Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Sunday 11 October 2009

PeNgUmUmAn

PERHATIAN KEPADA SEMUA AHLI BATCH 11

DIUMUMKAN SEKALI LAGI KEPADA BANIN..
SIAPA YANG HENDAK MENYERTAI PERKHEMAHAN INTERNASIONAL (PRINT) 09..
SILA BERI NAMA SECEPAT MUNGKIN KEPADA AKH IMRAN

Bayaran : Rm150
Tarikh : 21-24 Disember 2009

Jom sertai reramai untuk markah kokurikulum kita semua

Mencari Pengganti Dia

Tanggal 12 Februari 1949 telah meninggalkan sejarah hitam bagi gerakan Islam seluruhnya. Dunia kehilangan seorang ulama' ulung yang mempelopori gerakan mengemblikan Islam ke puncak kegemilangannya.

As Syahid Hassan Al Banna belum sempat melihat Islam didaulatkan kembali setelah kejatuhan khilafah Othmaniyyah, tetapi beliau telah menang dalam pertarungan mendapatkan syahid. Pemergian beliau bukan secara kebetulan, tetapi ia merupakan pembunuhan kejam yang terhasil daripada perancangan musuh-musuh Islam yang berselindung di belakang Raja Faroq.

Dua bulan sebelum kejadian, gerakan Islam yang diasaskan oleh As Syahid Hasan Al Banna telah diharamkan oleh kerajaan Mesir. Kesemua cawangannya di sana yang berjumlah lebih daripada 3,000 diarahkan supaya dibubarkan dan sekiranya masih beroperasi akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas.

Bukanlah suatu yang baharu bagi pemimpin Mesir menjadi 'pak turut' kepada negara-negara Barat. Dalam mengharamkan gerakan Islam ini, kerajaan Mesir secara jelas mengikut telunjuk Amerika Syarikat, Perancis dan Britain.

As Syahid Syed Qutub yang berada di Amerika ketika pembunuhan Hasan Al Banna menceritakan bagaimana rakyat Amerika Syarikat berpesta apabila menerima berita kematian Hassan Al Banna.

TRAGEDI

Ketika kejadian, Hassan Al Banna berjalan bersendirian di jalan Ramsis, Kaherah berhampiran dengan pejabat Jam'iyatus Syubbanil Muslimin (Persatuan Pemuda Islam). Bukti perancangan mereka terbukti apabila jalan yang biasanya sibuk itu menjadi lengang. Lampu-lampu jalan dipadamkan , semua kedai dan restoran ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melalui jalan berkenaan kecuali sebuah teksi yang beberapa kali berulang-alik mencari 'sesuatu.'

Oleh kerana tiada kenderaan lain, Imam Al Banna menahan teksi berkenaan untuk pulang ke rumahnya. Dengan tidak disangka-sangka, sebaik sahaja teksi berkenaan berhenti di hadapan beliau, tubuh beliau terus dirobek oleh peluru-peluru yang dimuntahkan oleh senjata pemandu teksi berkenaan.

Bagi menyempurnakan lakonan sendiwara seterusnya, Imam Al Banna di bawa ke Hospital Al Qasrul Aini. Di hospital berkenaan, dengan arahan daripada Raja (Al Malik) Faroq, Imam Al Bana di tinggalkan bersendirian tanpa diberi rawatan kecemasan hinggalah beliua menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tarikh 12 Februari, lebih 53 tahun yang lalu menjadi saksi pembunuhn kejam dan terancang pihak berkenaan ke atas imamul-jihad, As Syahid Hasan Al Banna.

Bukti Perancangan semakin terserlah apabila pada 4/7/49 kerajaan Al Malik Faroq mengisytiharkan anugerah khas kepada konspirator utama yang merancang pembunuhan berkenaan, iaitu ketua di jabatan siasatan jenayah Kementerian Dalam Negeri, Amir Mahmud Bek Abdul Majid dan pemandu serta pemilik teksi berkenaan.

Mereka dianugerahkan elun khas di atas 'jasa dan kesungguhan berkhidmat memastikan keamanan negara.'

TEKANAN

Bergembiralah musuh-musuh Islam dengan kejayaan mereka membunuh pengasas gerakan Islam pertama di dunia selepas kejatuhan khilafah Othmaniyyah.

Dengan kejayaan mereka membunuh Imam Al Banna, maka bertambahlah tekanan demi tekanan ke atas pengikut-pengikut serta anak-anak murid Imam Al Banna. Mereka mencari anggota Ikhwanul Muslimun dari rumah ke rumah serta memenjarakan mereka.

Rumah As Syahid Imam Al Banna tidak terkeculi daripada pemeriksaan. Bahkan mereka mengadakan kawalan khas di sekeliling rumah berkenaan selama dua tahun. Sesiapapun tidak dibenarkan menghubungi keluarga Imam Al Banna. Sesiapa yang cuba menghubungi keluarga berkenaan akan ditangkap dan dipenjarakan.

Talian telefon di rumah berkenan dipotong. Tidak cukup dengan itu, mereka akhirnya mengelurkan arahan supaya rumah berkenaan dirobohkan dengan alasan ianya sudah usang dan dibimbangi akan membahayakan orang ramai, sedangkan rumah berkenan masih dalam keadaan elok.

Kebimbangan mereka ke atas dakwah Ikhwan ternyata sekali apabila jenazah As Syahid tidak dibenarkan diiringi oleh sesipapun di kalangan lelaki. Jenazah beliau diiringi oleh para malaikat dan kaum ibu ke kubur. Lelaki yng mengiringi beliau hanyalah bapanya, Imam Abdul Rahman Al Banna dan Syeikh Makram Abid.

Teknan ke atas anggota-anggota Ikhwan berterusan walaupun Al Malik Faroq sudah tidak berkuasa lagi di bumi Mesir. Tahun-tahun 1954, 1065 dan 1981 telah merakamkan seribu satu macam kengerian di atas penyiksaan yang dikenakan ke atas anggota Ikhwan.

Ramai ulama' dibunuh ditali gantung. Tidak kurang juga yang disiksa dengan pelbagai jenis penyiksaan di dalam penjara yang tidak diketahui di mana letaknya.

GAGAL

Musuh-musuh Islam menyangka mereka berjaya menyekat dakwah Islmiyyah dengan membunuh Imam Al Banna dan menekan pengikut-pengikutnya. Sebaliknya kehendak Allah mengatasi segala-galanya.

Dakwah Islmiyyah ini semakin tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Di sebahagian besar negara Arab kemudiannya ditubuhkan cawangan Ikhwnul Muslimun. Di Turkey ditubuhkan Refah Partisi. Di India, Pakistan dan Bangladesh ditubuhkan Jamaat-E-Islami. Di Malaysia ditubuhkan Hizbul Muslimin yang kemudiannya diharamkan oleh Inggeris dan digantikan dengan Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Di Indonesia, umat Islam menubuhkan Mayumi. Di Palestin di tubuhkan Hamas dan begitulah seterusnya. Parti dan gerakan Islam satu demi satu bercambah hasil daripada 'biasan sinar dakwah' Imam Al Banna rahimahullah.

MENGAPA DIBUNUH?

Rami berpendapat, Imam Al Banna tidak akan dibunuh jika beliau tidak menyertai jihad menentang Israel pada 1948. Mana mungkin imamul-jihad ini berdiam diri melihat Yahudi meratah-ratah daging saudaranya di bumi Isra'. Sebab itulah beliau menyandang senjata dan mengerahkan umat Islam supaya berjihad, menyahut seruan Allah di dalam Al Quran.

Maka 'jihad'lah yaang menjadi punca kemarahan musuh-muuh Islam. Sebelum itu mereka tidak begitu gentar terhadap dakwah Imam Al Banna.

Dakwah yang dilakukan oleh beliau di Mesir adalah dakwah yang penuh dengan hikmah; mengajak manusia kembali kepada Allah, melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Hasan Al Banna tidak pernah mengkafirkan sesiapa sesuka hati. Tidak pernah mengarahkan sesiapa melakukan pembunuhan ke atas pemimpin-pemimpin tertentu dan tidak pernah merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan.

Dakwah sebegini lazimnya tidak mengundang sebarang tindakan negatif pihak musuh. Tetapi sebaik sahaja melihat kejayaan beliau mengajak umat Islam Mesir menyerti peperangan terhadap penjajah Israel di bumi Palestin, maka musuh-musuh Islam merasa gerun.

Mereka bimbang, orang yang mampu mempengaruhi orang ramai ini akan menumbangkan kuasa mereka suatu hari kelak. Peritiwa ini seakan-akan sama dengan peristiwa Singapura diserang todak. Budak yang berjaya menyelamatkan Singapura daripada diserang todak itu akhirnya dibunuh kerana dibimbangi kepintarannya itu akan menyebabkan kuasa raja tumbang suatu hari kelak.

JASA 1948

Betapa besarnya jasa Imam Al Banna dalam menggerakkan umat Islam berjihad menentang Yahudi! Dalam keadaan umat Islam terlena dibuai mimpi-mimpi indah, beliau menyedarkan mereka supaya bangkit dan menghalau penjajah di Baitul Maqdis.

Mereka bangkit dan berada di barisan hadapan daripda pasukan tentera Mesir ketika itu. Dengan semangat jihad yang kental yang ditanam oleh Imam Al Banna mereka melangkah gagah dan hampir setiap pertempuran menyaksikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Ketika mereka sudah berada dipinggir Tel Aviv, kerajaan Mesir memanggil pulang. Dan apabila pulang, mereka dapati pemimpin mereka, Imam Al Banna telah dibunuh dengan kejam.

Bahkan mereka yang pulang itu pula ditangkap dan dipenjarakan. Kepulangan mereka bukan disambut dengan bunga manggar mahupun anugerah pahlawan. Bahkan mereka disambut dengan penjara dan tali gantung.

Bermula tanggal berkenaan, Yahudi kembali berkuasa ke atas seluruh Palestin sehinggalah ke hari ini. Mereka kembali melakukan kekejaman ke atas umat Islam tanpa mengira lelaki mahupun wanita, dewasa mahupun kanak-kanak, muda mahupun tua.

Dr Ahmad Al-Malat, Pengerusi Persatuan Perubatan Islam Kaherah yang merupakan salah seorang anak murid Imam Al Banna berkata, “Kalaulah tidak kerana pengkhiantan yang dilakukn ke atas Imam al Banna nescaya tinta sejarah (Paletin) telah berubah (insya Allah).”

Dr Al-Malat adalah salah seorang doktor bedah yang ditugaskan oleh Imam Al Banna untuk menyertai peperangan menentang Yahudi di Paletin. Beliau memberikan khidmat kepakarannya kepada mujahidin yang tercedera.

Bersempena ulang tahun pemergian Imam Al Banna, Dr Al-Malat yang sudah lanjut usianya berpesan kepada pemuda-pemuda gerakan Islam yang sedang ditekan di seluruh dunia, “Kita mahu pemuda-pemuda yang berkata kepada dunia, 'Cukuplah....'. Kita mahu pemuda-pemuda yang sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan musuh... Sesungguhnya pertembungn di antara hak dan batil berterusan tanpa henti. Dan kita adalah tentera di pihak yang hak. Untuk itu kita perlu menggantikan panglima ini (Imam Al Banna) yang telah menjual dunia dan membeli keredhaan Allah...”

MENCARI AL BANNA KEDUA

Kini, ketika dunia sedang menyaksikan penindasan berterusn ke atas umat dan gerakan Islam, kita mengharapkan Allah melahirkan seorang lagi pemimpin Islam seperti Hassan Al Banna.

Tidak adakah seorang dikalangan umat Islam kini yang mampu mengembalikan maruah Islam setelah dirobek-robekkan oleh Amerika, Britain, Israel, Perancis dan sekutu mereka di Palestin, Afghanistan, Iraq, Mindanao, Checnya, Kashmir dan lain-lain.

Sudah tibakah masa yang dijanjikan Allah, apabila umat terdahulu diuji dan dicuba lantas berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya:

"Bilakah akan datangnya pertolongan Allah?"

Allah menjawab: "Ketahuilah, pertolongan Allah semakin hampir.

Compiler: Raasihun

www.raasihun.cjb.net

Tuesday 6 October 2009

Gempa Bumi Sumatera

baca ni dulu:

7.6-magnitude earthquake strikes off Indonesia's Sumatra island

Jakarta - A strong undersea earthquake struck off the western coast of Indonesia's Sumatra island late Wednesday afternoon, but there were no immediate reports of injury and damage, seismologists said. The quake, measuring at 7.6 on the Richter scaled, struck at 5:16 pm (1016 GMT) at a depth of 71 kilometres, about 57 kilometres south-west of Pariaman on West Sumatra province, Indonesia's National Meteorological and Geophysics Agency (BMG) said.

The agency said there were no immediate reports of injury or structural damage from the quake.

Indonesia, the world's largest archipelago, sits on the Pacific "Ring of Fire," the edge of a tectonic plate prone to seismic upheaval.

A major earthquake and subsequent tsunami struck in December 2004, leaving more than 170,000 people dead or missing in Indonesia's Aceh province and half a million people homeless.

Perhatikan masa kejadian - 5.16pm. Cuba tukarkan ke dalam sistem masa 24 jam. Maka jadinya 1716 bukan?
Cuba perhatikan angka-angka tu, dan cuba terjemahkan pulak 1716 menjadi bentuk nombor surah : nombor ayat al-Quran.
Maka jadinya surah ke 17, ayat ke-16. Mari kita lihat apa yang ada di sebalik ayat itu...

"Dan apabila sampai tempoh kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya."

"And when we decide to destroy a town (population), we (first) send a definite order (to obey Allâh and be righteous) to those among them [or we (first) increase In number those of its population] who are given the good things of this life. Then, they transgress therein, and Thus the word (of torment) is justified against it (them). Then we destroy it with complete destruction."


(Surah al-Isra', ayat 16)

Adakah peristiwa yang berlaku itu petanda kemurkaan-Nya, atau sekadar satu kebetulan? Sama-sama kita fikirkan..

dicerap dari: sini

Terima Kasih Karim, Wallahu Akram!

Oleh: Ustaz Hasrizal (saifulislam.com)

malaysia-31342

Hujung serbanku selalu basah.

Sering menjadi tempat aku mengelap mata.

Tidak sedikit tangisan yang tumpah di sepanjang liku perjalananku mengenal erti dakwah.

Apalah yang budak hingusan ini tahu tentang perjuangan?

Namun dalam usia yang berputik jagung, kusambut satu azam yang Allah campakkan ke hulu hati, agar tidak berpaling lagi.

Jika setiap hari, kebanyakan teman sebayaku asyik melayan Rock kapak dan hidup ketawa, aku dan segelintir ghuraba’ di medan itu dilatih oleh para murabbi agar bertanya pada setiap perjalanan masa, “hari ini, apa yang sudah kubuat untuk Allah?”

Ungkapan yang lebih enak dalam bahasa khalifah terakhirku, “bugun, Allah’icin ne yaptin?”

REALITI DAKWAH

Benar sekali nasihat Luqman kepada anaknya tatkala buah hati pengarang jantung itu diperkenalkan kepada perintah dakwah.

31_17“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah seolat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang amat besar dan penting untuk dilakukan” [Luqman 31: 17]

Diejek, dipulau, dijadikan bahan ketawa, semua itu menjadi makanan harian di sepanjang hari-hari awal diriku mengenal erti dakwah. Kehidupan yang sedemikian rupa, menjadikan usia remajaku, tidak mudah untuk ditoleh sebagai kenangan yang menguntumkan senyuman. Biar pun diriku cemerlang dalam merangkul anugerah akademik saban tahun, tetapi graf kehidupanku tidak ubah seperti catatan mesin mengukur gempa bumi yang turun naik pada skala Richter.

