Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Sunday 30 December 2007

Quotes

Hehe.. Kompilasi kata-kata di blog nih setelah 5 bulan setengah blog ini ditubuhkan... Memori...


"lps nih, ana harap xde yg patah semangat....jdkan cabaran yg kite hadapi nih sbg pembakar semangat kite utk usaha dgn lebih gigih dan buktikan pd mereka.... KITA MAMPU LAKUKANNYA! BUAT MEREKA BANGGA DGN BATCH SEBELAS!!!"


"kami dah buntu...antum tau x?
ana dgn tasnim dah x tau bila kita sume free utk buat studygroup...
ana dgn tasnim dah x tau camne nak tolong antum...
ana dgn tasnim dah x tau sempat ke x utk 1.3 tuh...
ana dgn tasnim dah x tau camne nak biar sume org rasa at least 5 A utk next trial....
ana dgn tasnim dah x tau camne nak hilangkan D dgn E ....
ana dgn tasnim dah x tau ape yg ktorang kena buat utk kurangkan C ...
DAH X TAU....
DAH X TAU!

ANTUM TAU X?"


"Aku tak sanggup lagi menghempaskan gelas ke atas batu. Aku punah ranahkan harapan cikgu. Aku rasa bagai aku menjatuhkan kaca dari tingkat 100 bangunan. Walaupun sebenarnya aku agak tidak senang, menggalas gelas-gelas harapan atas bahu, namun aku terpaksa memikulnya. Bukan aku yang pinta begini, tapi aku harus bina semula gelas yang sudah berkecai. Aku tahu, aku yang salah.

Aku tak tahu...

PMR kian hampir. Namun, hangatnya seolah tak terasa. Kenapa? Aku tidak mempunyai jawapan...

GPS 1.3. Aku terbayang wajah Pengetua kita, aku terbayang wajah guru-guru kita, wajah ibu wajah ayah... Terbayang wajah senior-senior. Tingginya harapan mereka. Sanggupkah kita mencarikkan harapan itu?"


"Khalifatullah:
Boleh tak ana nak tegur sikit... Sebenarnya ana rasa agak tension jugaklah dengan orang yang asyik-asyik dengan target GPS tu sampaikan tak terfikir perasaan orang lain... Ana tahu orang yang tulis tu pandai, tapi, janganlah terlampau merendahkan org lain... Ingat! Allah tak kurniakan aqal kita ni semuanya sama... Mestilah ada yang lebih, dan ada yang kurang... Ana cakap nih bukan nak memprotes, tapi sebagai teguran dan peringatan... Betulkan balik niat kita untuk cemerlang dlm PMR... Adakah semata2 untuk lepas target GPS?!! Atau adakah untuk memecah rekod sekolah? Kalau boleh, niatkan dalam diri, kita belajar ni hanya kerana ALLAH semata2... Bukan untuk PMR semata2... Bukan untuk menunjuk.... Tapi, ingatlah, kita belajar itu kerana ALLAH, dan kita gagal itu kerana ALLAH..

WaLlahualam... Maaf kalau tersinggung...
"

"ana nak capai 9A tuh, tapi ana takut ana x dapat. ok, yakin pada diri sendiri. ANA BOLEH CAPAI 9A selagi ana teruskan usaha ana n yakin pada Allah bahawa Allah akan tolong ana. lagipon skang nihkan bulan ramadhan."

"Cuma satu je permintaan ana,
pada sapa2 yg belum sedar lagi betapa
dekatnya PMR, SEDARLA!
ana minta semua belajar gila2!
PMR tinggal lagi 16!
so belajar betul2.
lepas PMR nak tengok tv
berapa lama pon boleh..
nak tidor pon boleh..
ana minta sangat antum
semua berusaha gila2 utk
berjaya dlm PMR!"



"tadi ana bincang sket ngan safiah, kitorang rase nk buat propaganda utk memenangi hati batch 11 nih dengan slogan 'batch 11 untuk batch 11' xpon 'semangat batch 11' dengan rancangan ' kawasan kesemakmuran bersama batch pertama dekad kedua'. best x? (dengan penuh berlagak) kite buatlah kawasan putih dengan kawasan hitam. kite buat catuan makanan sekali... mesti bley eratkan ukhuwah dengan makan bersama dalam satu dulang. dalam satu dulang tuh ade nasi satu senduk dengan ayam seketul bersama sepapan petai. sayur kene makan byk sketkan?hahahaha....pastuh kite buat rancangan bobot
(sempena rancangan cobbold) mintak pandangan sume batch 11 tentang rancangan nih. amacam, bijak x ana? (alifah sedang tension membaca buku paling bosan dekat alam semesta iaitu sejarah..tu yg jadi loony camnih)"


"mereka kata aku bisa
mengukir gemilang
mereka bisikkan di telinga
'aku yakin padamu'"


"Lastly a reminder from what Ustazah Hamidah said, "Letakkan penggantungan kepada Allah. Ilmu tu Allah yang bagi. Tawakkal." During the exam, believe in Allah. Even if we are the cleverest human, even if we have the strongest memory, even if we study every single day and night, but if Allah doesn't want us to score in the paper, then we won't. Why? Because when Allah says, "Kun!" So, "Fayakun!""


"banat..banat..banat..
kenapa antunna x nak beli sweater batch tuh? kesian effy mintak sponsor sana sini, sampai hati antunna. huhuuuh...bayangkan klau antunna buat satu bende tuh pastuh dapat tentangan ramai, mesti sedeykan? camtulah perasaan effy. kesian sgt die. ana bknnye nk menangkan die, ana tau..sweater tuh mmg mahal..ana pon xde duit. tapi skang nih ana pon tgh ikat perut semata-mata utk sweater tuh, sakit tau perot nih..hari tuh kene gastrik gak,hehehe. antunna pon buatlah mcm ana sekali. kesian kat effy, bersungguh-sungguh die buat tau. sikit2 lame2 jadi bukit."

Saturday 29 December 2007

PMR: Suatu Refleksi Diri

Bismillahirrahmanirrahim…


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Firman Allah:


“Faiza azamta fatawakkal alallah” (3:159)…


“maka apabila kamu berazam (membulatkan tekad), maka bertawakkallah pada Allah”


Ikhwah Akhawat G11 yang dihormati sekalian,


Kaifa Halukum? Harap-harapnya antum semua berada dalam keadaan yang baik dan masih lagi berada di bawah naungan dan kasih-sayang Allah…lagi2 selepas menerima keputusan PMR.. di sini ana nak sampaikan sedikit coretan khas utk kita sama-sama merenung kembali tentang PMR yg telah kita lalui ini…


Sebelum tu, ana nak ucapkan banyak2 tahniah bagi yang berjaya dgn cemerlang PMR 2007 (Kita dah pecah rekod!! Takbir!!) dan semoga kejayaan ini diteruskan sehingga SPM nanti, Insya’Allah… Mungkin ada sebahagian daripada antum yang gembira dan mungkin ada yang tension(frust) sebab x dapat capai target masing2.. tp itu semuanya ketentuan Illahi (jgn salahkan Allah, salahkan diri sendiri) kerana mungkin Allah x memberi kita kejayaan spt yg diharapkan disebabkan dosa2 yg kita tlh lakukan.. mgkn ada juga antara kita rasa usaha mereka sudah cukup tp masih x cemerlang.. itu x brmakna Allah itu x adil.. mgkn Allah x nak bls usaha kita ini dalam PMR tp nak bls sewaktu SPM nnt dgn 12A1@11A1@13A1...ameen..


Bagi yang mendapat 9A, janganlah terlalu bangga kerana ini hanyalah permulaan kepada dunia yang lebih mencabar… ana pernah berbual ngan seorang abang alumni, dia kata PMR ni baguslah kalau cemerlang tetapi janganlah terlalu membanggakan keputusan kita itu… sebab bila masuk form 4, segalanya berbeza drpd masa form 3 dan kita mungkin mengalami anjakan paradigma jika x bersedia dgn baik dr segi mental dan fizikal. Dia kata bila kita masuk form 4, ibarat macam kita start from zero semula sebab sangat berbeza dengan alam menengah rendah dan kptsn PMR ni x menjamin kejayaan utk SPM…sebab abang tu cakap dia ada seorang kawan. Masa PMR, kawan dia tu dpt 3A je…tp SPM dia dpt 10A… Jadi, apa yang paling penting di sini ialah keberkatan ilmu yang kita perolehi sepanjang hidup kita ini kerana ilmu yang berkat ini sahajalah yang boleh memandu dan memacu kita kepada kejayaan dalam hidup ini…utk mndpt kbrktn ilmu ni, yg paling utama ialah kita perlu hormat sama guru kita…sebab ana harap kita semua akan lebih serius dalam belajar (lebih matang) bila masuk form 4 nnt…


Akhir sekali, Firman Allah (3:110) menceritakan tanggungjawab kita sbg umat yg terbaik iaitu amar ma’ruf nahi mungkar. Jd, sbg persediaan sebagai seorang Ad-Dai’, ana harap agar kita sama-sama dapat bekerja sebagai satu jemaah (ukhuwwah yg erat) dan dapat juga mempertingkatkan keimanan kita (tambah amalan + hindari maksiat) serta menambah bekalan ilmu dakwah di dada dengan membaca buku2 fikrah dan ilmu2 dakwah agar kita dapat menjadi lebih kuat dan menjadi pemuda-pemudi harapan yang cemerlang bukan saja dalam akademik tetapi dalam agama dan juga menjadi orang yang sentiasa komited dengan Islam), Insya’Allah.


“Semoga dengan kejayaan kita dalam PMR akan menjadikan kita lebih bersemangat untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam SPM 2009 nnt…Insya’Allah.


Oleh: Shoutul_Qalbu

tahniah dan terima kasih...

assalamualaikum.

result PMR keluar 27 hb yg lepas, lalala...

ana masuk dewan bawak adik kecik kat tgn, x aleale tmah ckp "kenapa x jemput walimah?"
dahlah ana menggigil drpd mlm semalam(sampai demam2) dan kegigilan itu ku atasi dgn match MU vs Sunderland mlm tu...best oo 4-0...hahaha....

mesej2 semangat daripada teman2 ku baca berkali2 pd pagi nan redup itu, juga bagi menghilangkan kegigilan yg makin mencapai tahap megamall. arghh,apakah nasib ku kelak?

ana menjawab soalan tmah dgn muka blur, tau2 usth dah nak start ckp...jantung dah mcm nak tercabut...mak aih! tiba2 kat depan keluar analisis...

"GPS kita 1.37? WOW!"

kegigilan memudar... ternanti2 namaku disebut...adakah aku antara 45 org itu?

"Nurmaziah Zainuddin"

Alhamdulillah... eh, ibu kat bawah la bayar yuran...(isu yuran tertunggak memang menyusahkan org,kan? jadi bayarlah yuran pada masanya...lalala)

ana tinggalkan adik2 ana and lari ke bawah utk dapatkan ibu...(selamba je guna tangga banin kat dpn 3 itqan...lalala)

hahaha...sape la nak dgr ceritera ana nih?

alhamdulillah, SYUKRAN YA RABBANA YA ALLAH...

buat SEMUA batchsebelasians,
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH...
-kpd sesiapa yg mendorong
-kpd sesiapa yg mengkritik
-kpd sesiapa yg membantu
-kpd sesiapa yg hanya melihat
-kpd sesiapa yg bekerjasama
-kpd sesiapa yg acuh x acuh
-kpd sesiapa yg patuh
-kpd sesiapa yg ingkar
-kpd semuanya....

kerana tanpa semua yg di atas, tiadalah GPS 1.37...

1.37 is not because of me, it's because of you guys!
all of you!

k? ;)
assalamualaikum...

love truly,
zeeyazain

kepala besi berat.

assalamualaikum

paku-paku, ketuk-ketuk,

ana nk bercerita merepeklah kali nih dalam blog batch.

satu hari yang agak bersemangat...
kambing dan ayam yang sama tuan telah berborak..

kambing :yam, yam. kenapa yam tak boleh mengembek?
ayam : ntahlah,bing. saye pon pelik, kenapa bing tak boleh berkokok?
kambing : buat ape bing nak berkokok? mengganggu tuan kite tgh tido je.
ayam : heeleh, habis tuh, mengembek tuh ape gunenye?
kambing : yam x tau, mengembek bley menyihatkan jantung tau.
ayam : berkokok pon sihatkan jantung gak sbb jerit-jerit.
kambing : x best...mengembek nih utk bermanja dengan tuan gak.
ayam : elleh..bing, berlagaklah tuh!
kambing : kokokan yam tuh mengganggu tuan tido tau x?
ayam : sekurang-kurangnya yam kejutkan tuan utk bangun solat.
kambing : elleh, kalau mcm tuh bing pon bley buat.

dan ayam pon mencabar kambing utk mengembek mengejutkan orang keesokan pagi..

hasilnya..

ayam : amacam bing punye pengembekan? bley kejutkan tuan ke tak?
kambing : x bleylah yam..sedey gak bing rase.
ayam : tulah bing, yam dah ckp yam je bley buat tp bing x nk caye!
kambing : kalau mcm tuh bing plak cabar yam utk bermanja dengan tuan kite dengan kokokan yam tuh!

dan ayam pon menggunakan kokokan dengan penuh manja dan saksama kepada tuannya..

hasilnya..

ayam : bing..yam kene sepak ah dengan tuan sbb nak bermanja dgn die.
kambing : kan bing dah ckp, bing je bley buat keje tuh.
ayam : yelah bing..

dan konklusinye di sini,

yakinlah dengan diri anda bahawa anda juga ada kelebihan tersendiri. x semestinya anda pemalu, anda tiada keyakinan diri, mungkin keyakinan diri anda masih tersembunyi di dalam diri ataupun tak diasah lagi.

semua orang ade kelebihan dan kekurangan. dan jangan malu dengan kelemahan kite tuh sbb pastinye kite ade kelebihan yang lain, dan jangan bandingkan diri kite dengan orang lain sbb kite adelah kite. xde orang yang bley ubah diri kite kalau kite sendiri x nak berubah.

ana pon penah xde keyakinan diri...rase putus asa yg amat. mestilah sume orang pernah rasekan? rase mcm x layak nk berkwn ngan sensape pon. tapi, kite kene percaya yang rase putus asa tuh kite kene atasi ngan kepercayaan diri sendiri dan juga kepercayaan pada yang Maha Satu. betol tak? ana dah ckp dah...elleh, kak ros, bersoleklah tuh!

Mencari Yang Maha Satu itu yang ku tuju.


pesanan utk semua dan jugak utk diri ana.
ehehe...


dahlah,
assalamualaikum.

layakkah kita menerima gelaran?

assalamualaikum w.b.t,

" kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh manusia melakukan yang ma'ruf dan melarang mereka dari yang munkar".

( Surah Ali-Imran: Ayat 110 )

hadis yang kebiasaannya dilontar keluar dari mulut para pendakwah yang lain.

"barangsiapa yang cinta kerana Allah, benci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah, maka sudah sempurnalah imannya"

hadis yang menjelaskan akan sempurna iman kite sebagai para pendakwah jika kita mencintai, membenci, memberi dan melarang semuanya kerana Allah s.w.t semata-mata hingga luput segala tekanan dan motif untuk diri sendiri dan matlamat keduniaan kite.

Tuhanku telah menyuruh daku dengan sembilan perkara:

1) sentiasa takut kepada Allah dalam keadaan sunyi dan nyata

2) berkata adil dalam keadaan marah atau tenang

3) sederhana dalam keadaan miskin atau kaya

4) menghubungkan kembali perhubungan yang telah terputus

5) memberi kepada orang yang menyekat pemberianku

6) memaafkan orang yang menzalimi

7) berdiam adalah berfikir

8) bercakap adalah zikir

9) melihat adalah mengambil iktibar.

walaupun hadis nih dah biase dengar ataupun bace, takpe, kite tetap masih belum ikut 100% hadis atas nihkan?

kite masih lagi takut kepada hantu dan anjing(?),
kite masih lagi berat sebelah,
kite masih lagi berlagak dengan ape yang kite miliki,
kite masih lagi berselisih faham dengan sahabat kite,
kite masih lagi kedekut menghulurkan bantuan pada orang yang pernah melukai hati kite,
kite masih lagi tak memaafkan kawan kite dan mengumpat die,
kite masih lagi merepek tak sudah-sudah,
kite masih lagi bercakap perkara yang tak berfaedah,
kite masih lagi terpengaruh dengan apa yang kite lihat atau tonton especially kalau hero/ heroin die hensem/cantik, kan?

layakkah kite menerima gelaran?
gelaran ape?
fikir sendiri.

untuk renungan semua dan juga diri ana.
kite kene saling ingat-mengingatkan, kan?

bestkan kalau ukhuwah kite kerana Allah?
(ayat tmah)

assalamualaikum.

Friday 28 December 2007

Tahniahla

kepada semua :D



dah ngantuk, malas nak bebel lagi.. Haha..

15 ke?

Cuba teka, author berlesen blog ni ada berapa?

Heheh..

5?

...

10?

..

Salah!

Kita ada 15 'penulis berhemah' berlesen setakat ni.

Tak caye? Percayalah.

Okla, tolak satu sebab ana pakai 2 akaun...eh...tigalah..haha..

Maknanya ada 12 authors selain ana.

Ape ana merepek ni.

Kepada yang berkenaan, rajin2la update blog nih.

Sape nak jadi blog author hantarkan email ke

batchsebelas[at]yahoo[dot]com

atau

batchsebelas[at]gmail[dot]com

sukehati korangla.

ohye, id batchsebelas kat ym tu untuk kumpul email budak2 batch kite. Addlah...

Result Dah Keluar!


Klik gambar untuk gambar. hehe.
Posted by Picasa

Wednesday 26 December 2007

It's Dianna! :P

"ITS DIANNA, FROM THE DIRECTOR OF YAHOO, EVERYBODY SORRY FOR THE INTERRUPTION, BUT YAHOO IS CLOSING THE SYSTEM DOWN BECAUSE TOO MANY BOOTERS ARE TAKING UP ALL THE NAMES, WE ONLY HAVE 57 NAMES LEFT, IF U WOULD LIKE TO KEEP YOUR ACCOUNT, SEND THIS MESSAGE TO EVERYONE ON YOUR LIST. THIS IS NO JOKE, YOU'LL BE SORRY IF YOU DON'T SEND IT. THANKS DIRECTOR OF YAHOO, TIM BUISKI. WHOEVER DOESN'T SEND THIS MESSAGE YOUR ACCOUNT WILL BE DEACTIVATED AND IT WILL COST YOU $10.00 A MONTH TO USE IT. TO SEND TO EVERYONE ON YOUR LIST RIGHT CLICK ON YOUR GROUP THEN CLICK SEND "


"Baca Jika Seorang Muslim

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh:Dijauhkan cahaya muka yang bersinar..
Dzuhur:Tidak diberikan berkat dalam rezekinya..
Ashar:Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan..
Maghrib:Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyha:
Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya..

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan:

1) Biarkan dalam offline msg anda.

2) Forward ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya- Allah , ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda forward. (Forwardkan Untuk Rakan - Rakan Muslim Anda Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya)"

"______000000__________000000_______
___000______000____000______000____
__000________000__000________000___ _000___________0000___________000__ 000_____________00_____________000_ 000____________________________000_ 000___________THANKS__________000_ _000____________FOR___________000__ __000__________BEING_________000___ ___000__________MY_________000____ _____000______FRIEND______000______ _______000______________000________ _________000__________000__________ ____________000____000_____________ ______________000000_______________ ________________00_________________ ________________ 0 _________________
First, I like u.
then i love u,
Now, im afraid to lose u,
If you dont send this to everyone on ur list,
U will lose the person u love.
Sorry... I dont wanna lose the person that I love...
If i dont get this back, I guess u r not my friend.
If u have a lot of love 4 someone...
this 2 ur whole buddy list...
In 5 min ur true love will call or msg..
Good luck to you, my dear friend..
salam,kepada sumer org yg ade ym, tolong jangan add org yg id die macam ni: anamuslim_cute_97@yahoo.com, die cuba nak murtadkan org Islam. tolong forwardkan mesej ni kepada sumer org Islam!!! (kalau rase sayang ngan org Islam la!!!!!!. kalau tak sayang, x payah forward!!!) Wassalam
"Ktakan ini dgn pelan:"ALLAH AKU CINTA ENGKAU & AKU PERLUKAN ENGKAU DTGLAH KE HATIKU."'kirim pd 10 org & lihat keajaipan mlm ini.tlg jgn delete. la bnr2 terjadi.ini sms dp ibu ali said-juru kunci sayyida Makkah yg bermimpi bertemu RASULULLAH SAW.beliau berpesan:'kuatkan aqidah dlm ibadah krn dunia ini sdh goyah & tua '.sebar sms inike 10 org muslim,insya ALLAH dlm wkt 10 hari akan dpt rezeki besar & jika tidak disebar tunggulah kesulitan yg tiada henti2' *Boleh menghantar berita ini dengan melalui HANDPHONE....... "

******************************************************************

Dan baaaanyak lagi... Bosan tak korang baca? Saya rasa menyampah dan meluat bila baca benda2 ni. Cuba fikir, mesej yang pertama, Dianna kebende tuh. Yahoo ni satu organisasi yang sangat besar. Dia ada d a t a b a s e dan sebagainyalah. Kalau dia nak sampaikan maklumat, maklumat tu mesti dari yahoo terus hantar kat email kita.

Yahoo takde keperluan nak rely kepada pengguna dia untuk forward2 mesej macam tu. Yahoo ada teknologi sendiri nak detect penggunaan email. Mesej macam tu semua menipu je. Nak tengok siapa orang yang bodoh memforward mesej tanpa berfikir secara logik. Adakah anda bodoh? Mestilah tidak, manusia kan berakal.

Next, "baca jika seorang muslim." Kalau tak baca = bukan muslim? Gitu? Kita tak boleh menjatuhkan hukum murtad kepada orang lain meskipun dia seolah-olah tak berapa nak ikut agama kita, melainkan terang-terang dia murtad. Cth: mengaku sendiri, menyembah selain Allah dsb dsb.

Tapi kalau setakat tak solat, tak puasa, bukan ke Allah kata dosa walau setinggi mana akan diampunkan kalau kita bertaubat. Kalau orang yang meninggalkan hukum macam ni takleh dianggap murtad, lagikan dengan membaca mesej tu kita tentukan kemusliman dia.

Hal ni bukan benda main2. Orang yang menjatuhkan hukum murtad kepada orang yang tak murtad, hukum tu jatuh balik kepada dia. Nah, rasakan besarnya dosa kita memforfardkan mesej macam tu. Walaupun mesejnya bagus, tapi once dia dah letakkan hukum macam tu, burnlah semua.

Kes anamuslimcute. Ana dapat banyak sangat offline mesej suruh forward pasal dia. Korang confirm ke dia nak murtadkan orang Islam? Korang ada bukti? Ada saksi? Korang tahu ke siapa dia? TAK TAHU KAN? Jadi kenapa forwardkan? Korang tahu apa yang korang buat? FITNAH. Tahu fitnah?

"Dan sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh"
- ayat 191 surah al-Baqarah-

Ana rasa semua orang dah hafal ayat ni. Tapi kenapa buat tak tahu je? Cuba bayangkan. Korang forwardkan mesej tu kat kawan. Pastu kawan2 pulak forward kat kawan dia. And the cycle goes on and on and on. Mula-mula dapat dosa sebab forward kat kawan sendiri. Bila kawan2 tu forward kat kawan2 lain korang pun dapat gak dosa, sebab bersubahat dalam dosa yang dilakukan kawan tu. Lama-lama2 dosa tu bercambah. Kalau 20 tahun lagi ada orang yang forward benda sama? Berapa banyak dosa hanya dengan semudah mengklik copy, paste, send?

"sebar sms inike 10 org muslim,insya ALLAH dlm wkt 10 hari akan dpt rezeki besar & jika tidak disebar tunggulah kesulitan yg tiada henti2"


err.. Merosakkan aqidah!!!!

Next.

"If i dont get this back, I guess u r not my friend."


Persahabatan. Layakkah sesuatu yang semulia ukhuwwah diukur dengan hanya satu mesej? Daaa... Apekah?? (quoting kak mai.. hehe) Cerdiknya orang yang buat mesej ni mula-mula dulu.

Kesimpulannya, tak payahla forwardkan sesuatu yang tak betul. DOSA DOSA DOSA kita kumpul. Tau? Menyemak je kat offline mesej. Yang baik tu daripada Allah, yang tak baik tu (err bahasa agak kasar..) daripada diri ini sendiri. Harap korang dapat manfaatkan yang baik.

Sekian terima kasih. :D

PERINGATAN!!

Ana tengok benda ni dah beberapa kali dah berlaku.
Orang letak gambar duit tanpa meletakkan perkataan 'contoh' diatasnya.
Korang tau tak, kita semua boleh di saman atas tuduhan duit palsu.
Tengoklah, mana ada gambar duit yang tak de 'contoh'...
lebih baik tukar sekarang..
lalala

Tuesday 25 December 2007

Lima ringgit



Assalamualaikum..

Memandangkan sume dah boring xde post baru, ana pun tibe2 jadi rajin nak menaip.
(hmm ok sebenarnye xde topik langsung..)

Ada apa dengan lime ringgit?
xde pape pun sebenarnye..
ana just teringat nuriz yang xabes2 dengan ayat lima ringgit die dulu.. heheh.
dan ana pun baru je dapat cek palsu lima ringgit dari adik ana tadi.

Tiba-tibe (takla tiba2 sangat) ana teringat mase kite pergi bowling.
Ape kate tahun depan buat lagi. Memanah pulak. heheh. banyaknyela duit huhuh..

Ohye, kepada sesiapa yang ade gamba masa sukan f3, qiam f3, bowling, rehlah, silela sumbangkan kat flickr batch kite..
boring je ana bukak2 tengok gamba yang sama je..
kalau xtau cemane nak letak, post jek kat email batchsebelas.
kalau rajin ana letak. heheh

eh tapi kan, cik Fathimah, ntikan ade semua gamba, silela letak yer..

ok nampak sangat xde topik abis, jadi sebelum ana mengakhiri post nih,
ana nak ucapkan

Good Luck untuk semua :D

doakan ana sekali ye..

Result!!

Result PMR makin dekat. Debaran!! Ting ting... Debaran!!!

27 Disember 2007

Hohoho... Ape perasaan? Err... Saya pun tak tau..

Jadi Cik Maziah telah mengemukakan satu pesan:

Hari Khamis datang sekolah pakai baju sekolah. Atau tshirt sekolah. Dan sebagainya.

Mengerti?

Sampaikan pesan kepada rakan2 lain. :D

Adios.

Thursday 20 December 2007

XrekJ A = Form 1 & 2



Mengimbau memori mukhayyam... Heheh

Tuesday 18 December 2007

cereka yang betul?


pada
satu hari..

atau..

zata yaum...

di atas kapal Intisor Gen 11..

Anak-anak kapal 3 Intisor dan kaptennya telah bersetuju dan membulatkan suara (eh..) untuk mengadakan jamuan keramaian (ramai2..hehe) pada hari dan tarikh ape ntah tidak diingat pula.

Lantaran tiada space di atas kapal nak membentang karpet untuk meletak makanan dan segala menu yang telah diorder (tengah2 laut boleh order..huhu) lalu mereka pun bersetuju untuk berlabuh di pelabuhan Hidayah JB lalu cepat2 membawa segala apa jenis bekalan makanan ke kantin di pelabuhan itu (baca:kantin atau math'am :D)

Setibanya di math'am itu, kapten yang murah dengan senyuman itu pun meminta anak kapalnya yang perawan (baca:banat..haha) membersihkan lantai math'am yang tak berapa bersih. mereka pun bergandingan bahu sambil sapu lantai (boleh ke?)

Setelah itu, meja dan kerusi untuk kapten dan semua anak kapal disusun rapi walaupun macam ala kadar je.

Memandangkan ini jamuan keramaian mereka yg terakhir (tatau lagi tahun depan masih bersama di atas kapal yang sama ataupun tidak..huhu) maka kapten a.k.a ustzh Suzana diberi penghormatan untuk membentangkan kertas kerja aa.. eh,silap! menyampaikan sepatah dua kata buat anak2 kapal terchinta yang mana ucapan itu didapati seorang anak kapal yang hanya ingin dikenali sebagai ehemehem telah melebihi had sepatah dua kata itu! "eh,apa ni??! mana boleh lebih,kan? "

Maka, setelah itu ada juga anak2 kapal yang ada jawatan tinggi sikit (sikit je..hehe) memberikan ucapan dengan penuh bergaya dan berwawasan.. tetapi sayang sekali, ada ana kapal yang hampir tertidur dibuai mimpi indah, merenung ke masa depan a.k.a mengelamun dan ada juga yang mengetik2 kamera sendiri (hoHooO..terasa I...)

Setelah dibacakan du'a selamat dan du'a makan oleh seorang yang tak diingat pula siapa, maka, majlis kawin .. eh,silap lagi! (apa daa~) majlis makan pun dimulakan. kapten tak perlu amik makanan sebab ada anak kapal yang baik hati telah menyiapkan utknya. hehe.. dan menu angkatan intisor ini hanyalah nasi tomato berlaukkan ayam masak madu yg tak letak madu pun (ceh~) dan ada juga makanan lain yg tak diorder menyemak atas meja hidangan itu seperti sumi/jeli, spageti (hehe..jgn terasa) dan blablabla.. tapi mujurlah, semuanya sedap2 belaka sampaikan perut dah kenyang pun masih boleh isi lagi lantaran kesedapan makan2 itu.

Setelah itu, kira2 masa semua anak kapal dah habis makan dan menjamah sampai kembung perut.. anak2 kapal yang gadis2 (hehehe) mengambil gambar..

Oh ye! sebelum tu seorang anak kapal perempuan yang hanya digelar tralalalalalaaa~ talah mendengar satu perbualan serius yang happy+bengang+defeated ending.. ikuti hiwar best ini.. (jgn terasa yer)... oh ye, angkatan kapal ini, anak kapal lelaki digelar banin dan yang perempuan digelar banat.. ok dah tahu eh!:-

anak kapal perempuan: Eh, banin. Jom amik gambar kelas!

anak kapal lelaki: Amik jelah.

anak kapal perempuan: Huh?

anak kapal lelaki: Amik lah gambar kelas. (sambil menuding jari ke arah bangunan tempat di mana kelas 3 Intisor terletak)

anak kapal perempuan: (Diam)(Muka tak faham)

anak kapal lelaki: Amik jelah gambar kelas kat atas tu!

anak kapal perempuan: Ces! (bengang)

ana (takde siapa dengar dialog ana): Hahaha. Terer gak banin ni. Kesian kawan ana nih. Hahaha... (Tambah gaya jahat..)

anak2 kapal lelaki (hampir semua..kOt): Hahahahaha!

Setelah insiden yang telah menyebabkan yg terkena itu merah padam sampai muka jadi biru gas sbb k'kurangan darah.. (ade ke..) maka, angkatan intisor pun bubar daripada majlis keramaian yang menandakan last event (uhuu..) mereka tahun 2007 itu.. tapi ada yg kena stay sebab kena bersihkan hidangan mereka yg tak bertanggungjawab taknak bersihkan.. hehe...

Kesimpulannya, kita mesti lah menyerlah jauh dari yang biasa (eh, tersilap daa~) bukan2.. kesimpulannya kita mestilah bersatu padu ! ya! hehe.. takdelah.. bacalah cerita kelakar selalu kalau anda tengah tension atau bosan tahap giga dan pelangi keluar tujuh warna agar anda tidak terkena satu penyakit yang namanya hipertensi..

sekian, penaip yang 'sangat berhemah' ini (haha) ingin menghentikan ceritenye yg bosan (kOt..hehe) ... moga ketemu lagi..

w a s s a l a m . . .

p.s: maaf menyemak dengan cerita yg penuh seribu kesalahan tatabahasa.. mutaasif jiddan!~ faham2kan cerita kat atas tu.. best! (ceh, die puasa tapi ckp jamuan ni best.. apakah~) lalala...

Deru: Gemuruh

Monday 17 December 2007

x - r e k (versi paaaaaaanjaaaaaag) + gmbr oleh tmah

Peserta Xrek Group B (F3, 4, 5)

testing2 1, 2, 3...
asalamualaikum...
alalallaaaa.... sbnrnye pg tadi dh tulis byk dh utk entry nk cite psl xrek, tp tpakse ditutup atas sbb yg bersebab.. so, skrg ni ana nk skip2 main tulis je bende2 penting eh..
antare pengajarn2 yg ana dpt drpd pglmn melalui xrek johor 07..
1. kite sbg remaje kene kental? (heheh dh name xpdc remaje kental) dn juge luarbiase?? (jgn lyn ana tgh merepek nih..)

alallalalalaaallalalaa...

hu haa..

wokeh2 nk serious..

ape yg sbnrnye yg ana dh pelajari hek?

hmmm...

alalalaalalalalllaaa...

hmm... okey2 nk cerite antara aktiviti yg kami tlh buat..


  • bantu mangsa banjir di Kampung Sepakat Baru..
Ada bakat cuci lantai. =D

ni 1st time experience ana tlg org yg ana x penah kenal dn juge 1st time kemas tmpt yg kene banjir... walaupun kampung ana kt kelantan dn terengganu, ana x penah tolong2 kemas mase banjir.. sbb biasenye mase banjir mane boleh balik kampung (heheh)... mase mule2 bile nk start tu cam blur2 sket.. lame2 tuh ok laa.. (hehe half of the time just jd tukang tgk) akhirnye dpt mkn karipap dn minum air teh die yg sedap...

Basuh jangan tak basuh!

kami2 (walaupun ramai) lps dh siap tlg bersihkn balairaya, surau, tabika n rumah org, sumenye penat sgt.. so xleh bayangkan camne makcik2 n pakcik2 yg x sampai 10 org boleh kemas waktu banjir tahun sblm2 nih... mesti penat tahap yg tidak tertahap.. moral of the story, simpatilah kt mangse banjir! nnti lps mungkin xde can nk tlg hands on, tp at least bg sumbgn sket...

Dah penat dah...

  • aktiviti meniti angin malas.. eh oh.. t'salah plak.. meniti angin malam laaa...

kami diperingatkn ttg nikmat2 yg dipinjamkn kpd kite dr ALLAH.. anggota bdn, pancaindera, ibu bapa and etc. disuruh untuk cari bende2 sambil mate dicover dgn kain, berkomunikasi sambil mulut kene ikat (style mcm org kene culik =P) partner ana, seorg akakf5 yg sgt b'smgt dn sporting, nk bg tahu satu mesej kt ana.. die pon tulis gune jari huruf2 mesej tu.. punyela lambat ana nk catch up.. lalallaa.. akhirnye (tepuk sume org!!) ana faham... die nk wish good luck utk result pmr! ^^ hepi n terharu sgt mase tu.. lps tu kene try bukak plastik gule2 tanpe kedua2 ibu jari (walallaa.. nk patah gigi) jln tanpe kaki (larat 2.5 cm je) ..

Err... Doa, lagu? Ana tak tau...

lps tu ditygkn videoklip yg b'latarkn lagu lafaz yg tersimpan, UNIC.. dlm videoklip tu, die tunjuk org2 (pljr sekolah) tgh nangis2 ingt kt mak bapak.. last2 mak bapak mereka dtg pastu org2 tu berlari2 nk peluk parents diorg.. lalalaaa... lagu dhle sedih.. ana x ske lagu ni sbb die sedih sgt.. >_<

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya


Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadartingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia


Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadartingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


  • sesi muhasabah

sbnrnye muhasabah nie still dlm slot meniti angin mlm, tp saje jek nk letak kt bullet point baru.. =) dlm sesi ni kami diberi kertas kosong dn disuruh utk tulis balik dosa2 yg dh dilakukan anggota bdn kite.. dh siap tulis tuh bace balik.. mase tu baru tersedar yg rupenye kite ni byk sgt dosa.. sblm ni just bygkn dlm kepala xde effect sgt.. tp bile ditulis dlm list atas kertas.. tersentak dlm diri, bhw kite ni bukannye baik sgt.. tp yg paling takut, ape yg kite tulis atas kertas tuh baru sedikit.. kite x tahu malaikat yg mencatat amalan kite setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat, setiap detik... semua pergerakan kite, ape yg kita lihat, ape yg kita dgr, ape yg kite ckp, ape yg kite fikir.. ALLAH tahu.. dn malaikat dibahu kita x rehat drpd mencatat amalan kita.. cube bygkn berapa panjang list kita??

Akak-akak fasi

slps tu fasi bagi pulak sehelai kertas kosong berbentuk hati dan seketul arang sorg satu.. kami kene bace balik list dosa2 td dan utk setiap dosa buat titik2 hitam atas hati.. kalau kite rase dosa tuh besar dn selalu buat, kitorg pon conteng besar2 kt hati.. lps dh go through setiap satu kesalahan, dptlah result.. hati yg asalnya putih bersih tp dh kotor dipenuhi dgn titik2 hitam legam... kemudian kami diberi plak a lit candle atau org melayu kate 'lilin yg menyala'... lilin tuh agak pendek jgak.. kene pegang lilin lame2 biar kite dpt rase sket kepanasan drpd wax yg cair kt tgn... cube bygkn kalau wax yg panas tu x thn, bolehke kite thn api neraka yg lebih10000x lg panas??

  • nightwalk

Kak Tasnim!! Nak pergi nightwalk...




huhu ingtkn nightwalk ade kt mukhayyam sekola jek, rupe2nye xrek ade gak =).. kami dilepaskan sorg2 jln dlm hutan sambil pegang tali.. sambil tunggu turn ana cube tgk2 kt langit manela tahu ade taik bintang mcm mase kite mukhayyam haritu.. but, no such luck ... laalallaa.. hehe.. nightwalk xrek ni, pendek sket dr yg f3 punye haritu.. kalini xde turun bukit licin2 jatuh2 terok2, sbb tengah2 jln kami distopkn dan dibawa ke suatu tmpt oleh fasi.. mase tgh jln tnmpk mcm ade org tgh bersila kat tepi menghadap ade mcm batu nisan.. skali pandang teros terkejot, pastu cpt2 pndng dpn sbb ingtkn tuh patung utk alat semata-mata utk menakut2kn shj.. tgk2 kene berhenti kt situ dn duduk menghadap 'patung' tu.. hehe.. rupe2nye pakcik 2 org tgh berzikir..

dh lame sket..

tibe2...

terdengar..

bunyik..

..................

angin yg semacam...

(hehe saspen x?)

rupe2nye bunyik dr kaset/cd yg dipsg... pastu ade suare dr kaset/cd tu ckp psl kematian, alam kubur and etc. mase tuh ana tutupla mate kononnye nk menghayati, tgk2 terlelap beberape kali.. (nightwalk mule pukul 12 lebeyh dan habis pukul 2pg lebih - ana ni dhle jenig yg xleh thn ngantok) habis kaset tu.. ade seorg abg fasi b'lakon, kononnye die hamba Allah dh mati n ade kt alam kubur, die m'rangkak2 kt tepi kubur tu sambil ingt2 balik amaln baik yg die dah buat..

tibe2

(haha tibe2 lagi)

ade suare menjerit dr blkg.. suare tu kate hamba Allah tu tipu! die kate hamba Allah suke buat bende x baik, cenggini cenggitu, x ikhlas... hamba Allah tanye, ko sape? pastu suare tu jwb, aku tgn kau, aku mate kau, aku kaki kau.... sume anggota bdn die tampil jd saksi atas perbuatn buruk die.. tp apekn daye.. semuanya dh terlambat.. hamba Allah dh xleh nk buat ape.. nk b'tobat dh mati..

lps tu kami muhasabah balik diri masing2.. kami disuruh utk keluarkn balik kertas berbentuk hati kami yg dh kotor td dn cube utk bygkn, dh bersedia ke nk menghadap Allah dgn hati kotor mcm ni?? ..........

abang-abang dan pak-pak

subhanallah.. ana mmg tabik spring kt fasi2 n ajk2 xrek ni... biasenye program2 insaf2 ni die akan timbulkan bab2 yg org sensitif, especially psl ibu bapa utk buat org nangis.. lepas tu baru die kaitkn kasih syg ibu ayah dgn anugerah Allah.. cara ni berkesan kalau nk buat org nangis, tp mesej yg besarnye (kasih syg ALLAH pd kite) selalunye x sampai sbb usually org akan taksub menangis krn mengenangkn parents.. tp kali ni diorg mampu buat org nangis mmg sbb nk insaf, bukannye sbb sedih teringtkn mak bapak, kwn2 or anything else.. =)

habis muhasabah kami ramai2 b'salam-salaman dn turun balik ke kem.. (huhu ade supper - biskot!!) sambil tu singgah dewan jap nk ambik brg.. t'jumpe ngan akak2 fasi utk f1 n f2 (huhu - sapela tuh) dh abis usha2 akak2 tu ;), ana pon pegi tmpt mkn.. last2 ana tido kol 4 pg

  • the amazing muslim

hari kemudiannye ade 'the amazing muslim'.. sbnrye mcm treasure hunt, ade checkpoint2 yg perlukn kite siapkn tugasan.. (hehe denda pon style yg same - selitkn daun kt celah tudung) mcm2 kene buat, tp dh penat tulis.. so ana letak conclusion drpd checkpoint2.. sbg seorg remaja muslim, kite kene ade sikap sanggup berkorban, percaya pd kwn, ikhlas, bekerjasama dn beberape lg.. (ana sbnrnye x ingt sgt, main hentam je ni, kalau ade yg tahu.. kongsila)

spider web ala2 spiderman

walallalaa.. byknye ana tulis.. hhmm.. ok2 nk stop dh ni.. sblm tu, nk tambah lg beberape bende yg ana dpt drpd xrek:

  • dpt jumpe kwn2 lame! (xrek ni jd mcm prog. jejak kasih) ohooo hepi sgt... jumpe kak anisah, kaknabielah, busyra dan fatimah- mereka ni x-jiran n mmg family kitorg rpt sgt dulu.. mrk jg digelar adik beradik khalid (pdhal pakcik khalid tu bapak mrk) adek beradik mereka total 11 sumenya.. dn seluruh adik beradik diorg panggil mak ana umi.. dulu bapak ana slalu kate, abah ade anak 3 je, umi ade anak 14 org.. muehehhee.. selain drpd diorg, ana jumpe kak kausar.. akak nie jd fasi mase xrek.. mmg dr dulu die aktif dlm bende2 camni.. x sangke dlm krj die aktif gak.. mule2 ana tegor die, die x dpt cam.. lps bg tahu name, baru ingt.. (org dh byk membesar la katekan =P) di samping itu (ewahh) ana dpt jumpe aisyah i. yg selama ni ana kenal melalui cerite2 org shj.. ade satu game tu ana pair ngan die.. pastu pakcik suruh tanye kpd pair kite soalan yg luarbiase.. so aisyah tanye soalan cepu emas kt ana..

"nti dh hafaz berape juzuk?"

ana : "oooh tidak!!!!"

allalallaaaa....

mencapub tu kan bagus?

  • lg satu bende penting yg ana bljr.. kalau nk mencapub, BUAT RESEARCH DULU! silap haribulan t'salah isi mcm ade sorg hambe Allah tu... xke malu dpn sume org.. =D
  • antare pesanan drpd kak atiqah (akak fasi ana) org yg hebat ialah orang yg menggerakkan sesuatu...
  • dlm proses berubah ni, kite kene sentiase ISTIQAMAH!
  • n byk lg x tertulis..

Saaaaaaaayang abang! :D

allalallalaaaa... byknye dh tulis... skrg pukul 12 tgh mlm.. ana ambik mase satu hari nk tulis entry ni.. ana m'bebel pjg2 dgn harapan nk kongsi dgn org yg x pergi.. so, korg try2 la buat aktiviti2 kt atas sendiri kt rumah.. kalau tanak buat sorg2, ajak adik ke, kucing ke.. lg ramai lg meriah.. okey..

(sorila jd perosak bahasa)

wassalam...

note drpd tmah: ana dah tambah gambar dari kamera abang ana. gambar2 ni semua abang ana yang ambil sebab tu banyak gambar banin je. ana pergi program lain....

mihnah tidak mudah


" Untungnya orang mukmin,
semakin banyak masalah,
semakin
mustajab doanya,
bukan perjuangan tanpa kesulitan,
tapi dalam kesulitan ada ketenangan,
memugar kekuatan...
kita tidak sendirian"


p.s: ana post di sini atas permintaan Alifah... hehe... kata-kata ni ada seorang adik form 2 (tapi bukan adik ana) kirimkan pada ana. faham lagi memahami... ^_____^

X-RekJ

Alhamdulillah X-rek peringkat Johor sudah tamat. Masih lagi terasa sengal2 di sendi2 serta otot2 kerana mendaki gunung nak pergi ke surau dan dewan terbuka. ahaha.. Tapi masih belum dapat challenge kepenatan mukhayyam form 3 dulu...

Disebabkan ana terlalu rajin untuk bercerita, ana serahkan kepada orang lain untuk bercerita tentang xrek. Hehe...

Nah ana letak lagu Gemuruh jek, lagu tema Xrek ni. Nak dengar, klik kat playlist.

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Ulang :
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Saturday 15 December 2007

ape?

assalamualaikum..

nih ana ade buat header..tapi x lawa sgtlah..
tak setanding tmahnyer.
tapi ana ttp buat sbb kalau byk sgt komen pasal header kat atas..
nihlah penyelamat die.
hehehe



keburukan yang nyata..

tuh je.

assalamualaikum.

Friday 14 December 2007

senyum =)


If at times you feel you want to cry


And life seems such a trial


Above the clouds theres a bright blue sky


So make your tears a smile.





As you travel on lifes way

With its many ups and downs

Remember its quite true to say

One smile is worth a dozen frowns.


Among the worlds expensive things


A smile is very cheap


And when you give a smile away,


You get one back to keep.



Happiness comes at times to all


But sadness comes unbidden


And sometimes a few tears must fall


Among the laughter hidden.


So when friends have sadness on their face


And troubles round them piled



The world will seem a better place


And all because you smiled.

Thursday 13 December 2007

UTM banjir, caye tak?

Ok2 berita ni dah lapuk. Kelmarin UTM banjir. Tapi agak malas nak upload gambo. Tapi takpe... Meh tengok kebanjiran UTM secara jujurnya... Pulai Perdana punya petronas kat jalan pontian pun banjir sampai pam minyak. Siap ada lori tersangkut lagi kat jalan tu. Tapi masa tu ana takde kamera... Hoho....











Berita banjir lain menyusul. (kalau rajin)

Wednesday 12 December 2007

Huda: Congrats batch-11!!

Assalamualaikum w.b.t.

Setinggi-tinggi tahniah ana ucapkan kepade semua form 3 ’07 atas kejayaan yang telah kiter same2 capai. Alhamdulillah, jumlah kutipan jualan kiter dah mncapai targetnyer iaitu sebanyak RM1000. Ana sebagai bendahari banat untuk projek f3(mencapub) nak ucap setinggi2 terima kasih atas kerjasama y antum semua berikan…terutama bagi ajk2 yang berpatah pinggang demi menjayakan projek kiter ni.


Kepada banat2 y mnjadi chef kat dapur tu,terima kasih y tak terhingga ana ucapkan. Mkanan tuh “BETUL2 HOLIAU!!!” Kepade mereka y menjaga gerai plak, tahniah ana ucapkan,cz bkan senang nak meyakinkan pelanggan y mkanan kter ade cop halal jakim. Kan??? Kpd banin2 yang kerja kat dapur tu,ana kasi “TABIK SPRING” kat antum!!! Antum da buktikan y bkan bnat jer yang boleh wat keje kat dapur. Kepada banin2 y wat car wash tu pulak, terima kasih atas penat lelah dan masa yang antum korbankan tuh. Ok,kalo ana nak ckap terima kasih kat setiap org,mmg xlarat…jadi ana sekali lagi nak ucap berbanyak terima kasih kepada semua y terlibat dalam projek ini secara langsung ataupun tidak. BARAKALLAHUFIKUM.


Ingat, kejayaan ini adalah kejayaan kiter bersama. Bagi ana, Kjayaan ni da ckup u mmbuktikan kkuatan ukhwah dalam batch kiter serta keazaman dan ketelusan kiter dalam melakukan sesuatu… moga semangat ini berkekalan.

HAIYA2 YA BATCH-11…TAKBIR!!!!!!! ALLAHUAKBAR!!!


Semoga ukhwah y dibina ini kekal ke akhirnya insyaALLAH. Semoga kiter semua mndapat MARDHATILLAH y kiter impi2kan tu. So,kepade semua, keep it up!!!! Jumpe lg next year. Kiter wat lg satu projek ag keh!!!! Assalamualaikum.

Salam perjuangan daripada,

Pewaris dakwah,pemangkin ummah,

~Huda Arshad aka U’ul~

Tuesday 11 December 2007

Fasobrun jamil


mungkin dah banyak version kata-kata ini dikeluarkan... tapi tak mengapa kan kalau kita membacanya berulang kali. kadang-kadang bila dah baca 259 kali baru faham :D

Fasobrun jamil

(ayat yang dijumpai dalam surah Yusuf.. dengan kisah yang diceritakan yang mana Nabi Yusuf bersabar sepanjang hayatnya lantaran itulah yang terbaik baginya...)

16 more days?!

Assalamualaikum...

What!? Only 16 more days until we get our PMR results! Time has really passed by fast! I didn't even notice! Peeerh! Cepatnya! 2 malam yang lepas ana baru je mimpi pasal result PMR! Pelik betul mimpi die. ana mimpi.......x payahla cakap..takut nanti die "come true". Well apa2 pon, kita semua kena teruskan usaha kita, walaupun PMR dah habis tapi kita masih boleh solat hajat dan berdoa. Selagi result belum keluar, selagi itula kita boleh usaha lagi.

Ok, besok ana balik Kelantan utk Raya so ana nak wish semua orang "A Happy Eid"! Klau yang nak balik kampung, hati2 di jalan raya. Sekarangkan tngh hujan lebat dan banjir. Semoga semua sampai dgn selamat!

kemaafan dipinta

assalamualaikum,

harap-harap sape yang
terasa pada ana hari tuh, ana nak mintak maaf. mmg bende nih dah lame, tapi masih berparut pada hati ana. setelah sebulan lebey ana mengepost post tuh, baru ana terfikir...kenapa ana tak mintak maaf ah? perkataan paling tepat pada ana..pengecut + ego.

ego? mmg ana ego. ana mengaku sbb dari dulu ana mmg ego. safiah selalu je cakap ana ego. ana mengaku...

pengecut? mmg datang dari hati ana. konon nak tegakkan kebenaran..tapi sbenanye takut nak menerima kebenaran. faham tak ape ana nak sampaikan?
tak kisahlah...tapi ana nak betau kat sini.

ana tak berniat langsung nak jatuhkan maruah banat
ana tak berniat langsung nak jatuhkan maruah diri ana
ana tak berniat langsung nak naikkan kemarahan korang

berita terburuk dalam hidup ana
seorang wakil tingkatan banat f3 menjatuhkan sendiri maruah banat f3.

bagoskan tajuk tuh?

sbenanye ana dah malu gile nak muncul kat blog nih apatah lagi nak post kat sini. tapi sbb ana fikir, ana sayang batch nih. ana sayang kengkwn ana, ana x kehilangan kawan2 ana. ape salahnya ana kurangkan ego ana,kan?

enough pasal tuh. ana harap korang maafkan ana. pada sesiapa yang terlibat dalam pergaduhan hari tuh, maafkan ana sbb analah puncenye.

cuti nih ana punye otak boleh dikatakan dah tak dapat berfungsi dengan baik. yelah, bayangkan sebelum PMR masuk input bebyk sekali dalam otak, pastuh dah masok byk2 tuh, tentibe je stop. mane x terkejut otak macam tuh? sbb tulah dah tak dapat berfungsi dengan baik.

yang tahu, duduk rumah kekadang tuh best, kekadang tuh rase mcm bosan sgt. best kalau ade bende nak buatlah. yang tau, cuti nih byk belajar masak ngan mak.hahaha (berlagak!) dan berat badan semakin naik sbb asyik makan je. hehehe...kalau bosan tuh sbb xde bende nk buatlah. hari-hari rutin yang same, kecuali kalau hari tuh ana buat perbezaan sket dlm rutin harian. tuh jelah..

result PMR? hmmh...ntahlah. sape yg x takutkan nk ambik result? ana mcm nk ape dah takut punye pasal. kalau result ana ok, ana ambiklah science tulen, tp kalau result ana cam ape je, pasrah jelah ana ambik science sosial. tp yg ana tau, ana still akan ambik add math. dalam hati sbenanye mmg nak ambik science tulen..

kengkwn yg lain pon dengar citer sampai mimpi2 pasal result PMR. ana setakat takut jelah, x sampai mimpi lagi. selalunye, ape yg kite mimpi nih ade dua. satu sbb ade petanda, satu lagi sbb imaginasi kite. dan ana rase mimpi kwn2 nih sbb imaginasi mereka yang melampau, asyik fikirkan je kot...ana main buat je hypothesis nih...lagipon ana bace drpd majalah.

rindu ah nk pegi sekolah...tah pape jekan? mase sekolah asyik nk memonteng je, tp dah cuti mcm nk gi sekolah balik. jumpe kengkwn yang lain.. kengkwn satu batch. tentibe kan, ana rindu ngan asiyyah. yelah, lepas PMR je terus die balik rumah die kat terengganu. mase rehlah pon die xde, rindu seh ana nk cubit pipi die. ingat asiyyah, semestinya mesti teringat mardhiyyah sekali.

mardhiyyah, ana mmg sedey abes ingat pasal die. yelah, die pindah ramai yg x tau sbb mardhiyyah x bagi bagitahu. ana mmg sedey sgt bile.. sape ek yg betau ana? izzah amalia kot. die kate mardhiyyah dah pindah sekolah. ana...x tau perasaan ana mase tuh. marah gaklah kat die sbb x betau die nk pindah bercampur baur dengan sedey sbb diekan kwn kite. tp bile ingat balik, mungkin kalau die betau kite semua, nnt die sedey yg amat pastuh die x nak pindah. mungkin...mungkin.

lagipon die pindah bkn atas kerelaan diekan? mak die yang suruh die pindah. sedey gaklah die x ambik PMR sensame ngan kite. huhuhu..padahal name die ade dalam senarai calon PMR. huhuhuuhu... mcm mane agaknye khabar die sekarang? dahlah dah lost contact. apelah....sape yg ade email die?

khas untuk mardhiyyah

dikau membuat hidup kami ceria
dengan senyummu kami memuja kebesaran
Tuhan yang maha Esa
bahgia kami rasat
ika bersamamu
tiada apa yang dapat digambarkan
membawa sinar baru
janjimu kepada kami

sentiasa di sisi kami selalu
menempuhi segalanya
namun kini kau tiada lagi
mungkin kitakan bertemu
takdir penentu
namun akan kami teruskan hidup ini

akan kami buktikan segala cita dan janji
suatu hari nanti
janjimu kepada kami
sentiasa di sisi kami selalu
menempuhi segalanya
namun kini kau tiada lagi
mungkin kita kan bertemu
takdir penentu
sukar untuk kami temui lagi
insan mulia yang sejati
suka dan duka bersama kita lalui
namun akan kami teruskan hidup ini

akan kami buktikan segala cita dan janji
suatu hari nanti
janjimu kepada kami
sentiasa di sisi kami selalu
menempuhi segalanya
namun kini kau tiada lagi
mungkin kitakan bertemu
takdir penentu....

mardhiyyah, ana tunggu nk jumpe nt!
kalau nt adekan,
nnt ana bagi anugerah
'banat tertinggi dekat batch sebelas'
haha.

dan asiyyah
walaupon die jauh nun di terengganu
xpe
die tetap akan masok SMIH taun depankan?


janji kita..

sekian,assalamualaikum.

pepagi buta,
ayam x berkokok lagimasih tak tido
walaupon dah pukul 3
masih x dapat lelapkan mata
walaupon badan penat
masih segar otak

Tuesday
11 Disember 2007
3.19 am