Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Friday, 16 May 2008

BiNgKiSaN BuAt GuRuKu YaNg TeRcInTa

Guru,

Dikau hadir dalam diriku tanpa ku sedari,

Dikau ibarat cahaya rembulan,

Yang menerangi kegelapan malam.

Kehadiranmu,

Bisa menyebabkanku bangkit dari kealpaan,

Menanggalkan segala kejahilan yang menyelimuti diriku ini,

Dikau memberikanku secebis harapan,

Untukku bawa sepanjang pengembaraan,

Demi menyuluh jalan kejayaan.

Guru,

Dikau mendidikku seperti menatang minyak yang penuh,

Hidupmu tidak pernah jemu melayan kerenah anak muridmu ini,

Kerana kau tahu kami ini ibarat permata yang perlu digilapkan,

Diri ini amat menghargai pengorbananmu,

Ku bersyukur kepada Tuhan,

Kerana mengurniakan guru sepertimu,

Yang tidak bisa ku cari di dunia yang fana ini,

Demi memastikan kejayaan yang akan digapai.

Wahai guruku,

Akan ku realisasikan harapanmu,

Ku akan cuba sedaya upayaku,

untuk menjadi insan yang berjaya didunia dan akhirat,

Ku berharap bingkisan doa darimu,

Untukku menempuh onak dan duri ini,

Demi mencapai redaNya yang satu.

Guru,

Terima kasih daku ucapkan,

Sambutlah salamku,

Wahai guruku.

No comments: