Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Friday 26 December 2008

Skema itu hebat!

Pada suatu masa dahulu frasa "SKEMA ITU HEBAT" bergema di blog batchsebelas gara-gara pengaruh Ustazah Norimah di sebuah perhimpunan pagi. Itu pun kalau ada yang masih ingat. Masih segar lagi dalam ingatan ana.

Sebelum membawa anda pergi jauh ke dalam isu yang ingin ana ketengahkan, cuba baca dua buah petikan di bawah ini dan bandingkan keberkesanan penyampaian di situ.

Nama saya Atan. Umur saya 10 tahun. Kalau ada masa lapang, saya suka membaca. Banyak buku yang pernah saya baca. Di rumah, ibu bapa saya selalu memberi galakan untuk saya membaca. Ibu bapa saya membelikan banyak buku cerita. Saya sayang ibu bapa saya.

Nme sy Atan.um0 sy 10thn.klu ad mse,sy ske mbce.byk buku y pnah sy bce.kt umah,parents sy clalu bg glkn tuk sy mbce.Parents sy blikn byk buku citer.Sy cuyunk parents sy.

Nah, dah dapat idea tentang apa yang ana nak ketengahkan? Ya, isu bahasa. Sebenarnya isu ni ana dah pernah sebut tapi tak mengapa. Manusia sering lupa.

Perasan tak, daripada penggunaan bahasa seseorang kita dapat menilai sejauh mana kematangan pemikiran, kerajinan atau kemalasan, pengaruh rakan sebaya dan sebagainya. Penggunaan bahasa banyak dipengaruhi oleh bahan bacaan kita setiap hari serta perbualan harian.

Orang yang banyak membaca bahan sastera selalunya menggunakan bahasa yang halus, berseni, dan tinggi seperti Cik Raehan Intisor kita. Orang yang banyak membaca membaca mesej dan menaip mesej biasanya akan menggunakan banyak kata singkatan atau sinkof sehingga terbawa-bawa dalam penulisan ilmiah.

Perasan atau tidak sebenarnya keberkesanan penyampaian banyak bergantung kepada cara kita menulis. Penyampaian yang paling berkesan adalah dengan menggunakan bahasa yang betul dan mematuhi tatabahasa yang standard. Tidak percaya? Perhatikan semula dua petikan tadi. Biarlah orang kata kita 'skema' atau 'skemposss', asalkan mesej yang kita nak sampaikan tu sampai kepada mad'u kita.

Ana pernah baca blog Ustaz Hasrizal, tajuk artikel: Blog Kepada Buku;


"Pembaziran terjadi kerana bahasa yang tidak dijaga, menyebabkan isi kandungan yang berkualiti hilang kelayakan untuk dikembangkan menjadi sebuah buku."

"Setiap yang menulis di blog, harus menanam cita-cita ini. Asas utamanya ialah terus mengasah isi, namun disampaikan dengan bahasa yang baik. Sebuah tulisan yang dijaga bahasanya, akan kekal segar di sepanjang zaman. Tulisan yang ditulis sesuka hati, akan menjadi bahan ketawa penulisnya sendiri, sebelum pembacanya suatu hari nanti."
Rata-rata dalam kalangan kita mempunyai banyak idea untuk dikembangkan, namun penggunaan bahasa yang kurang sempurna menyekat perkembangan ini. Kita harus melatih diri kita untuk menulis dengan baik kerana bak kata Ustaz Rahim, "Rugi kalau pendakwah hebat mati tanpa meninggalkan hasil penulisan."

Mahu atau tidak, dah tergalas beban di bahu kita untuk memikul amanah sebagai pendakwah. Sebab kita dah dididik untuk TAHU, oleh itu orang yang TAHU wajib menyampaikan. Tak gunalah kalau soleh sendirian, tapi tak musleh.

Akhir kalam, jagalah penulisan anda, jagalah bahasa anda. Kerana menjaga bahasa dan penulisan adalah sebahagian daripada dakwah sebenarnya, secara tidak langsung. Sekian, terima kasih.

2 comments:

Raden Qurratu 'Aini said...

salam fathimah

teruskan usaha nti!

sama-sama memartabatkan bahasa dan bangsa - untuk agama.

Anonymous said...

lol... xde penulis batchsebelas yg terasa ke? saje je dye buat entri begini...