Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Thursday, 11 March 2010

perasaan

Alhamdulillah.pasti semua orang dah lega.Alhamdulillah.. :)

Tak rugi kalau berkongsi.bila hidup pada memberi.

dengarkan pakcik zainal berbicara..

Abah: Jom, maryam,izzat.
(dalam kereta..)
Abah: Ha..apa perasaan? izzat?
Izzat: Hmm, bolehlah.. Tak gementar sangat.ok.
Abah: maryam?
Maryam: hehe.. (tak menjawab soalan,cuma berdoa Allah kurniakan yg terbaik)

Abah: SPM nilah latih kita "redha.." , ikhlas..
(tarik nafas,hembus..bolehkah aku redha nanti?)
Abah: SPM ni apa maryam?
Maryam: (fikir dulu).. hmm..wasilah.
Abah: SPM ni tiket
baru permulaan.untuk kita masuk ke mana2.
Ada yang baik keputusan,kemudian bila dah masuk U, tak baik seterusnya..
Ada yang keputsan kurang baik,tapi seterusnya baik dalam pelajaran,da'wah, tarbiyah dan semuanya lah.
Ada yang keputusan baik,seterusnya pun baik..


Abah: kenapa maryam,izzat?
Kami: sebab mereka muhasabah?
Abah: ha..disebabkan mereka perbaiki semula diri,muhasabah. Tidak bangga diri walaupun dapat anugerah terbaik.sebab tu mereka boleh pergi jauh. jadi yang lebih baik untuk akan datang.


Abah: Jadi lepas ni, bila dah dapat result, adalah time kita review semula bagaimana nak perbaiki cara kita belajar, cara urus masa pelajaran, tarbiyah, tanggugjwab yang lain2 .
Abah: Yang sekarang ni, kita cuma melaksanakan apa yang dituntut.buat yg terbaik. Hasilnya kita terima dengan hati terbuka..
Abah: bila berjaya,jangan lupa sujud syukur..
Abah: dan yang paling penting, say thank you untuk guru2.tak kira SMIH atau SRIH.setiap dari mereka ada saham..


Abah:Hmm, agak2nya apa yang guru2 harapkan?
Kami: hmm..terima kasih? jd orang berguna untuk ummah?
Abah: Mereka harapkan,pelajar-pelajarnya jadi orang yang cemerlang dalam da'wah dan tarbiyah..
Kami: oh... (Rasa gerun pula tiba2)
Abah: guru harapkan amal jariah dari ilmu yang mereka ajar pada kita..walau dah tiada, pahala tetap berterusan..
Abah: (sambung) hmm, doa kebaikan dr kita untuk mereka jangan lupa..


wallahu A'lam.

2 comments:

+akufobia+ said...

meneruskan misi mereka.

Akhi Muiz said...

result....result... dah tinggal sejarah.

sekarang hendaklah diteruskan perjuangan yang lebih DAHSYAT lagi...

dunia IPT bakal menjelma