Salam,
Empat manusia yang berbeza latar belakang mencari cinta sejati di sebalik bayangan semalam. Dalam pencarian mereka, seruan kekasih yang manakah bakal menggegarkan jiwa? Seruan kekasih yang manakah yang akan menjadi janji yang tertunai?
Rayyan, gadis yang sanggup berkorban apa sahaja demi teguhnya cinta terhadap kekasihnya. Dia sanggup memutuskan tali pertunangan dengan Zaim, agar mendapat keredaan kekasih.
Hanisa, gadis yang terpaksa meninggalkan dunia yang dikasihinya kerana kebahagiaan yang dikecapi berakhir dengan kesengsaraan. Dunia yang pada mulanya indah adalah palsu belaka.
Zaim, lelaki yang tidak pernah terfikir akan jatuh cinta dengan gadis bertudung yang mengamalkan cara hidup Islam dengan sepenuhnya. Namun, dia sanggup melakukan apa sahaja demi membahagiakan hati seorang kekasih.
Mark, lelaki yang sedang tercari-cari seorang kekasih sejati. Seorang kekasih yang boleh memberikannya kebahagiaan yang hakiki.
Empat manusia yang berbeza latarbelakang mencari cinta sejati di sebalik bayangan semalam. Dalam pencarian mereka, seruan kekasih yang manakah bakal menggegarkan jiwa? Seruan kekasih yang manakah yang akan menjadi janji yang tertunai?
Berdasarkan sinopsis, kedua- dua buku berkisar tentang cinta. But really, love is not a crime and to understand the ultimate love is a blessing. Maka, silalah baca dan kemudian bolehlah kita berkongsi pengajaran-pengajarannya bersama melalui yahoogroups kita yang terdampar sepi tu..^^ For ikhwah, I strongly recommend you guys to read Mengintai Cinta Khalifah because it is from a man view, tapi buku lagi satu pun sedap je..
Selamat Membaca!! :D
1 comment:
buku ku seru namamu kekasih mmg best..
Post a Comment