Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Monday, 26 May 2008

Moh Ler Cuti!

BismillahirRahmanirRahim.

Tersentak. Eh, tak update lagi? Oh, cuti...

Cuti? Cuti. Cuti! Orang sibuk bercuti.

Ok, moh ler tengok apa hikmahnya cuti ni.

Pada pandangan saya:

Cuti adalah waktu yang menyediakan kita waktu yang sangat....

L A P A N G
dan...
P A N J A N G

Maka, waktu inilah KITA mesti menyeluruhi kebijaksanaan kita, dengan apa kita nak isi waktu yang sangat lapang ini. Apa yang kita boleh buat?

a. Rehlah atau Melancong dan Mengembara serta Menerokai Bumi Ilahi.

Sebenarnya, pokok utama rehlah diadakan adalah untuk mendekati Ilahi dengan menyusuri nikmat-Nya di bumi ini. Ada daripada kalangan kita merancang untuk habiskan cuti dengan 'ibadah umrah. Ada juga yang melancong ke luar negara bersama keluarga tersayang. Tak apa, dalam negeri nak rehlah pun ok. Asalkan kita jadi makin dekat dengan-Nya. Dan dapat eratkan ukhuwwah :)

b. Sertai aktiviti yang memang tersedia pada waktu cuti sebegini yang dapat kuatkan dan mantapkan jati diri kita. Contoh: kem hafazan, kem motivasi, jaulah tarbawi dan lain-lain.

Hmm, mungkin kita boleh saling bertukar info di mana dan bila diadakan aktiviti berfaedah macam ni. Sebab, ada orang yang jenis pendiam dan malu nak bertanya sedangkan hati dia nak.
Yang affordable dan baik-baik, itu sudah cukup. Sebab tak semua daripada kita mampu buat umrah, mampu berjaulah tarbawi kalau tak ada uangnya kan? Hmm, kalau tak pun....

c. Tolong ibu bapa dan keluarga.

Ini lagi bagus! Bila lagi kan budak-budak form 4 yang sibuk macam lebah ni nak tolong mereka yang tersayang dengan sepenuh jiwa dan raga kan? Kita boleh tolong kemas rumah, jaga adik, bersihkan halaman rumah, basuh kereta, bercucuk tanam dan b a n y a k lagi.

Yang lain bahagia, kita pun suka, pahala pun bertambah. ^___^

d. Laksanakan wajibul manziliy yang harus dilunaskan.

Ini pun penting juga teman-teman. Amanah mu'allimin jangan dilupakan. Komsas ke, pembentangan sejarah ke. Pokoknya, harus kuatkan hati! Cuti bukan bersuka-ria saja.

e. Mantapkan subjek yang lemah.

Ada. Ada? Ada.. ada! Mungkin ada antara kita yang lemah sesetengah subjek. Mereka yang ambil P.A, mungkin boleh kuatkan ilmu akaun (oh, terfikirkan kertas P.A 2?) Yang lemah Chemistry, mari belajar equation al-kimiya' dengan senang hati. Yang lemah Add Maths, kenapa tidak mantapkan ilmu dengan membuat latihan dengan super-banyak supaya masa depan kita terjamin. Function? Quadratic Function? Log? Indices? Banyak kan? Tak apa, kita buat perlahan-perlahan dan istiqamah. Mesti boleh!

f. Buat aktiviti bermanfaat.

Banyak lagi. Yang menjurus kepada minat atau kepada keperluan. Terpulang. Membaca khususnya. Membaca itu kan kunci segala ilmu? Qira'ah miftahul 'ilm.


Tiba-tiba rasa macam tersentak lagi sebab banyak perkara boleh dilakukan tetapi betul ke things-to-do ini semua akan tercapai? Sebab itulah kena ada tekad yang bulat!
Kuat, kuat dan kuat! Mesti istiqamah dalam jihad.

Peringatan buat KITA semua, termasuk yang menulis dengan sepenuh qalb ini.

Sama-sama kita ingat-mengingatkan, sebab kita tak mahu jadi orang yang rugi pastinya.
Ini untuk kita:

Kembali - Saujana&Nowseeheart


Rabbana yuqawwiy.

Aslim taslam.

No comments: