Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Friday 31 August 2007

Alhamdulillah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Setelah sekian lama menderita melayan karenah dan perihal pelajar2 tingkatan 3...akhirnya selesai sudah satu tanggungjawabku untuk melaksana satu tanggungjawab.Saiz sweater telah pon dihantar bagi membuat pengorderan di kilang tersebut..namun,tersemat jua namaku dalam blog ini tentang kesusah payahanku utk menguruskan kalian ini...ku begitu terharu sekali dengan pengambilan berat antum semua...(dah penat nak skema...)

Papehal pon satu bende dah selesai....lepas nih tinggal nak bagi design ngan name jer....3 itqan sape yg tak confirm tuh name beliau dah terhantar...so dah tak sempat la..nak taknak kene beli la...geng PRS yg taknak tuh mmg tak hantar la name beliau...yg taknak tuh takde second request eh..ana dah tak terima tempahan lagi lepas nih..kang tgk orang pakai lawa sebok nak jugak...ni limited edition...

Kami masih lagi mencari sponsor bagi mengurangkan kos pembayaran pelajar...harga sweter tuh RM55..dah tolak ngan sponsor yg ade skang nih pon baru dapat Rm48 lagi...so bagi mengurangkan kos sponsor adalah amat diperlukan...

Lepas nih mungkin perkara nih dilupakan sekejap sbb dah nak PMR...ustazah dah bebel panjang giler....tambah bapak ana nyer lagi...dah nak pengsan jugak la ari tuh...
So,setakat itu je lah post ana kali nih...segala salah silap haraplah dimaafkan...namun pintu sponsor sentiasa dibuka...ana harap antum dapat beri kerjasama dalam hal ni...sekian terima kaseh...

Naffy el-Jauhari,BBU-31 ogos 2007(merdeka!!!) 16.58

Far From Home

United Kingdom. What do you think about it? For goodness sake, I’m going to live there! I couldn’t believe my own ears when my mother told us that we’re going to stay in the United Kingdom while my father was pursuing his doctorate at a well known university.

I’m going to live where famous celebrities live! I’m going to make friends with white people! They look so cool on television; I can’t believe that I’m going to be living side by side with them! This is definitely a dream come true!

That was what I thought years ago. Then, I was just a clueless-ten-year-old girl. Anyway we flew to UK 6 months after that.

Living in UK made me realise that Malaysia is the best country ever. Although we were living thousands of miles away from home, we still remembered our roots. We would celebrate Merdeka like we used to do.

Every year during Merdeka, our family would travel to London to celebrate it with Malaysians from all over United Kingdom. As a part of the celebration, we did several shows such as ulik mayang and the dragon dance. I participated in the zapin dance. I remembered that the spectators including locals applauded our show. They seemed really impressed with our traditional heritage.

This showed me that we can be thrown anywhere; we can still be together and practise our own colourful tradition. Even the whole of Europe cannot beat our richness in tradition. Where else can we find a country which is rapidly developing but still managing to practise a tradition that perhaps is older than the Big Ben?

I also managed to experience schooling at a public school near my neighbourhood. School was quite tough to me as I’m a Muslim-Malay girl who wears a scarf. I remember being insulted by racists for wearing a table cloth on my head. I cried. I felt like an alien. That time I badly wanted to go home. Here, some people just don’t understand what sensitivity means. Be a little bit different, then you are a freak.
They also thought that I am oppressed by my religion. I wanted to prove them wrong. I never turned back then, and I struggled to show them that even a freak can be the best. And I did.
My mother told me that in Malaysia, it does not matter that you are clever or not, you are rich or not, you still can be friends with everyone, even if you have different skin colours. Skin colour does not become a barrier for Malaysians to bond their hearts together. This makes them respect and care for each other.
When my mother told me this, it made me wanted to go back home badly. I wondered why racism is such a big issue here, when the migrants from other countries have settled here for perhaps more than a hundred years! It made me feel that there is no place better than home.

Besides the horrific experiences, I also remember having a sweet memory. The school held a History week. My teacher asked me and my Malaysian schoolmates to do a show about our country’s history. So, we did a sketch on the event of Malaysia’s Proclamation of Independence. We showed how Tunku Abdul Rahman went to London and negotiated for our independence with the British and how Malaysians stood together to free our country. The sketch ended with Nazim, my friend acting as Tunku exclaiming the sacred word, “Merdeka!”

And guess what? We were awarded for the best performance! It was definitely the proudest moment in school.

After living in the United Kingdom, experiencing snow and summer, gangsters at the street, struggling to make ends meet, finally it was time to go home. I didn’t know what to expect, I was excited, but sad at the same time.

I felt excited to see how Malaysia has developed since I left. I looked forward to experience what my mother has told me about Malaysia. I looked forward to school without having to worry about racists, and walking down the streets without bullies or gangsters. Although Malaysia is not developed as Britain, to me Malaysia is the best place to be on earth.

I looked outside of the window when the aeroplane was about to depart. It was very gloomy outside. I said goodbye to UK. Four years here taught me to be proud of my own identity. Lastly, I am sure, this is not the end of my journey, but it’s just the beginning of my life. A life as a proud Malaysian. Happy 50th birthday Malaysia!

Thursday 30 August 2007

Wednesday 29 August 2007

sedar x sedar...

hmm...sedar x sedar, pmr is just around the corner...
dah sedia ke?
soalan yg kne tanya pd diri kita sendiri...

sedar x sedar...ana ialah penulis post kedua terbanyak kat blog nih...hahahaha, cam klakar plak sbb post kat batchsebelas lg byk dpd kat zeeyazain...tah paper...

ana nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke 50 and utk pengetahuan korang, ade ole-ole utk korang sempena merdeka nih..tunggu...

ana kena jd kendarat kat satu walimah ari jumaat ngan sabtu nih, jd kesimpulannya, ana x dpt join studygroup...

so, jika anda berada dlm situasi yg lebih kurang dgn ana, just buat ole-ole tuh, n jwpn utk kertas2 tuh, INSYA-ALLAH naik cuti merdeka ye...sesungguhnya kesungguhan akan dibalas dgn kecemerlangan...AMIINNN

sedar x sedar, kita dah hampir tiba di penghujung tahun di mana kita ialah pelajar tingkatan tiga...waaaaa...sekejap rasanya kita berada dlm zaman pertengahan(Neolitik)...

lepas nih mungkin akan ada yg pindah...x kurang jugak yg stay...
ana? WALLAHUALAM...kemungkinan besar stay...sbb ana masih perlukan sekolah ni and ana still nk sumbang sumting utk sekolahku yg tercinta...

kalau ditakdirkan ana pindah, jgn salahkan ana kerana bukan ana yg menulis takdir...cuma, ketahuilah...walau apa pun yg terjadi selepas keputusan diumumkan, ana masih perlukan sekolah ini walau secebis shj yg ana mampu dptkan...

semua insan berhak mendapatkan yang terbaik...

-zeeyazain-

Monday 27 August 2007

Hadir Kembali

Assalamu'alaykum!

JOHOR BAHRU 27 August - Pensel yang dilaporkan hilang pada Jumaat lalu telah pulang ke pangkuan tuannya, Cik Ima (Bukan nama sebenar) siang tadi.

Suspek, Cik Maziah telah memulangkannya kepada Cik Ima pagi tadi di kelas 3 Itqan. Menurut suspek, pensel tersebut telah ditemui oleh Cik Fahna.

Kami telah menembual Cik Ima dan mendapati bahawa beliau sangat bersyukur dengan kepulangan penselnya itu.

"Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerja sama dalam misi perncarian pensel ini," kata Cik Ima meluahkan keriangannya.

Sunday 26 August 2007

Cerita Cinta

Assalamu'alaykum...

Tasnim minta ana post benda ni kat sini dari sini. Disebabkan shortform dia melampau tahap maksima, ana edit dulu. Setelah hampir 2 jam bertungkus lumus nak edit, ana dah tak larat lagi. Nak termuntah tengok short form dia. Serius. Kesimpulannya, kalau nak berdakwah, nak orang respect dengan penulisan kita, jagalah bahasa anda....

Klik di bawah.

Surat kepada Awak

Tragedi Pensel

Assalamu'alaykum...

JOHOR BAHRU Sabtu, 25 Ogos - Sebatang pensel mekanikal berjenama Pilot berwarna hitam telah dilaporkan hilang. Kali terakhir dilihat adalah pada hari Jumaat, berada di tangan Cik Maziah di musolla. Suspek telah disoal siasat dan beliau dia telah memberi keterangan bahawa pensel tersebut telah di'pass' oleh ramai orang, berikutan dengan urusan pengiraan GPS. Dia telah meminjamkan penselnya yang berjenama B-First sebagai ikat jamin.

Tuan pensel, Cik Ima (bukan nama sebenar) merayu agar pensel Pilot tersebut dipulangkan segera kepadanya. Beliau sangat memerlukan pensel tersebut untuk menelaah memandangkan PMR sudah semakin hampir. Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang pensel tersebut bolehlah menghubungi beliau di talian, 1-300-88-2525 (bukan nombor sebenar).

XD

Friday 24 August 2007

Ethics

Assalamu'alaykum...

Kesepian datang lagi. Aku terdiam sejenak. Sukar rupanya menggalas bebanan ini. Untuk sentiasa 'maintain' wadah kita ini. Aku tak mahu tempat ini jadi milik aku. Hanya suara aku yang kedengaran. Ini wadah untuk menyalur suara kita. Buah fikiran kita. Biar hati-hati kita jadi satu, bukan dua, bukan tiga.

Sayang kan...

Aku pun sudah kehilangan kata...

***********

Okay tukar gaya bahasa. :D

Hohoho.. Cuti sekolah dah nak habis. Homework yang berlambak belum usik lagi. (Kecuali Sejarah! Hahaha!) Sejak bilalah pula Fathimah demam Sejarah ni? Aisy.. Orang dah insaf weih! Serik tengok asyik C, C, C, dan B (sesekali) je. Hurmmm...

Alkisah tadi ada bengkel. Bengkel Pendidikan Islam. Ada orang tak pakai baju sekolah. Hurm. Rasa macam dah bagitau. Kalau budak bukan asrama ok lagilah. Tapi budak asrama boleh tersalah baju juga ke?

Ustazah Wan kata, Ustazah Norimah kata, program sekolah pakailah baju sekolah. Lebih2 lagi bila orang luar datang sekolah kita. Orang tu nak kasi ceramah, mestilah majlis tu formal. Kita kenalah pakai pakaian formal. Baju sekolah. Kenapa ada yang degil?

Kalau masa lain, kelas tambahan biasa nak pakai baju t-shirt boleh... Tapi kan ustazah dah kata, pakai baju yang ada kaitan dengan sekolah. Susah sangat ke nak ikut? Kenapa degil sangat? Kan dalam al-Quran ada kata kita kena patuh pemerintah selagi tak bercanggah dengan Islam. Macam ni ke gaya pelajar Islam? Kata belajar Pendidikan Islam, Hadith, Tafseer, Ulum Quran, payah sangat ke peraturan yang mudah tu? Baju yang berkaitan dengan sekolah bukan sikit, banyak! Baju sukan, baju PSFM, baju kelas... Ni yang semua orang wajib ada. Yang lain-lain tu? Baju kelab, baju jambori, baju kursus KM. Kan banyak? Takde alasan lagi!

Kenapa ana tekankan pasal uniform ni? Pasal peraturan? Apasal nak skema sangat? Hello!! Semua ni menunjukkan sikap kita. Kalau peraturan yang mudah pun susah sangat nak ikut. Degil sangat. Macam mana nak galas beban yang lebih berat lagi?

Bak kata Ustaz Rahim, "Jangan mimpilah nak angkat peluru berpandu, pergi berperang, kalau selimut pun tak mampu nak angkat untuk bangun Subuh."

*Geleng-geleng kepala*

*Menarik nafas lalu menghembuskan...*

Susah sangat ke? Think positive. Tak payah nak keraskan kepala. Nak buat apa? Tak payah nak protes-protes. Dapat apa? Apa kebaikan memprotes undang2? Dapat pahala ke? Ke dapat dosa? Na'udzubiLLah.

Sekarang ni ana nak semua reflect balik. Muhasabah. Cukuplah dalam skop mematuhi undang -undang dalam etika berpakaian. Dalam etika berpakaian sahaja... Kalau banat degil tak nak labuhkan tudung, handsocks tak nak pakai.... Seluar dalam kain tak nak pakai. Dah tu pakai stokin pendek. Haloo!! Apa tujuannya? Degil tak nak pakai camisole. (cari sendiri dalam kamus apa makna camisole) Macam-macam alasan. Panaslah, tak selesalah. Cuba biasakan. Lama2 oklah.

Banin pula... Tak nak pakai tie. Kalau pakai tie pakai tak betul. Rambut panjang. Pakai sweater kat luar kelas. Tahu tak yang sebenarnya tak boleh pakai sweater kat luar kelas? Melainkan kalau nak pakai jacket masa hujan.... Tu jelah.

Huhuhu.... Dah banyak sangat bebel pulak.

Adios.

Wassalamu'alaykum.

Thursday 23 August 2007

Perlukah maudhu' ?

Bismillahirramanirrahim....


Setelah seharian memperjuangkan mindaku ini untuk matematik, alhamdulillah, masih ada sela-sela waktu untuk ku meluangkan sebentar masa untuk kunukilkan sesuatu.

Dua minggu lepas, 9 Ogos 2007, Alumni MPR (Minggu Penulis Remaja) telah mengadakan MPR nagi semua penggiat sastera jua yang meminati sastera. Kenapa sengaja ku omelkannya di sini? Sebenarnya, jauuuuh di lubuk hati yang terdalam, ingin sekali aku terbang ke DBP sana ikut serta MPR bersama teman penaku, 'Izzati. Huhu...

Hingga kini, aku masih memendam rasa cemburu pada 'Izzati.(Eh, tak baik jealous kat kawan ~) Dengan entrynya yang berjela-jela tentang MPR yang disertainya, membuatkan aku tambah rasa cemburu. Malah dapat ketemu penulis Ummu Hani. Hinggakan Faisal Tehrani - penulis novel '1515' yang sangat kuminati - pun dia ketemu jua. Aku bukanlah cemburu sebegitu hebat, cumanya aku sedar peluangku bukannya tersedia untukku tahun ini. Dengar-dengar, MPR ada lagi 2009 atau 2010. Lamanya!!!~

Memetik lirik nasyid yang hingga kini masih tak ku tahu maudu'nya...

" Cubalah kau terus mencuba...
Lupakan segala duka...
Usah putus asa...

Setiap dugaan menimpa...
Pastikan nanti ada hikmahnya...
Usah putus asa ~ "


Bukan mudah hendak menerima sesuatu yang pahit kerana ketika ingin menelannya.... terasa SUKAR ~ Namun, ingatlah.... setiap sesuatu yang pahit itu lah yang sebenarnya mengajar kita menjadi MANUSIA....

Memetik kata-kata Kak 'Abidah, kakak batch 5:


ujian, terasa pahit ketika menghadapi,
manis apabila dikenang kembali. ;)


sayang kalian batch 11...

pergilah sepi, jangan kembali....
hadirlah damai, penuhi ruang hati ini.... ^_^

Raden Qurratu'Aini,
kehabisan kata-kata...

Announcement

Assalamu'alaykum!

Kepada semua pelajar SMIH Tingkatan 3 sesi 2007,
Esok, hari Jumaat, 24 Ogos 2007, akan diadakan Bengkel Pendidikan Islam.
Sila pakai uniform sekolah lengkap.

Sekian, terima kasih.

Wednesday 22 August 2007

ATTENTION!!

teng..teng..teng

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung batch sebelas pada hari ini.

perhatian kepada sesiapa yang terlibat dalam kes kehilangan buku kepunyaan alifah. ciri-cirinya adalah seperti berikut;

1) berwarna pink dan sedikit cream ( maziah kate " ahh..pink!")
2) terdapat corak2 bunga berwarna silver di depannya yang telah menjadi kegilaan sesiapa yang menulis di dalamnya

dan kandungan buku tersebut adalah seperti berikut;

1) name sume banat batch sebelas
2) no telefon dan handphone
3) email sume banat
4) blog tercinta

sesiapa yang menemuinya sila berikan kepada alifah sepantas yang mungkin kerana dikhuatiri mungkin banin yang mengambilnya.

selamat mengunjungi gedung batch sebelas. semoga anda terhibur membaca post-post menarik di sini.

sekian.

teng..teng..teng

novel..

Assalamualaikum, ni Hani ni!! Ana cume menumpang kt Alifah punyer. Kt cni ana ade selitkan lirik lagu yg dipetik drpd kump. UNIC.

Riangnya saat kita ketawa,
Asyik senda dan bercerita,
Walau sesekali pandangan kita berbeza,
Angannya tetap serupa,
Adakalanya kita juga sering terluka,
Namun,
Diakhirnya kita tetap bersama..

So, jom kite bsatu utk membentuk satu batch 11 yg lain drpd batch yg lain..
Bertepatan dengan army yell kite...

p/s walaupun tajuk tu x de kena mengena ngan bende yg ana nk cakap nih, tapi x per antum
redha je lah yerk..

MENANGISLAH....

ni ana ada ambil lirik nasyid "menangislah di bahuku" khas untuk sesape yang nak menangis....

MENANGISLAH DI BAHUKU
Firdaus

kau datang padaku seperti biasa
kusambut bahagia dengan tangan terbuka
kau balas dengan senyuman seadanya
ku tahu ada sesuatu yang berbeza

kau hanya diam seribu bahasa
hanya di matamu yang cuba berbicara
bahwa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu

mencuba tak berkedip
menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
berderailah airmata
dalam pelukku kau curahkan semua

menangislah...
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah...
di bahuku kau berikanku kepercayaan
bahwa laramu adalah haru biruku
kerna ku adalah sahabatmu

menangislah...(dibahuku ku disini untukmu)
menangislah...(dibahuku kerna ku sahabatmu)

Tuesday 21 August 2007

oh, al-QUDS...

Assalamualeikum,
ana rasa first time ana post kat sini...
hehe...terujanye!!

urrmm...sebagaimana yg antum semua tau, hari nih(21 Ogos) merupakan HARI ALQUDS SEDUNIA....ingat ke tak?!

hmm...sebenarnya, ana pun tak teringat hari ni brape hari bulan, tp tadi baru je ana dapat mesej dari seorang kenalan ana yg ana jumpa masa idad duat hari tuh....dia ingatkan ana ttg hari alquds yg jatuh pd hari ni...bila ana baca je, ya Allah, ana rasa bersalah sangat2 sbb ana tak teringat langsung hari ni hari alquds...ana siap tanya lagi kakak ana hari ni berapa haribulan...astaghfirullah...kita kat Malaysia nih dok bersenang lenang dengan kemewahan depan mata...sebok menghitung bila nak raya sedangkan puasa pun belum...tapi, kita tak pernah nak ingat kesengsaraan saudara2 seislam kita di Palestin, Iraq dsb. tuh...layakkah kita ni digelar SAUDARA mereka??!

di sini ana sertakan beberapa peristiwa yg terjadi pada 21 ogos yang diambil dari laman web
http://www.palestine-info.com sebagai peringatan untuk kita bersama...

Lintas Peristiwa
21 Ogos
2003
Pesawat-pesawat tempur milik Zionis Israel membunuh Ir. Ismail Abu Shanab, salah satu tokoh Hamas di Gaza dengan rudal bersama dua pengawalnya dan 15 pejalan kaki lainnya yang saat kejadian berada di lokasi peristiwa
2002
Hari ini pihak Zionis Israel menangkap sebuah kelompok milik Brigade Al-Qassam yang dituding berada di balik serangkaian penyerangan ke sasaran Yahudi, salah satunya adalah penyerangan ke pemukiman Reshon Litson dan peledakan sebuah perguruan tinggi Zionis Israel
2001
Serdadu Israel membunuh Belal el Ghoul penduduk Gaza dengan membombardir mobil yang ditumpanginya dengan rudal jenis udara-darat. Dan sebenarnya serangan Israel itu bersasaran kepada ayahnya, Adnan el Ghoul, salah seorang komandan Brigade Al Qassam.
1995
Brigade Al Qassam, sayap militer gerakan Hamas, berhasil melakukan aksi bom syahid di sebuah bus Yahudi di kota Jerusalem sehingga menewaskan 5 orang Yahudi dan melukai 107 lainnya.
1969
Seorang Yahudi Australia membakar Masjid Al Aqsha dengan persetujuan pemerintah Israel. Akibat kebakaran itu, mimbar Salahuddin al Ayyubi rusak berantakan.

*sorry sebab dalam bahasa indonesia

kalau antum nak dapatkan maklumat2 terbaru tentang palestin, layarilah laman web tersebut atau http://www.palestinkini.info/

oklah, sekian dulu untuk kali ni....
wassalam...

SAPU TANGAN OR TISU PLEASE?

assalamualaikum,

semalam yang amat2 menyedihkan..tabahlah hati! ana x tau nk ckp ape. mmg sedey sgt tahap melampau punyer. walaupon da buat sesi muhasabah..tapi ana still rase sedey sgt. hati ana ibarat dirobek-robek..achewah..

tapi hari nih agak ok sket berbanding semalam. ehehehe... lagipon ana dah tido. jadi oklah sket. menjadi fitrah..hmmh.. rase kehilangan yang amat sangat. 2 orang..Ya Allah,tabahkanlah hati ini..

ana harap antunna sume xlah dasat sgt mcm ana. hehehe..buat2 faham jelahkan. fathimah pon dengar citer da update byk sgt kat blog nih, jadi ana x naklah membebel byk sgt.

banat..banat..banat..
kenapa antunna x nak beli sweater batch tuh? kesian effy mintak sponsor sana sini, sampai hati antunna. huhuuuh...bayangkan klau antunna buat satu bende tuh pastuh dapat tentangan ramai, mesti sedeykan? camtulah perasaan effy. kesian sgt die. ana bknnye nk menangkan die, ana tau..sweater tuh mmg mahal..ana pon xde duit. tapi skang nih ana pon tgh ikat perut semata-mata utk sweater tuh, sakit tau perot nih..hari tuh kene gastrik gak,hehehe. antunna pon buatlah mcm ana sekali. kesian kat effy, bersungguh-sungguh die buat tau. sikit2 lame2 jadi bukit.

ibarat kate Huda, klau antunna x beli sweater tuh, antunna bkn batch 11. itu kate hudalah, bkn kate ana. ana x suke paksa org sbb ana x suke org paksa ana. tapi, ana amat menggalakkan antunna beli untuk kemaslahatan kite bersama.ok? kite satu batchkan...

pastu ana ade dapat satu berita. ade sorang banin nih, die katekan yg banat nih degil sgt. hahaha..ye ana mengaku. pastuh die berkata lagi bahawa banat ngan banat batch nih rapat, banin ngan banin pon rapat. tapi banin-banat..astaghfirullahalazim..asal jumpe je mcm anjing ngan kucing. kite nk kucing ke anjing? ana nk kucing sbb ana fobia ngan anjing. hahahahaha...

cube kite sume BUKA HATI, BUKA MINDA..susah sgt ke? pastuh, jaga sket klau nk temper ngan banin tuh, derang pon ade perasaan gak. pastuh nk tegur banat agi, mase effy ckp smlm, ramai banat yg bantah. kesian die terkulat kat depan tuh. knapa kite buat sume nih..hah? muhasabah diri lagi.

banin lak...banin..sape yg bace nih betau kengkawan lain.

kalu marah banat, kalau bengang ngan banat, kalau rase mcm nk mengamuk kat banat, TEGUR KAMI SECARA BERDEPAN bley x? kami punyer cara, klau sindir2 nih mmg x mainlah. mmg kami amat menyampah. alalaa..ana pon x nak tensionkan antum lagi. lagipon kite baru kehilangan dalam batch kite.

akhirnya, ana nk antunna cadangkan bile kite nk buat muhasabah banin-banat..please? ana dah cukup sedey kite sume asyik mengutuk sesama sendiri. jgn kite sume nk berdalih lak x kutuk sesama sendiri. ana tau perangai batch 11 nih. ana harap antunna beri kerjasama pada ana.. kite ubah diri kita.
bley? x cukup ke kehilangan 2 orang yang dikasihi tuh? nk tambah lagi masalah? jgn pentingkan diri sendiri bley x ? kehilangan tuh x memberikan kita semua pengajaran ke? tanye diri sendiri.

banin tuh ckp lagi yg pasal memorandum kite wat hari tuh. dan die kate yg buat memorandum nih fathimah n de geng. sbenanyer yg bersalah dalam hal nih, ana. ana tau mmg x sepatotnyer ana rase bersalah lagi, tp ana tetap rase. ana sepatotnyer x sokong perjuangan politik kiter nih, tapi ana yg beriya-iya. banat nih mmg degilkan? sume nk ikut kepala sendiri je. x fikir pasal org len. pastuh banin nih ckp lagi.."banat nih x bersyukur ke dapat banin yang baik mcm kitorang nih?" ye..kami bersyukur. ye..kami yang bersalah. kami mengaku..dan antum pon tegurlah kami nih klau nmpk skang dah terok sgt. ana mintak maaf pada pengarah Qiam hari tuh n sape2 yg kutuk ana gak tuh.

usahlah kita terus bersedih
ianya tidak akan membawa perubahan
nun di sana
cahaya fajar yang menyinar
lihatlah masa depan
yang menjanjikan kemenangan
jika bersabar
dan terus berusaha

lepas nih kite pegi salam sume ustaz-ustazah kat skola..mintak maaf byk2..katekan yg kite sume salah. tundukkan ego sume..ngan banin sekali. tp jgnlah smpi berpeluk-peluk lak. hehehe..jgn bayangkan! kita damaikan sume, sejukkan hati yg mane panas menjulang-julang tuh. amik ais pastuh campak n nnt terpadamlah tuh. lembutkan hati2 yg keras nk terima teguran, buat sume peka dengan masalh yg menimpa batch kite lepas nih. ok? ana nk mintak kat ustazah kamaliah mase utk kite sume muhasabah mase blaja. agaknyer bley x? lagipon skang nih kite bknnyer blaja ponkan? bley x agaknyer..( alifah sdg membuat keputusan mengikut kepalanya sekali lagi...hahahha)

ana sayang batch 11,
ana sayang sangat BATCH 11 nih..
tolong jangan timbulkan masalah lagi
especially antara banin banat
ana dah buntu
can you?
tolong ana.

assalamualaikum.

Listening to; Ku Mohon by Firdaus

Alifah Tarmidi
tgh tension
Saturday
18 August 2007
10.01 pm

Monday 20 August 2007

Atuk and Wan

Assalamu'alaykum semua!

Mesti ramai yang tengah syok cuti kan, tak kurang juga yang tengah tension study. Hehe. Ada yang balik kampung, tapi ana kat sini jelah. Walaupun tak balik kampung, tapi atuk ana datang sini dari Negeri Sembilan. Atuk, Wan, Mak Long, and my adik, Hafidz.

Ana nak cerita pasal atuk ana.

Atuk ana lahir tahun 1939, masa tu Jepun pun belum datang lagi. Atuk ana membesar dalam zaman pre-merdeka. Harhar, ana tak tau sangat pun cerita sebenarnya sebab atuk ana tak cerita. Tapi masa atuk ana umur 15 tahun, baya kitalah, atuk ana dah mula mengajar. Keluarga atuk ana ni golongan terpelajar jugalah.

Nenek ana pula, yang ana panggil wan, pun berasal dari keluarga yang sama. Wan ada talian persaudaraan dengan atuk, ana sampai sekarang tak paham macam mana hubungan atuk ngan wan.

Atuk dengan wan memang sangat cintakan ilmu. Percaya atau tidak, atuk ana ada Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Zaman tu, UKM baru lagi. Atuk ana tinggalkan kampung untuk belajar. Atuk tak pernah jemu belajar. Atuk cuba untuk improve bahasa atuk dengan membaca. Mak ana cerita, dulu atuk ana baca buku cerita budak-budak yang dalam bahasa inggeris. Yelah, orang kampung kan biasanya tak tahu bahasa inggeris.

Wan pulak belajar sampai form 3. Masa tu perempuan memang susah nak belajar. Masyarakat tak kasi perempuan berpelajaran tinggi, maklumlah perempuan kan tempatnya di dapur. Wan dulu belajar pandai, dulu perempuan tak banyak yang sampai sekolah menengah. Wan nak sambung belajar, tapi takde duit. Sedihkan? Wan dulu belajar sastera Inggeris, Shakespeare punya. Hoho. Hebat!

Atuk ana memang cukup strict dengan ilmu. Atuk ana pastikan tiga orang anak dia memegang Ijazah. Atuk ana seorang guru sampai usia pencen. 40 tahun atuk dedikasikan usia untuk mengajar!

Hurm... Atuk ana best.... Hehehehehe... Atuk ana rajin tolong wan kat dapur. Ehem. Atuk ana sanggup drive dari N9, walaupun sakit lutut sampai Johor. Atuk ana tak kasi Mak Long ana drive... Heheh...

Mak Long ana pun cikgu juga, cikgu bio yang ada masters. Heheee...

Sebenarnya ana dah tak tau nak cerita apa lagi.

... Kueng3x...

Nilah atuk ngan wan ana. Atuk ana macam atuk KFC kan? Hehe....

holiday...

duhai cuti sekolah yg sepatutnya menenangkan.....
andaiku bisa melaluimu tanpa sebarang buku disisiku,indahnya...
andaiku bisa melaluimu tanpa hal2 sekolah di kepalaku,nikmatnya...
andaiku bisa melaluimu tanpa bicara2 songsang dari mereka disekelilingku,amannya...
namun ku tahu, itu x kan mungkin....
aku juga tahu, itu adalah mustahil....
tapi, bicara seorang bonda....
sangat mendamaikan hati....
memujukku,meminta ku bersabar....
sabar nak...bila kau berjaya kelak,kau bebas dari belenggu itu....
malah, kau pasti x kan pernah menyesal mengorbankan waktu cutimu yg sekejap...
demi sebuah kejayaan yang bakal mengubah segalanya...

duhai cuti sekolah...
bicara ibu yang lahir dari hati yang penuh mengharapkan kejayaan anaknya...
takkan ku sia-siakan...
takkan ku kecewakan dia...
takkan ku biarkan dia nangis kerna kegagalanku...
tapi biarlah air mata yang bakal mengalir kerna terlalu bahagia...
punya anak yang tak mahu harapannya berderai...

duhai cutiku...
jangan kau lekakan aku...
jangan kau biarkan aku...
jangan kau alpakan aku...
dari terus menyemai benih2 iman...
dari terus menyemai benih2 kejayaan...
supaya dapat aku berikan hasilnya nanti...
sebagai bekalan di hari kemudian...

-ilham dtg tanpa jemu,walau hari mendung kelabu-
-isnin,20/8/07-

zeeyazain

Saturday 18 August 2007

Fil-'Ajaalah An-Nadaamah

Assalamu'alaykum!

Selamat kembali dalam sesi motivasi bersama saya. Hehe. Saje nak bercerita.

Satu benda yang ana perasan yang memang sangat jelas dan nyata dan terang dalam diri semua orang ialah sikap gelabah. Lagi-lagi masa nak PMR, masa nak Trial, masa Studython (terutamanya yang kat Mersing).

Sebenarnya sifat gelabah ni, tak bagus. Semua orang tahu. Kita kena tenang. Kenapa?

Okay. Bayangkan awak dalam situasi ini. Awak berada di rumah bersendirian dengan adik awak. Tiba-tiba adik jatuh, sakit, mulut dia keluar buih, dia tak sedar.

Katalah awak seorang yang gelabah. Masa tu awak panik. Awak tak tahu nak buat apa. Awak nak capai handphone, tapi tak ingat letak mana. Nak call mak guna telefon rumah tak berani sebab telefon tu jauh dengan adik. Tapi lepas tu pegi jugak kat telefon. Awak lari pergi ke telefon, awak terlupa. Nombor telefon mak apa??? Awak cuba dail, tak dapat. Banyak kali tak dapat.

Bila pergi balik kat tempat adik, tengok adik makin teruk. Awak tahu adik awak memang pernah kena serangan penyakit ni, tapi awak tak ingat apa yang mak buat masa adik sakit. Awak cuba nak buka pintu rumah, nak minta tolong jiran. Awak nak buka pintu grill guna kunci, sekali sebab gelabah sangat, tak leh nak buka kunci, kunci tiba2 terjatuh kat luar. Awak nak capai tak boleh sebab grill tu ada pengahadang kat bawah.

Awak memang dah tak tahu nak buat apa. Nak bukak buku panduan kecemasan, awak tak tahu nak buka page mana sebab awak takde clue pasal adik awak.

Hah macam mana? Seram kan?

Kalau awak seorang yang tenang, adik awak jatuh sakit macam tu, awak tarik nafas panjang2 cakap kat diri sendiri, relax. You are supposed to make things better not worse. Allah akan tolong awak. Kat sini kunci dia, pengetahuan.

First, yang paling penting nyawa adik awak. First aid. Kalau dia kena sawan, cucuh dengan air paip yang mengalir.

Next, inform kat parents. Biar jelas apa jadi. Jelaskan apa yang awak dah buat.

Lastly, tunggu sampai parents datang. Blablabla.....

Tengok bila relax, kan senang. Tapi siapa yang boleh relax dalam situasi yang mencemaskan?

Sebab tu pertama kita kena sentiasa bersedia dengan ilmu. Kalau kita nak berucap, kan kita kena prepare baru boleh sampaikan ucapan dengan sempurna, macam tulah jugak dalam belajar. Kita tak boleh nak menggelabah last minute. Last2 kita yang kecundang, menyesal bila hari dah petang. Takde guna.

Lagi satu, bila kita belajar sebab nak periksa semata-mata, ilmu yang ada tu 80% berkemungkinan akan hilang lepas periksa. Tak percaya? Percayalah... Sebulan lepas PMR nanti cuba tanya kat diri sendiri, apa itu ciliary body? Apa itu right hand grip rule? Apa itu Revolusi Perindustrian? Hurmm... Apakah pula tujuan menggunakan gandin getah? (hehe revision sikit-sikit.)

So, sentiasalah relaks, tenangkan fikiran, dalam apa jua yang anda lakukan. Nak study kena relaks, tak boleh gopoh. Nak jawab PMR, relaks, sebab bukannya tak biasa jawab soalan peperiksaan...

Sekian, waLlahu'alam...

Teman Sejati

Assalamu'alaykum!

Saje nak bernada sentimental, ahaks!

Lirik lama-lama dulu.....
Lagu yang banyak buat kita semua nangis sama-sama....
Huhu...


Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

Friday 17 August 2007

Bicara Seorang Khalifah

Assalamu'alaykum semua!

Ini ada cetusan kata-kata seseorang. Ana rasa seorang banin, sebabnya semua yang dia cakap kita dah sentuh masa program Jumaat tadi. Maziah pun dah minta maaf kepada banat, banin belum sempat lagi kot, jadi ana harap kepada yang berkenaan, bertenanglah. La tahzan. La taghdob.

P/s: Ana ada edit sikit sebab banyak sangat shortform. Harap tak mengubah mesej asal.

Khalifatullah:
Boleh tak ana nak tegur sikit... Sebenarnya ana rasa agak tension jugaklah dengan orang yang asyik-asyik dengan target GPS tu sampaikan tak terfikir perasaan orang lain... Ana tahu orang yang tulis tu pandai, tapi, janganlah terlampau merendahkan org lain... Ingat! Allah tak kurniakan aqal kita ni semuanya sama... Mestilah ada yang lebih, dan ada yang kurang... Ana cakap nih bukan nak memprotes, tapi sebagai teguran dan peringatan... Betulkan balik niat kita untuk cemerlang dlm PMR... Adakah semata2 untuk lepas target GPS?!! Atau adakah untuk memecah rekod sekolah? Kalau boleh, niatkan dalam diri, kita belajar ni hanya kerana ALLAH semata2... Bukan untuk PMR semata2... Bukan untuk menunjuk.... Tapi, ingatlah, kita belajar itu kerana ALLAH, dan kita gagal itu kerana ALLAH..

WaLlahualam... Maaf kalau tersinggung...

Yup, apa yang dia cakap memang betul. Ya, memang kepala otak kita semua tak sama, sedangkan wajah kita pun berbeza, tinggi kita berbeza, perangai kita berbeza, inikan pula otak kita. Aqal kita. Tapi ingat, Allah takkan ubah nasib orang yang taknak ubah nasib dia sendiri. Ada orang yang tak payah study boleh skor, ada yang kena study baru boleh skor, ada yang kena pulun bebetul baru skor, ada pulak yang study macam nak dapat Histritis (Hehe, rekaan semata je nama penyakit: Penyakit setelah tak tahan belajar Sejarah- History), sampai nak dapat Mathitis, tapi tak boleh nak skor. Kenapa? Kita tak boleh nak persoalkan. Ini semua ketentuan Allah.

Yang penting sekarang, sejauh mana usaha kita. Kita tak boleh nak nilai usaha. Tak siapa nampak. Allah je yang tahu. Tapi, patut ke kita kata, "Alah, buat apa nak study, aku ni memang bodoh. Takkan dapat PMR 9A punya. Apa punya mengarut projek gps."

Habis? Dahlah tak dapat 9A, usaha pun tak ada. Mana boleh!

Takde gunanya tolong orang yang taknak tolong diri sendiri. Betul tak? Buat apa kita nak tolong seorang budak yang taknak panjat pokok, tak tahu panjat pokok, panjat pokok? Baik tak payah kan? Tapi sebab perjuangan ini milik kita semua, tak kiralah banin ke banat, budak yang taknak panjat pokok ni, terpaksa kita beritahu dia faedah-faedah panjat pokok. Kita kena motivasi dia sampai dia rasa berkobar-kobar nak panjat pokok. Macam kita jugak. Budak yang kudung pun boleh panjat pokok kalau dia nak, lagikan kita dah dikurniakan sebaik-baik sekolah (insyaAllah), sebaik-baik guru (insyaAllah), Ibu bapa yang memahami (insyaAllah), harta yang mencukupi, tak miskin, sekolah yang ada kemudahan asas... Tak dhaif. Jadi PMR tu bukanlah susah sebenarnya kalau kita sendiri yang nak berjaya.

Selain tu, belajar untuk hargai usaha orang lain. Mungkin kita rasa tak senang dengan cara dia bekerja, tapi ingat senang ke nak monitor 118 orang? Ingat senang ke nak plan untuk 118 orang berjaya? Cakap senanglah. Tapi at least, dia dah usaha nak tolong semua orang. At least dia ambil inisiatif untuk memajukan kita. Daripada orang yang cakap belakang dan tak beri idea, malah taknak bagi sokongan kat projek tu, at least dia ada usaha. Cuba letakkan diri kita kat dalam tempat dia. Mampu tak kita hadapi rintangan daripada 117 orang lain yang macam nak taknak je berjaya.... Renunglah... Tak payah ego. Depan Allah kita semua sama....

PMR ni walaupun orang kata tak penting sangat pun, bukan orang tengok pun, tapi kenapa PMR ada juga? Kenapa Ustazah Kamaliah letak harapan yang tinggi kat kita? Kenapa Asatizah kita set target yang yang tinggi pada kita? Sebab, PMR ini lambang perjuangan kita. Kalau kat Palestin, mereka berperang dengan batu dan darah. Kereta kebal dan senapang. Peluru berpandu dan jet pejuang. Tapi kita bergelumang dengan pena dan kertas. Inilah perjuangan kita. Amanah buat kita. Untuk belajar!

PMR satu ujian, bukan hanya sebagai kayu ukur untuk menentukan aliran ke tingkatan 4, tapi untuk menguji keimanan kita pada Allah. Sejauh mana kita tabah hadapi rintangan, bukan setakat rintangan pelajaran, tapi Allah uji ukhuwwah kita. Allah uji kesungguhan kita. Allah uji kesanggupan kita untuk berkorban. Allah uji planning strategi kita. Allah uji sejauh mana kita ambil kisah terhadap orang lain.

Kalau betullah niat kita belajar kerana Allah, takkan ada yang mengeluh bila dapat homework latih tubi yang berlambak. Takkan ada yang nak ponteng kelas tambahan ikut suka hati. Kalau kita belajar kerana Allah, kita akan sentiasa bersedia dengan ilmu dalam kepala kita. Dalam hati kita. Kalau betullah niat belajar kerana Allah, lepas PMR takde yang rasa merdeka sebab dah habis PMR. Ilmu-ilmu yang kita belajar sebelum PMR, kita tak lupa. Kalau belajar kerana Allah, kita akan hormat guru dengan setinggi-tinggi kehormatan.

Persoalannya, ada ke yang niatnya 100% kerana Allah? Even ana pun, niat ana sendiri, ana pun dah tak tah macam mana dah.... Ana rasa malu dengan diri sendiri bila taip semua kata-kata tu. Ana tahu semua tu, tapi ana tak buat betul-betul. Ya, walaupun malu, tapi ana terpaksa tulis kat sini sebab siapa tahu, dengan kata-kata yang tak seberapa ni ada yang berubah lepas ni? Dengan kata-kata ana sendiri, ana tegur diri ana sendiri...

One more thing, khalifatullah, jangan sekali-kali mention perkataan gagal. Takde manusia yang gagal dalam dunia ni melainkan dia sendiri yang kata dia gagal. Orang yang gagal dalam peperiksaan tak bermaksud dia gagal dalam ujian Allah. Dia seorang yang berjaya kalau dia terima kegagalannya dan sedar bahawa kegagalan itu sebagai pendorong untuk masa depan. Kalau cepat je redha, "Yelah aku ni kan memang bodoh memanglah gagal." Dalam dunia ni wujud orang macam tu. Hish. Tu bukan redha namanya. Tu namanya PUTUS ASA!

Ana tahu ramai yang rasa down sebab result trial tak macam yang dia expect. Tapi selagi ada masa, usahalah. Allah akan tunjuk jalan ntuk hamba-Nya. Allah sayang hamba Dia. Kan Allah tu ar-Rahman, ar-Rahim! Mintalah pada Allah. Berikan kejayaan yang hakiki buat kita. Bukan setakat PMR, tapi kejayaan menempuh cabaran, kejayaan mempertahankan diri daripada kegoyahan iman, kejayaan memperjuang deen tercinta. Seterusnya, ke Syurga-Nya.

Target kita bukan setakat nak capai GPS 1.3 sama-sama, tapi nak ke Syurga sama-sama! Allahuakbar!

Ana harap Khalifatullah dapat digest mesej ana, walaupun ana taip macam berbelit sikit. Ana harap dia tak kecil hati dan harap semua orang yang baca entri ni dapat sesuatu yang baru. Ingatlah, yang baik itu datang dari Allah dan buruk itu daripada ana sendiri.

WaLlahu'alam.

Wa'tasimubihabliLLah

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَتَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

103. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.

(Al-imran:103)

Thursday 16 August 2007

MUST READ THIS!!!

assalamualaikum...
this post is for all form three students 07...

antum tau x, ramai guru2 yg teramat kecewa dgn prestasi antum utk trial nih?
tau x?

ade sorg usth kita yg tercinta nih, dia ade musykil sket dgn results trial...dia ckp, "knape org2 yg kami,guru2 nmpk dah ok tu,ok lah...boleh maintain...TAPI mereka2 yg x berapa makin ramai pulak?"

"usth x sangka yg result utk kali ni teruk utk subjek usth....antum yg dah ok ni x tolong kwn2 antum ker?"

persoalannya, adakah benar kami x nak tolong kwn2 kami?

ana secara peribadi, dah kira purata gred keseluruhan utk banat kelas ana n ALHAMDULILLAH, 1.37... banat shj...

so,in a shell, sesape yg rasa perlukan bantuan utk mana2 subjek...
boleh refer pd banat2 kelas ktorg, INSYA-ALLAH,kami boleh bantu...
bgtau kami AS SOON AS POSSIBLE...SESEGERA MEE SEGERA!!!!

TOLONNNNNGGGGGGGGGG LAH....jgn segan dgn sesiapa pon,just dtg n mntk tolong...kalau korg xnak tolong diri korang and tolong capai target skola gps 1.3, jgn skola kat smih lagi!

tak guna la kalau ckp je, "kami sokong nt" tp x nak bg kerjasama langsung!
ana igt ape yg korang lafazkan kat ana hari tuh and ana pegang ape yg korang ckp...

kami dah buntu...antum tau x?
ana dgn tasnim dah x tau bila kita sume free utk buat studygroup...
ana dgn tasnim dah x tau camne nak tolong antum...
ana dgn tasnim dah x tau sempat ke x utk 1.3 tuh...
ana dgn tasnim dah x tau camne nak biar sume org rasa at least 5 A utk next trial....
ana dgn tasnim dah x tau camne nak hilangkan D dgn E ....
ana dgn tasnim dah x tau ape yg ktorang kena buat utk kurangkan C ...
DAH X TAU....
DAH X TAU!

ANTUM TAU X?

kalau antum still x bg kerjasama lps nih, hmmm....
jgn kata 1.3...
target batch thn lps, 1.6 pon blom tentu lepas!

asifah kalau words ana mcm lepas geram tp mmg PONNNN!!!!!!!!!!!!!!!!!

ana merayu kat antum semua, tolooonnnnggggglah, jgn jd orang yang bodoh sombong...
kalau x tau, tolonglah.....refer kat sesape yg patut....

biarlah kalau orang nak kata kita nih, x pandai...
biarlah kita bodoh hari ni, jgn kita bodoh kemudian hari...

SEKALI LAGI, ana merayu....

TOLONGLAH....LAKUKAN SESUATU UNTUK DIRI ANTUM SENDIRI...
[post ini turut ditujukan kpd mana2 banin yg baca post ni]

Wednesday 15 August 2007

Nak PMR

Assalamu'alaykum!

Blog ini telah menyepi agak lama. Lalu, penyelia blog mengambil keputusan untuk mencoret sepatah dua kata. Biar kesunyian yang menjelma di sini, dihiasi dengan bait-bait yang tak seberapa.

Aku lalu terdiam sejenak. Apa yang harus aku coretkan? Terlintas dalam fikiranku, bukankah keputusan Peperiksaan Percubaan telah diumumkan? Oh, ini ialah satu isu yang penting buat kita. Baiklah.

Aku akui, Peperiksaan Percubaan kali ini agak sukar. Soalan-soalan yang begitu mengelirukan. Aku rasa bagai hendak tergolek ketika bertapa di dalam dewan peperiksaan. Timbul pula rasa kesal dalam hati kerana belum cukup mengulang kaji.

Satu demi satu keputusan kami peroleh. Ada yang mengecewakan, tidak kurang juga, bagai warna terbang. (terjemahkan ke bahasa Inggeris) Buntu juga memikirkan. Bagaimana hendak memperbaiki keputusan ini.

Hmm... Bayangkan anda seorang arkitek. Anda membina pelan dan merancang pembinaan bangunan. Anda tidak tidur malam memperbaiki lukisan anda. Mengkaji kelemahan dan memperbaikinya. Akhirnya lukisan anda siap. Anda berpuas hati dengan lukisan anda. Anda bayangkan bangunan tersebut dan tidak sabar hendak melihatnya.

Kontraktor mula membina bangunan anda. Pada mulanya bangunan tersebut kelihatan seolah-olah seperti dalam lukisan anda. Namun, takdir tuhan menentukan, bangunan anda ranap menyembah bumi bila diuji dengan gempa yang tidak seberapa. Apa agaknya perasaan anda? Begitulah perasaan cikgu.

Aku tak sanggup lagi menghempaskan gelas ke atas batu. Aku punah ranahkan harapan cikgu. Aku rasa bagai aku menjatuhkan kaca dari tingkat 100 bangunan. Walaupun sebenarnya aku agak tidak senang, menggalas gelas-gelas harapan atas bahu, namun aku terpaksa memikulnya. Bukan aku yang pinta begini, tapi aku harus bina semula gelas yang sudah berkecai. Aku tahu, aku yang salah.

Aku tak tahu...

PMR kian hampir. Namun, hangatnya seolah tak terasa. Kenapa? Aku tidak mempunyai jawapan...

GPS 1.3. Aku terbayang wajah Pengetua kita, aku terbayang wajah guru-guru kita, wajah ibu wajah ayah... Terbayang wajah senior-senior. Tingginya harapan mereka. Sanggupkah kita mencarikkan harapan itu?

Aku tak tahu.

Aku benar-benar buntu.

"La yukallifuLlahu nafsan ila wus'aha"

Ya aku tahu.

"Makaru wa makaruLlah, wa Allahu khairul makirin..."

Ya Allah.... Bantulah kami merancang... Sesungguhnya engkau adalah sebaik-baik perancang.

Monday 13 August 2007

Pendapat..

Assalamualaikum,

Pasal cadangan untuk blog ni dijadikan blog banin and banat batch 11, Nur Aisyah telah bertanya kepada ustazah Suzana.
And ustzh pon kate, boleh jek. Sebab kite ni satu batch and kite kene jugak bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain.
Asalkan tak bergaduhla. Yela, banin banat batch kite nih kadang-kadang macam xleh nak ngam. sikit-sikit nak carik kesalahan banin and banat.

Selain itu, (huhuh ayat ringkasan) saya dengan hati yang pilu mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan percubaan saya agak menjunam bak tergolek di bawah pokok buah mentega. Oleh itu wahai sahabat saya yang bijak-bijak belaka, jangan malu-malu nak ajar ana eh. heheh.

salam..

Satu Suara!

assalamualaikum,

bersama kita harumkan satu suara
dengan irama lagu senja
teguh ikatan hingga ke akhirnya
bersama genggam erat kata dan janji
kita jadikan realiti
zahir impian cita seribu erti
perjuangan suci
mara melangkah tiada gentar
kembara kita ke satu arah
terus mencari cinta yang Esa..

wahai kawanku marilah semua..tunaikan solat dhuha bersama-sama waktu rehat. ana teringin sangat musolla banat waktu rehat penuh dengan banat f3. berjemaah ramai2..bkn ke kita da berjanji nk capai same2 9A tuh?
so, bkn setakat blaja je, tapi tawakal kite kepada Allah. bkn ke manis bile kite same2 menghadap Raja kepada segala raja?

ukhuwah..ahaha. mase muhasabah hari tuh, mmg tah pape. maklumlah lompat dari satu topik ke yang lain. mmg lawak abes. sume mcm xde topik memule. sekali, kite yg abes lambat. x ke lawak? byk sgt topik dan petua yang dikeluarkan smpi x cukup mase. banat2 yang len tuh pon ckplah gak, suarakan ape yg nk disampaikan. jgn mintak orang len yg sampaikan. kite dalam satu jemaah, satu koloni, bukak hati, bukak minda.

ana punyer result percubaan kali nih pastinye terok sangat!!!!!!!!!!!
tolonglah ana wahai bebdak yg pandai. huhuhuhuhuhuhu. aaaaaaaaaaaaaaa...hari nih besday tasnim..happy birthday to you!
oh satu lagi nk ckp

3 Intisor
3 Istiqamah
3 Itqan
3 Ittifaq

jangan bandingkan kelas2 nih. ingat, kite satu jemaah.. bkn ikut kelas. kite adalah BATCH 11..bknnyer ikut kelas. sume masalah kite selesaikan bersama. suarakan kalau ade ape2 yg x puas hati. mmg, kite nmpk assobiyah.
tapi, kite bley selesaikan masalah bersama. berbual bersama. Dalam dewan mase percubaan hari tuh, ana nmpk. yg x faham mintak tolong org yang faham. tuh ke namenyer assobiyyah? pastuh, orang2 yg bkn PRS ngan pengawas nih jgnlah anggap kengkawan kite yg PRS ngan pengawas nih x bley wat salah. derang manusia gak..sayang2 sekalian.

yang PRS ngan pengawas lak, jgn anggap kami nih je yg asyik kene diperbetulkan. anggap kami kawan antunna yang kalau kami buat salah kami kene tegur. ok? kite same2 lepas nih jgn wujudkan perkataan assobiyah dalam kamus hidup batch 11 lagi. ana harap sangat..

kalau pasal banin lak, kite kene bagi kerjasama pada derang n derang pon kene bagi kerjasama pada kite. sape2 banin yg bace nih, haraplah faham ye. oh, haah, pasal nk kongsi blog nih ngan banin..nk ke? ana x kesah asalkan xde pergaduhan. jangan pasal satu topik tuh, batch kite lagi berpecah. kite wujudkan suasana harmoni kat sini. ok? fathimah, this is your work!

kite ramai..dan sepatutnyer dengan kekuatan nilah kite jadi lebih kuat, teguh dan mantap. gunekan kite punyer kekuatan nih dengan betul dan sebaiknyer. dan pastinyer, kite akan lebih bersatu. yup..mmg susah harapan nih, tapi kalau kite bekerjasama, it is not impossible. kite tunjukkan pada sume orang bahawa kite bukanlah seperti ape yang mereka katakan.

sebut pasal takbir plak.
BANIN..BANIN..BANIN..
bertakbirlah. jgn buat utk banin je..buat utk banat sekali. kami buat utk banat je sbb kami bkn ketua antum. antum yang ketua..kan ramai KM banin kat batch 11 nih, ape salahnyer kalau kite takbir same2. naikkan semangat sensame... susah sgt ke? bkn ke suare antum kalau gabung mmg dasat abes? apa salahnyer kalau takbir tuh bergabung. 2 orang takbir or 3 orang, n yang lain sambut..barulah semangat!

oh rijal
tegakkanlah agamamu
sepenuh jiwa ragamu
berjihadlah di jalan Allah

oh nisa
peliharalah dirimu
tutupilah auratmu
dan jadilah kekasih Allah ( by kumpulan mirwana lame)

oh, haah. bile kite nk tgkp gamba satu batch ah? sape volunteer nk bawak kamera? sblm cuti nih klau bley...sape?sape? nnt boleylah letak kat header blog nih. jadilah secara rasminyer ia blog batch 11. bkn banat batch 11 je...sape volunteer? yg kamera die slalu cukup bateri? anyone? fathimah, nnt kalau da tgkp gamba satu batch, nt punyer keje ah buat photoshop. gagaga..

dahlah dulu, ana nk gi uruskan ape2 yg patot utk skola esok.

assalamualaikum

Alifah Tarmidi,
Sunday
12 August 2007
10.01 pm

Saturday 11 August 2007

hmmmm............................

Actually, tak tahu nak letak title apa...
Sebab tak tahu nak tulis pasal apa.....

Hmmm, hari tu ana ada buat discussion dengan seorang akak pengawas nih...
Bincang masalah umat....
Dia komen batch adik2 kita, dia kata "Kami dah tak tahu nak buat macam mana lagi dengan adik2 ni... [dia maksudkan adik2 kita]...

Ana pun komen, diorang spread virus sesama mereka <<<<< Skema itu hebat?
And diorang pun spread virus kat orang lain...

Persoalannya, siapa yang jadi tukang spread virus nakal tuh?
Adik2 kita, kita sendiri atau kakak2 kita?
Kita batch form 3 ni sebenarnya terikat antara adik2 dengan kakak2...

Apa yang aku merepek ni?

Okaylah, sebenarnya ana nak tahu.... Korang ada tak terfikir yang kita perlu buat sesuatu untuk adik2 kita... Ana tak berani cakap... Nanti sentuh sensitiviti...

Ana ada cadangkan kat beberapa member2 PRS kita, boleh tak kalau kita adakan program [sebenarnya cadangan ana time program Jumaat], dengan adik2 nih... Bukan bercorak 'basuh' tapi....kita guna psikologi...maksudnya bukan hentam secara terang-terangan...lebih kepada program bual bicara...cewah!

Amacam?

Kalau ada yang setuju, kita boleh pakat dengan kakak2 ke camne....

Pastu, ana nak tegur Prs2 yang pegang adik2 ni, jangan terlampau berlembut... Sedarlah, mereka sedang memanjat kepala anda...<<<< skema itu hebat? (Ya! Memang hebat {nota editor})
Kami yang memerhati lebih jelas tentang itu...

Hmmm....Satu lagi, ana rasa kakak2 form 3 kurang rapat dengan adik2 form 1 and form 2... Tapi macam diorang je yang tak nak rapat dengan kita? Sedih dan pilu hatiku bila terkenangkan adik2 kita yang agak sombong... Kenapa ek diorang camtu dengan kita?

Salah kite eh?

Hmmm.... Renung2kan dan...Selamat beramal!!! Hahahhahahaah....

Hmmm....Apa ek? Korang dapat tak point yang ana nak cakap sebenarnya?
Kalau tak dapat takpe ler...



Note: Edited by the editor, 2.56 pm, 12 August 2007.

kufurkah kita?

pernah tak.....

antunna fikir...

andai satu hari... segalanya yang kita miliki saat ini....

kan hilang..... sirna... TIADA.....

pernah tak antunna....

pastikan....

dalam setiap helaan nafas antunna...

antunna iringi dengan pujian padanya.... "alhamduliLLAH"

pada setiap kali terjadinya keajaiban

antunna iringi dengan zikir "masha ALLAH"

pada setiap kali terpesona dgn keindahan ciptaaNYA...

antunna iringi dengan "subhanaLLAH"

pernahkah? sentiasa kita mengamalkannya?

ingatlah... kufur tu bukannya kufur secara nyatanya....

jangan lupa... mungkin kita kufur pada nikmatNYA...

hadirkanlah ALLAH senantiasa dalam setiap langkah..

setiap saat hidup ini...

-tanbih buat semua jua diri yg sentiasa alpa dan leka-

Nak Pendapat Semua Orang

Assalamu'alaykum!

Apa pendapat kalian andainya banin join blog ni? (Sekali lagi, skema itu hebat!)
Ana tak tahulah.
I'm thinking about the risks of starting a conflict here.
Ana takut nanti banat dengan banin gaduh.
TAPI
Ana percaya semua dah matang kan?
Hurm...
Batch sebelas kan ada 118 orang sekarang ni.
67 banat dan yang baki 51 orang tu kan banin.
Batch kita bukan ada banat je.
Tapi,
betul, ana takut kalau anything happens...
Sebab ana yang start off the idea of the blog.
Nanti ana yang bersalah.
Haha.
Lawak pulak.

So what do you guys think?
Kalau ada banin yang bukak blog ni, bagilah pendapat.
Korang nak join tak blog ni?
Ana harap semua orang boleh bagi idea yang bernas.
Ana tahu ramai yang singgah blog ni.

Please, I need your opinions.

Friday 10 August 2007

uhuk..uhuk..UHUK...fahna sakit..(lame opening....)

well guys...apa yang perluku coretkan di sini..kelihatan seperti ana antara org yg ketinggalan mmbuat post..walaupun agak sedih...tapi hatiku tabah menerima segalanya (YA ALLAH SKEMANYE!!) <--- Nota editor: Skema itu hebat! :)

whatever..well, what should I say?

1) i'm in a bad state of health..kalau tengok waktu exam suara batuk ana jelah dgr- berlwn ngan ain- huhu

2) i've sore throat! man i hate having sore throats!....

3) i'm in a state of laziness..well, siapa yang tak malas nak baca buku sivik..cakap,SAPE???

4) wish u all the best..and hoping all the results are going up the hill...

last but not least...ana harap semua dapat doakan kesihatan ana bertambah baik...rimaslah batuk and sakit tekak nie..nak memekak susah...(kifarah dosela katakan)..

ok...and one last thing, i've an opinion...

why not, when there's somebody's birthday in our batch...we announce it here???

cool, huh?

and, nanti tukarlah gambar header die tu...tgkp gmbr sama2 lepas PMR...baru semua ada..gambar ni ana takdela...sedeyh kali ke-2

hope that will be considerated...

okay..ttyl

Thursday 9 August 2007

Trial dan GPS

Assalamu'alaykum!

Dah lama blog ni tak dikemaskini (skema itu hebat) jadi ana pun mengambil inisiatif untuk mencoret sepatah dua kata, just to make you aware that I'm still alive. Haha...

Hari ni hari Khamis. Eight subjects down, only one left. SCIENCE. Oh Science harapanku. Secara jujurnya ana rasa trial kali ni susah. Uhuuu... Nak buat macam mana.. Harap-harap PMR tak sesusah trial. Macam nak tergolek jawab soalan dia. KILLER! Sampai asyik tertidur je. :P

Hurm.. Nak bebel apa ek? Oh ya. Subjek Sejarah, ustazah dah tanda. Ada 12 orang je yang dapat A trial ni. Tapi yang dapat B berlambak-lambak (bak kata bunda Zanaria). Huhu... Buat yang tak capai target sendiri, la tahzan innaLLaha ma'ak. Sekarang bukan masa untuk berputus asa. Bukan masa untuk menangisi perkara yang dah berlalu, tapi sekarang masa untuk mencari kelemahan sendiri dan plan untuk improve supaya PMR kita boleh capai GPS 1.3. Bak kata Petronas, berjalan mesti pandang hadapan, bukan belakang. Yeah, selagi result PMR tak keluar lagi, selagi tu kita deserve untuk dapat 9A. Takbir!

GPS 1.3
Ana rasa ramai yang takfaham lagi GPS tu kebende. GPS tu gred purata sekolah. Macam mana nak kira? Kenapa lagi rendah lagi bagus? Camni, setiap gred ada markah. Gred A markah dia 1. B=2, C=3, D=4, E=5. Lepas tu, kan dia nak purata, bahagikan jumlah markah dengan jumlah subjek. Kita kan ada 9 subjek, jadi jumlah markah/jumlah subjek.

Contohnya Abdul dapat 5A 2B 2C. Markah yang dia dapat= 5(1) + 2(2) + 2 (3) = 15. 15 bahagi dengan 9. Gred purata individu dia, 1.67.

Lagi satu contoh, katalah dia dapat 9A, gred purata dia 1.0 sebab dia dapat semua A.

Jadi Gred Purata Sekolah ni ialah gred purata untuk setiap pelajar.
Contoh:-
Ali: 9A
Atan: 7A 2B
Ahmad: 8A 1C
Abu: 4A 3B 2C
Awang: 8A 1 E

Gred Purata Individu:
Ali: 1.0
Atan: 1.22
Ahmad: 1.22
Abu:1.78
Awang: 1.44

Gred Purata Kumpulan:
Jumlah Markah= 9 + 11 + 11 + 16 +13 = 60
Markah Purata Individu = 60/5 = 12
Gred Purata= 12/9 = 1.33

GPS lebih kuranglah cara pengiraan dia. Jadi maknanya nak capai GPS 1.3 bukan senang. Kita kena jadi all rounder. Kita tak boleh concentrate kat Maths sebab kita minat tapi Sejarah biar terbengkalai. Tokleh. Kalau kita score rendah dalam satu subjek pun, it will bring our GPS down. Macam Awang, dia dapat 8A, tapi dia ada 1 E, GPI dia 1.44 lebih tinggi daripada Atan yang dapat 7A.

GPS ni maksudnya kita kena work together untuk dapat capai target. Kalau nak harap orang lain je, kalau orang lain dapat 9A, kita dapat banyak C, tak ke gred kita merosakkan GPS? Kesian kat orang lain....

Ada orang kata dia nak capai GPS 1.1. Hahahahaha. Nak tergolek ana dengar. Sedangkan 1.3 pun dah cukup tinggi target, ni 1.1? 1.1 maknanya semua orang dapat lebih daripada 8A 1B ke atas. WOWOWOWOW... Tu macam mustahil.

GPS 1.3 maksudnya kena dapat markah 11.7. 11.7 tu maknanya kena dapat sekurang2nya lebih kurang 7A 2B. Atau 6A 3B masih acceptable-lah.. Ha tinggi kan target tu? Setara hari tu, berapa ramai je yang lepas target? Tak ramai kan? Hu... Maknanya kita kena usaha lebih, jangan asyik nak berangan je GPS 1.1 lah apelah.. Haha...

Kita kena tengok betul-betul, analisa kelemahan kita. Please. Do. Your. Best. Tolong orang lain. Kalau tahun lepas, standard PMR sangat rendah sampai ramai gila boleh dapat 9A, tapi tahun ni dengarnya standard PMR dinaikkan. What ever happens, buat je yang terbaik. Ana tak sanggup nak tengok harapan yang sekolah dah letakkan kat kita, punah ranah macam tu. Tinggi sangat harapan sekolah, usaha kita pun kenalah tinggi jugak...

Hurm.. Panjang sangat bebel. Ngantuk doh..
Assalamu'alaykum!

Saturday 4 August 2007

PMR Trials Schedules + MORE!

Assalamualaikum....

Sebab our dearest tmah tak salin jadual PMR trial, I will be having the honour of posting it... ^^

Monday
9.30 - 11.30 : BM 1
11.45 - 12.45 : BM 2
2.30 - 3.45 : SEJARAH

Tuesday
9.30 - 10.30 : ENGLISH 1
11.00 - 12.45 : ENGLISH 2
2.00 - 4.00 : PEND. ISLAM

Wednesday
9.30 - 11.15 : MATH 2
11.30 - 12.45 : MATH 1
2.30 - 3.45 : GEOGRAPHY

Thursday
8.00 - 10.30 : BAK
11.45 - 12.45 : ERT
2.00 - 4.00 : ULANG KAJI SCIENCE

Friday
9.30 - 11.00 : SCIENCE 2
11.45 - 12.15 : SCIENCE 1
2.15 - 4.00 : REGULAR CLASS

addition:

Saturday
8.30 - 9.30 : QTH
11.30 - 12.30 : SIVIK

..........................................................................

Hari Sabtu sekolah, ade exam, jangan ponteng!

Jadual Trial

Assalamu'alaykum.....

Boleh tak sape2 yang ada jadual trial, post kat sini? Dengan masa sekali kalau boleh. Supaya senang nak rujuk.. Heeheehee..


(sebenarnya hari tu tak sempat salin.)

Friday 3 August 2007

PMR TrIaLs

Assalamualaikum!

Wah! Dah ramai dah post kat blog ni. Ana je yang ketinggalan. Well the PMR trials are just around the corner. So i wanted to wish everyone in Batch 11 "GOOD LUCK". Do your ultimate BEST! Let us all study like crazy so we can all succeed! Remember "Fainnama'al 'usri yusra". Hari ini kita semua buka dewan. Rasa macam seram2 an excited jugakla. Well the best of luck to all!

Wednesday 1 August 2007

manis kalimah pengikat ukhuwwah...

assalamu'alaykum akhowatil kiramah...

keifa halukunna jamiean? moga2 baik2 jelah ye...
macam excited pulak boleh bagi post ni.. hehe...

macam yang kita semua tahu...
trial PMR sana'huzu fi usbu'il qadim...
maka....

ana mengucapkan...

ma'at taufiq wan najah....

tajuk ana tu nak menarik minat je...
di samping antunna bacalah post 1st ana ni...

hehe...

nanti.. ana bebel banyak2 lagi ye...

ilalliqa'~

Cerita Orang Pasal Couple

Assalamu'alaykum...

Tasnim minta ana post benda ni kat sini dari sini. Disebabkan shortform dia melampau tahap maksima, ana edit dulu. Setelah hampir 2 jam bertungkus lumus nak edit, ana dah tak larat lagi. Nak termuntah tengok short form dia. Serius. Kesimpulannya, kalau nak berdakwah, nak orang respect dengan penulisan kita, jagalah bahasa anda....


Surat kepada Awak

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna.. Duduk dalam kelas kawan2 semua tak suka..
Saya nak join, diorang kata saya menyibuk.. Ada juga yang kata saya emotional.. Sikit2 nak marah.. Padahal sebenarnya saya nak tegur diorang yang buat salah..

Pastu saya cuba buat lawak kononnya nak tarik perhatian orang lain, saya punya gembira bila ada orang gelak dengan lawak saya especially budak2 perempuan.. Budak2 lelaki semua kata saya mat capap.. Tapi saya tak kisah.. Asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..Memang lumrah manusia.. Seorang lelaki akan tertarik kepada wanita..Camtulah yang saya rasa..Saya tengok kawan2 dah ada yang couple.. Kat hostel sms2 awek sampai pagi.. Ada yang call awek sampai 1 pagi, habis 10 ringgit..

Saya mula fikir..
Adakah aku perlu BERCINTA? Dengan menggunakan akal seorang pelajar Universiti itu.. Saya pun mula menanam tekad untuk bercouple.. Dan masa tu la saya tackle awak.. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula2 awak jual mahal.. Tapi saya tak kisah.. Nak beli juga.. huhu.. Last2 pendek cerita.. Saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta, memang saya sangat2 bersemangat. Apa org minang kata, ALL OUT lah.. huhu~~Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya.. Gayut malam2.. Kadang2 saya pun habis rm10 satu malam..Tapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa tu.. Tak terasa pun..

Masa bercinta memang indah.. Semuanya indah.. Sikit2 gurau2, gelak2. Kalau merajuk main pujuk2..Kalau birthday main wish2..

Untuk diri ini, terasa amat bahagia.. Sebab masa tulah terasa diri ini dihargai.. Saya pernah fikir.. Biarlah kawan2 saya tu pandang saya semacam and kata saya macam2..Asalkan awak memahami saya..

Satu hari tu, saya dengar ceramah.. Alhamdulillah.. Dalam ceramah tu saya sedar, saya banyak buat dosa and saya kena berubah.. Hidup saya mesti selari dengan Islam.. Saya kena jadi baik.. Sebab memang tu fitrah manusia.. Inginkan kebaikan.. Semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari tu saya mula rapatkan diri dengan masjid.. Rapatkan diri dengan Al-Quran.. Selalu solat berjemaah.. Selalu dengar tazkirah..

Saya tak nak jadi baik sorang2.. So saya ajak awak sekali.. Saya ajak awak baca al-Quran.. Saya kejut awak bangun Subuh..(call) saya ajak awak bagi2 tazkirah..

Mula2 mungkin awak terkejut dengan perubahan saya.. Awak ingat saya dah nak jd alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat salah.. Bercinta kerana Allah.. Kite couple tak macam orang lain.. Orang lain couple jiwang2 je.. Ada yang siap buat maksiat lagi.. Pegang2 tangan and so on.. Tapi kita couple baik2.. Jaga batas2 syaaro'.. tak nak guna ayat jiwang2 janji tak nak jumpa dah, takut berlaku maksiat..

Dan awak terima perubahan saya tu.. Saya pun banyak nasihat awak.. Awak pun terima.. Walaupun kadang2 awak merajuk sebab teguran saya tu awak tak dapat nak adapt.. tapi saya paham, perubahan memerlukan masa.. Dan akhirnya saya rasa..Hubungan kita semakin diredhai.. Saya selalu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula sedar Dakwah itu wajib.. Kita kena sampaikan kebenaran kepada orang. Kalau tak.. kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dengan firmanNya dalam surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:
"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".

Pastu saya mulalah bagi tazkirah kepada kawan2.. Adik2.. Tegur diorang apa2 sahaja yang diorang buat silap.. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dosa.. Saya mesti nak tegur. Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman.. Apa lagi.. Tegur je la direct..huhu~~

Pastu satu masa..
Saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bile baca detail2 yang dia bagi.. Macam betul pulak.. huhu~~ tapi biasalah kan.. kalau kite suka satu benda tu.. kita tetap akan cari alasan untuk meneguhkan pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu.. Dan teruskan je hubungan kita.. Kita tak buat maksiat.. Kita tak jalan2 pegang tangan.. Tak jiwang2.. Just saling ambil berat.. Tanya khabar.. Borak2.. Siap bagi tazkirah2 lg.. Apa yang haramnya dengan benda camni kna?
huhu~~

Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...


Mase ni dah nak dekat mid term. Lagi 3 minggu kot.. Entah.. Lupa la.. Tak catat dalam diary.. sebab saya takde diari pun.. huhu..

Dalam masa tu, saya memang rajin ajar2 kawan.. Pada masa yang sama bagi tazkirah kat diorg..

Ada yang respek.. ada yang prospek..(pandang slack) Kadang2 bila tegur.. saya kena marah balik.. macam-macamlah.. ada kata tegur tak berhikmah.. ada yang kata saya poyo je.. Tapi takpe.. saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri.. Saya terjumpe ayat ni..

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir? (Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ni aku duk tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cpt mrh, suka buang masa, ada juga dosa kecik yang masih dilakukan.. camne yek?"

Pastu terjumpa pulak ayat ni..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah
kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah ayat 42)

Tetiba saya terfikir satu kritikan kawan..

"Ala kau tu..cakap brasap..gaya alim,tapi couple jugak..sama je ko dengan kitorg..tegur org konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnya bercouple ni boleh ke tak? Adakah selama ini hanya saya yang menganggap bercouple itu boleh? Dah tu, kenapa saya rasa malu bile mak dan ayah tahu saya selalu contact perempuan? Dan terkadang rasa serba salah?

Macam2 yang saya fikir.. Dipendekkan cerita lagi sekali.. Saya ke Penang untuk mengikuti satu
seminar dakwah.. Saya harap dengan seminar ini kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Sebelum pergi seminar tu..
Saya still sms2 lagi dengan awak.. Tanya khabar.. Sempat lagi pesan2 supaya jangan lupa baca al-Quran hari ni.. Dalam fikiran saya.. "Ni kira dakwah jugak ni.. saling ingat-mngingati.."

******

Majlis malam tu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 sume orang dah bebas nak buat apa2..

Tiba2 saya tergerak hati untuk berkongsi masalah dengan fasilitator yang ada kat situ.. Saya rasa inilah masa yang terbaik nak tanya pendapat dia pasal couple.

Lalu saya menghampiri Brother fasilitator tu.. Masa tu dia tengah belek2 terjemahan al-Quran
die sorang2..

Saya : Assalamualaikum bang, saya nak tanye sikit boleh?

Brother: Em, boleh..duduklah. Anta nak tanye apa?

Saya: Er.. Camni, saya nak tanya sikit. Sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada la kenal seorang kawan ni, perempuanlah. Tapi bukanlah setakat kawan biasa.. Rapat jugalah. Bukan rapat biasa, tapi rapatlah..

Brother: Bercinta ke?

Saya angguk je.

Saya: Sebenarnya boleh ke bercouple, bang?

Brother: Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan tu perlu ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Kan Allah berfirman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam
ayat yg ke 32: Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.

Saya: Tapi bang, saya tak nampak pun menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. SMS2 pun takdelah jiwang2, selalu bagi tazkirah. Kami selang2 bagi, hari ni saya, esok die. Bukan ke baik tu?

Saya tak nak mengalah.

Brother: Memang betul niat anta baik. Tapi igt, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni.

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam. (Surah Al-Ankabut,Surah 29, ayat 38)

Brother: Akhi, kalau anta tengok ayat ni, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memanglah pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan licik. Dia akan sedaya upaya buat
anta terjerumus ke dalam maksiat

Saya: Tapi bang, saya dah janji dengan die tak nak jumpa lagi. Sebab saya tahu kalau jumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama2 menjaga diri. Tak kanlah bercouple boleh membawa kepada zina jugak bang?

Brother: Em, betul, anta dah janji tak nak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji tak nak call dia selalu, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak bila bercouple.."

Saya: Zina hati?

Brother: Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh check dalam Riyadhus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan kata2, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati, membayangi si dia. Hakikatnya, camne pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..

Brother: Ana dulu pun couple juga. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak graduate. Tapi bila ana sedar pasal ni, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah
bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak2 ana. Kalau nak ikutkan lagi besar mslh ana daripada anta.

Saya: Saya risaulah bang. Nanti apa kawan2 dia kata. Dulu saya selalu minta tolong diorg untuk rpt dengan dia. Sure nanti diorang semua tak puas hati dengan saya. Dan die sendiri pula, saya
takut pape akan jadi kat dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt2...

Saya mula menitiskan air mata. Malu...

Brother : Kalau kawan2 dia tak puas hati pun, diorang nak buat apa? Paling teruk pun, diorang akan mengata di belakang anta. Nta tak kurang sikit pun. Lagi pun, dalam berdakwah ni, kita nsk cari redha Allah, biarlah orang nak kata ape2 sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau
Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi.

Saya terdiam lagi.

Brother: Pasal dia pula, cuba anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan
anta secara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa2 perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, tu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sendiri.

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa tu saya nangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, Couple tu haram.

Saya: Jadi camne nak buat bang?

Brother: Ana dulu, hantar 1 sms je kat dia. Ana terangkan yang hubungan kami salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Pastu ana terus tukar nombor. Dia tak contact ana langsung dah lepas tu.

Saya: Maksudnya, saya takleh contact dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pulak saya contact diorg?"

Brother: Dengan die ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, pastu kena pula buat group
discussion, masa tu anta hanya layan dia just sebagai group discussion partner.

Tetiba saya trfikir.. Dia ni nak suruh aku clash malam ni jugak ke? Sekarang jugak? Takkanlah awal sangat...

Saya: Saya rasa saya belum ada kekuatanlah bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan baru saya tinggalkan benda ni?

Saya ingat nak lari...

Brother: Akh, anta kena ingat. Kekuatan itu tak boleh ditunggu, tapi perlu dibina. Allah
takkan ubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaan dirinya sendiri, boleh rujuk surah Ar-Ra'du, surah ke-13, ayat 11. Lagipun, anta nak tunggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni.. Abg2 kat sini pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, diorg
tinggalkan.

(nota: ana dah tak larat nak edit lagi...)

Alamak...xleh lari lgla nmpknye..saya
rase
cm brother ni pkse saya clash mse tu
gk.

"Sumenye dh jelas rsenye..Nmpknye saya
kne
tgglknla mnde ni gk ye. Cm xlrt rsenye
nk tkn button tepon ni. Rse xsggup."

"Kalo xsanggup meh ana tolong
tekankan."

"Eh, xpe la bang. Biar saya taip
sndri."

Tragak2 saya nk taip mse tu.
Tapi saya gagahkn gk diri..

"Semuanya dh jelas..buat ape aku tgguh2
lg. Tkut nnt hidayah ni Allah tarik,
ssh
lak nk tgglkn. Kn aku salu doa supaye
dijauhkn dr mksiat..jd rsenye, inilah
msenye.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..



Berat tul nk hntr msg tu kt awk. Saya
msih
xmmpu nk ucap slmt tggl. Sbb tu dlm sms
tu saya juz akhirkan dgn ucapan salam.

Lps beberapa ketika..saya tkn gk button
[send].

Pstu tertera kt skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Mse tu saya rse cm sparuh idup saya dh
hilang. Cm xcaye je..saya dh hntr 1
sms, dan
clash ngn awk..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dh tggungjwb.."

Mlm tu saya saya tdo ngn linangan air
mata..
X sangka..mmg x disangka..
Saya mmg xpnh trpikir utk clsh, tapi
tu la
yg terbaik untuk kita sbenarnya..

Teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,
ayat 216..
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal
berperang itu adalah sesuatu yang kamu
benci. Boleh jadi kamu membenci
sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu; Allah
mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahui.



*******



Masa terus berlalu..
Saya trus sibukkan diri ngn keje2
lain..
Dlm usaha nk lupekan awk..
bkn sng..
tapi saya trus cuba.

Saya slalu bg tzkirah..igtkn org..
Saya bg taklim kt msjid, cte kt org,
couple haram, tunjuk sgala dalil..
Mcm2 yg berlaku...
ade kritikan..
ade gk yg stuju..
tapi xkesahlah sume tu..

Saya rse awk stil xleh lupekan saya..
Saya pn pk..kne tgskn rsenye..
Pstu saya hntrlah sms ni..
Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yg lebih indah drpd mndapat
keredhaan ilahi..seindah manapun
gubahan
pertama tu, slagi xmndpt keredhaanNya,
ttapi xbrguna..

Assalamualaikum..saya tau dlu saya
ckp, kalo
ade jodoh, insayaa-Allah akn bertemu
juga.
Tapi saya xnk awk tggu. Lupekan saya.
Biar
Allah yg menentukan..
Lg 1, jgn cari cinta manusia,
ia pnuh dgn pnipuan,
kekecewaan,
dan xkekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yg diredhai..

-Yang Terakhir- "

[send]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dh buat keputusan. Saya psti apa yg saya buat ni btul. Saya yakin, Allah akn sediakan yg terbaiku ntuk saya.Saya xkn berpatah balik..Xkan..buat selama-lamanya.
ikuutilah saya, inilah jln terbaik bg kita.. saudara2 ku