Setiap kali graf itu mendatar, aku didatangi rasa bimbang dan gelisah.

Pasti ada sesuatu yang bakal datang menguji.

Allah tidak lama membiarkan diriku alpa dengan keamanan kerana mungkin Dia Maha Tahu bahawa aku adalah manusia yang hanya boleh dibentuk dengan musibah dan ujian, bukan kesenangan dan keselesaan. Justeru setiap tahun mastautinku sebagai thalib al-’ilm di sekolah, ada sahaja perkara besar yang menimpa sampai aku lali dengan segalanya.

UJIAN YANG MENYELAMATKAN

Selayaknya aku memuji Allah.

Rupa-rupanya segala kesusahan itulah yang menyelamatkan aku dari fitnah kehidupan di usia muda. Kesakitan menanggung dakwah menyebabkan aku hilang selera pada keseronokan yang digilai rakan-rakan seusia. Aku tidak mampu mengecap rasa manisnya kerana seluruh reseptor pada tubuh badanku hanya mengenal hidangan satu rasa. Bukan manis dan bukan masin. Hanya pahit, perisa kebenaran.

Aku berjaya menempuhnya.

Zaman persekolahan sudah lama berlalu.

Ia bersambung dengan perjalanan yang tidak pernah meredakan jatuh bangun kehidupan yang penuh liku. Aku juga yakin, beginilah sebenarnya jambatan untuk sampai ke Syurga. Dunia penjara Mukmin, jalan ke Syurga penuh ranjau yang menjanjikan damai di hujung perjalanan.

Namun Allah tahu sakit dan sihat iman hamba-Nya. Tidak sekali-kali dibiarkan hamba-Nya diuji hingga melepasi tahap keupayaan diri. Sesekali akan Allah datangkan sinar gembira, terutamanya pada melihat generasi-generasi yang menyusul di belakang berjaya menyertai mata rantai jalan ini.

Ketika fitnah Jahiliyyah semakin menggila, Allah suka memberi petunjuk kepada kita bahawa biar sehitam mana sekali pun pekatnya malam, sentiasa ada kunang-kunang dan pelita yang menyala tabah di sana sini. Semuanya demi menyedarkan kita, bahawa tiada malam kecuali datang selepasnya siang.

Di antara khabar gembira itu, ada yang datang segera, ada yang ditangguhkan-Nya ke masa yang lebih bermakna.

PERTEMUAN YANG TIDAK DIDUGA

“Assalamualaikum. Hoi, kau tak kenal akukah?” tanya seorang lelaki yang memegang lenganku di sebuah pasar raya.

“Waalaikum al-Salaam. Muka sangat familiar. Tapi ana tak berapa ingat di mana kita bertemu,” saya berterus terang sambil menjawab salamnya.

“Kau memang tak ingat aku sebab kau tentu berusaha keras nak lupakan aku. Aku Karim, senior kau kat Izzuddin dulu,” katanya penuh semangat.

Lucu juga. Seorang aku engkau, seorang ana anta.

Aku tersenyum mendengar ulasannya bahawa dia pasti terhapus daripada ingatanku dek pengalaman aku bersamanya semasa di sekolah dulu. Karim (bukan nama sebenar) adalah di antara senior yang amat membenciku. Sebab itu wajar bagi beliau untuk aku tidak mengingatinya.

Kami berbual sedikit tentang perkembangan masing-masing. Katanya, beliau teragak-agak mahu menegurku sebab aku sudah menjadi selebriti! Tetapi dia gagahkan diri menegur kerana ada hajat yang mahu ditunaikan.

“Aku sebenarnya ada dua benda yang aku nak cakap dengan kau. Satu nak minta maaf, satu nak ucap terima kasih!” ujar Karim kepadaku.

“Err, lain betul bunyinya tu. Apa bendanya?” aku bertanya.

“Aku nak minta maaf pasal kotak Yeo’s!” katanya kepadaku.

“Hahaha!” aku tidak dapat menahan ketawa.

Peristiwa itu sudah aku lupakan tetapi tidak bagi Karim.

KISAH LAMA

Semasa aku di Tingkatan 4, aku menjadi Presiden BADAR pertama yang dilantik daripada kalangan pelajar Tingkatan 4. Selalunya jawatan penting ini disandang oleh senior di kelas STA1 atau Tingkatan 6 Rendah.

Karim yang sudah sekian lama membenciku, mungkin kebencian jadi bertambah-tambah dengan perlantikan itu.

Suatu petang, semasa aku berjalan sendirian di koridor menuju ke bilik Ketua Pelajar bagi memasang kaset alunan nasyid tanda menjelangnya Maghrib, aku dikejutkan sesuatu. Sebuah kotak air minuman Yeo’s yang masih separuh berisi jatuh dari tingkat atas tepat mengena dahiku. Sebahagian daripada air tebu sintetik itu tumpah ke mukaku dan dahiku sakit terkena bucu kotak itu.

Aku menoleh ke atas dan ternampak Karim ketawa melihat hasil kerjanya yang menjadi itu.

Hujung serban kutarik untuk mengusap muka yang basah.

Aku tidak pernah menceritakan kejadian ini kepada sesiapa kerana ia terlalu simbolik. Biar pun sekotak air yang dicampak ke muka, terlalu ringan jika mahu dibandingkan dengan kesengsaraan generasi dakwah yang silam, ia tetap menjadi kenangan yang amat simbolik dalam liku-liku hidupku mengenal dakwah. Kotak Yeo’s itu menjadi simbol kebencian Karim kepadaku, yang tidak pernah menginginkan apa-apa kepadanya kecuali kebaikan dan keselamatan dunia dan Akhirat.

“Ana dah tak ingat cerita tu!” aku tersenyum dan tersentuh dengan permohonan maaf Karim.

“Kedua, aku nak ucap terima kasih!” kata Karim lagi.

“Terima kasih sebab apa?” aku kehairanan.

“Masa di sekolah, macam-macam orang buat kat engkau. Tapi kau buat bodoh je. Kau cakap, cakap, dan cakap. Sebenarnya, bila aku dah keluar sekolah, sambung kat U, dah kahwin, jadi laki orang, jadi bapak orang, barulah aku tersedar, nak jadi orang… haha!” Karim bercerita dengan tawa bercampur rasa.

“Bila aku tersedar dan nak berubah, semua yang kau pernah cakap masa di sekolah dulu, sedikit sebanyak itulah yang aku pakai. Lagi pun banyak yang kau tulis kat blog. Aku silent reader!” Karim menyudahkan ceritanya.

Kata-kata Karim amat tulus dan ikhlas.

Aku hilang kata-kata dan sebak menahan gelora dada.

PUJI DAN PUJA UNTUK-MU

Ya Allah, ampunkan aku!

Aku pernah hampir berputus asa. Pernah menyoal di manakah kesudahan usahaku dan rakan-rakan menyeru manusia kepada-Mu. Seandainya aku berputus asa dan berhenti dari menyampai, rugilah Karim, rugilah aku, dunia dan Akhirat.

Tatkala pertemuan aku dan Karim setahun dua yang lalu berlaku tanpa diduga, aku sering menjadikan kisah ini sebagai kata perangsang buat generasi adik-adik yang sedang menyambung mata rantai dakwah di kampus dan sekolah. Jangan berputus asa, jangan kecewa dan berasa lemah tidak berupaya.

Setiap kali kita bercakap seruan dakwah, cakap itu sebenarnya sampai.

Biar pun ia disambut dengan ejekan dan caci makian, ia sudah pun tembus ke telinga, mata, otak dan hatinya.

Dia mungkin meremehkannya di depan dirimu.

Namun akan sampai harinya, mutiara pemberianmu dikutipnya sebagai bekal menuju perubahan.

Berlapang dadalah kalian wahai adik-adik di medan dakwah.

Jalan itu memang begitu.

Tugasmu bukan memaksa perubahan, tetapi sebagai penyampai pesan.

88_21-22

“Oleh itu berikanlah sahaja peringatan kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya, kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan; Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)” [al-Ghasyiah 88: 21-22]

Terima kasih Karim.

Wallaahu Akram!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

.pendek.padat.melekat.

|selamat membace|
.kite bace.

Sunday 4 October 2009

Biasiswa Sime Darby

Tarikh tutup untuk permohonan biasiswa Yayasan Sime Darby telah dilanjutkan sehingga 17 Oktober 2009. Kepada sesiapa yang layak (sekurang-kurangnya 7 1A dalam percubaan SPM) dan berminat, bolehlah memohon di laman web berikut:



Please note that as we only accept online applications, it is important that the application steps are completed correctly in order for us to receive your submission. Please be aware that under certain conditions (slow or intermittent internet connection, peak usage hours), our website may return error messages. In the case of power outage during your application, you may have to refill and resubmit the online form.

Here are the steps that you need to complete to ensure that our team receives your application, as well as the steps to take should you encounter any errors. Please read through the instructions carefully, and please be aware that the application must be filled up by the applicant himself.

  1. Click on the scholarship programme of interest.
  2. View the scholarship details and requirement.
  3. Proceed to click the “Send Your Application Online” button.
  4. Click the “Deposit My Resume and Apply!” button.
  5. Create an Application Account by registering the following:
    • Last Name:
    • First Name:
    • Email Address:
    • Login ID:
    • Password:
  6. Fill up the Online Application Form, and make sure to fill all the compulsory fields marked with an asterisk (*). This should not take you more than half an hour. Some of the mandatory fields are highlighted below to allow you to prepare the information beforehand and ease your online registration.

    1. Personal and Family Particulars
      Father/ Mother
      * First Name:
      * Last Name:
      * NRIC:
      * Address:
      * Date of Birth:

    2. Education
      Highest/ Second Highest Level of Qualification
      * Name of Institution:
      * Graduation Date:
      * Field of Study:
      * Subjects & Results
      (Please list your detail results here- max 2000 characters. Note that for first or second year undergraduate students, a summary of CGPA’s for each semester should suffice)

    3. Miscellaneous
      References (List 3 persons not related to you who are familiar with your character and qualifications)
      * Name
      * Telephone
      * Email
      * Company
      * Position

  7. Fill the required quiz answers. Please note that the quiz is a one-time attempt, and you should not spend more than half an hour to answer your questions. The questions should be attempted by the applicant only. Should we have strong grounds to believe that the quiz answers were written or submitted by someone other than the student, we will disqualify the application.
  8. After the quiz submission, you should be returned to the confirmation page.
  9. You should also check your email (the email address used in your application) for our acknowledgement email to confirm our receipt of your application.
  10. If you encounter any error messages at any stage of the application, what you need to do is:
    • Copy and paste the error message text and codes, and send it to the stated email address, OR
    • Save the screen capture of the error message, and send it to the stated email address.
  11. Note that you can still edit your online application form by repeating steps 1 to 3, and putting in your login ID and password. This option is only available for the online application form, and not for editing quiz answers. You may edit your personal details up to the stated closing date.


1. Who is eligible for the Yayasan Sime Darby scholarship?

The scholarship is open to all Malaysian nationals, who fulfill the academic requirements and intend to study at our listed institutions.


2. Can I apply for Yayasan Sime Darby scholarship?

For Pre-University sponsorship, we shortlist our candidates based on their Trial SPM results.


3. I am a foreign student currently studying in Malaysia. Am I eligible to apply?

The scholarship is only open to Malaysian nationals.


4. What are the academic requirements for the scholarship?

Academic requirement for Pre-University Scholarship:
7A1 in Trial SPM of current year of recruitment


5. How can I apply for Yayasan Sime Darby scholarship?

We accept all applications online at www.simedarby.com/scholarships. We announce the opening of our scholarship on our corporate website.


6. What do you do with the information I send?

Your information will be used solely for the purpose of evaluating the status of your application. We understand the sensitivity of information such as salary details, and we ensure the confidentiality of information by restricting the access of data to our evaluators only.


7. Do you accept manual scholarship applications?

NO. In line with our stand of developing sustainable futures, we believe in streamlining our recruitment to be more efficient as well as environmentally friendly. As such, please refrain from submitting any form of hardcopy application as it will not be entertained.


8. My son/ daughter is currently in college and is unable to access the Internet to submit the application. Can I apply on their behalf?

NO. The initial application must be done by the actual student as the first-time login will lead to a quiz page, which MUST be answered by the student. Should we have strong grounds to believe that the quiz answers were written or submitted by someone other than the student, we will disqualify the application.


9. I want to attach a letter of recommendation from my institution/ company/ agency. How should I proceed?

Letters of recommendation will not make a difference in the processing and evaluating of your application. In line with our stand of developing sustainable futures, please refrain from submitting any form of hardcopy documentation as it will not be entertained.


10. I received an error message during my application. Why does it occur, and do I need to do anything?

Under certain conditions (slow or intermittent internet connection, peak usage hours), our website may return error messages. In the case of power outage during your application, you may have to refill and resubmit the online form. If you encounter any error messages at any stage of the application, what you need to do is:
a. Copy and paste the error message text and codes, and send it to the stated email address, OR
b. Save the screen capture of the error message, and send it to the stated email address.


11. I have filled the online form and clicked the “Submit” button, but the form will not go through. How do I solve this?

If this happens, you may have missed some compulsory sections in the online application form. You need to ensure that you fill all the compulsory fields marked with an asterisk (*), then to click on the “Submit” button. Please note that for the salary section, if either parent are retired or deceased, you will still need to enter a zero so that the system recognizes your input as a number.


12. My personal details have changed after I have submitted my application. Can I update the changes in my online form?

YES, however you can only access your application account before the closing date of the scholarship recruitment. Please note that you cannot change the quiz answers, only the online form is editable.


13. I want to edit my quiz answers. How do I do this?

You are NOT allowed to edit your quiz answers after you have submitted your online application.


14. I took a long time to fill up the quiz section. Will this put me at a disadvantage?

We would advise you not to take more than half an hour to answer the quiz. The application is not considered complete unless you submit the quiz, and for sessions of more than one hour, you run the risk of having your internet connection timing out. If such instances occur, you will need to resubmit your application again.


15. I missed the online application deadline. Can I submit my scholarship application manually?

NO. In line with our stand of developing sustainable futures, we believe in streamlining our recruitment to be more efficient as well as environmentally friendly. As such, please refrain from submitting any form of hardcopy application as it will not be entertained.


16. I have submitted my application online. How do I know that you have received my online form?

After your application submission, you should be taken to a confirmation page, stating the conclusion of the application process. You will also need to check your email (the email address used in your application) for our acknowledgement email to confirm the receipt of your application.


17. How do I know if I am shortlisted or not?

We will contact shortlisted candidates directly via phone or email. As such, please ensure that both your email address and phone number are typed in correctly, as our online system will generate automated emails or SMS in order to inform you of your status of application. It is your responsibility to ensure that we are able to reach you.


18. I haven’t received any updates on my status of application. What is happening?

We will update everyone on their status of application.
If you are shortlisted, you will receive further instructions from us on how to proceed, via email and phone.
If you are unsuccessful, you will receive an email updating you on the status of your application.
If you do not receive any communication, it is possible that:
o your email address was mistyped during your online application, or
o your online application was not received.


19. What is the full scholarship value that I would receive if I am awarded a scholarship?

Full scholarship will include the following:
o Full tuition/academic fees
o Maintenance allowance
o Book allowance
o Accommodation will be provided


20. Can I appeal your decision if I am not shortlisted?

Our decision on the selection of scholarship awards is final. We will not entertain any appeal.


21. What if my actual SPM result is below 7 A1?

Should you fail to secure at least 7 A1 in your actual SPM result, you shall be considered breaching the scholarship agreement. All benefits received from this scholarship shall be terminated.