Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Friday 22 October 2010

Bagaimana kita ya?

Salam ikhwah akhawat fillah.. kayfa halukum?


Apa khabar usroh antum? Harap-harapnya masih sihat ye..Alhamdulillah syukur lillah kerana kita berada di kalangan orang-orang yang telah dibesarkan dalam suasana islami ditambah lagi dengan ilmu-ilmu agama yg kita telah peroleh sejak usia muda lagi..alhamdulillah..

Sekadar untuk peringatan, 2 tujuan hidup kita yg menjadi kewajipan untuk kita laksanakannya:

1) ubudiuyyah(beribadah kepada Allah)- (51:56)
-Ini bermaksud kita kena pastikan setiap detik dalam kehidupan kita menuju ke arah matlamat ubudiyyah ini..

2) Menjadi Khalifah Allah fil ard - (2:30)
- bermakna kita mesti menjadi khalifah yakni orang yang berusaha menegakkan kalimah Allah walau di mana sekalipun kita berada..

Ana yakin antum semua dah selalu dgr pasal 2 tujuan hidup ni, tapi sekiranya kita ingin trgolong dlm kalangan org mukmin, insya'Allah sama-sama kita ambil manfaat..(51:55)

Ikhwah fillah al-ahibba'..bilamana kita mendengar sesuatu berkaitan islam, letakkanlah diri kita ini dalam golongan orang yang mendengar dan memahami dengan hati walaupun tazkirah/penyampaian tu antum dah pernah dengar berjuta kali pun..Kerna yakinlah, akan ada ilmu dan kefahaman baru yang kita akan peroleh..

peganglah pada prinsip 3 perkataan ni, "mendengar untuk memberi".. Ramai kawan-kawan kita di universiti masing-masing menantikan bimbingan kasih sayang kita untuk bawa mereka kepada Islam yg sebenar..

Kita patut rasa sangat-sangat bersyukur dengan kondisi kita ini..sekadar perkongsian, baru-baru ni alhamdulillah ada buat program qiam dan riadah dengan anak usroh dan pelajar2 kat INTEC ni, lelaki jelah.. adalah tekankan skit pasal ukhuwwah, kepentingan qiam dan keperluan memahami Al-Qur'an.. beberapa ayat al-Qur'an di tadabbur bersama.. Lepas habis program, hari seterusnya, seorang anak usroh datang jumpa dan berkongsi.. Yg ana kagum, sebelum mula kelas pagi tu, dia pinjam qur'an ana dan bacanya beserta terjemahan, Masya'Allah!!

Sekadar untuk kita fikir-fikirkan, dia ni seorang yang tidak dapat tarbiah seperti di SMIH tapi dengan penghayatan beberapa ayat Al-Qur'an sahaja, hati dia sudah terkesan... Kita macamana ya? JOm beramal~
[peringatan ini juga buat diri ana, sama-sama kita doa agar kita semua tergolong dalam kalangan hambaNya yg bersyukur di akhirat kelak, ameen.. terus istiqamah!!]

Salam ukhuwwah, uhibbukum fillah~

No comments: