:
"Orang yg bertaubat itu adalah kekasih Allah dan orang yg bertaubat dr dosa itu seperti orang yg tdk ada dosa langsung"

Sabda Nabi"
"Sesungguhnya kebaikn-kebaikan itu akan menghapuskan berbagai kejahatan sebagaimana air menghapuskan kekotoran"


Ya Tuhanku kurniakanlah taubat sehingga aku dapat bertaubat

Syarat-syarat taubat:

1)ada rasa menyesal terhadap dosa-dosa yg dilakukan
2)keazaman tidak akan kembali atau mengulangi dosa
3)hendaklah meminta maaf kepada orang yg dizalimi
4)hendaklah meminta halal dari orang-orang yg pernah bersengketa kemudian berbuat baik kepada mereka sekiranya boleh
5)wajib mengqadhakan perkara-perkara yg difardhukan keatasnya yg tlh tertinggal
6)setelah bertaubat maka wajarlah ia mengasuh dan membiasakn diri untk taatkan Allah
7)hendaklah ia meninggalkan sahabat yg jahat
8)Janganlah meninggalkan taubat jika ia melakukn dosa lagi kerana seseorang itu bila bertaubat Allah terima taubatnya.
9)tidak wajar ia berputus asa dr rahmat Allah

Firman Allah:
"Sesungguhnya tidak berputus asa dr rahmat Allah kecuali orang-orang kafir"

Hujjah al-Islam al-Ghazali berkata:

"Sesiapa yg tidak segera bertaubat dengan melambat-lambatkannya ia berada diantara dua bahaya besar;
1)kegelapan maksiat itu akan bertompok-tompok didalam hatinya sehingga jadilah ia sebagai dinding yg menghalang yg sangat keras yg tdk boleh dihapuskan
2)ia akan segera sakit atau mati maka ia tidak dapat peluang dan masa untuk berusaha menghapuskan kegelapan dosa itu.

Oleh itu maka diriwayatkan didalam al athar:
"Bahawa kebanyakan keluhan ahli neraka ialah disebabkan sifat berlambat-lambat tersebut dan kebanyakan jeritan mereka ialah: Hai celakanya org yg melambat-lambatkan.Tidaklah binasa masuk neraka orang yang binasa itu kecuali dengan bertangguh-tangguh dan tidaklah berjaya orang yg berjaya masuk syurga itu kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera"


WAHAI SAHABATKU SEKALIAN ,MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK KEMBALI KEPADANYA

BERSAMBUNG.....

Wednesday 9 July 2008

KITA adalah cErMin!

Bismillahirrahmanirrahim.


*Artikel dipetik dari iluvislam.com. Moga bermanfaat!*

.KITA adalah CERMIN.
Azree Hanifah

“Perempuan Islam kena pakai tudung kan?” Tanya beberapa peserta perempuan India di Kem Seri Perkasa. Pada malam itu saya sedang duduk berbual-bual bersama beberapa orang rakan di dewan makan.

Kami didatangi sekumpulan peserta PLKN India perempuan yang seakan mahu bertanya banyak hal. Dan itu antara soalannya.

“A’ah. Kalau dalam Islam ia dimasukkan dalam kategori wajib yang maksudnya mesti atau tidak boleh tidak buat perkara tersebut. Jadi, semua orang perempuan memang kena pakai tudung tu,” Jawab Zulhaizar kepadanya. Saya sekadar menganggukkan kepala sahaja mengiyakan jawapannya.

“Kalau macam tu kenapa ada peserta perempuan kat bilik kami tak pakai tudung pun bila keluar?” Soalnya pula. Soalannya kali ini sedikit mengejutkan saya. Tidak tahu hendak dijawab bagaimana. Seakan tempelaknya terkena ke muka saya juga.

“Manusia ni walaupun berbeza agama tetapi perangainya tetap sama. Ada yang hendak ikut undang-undang dan ada yang langgar. Samalah macam pelajar sekolah, ada pelajar yang ikut peraturan dan ada pelajar yang tak ikut,” Dan saya harap jawapan ini dapat menjawab soalannya tadi.

Cuma apa yang ingin diutarakan di sini, bukan isu bagaimana hendak menjawab soalan tersebut. Tetapi isunya adalah jika seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, yang rosak bukan sekadar namanya tetapi juga organisasi yang dimasukinya. Mugkin ada sedikit terpantul kepada organisasinya itu.

Begitulah juga dengan agama yang anda pegang hari ini. Setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai jenis manusia. Tidak kiralah orang itu agama apa. Tetapi mereka juga memerhati tingkah laku kita.

Dan mungkin jika kita berkelakuan tidak elok, ada jenis yang sekadar mempersoalkannya di dalam hati, tetapi bila sampai ada orang yang mahu mengajaknya masuk ke dalam Islam, jangan hairan jika perkara tersebut yang akan menjadi persoalannya nanti.

Dan andai orang yang melihat jika kita berkelakuan tidak sedap dipandang itu adalah orang Islam sendiri tetapi ragu-ragu dengan keislamannya, mungkin hal ini menjadi lebih parah lagi.

Kita Adalah Cermin


Ada satu lagi kisah yang saya alami semasa mengikuti Program Latihan Khidmat Negara dulu. Ada seorang sahabat baik saya seorang lelaki cina, Ng Teng Hong.

“Azree, kamu orang Islam kena sembahyang hari-hari kan?” Saya menganggukan kepala dan kemudian dia menyambung, “Tapi kenapa tak nampak diorang sembahyang pun.”

Itu pandangan seorang beragama Budha terhadap kami peserta Muslim. Kemudian masih dalam perkara yang sama tetapi saya berhadapan dengan peserta lelaki yang beragama Islam pula bila diajak sembahyang sama-sama.

“Kau nak ajak aku buat apa. Tu budak sekolah agama tu, tak sembahyang pun,” Katanya sambil menunjukkan ke arah seorang rakan sebilik. Terasa dengan kata-kata rakan itu, barulah dia sembahyang juga. Tapi, tidak pasal-pasal nama ‘sekolah agama’ juga yang keluar.

Teringat kata Nabi Muhammad, “Seorang yang beriman itu adalah cermin kepada saudaranya.”

Kata-kata yang ringkas tetapi memberi makna mendalam. Nabi Muhammad hanya mengibaratkan seorang muslim kepada muslim yang lain dengan objek cermin. Mesti ada sebab-sebabnya.

Ciri-ciri cermin


Saya cuba bahagikan kepada dua untuk menerangkan ciri-ciri cermin ini. Pertama, bagaimana kita cirinya yang perlu kita ambil. Kedua, ciri-ciri cermin yang perlu kita berhati-hati.

Kenapa kita pula yang kena berhati-hati? Kerana Nabi Muhammad telah mengibaratkan kita sebagai cermin. Cuma kita kurang berhati-hati dengan sifat kita yang seperti cermin.

Ciri paling umum sesuatu cermin adalah pantulan(reflection). Apabila kita berdiri di depan cermin, akan wujud imej kita di cermin tersebut. Itulah yang dipanggil sebagai pantulan. Sifat pantulan inilah yang perlu ada bagi setiap orang muslim, tidak kira jurujual, doktor, peguam dan lain-lain lagi.

Dan kita perhatikan pula bagaimana cermin bertugas dalam memberi pantulan(reflection) yang perlu kita tiru:

1. Senyap - Cermin memberi reflection tanpa berkata apa-apa. Begitulah juga kita, untuk menegur, perlulah menegur secara hikmah, baik bukannya dengan cara memaki hamun, mengata, mengumpat dan sebagainya.

2. Sepanjang masa – Cermin memberi reflection sepanjang masa, tidak kiralah bila-bila masa kita ke cermin tersebut, pasti cermin tersebut akan menjalankan tugasnya. Dari pagi sampailah ke pagi esoknya. 24 jam. Begitulah juga dengan kita, perlu memberi imej diri yang baik 24 jam. Dari bangun tidur hinggalah tidur semula. Bukan sejam dua sehari.

3. Tidak lupa tugas - Jika kita memecahkan cermin, kita masih boleh nampak diri kita pada serpihan-serpihan cermin itu kerana perlu diingat reflection cermin sepanjang masa. Signifikannya biar dimaki hamun, dizalimi, atau dalam keadaan susah kita tetap perlu menunjukkan imej muslim yang baik.

4. Tidak mengungkit - Keburukan yang terserlah hanya diberitahu semasa kita berhadapan dengan cermin. Cermin tidak akan menyimpan imej-imej buruk tersebut selepas kita beredar dari cermin tersebut. Begitulah juga dengan kita, setelah memberi teguran kepada saudara kita, haruslah kita cuba melupakan keburukan mereka.



Kemudian kita lihat pula apa ciri-ciri cermin yang perlu kita berhati-hati:

1. Tidak memilih imej - Cermin tidak memilih imej untuk dipantulkan. Kalau imej luar seseorang itu buruk, maka buruklah juga imej dalam cermin tersebut. Jadi, perlu kita hati-hati setiap masa kerana diri kita sentiasa memberi pantulan imej muslim kepada orang ramai.

2. Boleh berhabuk dan berdebu - Cermin tidak boleh memberi imej yang sempurna dalam keadaannya berhabuk dan berdebu. Jadi, walaupun imej kita baik tetapi badannya penuh debu atau kotor, ia tidaklah dapat memberi imej yang baik sepenuhnya.

Anda ada idea lagi tentang ciri-ciri cermin? Boleh kongsikannya dengan saya.


Sumber: Isi-isi tentang cermin ini diambil dari khutbah jumaat pada 16 November, Riley Smith Hall, University Student Union, University of Leeds. www.ibnulatef.blogspot.com.


*Azree Hanifiah merupakah salah seorang penulis jemputan iLuvislam.com. Beliau kini merupakan seorang pelajar kejuruteraan di UIAM. Artikel dipetik daripada blog [studiomuslim.com] beliau.


gHuZwAtUl FiKr



Apakah itu ghuzwatul fikr?

Ada juga pihak yang menyebutnya ghazwul fikr... Mohon pihak yang lebih arif dalam bab bahasa Al-Quran ini dapat membimbing saya... (Harith?)

Apa-apapun, ia secara literalnya bermaksud PERANG PEMIKIRAN. Perang Pemikiran?

Namun, bukan itu agenda untuk posto kali ini. Asal-usul dan perinciannya insyaAllah akan kita sama-sama bincang dalam posto-posto berikutnya [1]. Ingatkan nanti ya...

So, apa itu porno? Bahan-bahan lucah tidak kisah dalam bentuk novel, artikel, gambar mahupun video. Saban hari, bahan-bahan tersebut semakin senang dan sewenangnya dibiarkan melata di Malaysia ini. Malah, di negara-negara 'jajahan baru', contohnya Iraq dan Afghanistan (yang suatu masa dahulunya dibawah naungan islam), hiburan sebegini umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Rata-rata pawagam akan menonjolkan wayang erotic dan yang mengejutkan, sambutan dari 'ikhwah-ikhwah' di sana, bukan main hebat lagi.

Di Malaysia, tidak kurang juga. Kita berperang melalui komputer, internet dan televisyen. Pernah suatu ketika dahulu, saya terbuka LAN bersama rakan-rakan sebaya yang lain. Begitu mengejutkan saya apabila didapati bahawa masing-masing seumpama memiliki perpustakaan bahan-bahan sedemikian dan bukan itu sahaja, mereka juga turut berkongsi sesama mereka bahan-bahan tersebut.

Puas saya bersangka baik, akhirnya saya bertanya kepada mereka, apakejadahnya tu? Mungkin cara saya mendampingi mereka disenangi, maka mereka berkongsi bahawa perkara ini merupakan perkara biasa di Universiti. Yang lebih mengejutkan, di kolej lama mereka yang berpenghuni ribuan pelajar, bahan-bahan ini telah dibudayakan, menjadi kebiasaan mereka umpama pelajar di kolej kami bertukar-tukar anime. Seteruk itulah mereka.

Jadi, apa persepsi anda semua terhadap porno?

Saya yakin, Allah masih memelihara sebahagian kita supaya terus membenci kemaksiatan ini. Tidak kurang juga, Allah menguji sebahagian daripada kita, mengunci hati kita dengan mengatakan ini semua adalah perkara biasa, lagi-lagi di akhir zaman ini.

Tertarik saya ingin berkongsi pembacaan saya dalam web rasmi David Duke (www.davidduke.com) berkenaan dengan isu ini. Ia bertajuk,

"Professor Yahudi menyatakan porno digunakan oleh Yahudi sebagai senjata menentang gentile (bangsa selain Yahudi)"




Jewish Professor of American History at Aberdeen University in UK, Prof. Nathan Abrams. He boasts that Jews were the driving force of the modern pornographic industry and that their motivation is in part to destroy Gentile morals.


Menarik kan?


A story little told is that of Jews in Hollywood’s seedier cousin, the adult film industry. Perhaps we’d prefer that the ‘triple exthnics’ didn’t exist, but there’s no getting away from the fact that secular Jews played (and still continue to play) a disproportionate role throughout the adult film industry in America. Jewish involvement in pornography has a long history in the United States, as Jews have helped transform a fringe subculture into what has become a primary constituent of Americana. These are the ‘true blue’ Jews.

Jewish activity in the porn industry divides into two (sometimes overlapping) groups: pornographers and performers. Though Jews make up only two per cent of the American population, they have been prominent in pornography. …

In the postwar era, America’s most notorious pornographer was Reuben Sturman, the ‘Walt Disney of Porn’. According to the US Department of Justice, throughout the 1970s Sturman controlled most of the pornography circulating in the country. … It was said that Sturman did not simply control the adult-entertainment industry; he was the industry. …

Many are entirely secular, Jews in name only. Sturman, however, identified as a Jew - he was a generous donator to Jewish charities. …

Abrams telah menunjukkan bahawa, penyelewengan moral dan akhlak di kalangan penganut agama kristian dan gentile merupakan sebab utama mengapa porno ini diwujudkan:

Is there a deeper reason, beyond the mere financial, as to why Jews in particular have become involved in porn? …

Al Goldstein, the publisher of Screw, said “The only reason that Jews are in pornography is that we think that Christ sucks. Catholicism sucks. We don’t believe in authoritarianism.” Pornography thus becomes a way of defiling Christian culture and, as it penetrates to the very heart of the American mainstream (and is no doubt consumed by those very same WASPs), its subversive character becomes more charged. …

Extending the subversive thesis, Jewish involvement in the X-rated industry can be seen as a proverbial two fingers to the entire WASP establishment in America. …

Penentangan terhadap ekstrim kepada moral gentile, Kristian ataupun Muslim selalunya didefinasikan sebagai "kebencian" anti-Semitik. Abrams menulis dalam Jurnal Yahudinya bahawa ia dibentuk unutk meluluhkan budaya dominan di Amerika (pada awalnya) melalui penyerangan moral:

Jewish involvement in porn, by this argument, is the result of an atavistic hatred of Christian authority: they are trying to weaken the dominant culture in America by moral subversion. Astyr remembers having “to run or fight for it in grammar school because I was a Jew. It could very well be that part of my porn career is an ‘up yours’ to these people.” …

Begitu ketara sekali, tidak terdapat sebarang artikel di arus perdana yang mempamerkan "kebencian atavisitic" bangsa Yahudi terhadap gentile. Abrams lalu berbicara mengenai akar umbi revolusi Yahudi ini terhadap nilai-nilai di Eropah:


Jews were also at the vanguard of the sexual revolution of the 1960s. Wilhelm Reich, Herbert Marcuse and Paul Goodman replaced Marx, Trotsky and Lenin as required revolutionary reading. …

Pacheco was one Jewish porn star who read Reich’s intellectual marriage of Freud and Marx. …

In light of the relatively tolerant Jewish view of sex, why are we ashamed of the Jewish role in the porn industry? We might not like it, but the Jewish role in this field has been significant and it is about time it was written about seriously.

Sebagai penutupnya, penulis artikel ini telah menyatakan bagaimana segalanya terbalik dan gila dalam sistem di Amerika. Porno telah diindustrikan secara bebas, juga secara bebas disebarkan ke seluruh dunia dan akhirnya keruntuhan akhlak dan moral berlaku. Namun, jika ada pihak yang mencabar kedaulatan Yahudi di Amerika, mereka akan mendapati diri mereka di penjara.

Saya ingin bertanya kepada rakan-rakan (walaupun artikel ini agak kering dan mungkin ramai tidak berminat membacanya), sistem apa yang kita sedang gunakan di Malaysia ini?

Buat yang tak mengetahui, kita sedang menuju ke arah sebuah negara Demokrasi yang ideal. Kita sedang mencetak sistem di Amerika. Dan lambat laun kita akan mendapati kita sebahagian dalam sistem yang bercacat cela ini. Rendah nilai akhlaknya dan kosong jiwanya. Dan yang paling penting, ada tangan besar yang mengawal sistem ini. Tangan besar itu sangat hebat kuasanya sehingga kita yang sedar pun terpaksa mengikut telunjuknya.

Lalu, apa tindakan kita?

bismillahirrahmanirrahim,

assalamualaikum,






Wednesday 2 July 2008


Bismillahirrahmanirrahim.

Di Bumi Sendiri, Dewan Siswa Jun 2oo8

Segala puji hanya bagi Allah. Alhamdulillah.

Wajib berdakwah walaupun diri belum sempurna

Assalamualaikum, apa khabar iman kalian? serta dirimu yang Allah jadikan dengan sebaik-baik kejadian?. Mungkin tajuk yang ana ambil ini pernah disiarkan dilaman blog ini tapi ana menulisnya sekadar untuk memperingati diri ini dan juga sesiapa yang membaca artikel ini kerana kita hanyalah manusia biasa yang seringkali lupa.

kebanyakan daripada kalangan manusia mengetahui bahawa setiap orang di antara kita wajib melakukan dakwah. Akan tetapi masih ramai yang tidak mahu melakukan dakwah kerana masih merasakan diri belum sempurna. Hal ini boleh menyebabkan semakin berleluasa maksiat dan kemungkaran kerana ramai yang tidak melakukan amar ma'ruf nahi mungkar.

Teringat ana akan kata-kata seorang imam namanya Said bin Jubair; Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran sehingga dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada ma'ruf dan mencegah kemungkaran. Imam Malik amat bersetuju dengan Said dan menambah; "Dan siapakah diantara kita yang sempurna dan lengkap?

Secara dasarnya berdakwah itu wajib. Kadar minimum dalam mencegah kemungkaran adalah dengan hati, sebab itulah dalam sebuah hadis shahih dan diriwayatkan oleh imam muslim 'Barang siapa yang melihat kemungkaran hendaklah cegahnya dengan tangan, jikalau tidak mampu cegahlah dengan lisan jika tidak mampu juga cegahlah dengan hati dan itulah selemah-lemah iman. Daripada hadis ini kita dapat lihat bahawa dakwah itu mengikut kemampuan individu dan kadar paling mnimum dalam mencegah kemungkaran adalah dengan hati iaini membenci perbuatan mungkar tersebut.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda nabi; "jika hati seseorang tidak membenci kemungkaran, tidak akan ada selepas itu iman walaupun sebesar biji sawi. Betapa pentingnya mencegah kemungkaran walaupun dengan hati.

Nabi telah bersabda yang diriwayatkan oleh imam Bukhari; "Perumpamaan orang yang menjaga batas-batas agama Allah dengan golongan yang melanggar adalah diibaratkan seperti sebuah kapal yang dipenuhi penumpang pada bahagian atas dan bawah. Golongan yang berada di bawah apabila memerlukan air terpaksa mengambilnya di atas untuk mendapatkannya. Akhirnya penumpang di bawah berkata , 'alangkah baiknya jika kita tebuk saja lantai kapal ini untuk mendapatkan air dan dengan cara demikian kita tidak lagi menyusahkan rakan-rakan kita pada bahagian atas'. Jika penumpang pada bahagian atas tidak mencegah perbuatan rakan-rakan mereka di bawah, mereka semua akan tenggelam. Jika mereka mencegah, kesemua mereka akan selamat."