Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Monday, 22 December 2008

Minggu Penulis Remaja 2008 (MPR 08)

Kerabat MPR 2008

Bismillahirrahmanirrahim.


Satu pengalaman yang mengorak dalam hati abadi. Menjadi penulis!

Alhamdulillah, yang menjadi perintis adalah batchsebelas. MPR bukan program yang calang-calang diadakan. Hanya untuk yang serius, hanya untuk yang ada hati, ada jiwa.

Pahitnya, manisnya, Allahu a'lamu bissowab.

Minggu Penulis Remaja 2008
Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka
12/12/08 - 18/12/08
Bertempat di Menara PGRM, Cheras.

3 puisi dan 1 cerpen. Tugasan yang agak berat dan menuntut keikhlasan.

Melihat kota dengan mata hati. Aktiviti berdialog lalu bimbingan oleh fasilitator daripada penulis-penulis berwibawa, penyair Rahimidin Zahari (Kalau tak kenal, beliau penulis sajak Anak Laut), penyair Shamsudin Othman, cerpenis Saifullizan Yahaya dan cerpenis Nasriah Abdul Salam. Belajar untuk menulis cerpen dan puisi dengan lebih baik!

Peluang bertemu penyair Baha Zain dan novelis dan cerpenis Azizi Haji Abdullah kenangan yang indah dengan ilmu dicicip sepenuh rasa.

Melawat Dewan Bahasa dan Pustaka buat kali pertama! Di tingkat paling atas (tingkat 30), ada ana teringat amanah penulis, menulis satu amanah yang tinggi. Teringat juga kalian, batchsebelas.

Tahu tak, sastera darjatnya lebih tinggi daripada sejarah! Bayangkan. Sastera adalah pramal sejarah. Itu kata-kata En.Rahimidin Zahari berdasrkan puisi "Sungai Mekong" yang hadir sebagai puisi dengan beribu ambiguiti.

Mahu cerita lanjut, Qurratu'Aini Mun'im tidak mampu dengan kesuntukan masa yang menindih.
Doakan dengan sepenuh ketulusan, agar hati dan jiwa tidak modar semangat dan ruh menulis untuk manusia dan sarwajagat demi Allah S.W.T.

Pautan cerita, catatan MPR 08:


(Ada gambar 23 peserta MPR 08 seluruh negara)

Menulislah dengan hati!
- En. Shamsudin Othman

Tulis hanya yang baik.
- Kak Nasriah Abdul Salam

Sekali menulis, terus menulis!
- En. Rahimidin Zahari

Raden Qurratu'Aini Muhammad Mun'im
Mantan MPR 2008.


Yuk, kita menulis, tak kira siapa tak kira usia tak kira masa,
segala yang kita tulis dalam perkiraan-Nya,
majulah sastera untuk sarwajagat demi Allah!

Ada amanah yang berat di pundak.
Sekalipun begitu, beban adalah nikmat!
Moga terhindar fitnah hati dan segala riya'. Jadi penulis ikhlas!

2 comments:

akiem said...

saya sangat kagum dgn anda

bint R.I said...

segala pujian milik Allah.