Tolong ingatkan saya
andainya saya terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan.
Tolong ingatkan saya
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan
Usah diluka hati dan perasaan
Tolong ingatkan saya
Supaya ingat pesan guru
bukan sekadar peringatan
Tapi tarbiyah berpanjangan
Tolong ingatkan saya
Dengarlah dan bacalah al-Quran
tika radio penuh hiburan
tika televisyen penuh Hindustan
Tolong ingatkan saya
Di mana Islamnya zahirku
Jika aurat didedahkan
Disingkat,diketatkan dan dijarangkan
Tolong ingatkan saya
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran
Tolong ingatkan saya kalau bercinta
biarlah kerana-Nya
dalam memilih utamakan iman
kelak ikatan dihindar syaitan.
Tolong ingatkan saya
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalananMoga di sana menjadi bekalan
Tolong ingatkan saya
Diri ini milik KuasaKepada-Nya jiwa diserahkan
Segalanya Dialah tumpuan........
Selamat berpesta ibadah kepada semua ahli batchsebelas.Rebutlah 10 malam terkhir ini sementara Ramadan masih bersama kita...Ayuh kita buangkan segala kemungkaran dan sifat jahiliah dalam diri supaya madrasah Ramadan ini memberi kesan dan menjadikan diri kita sebagai individu yang baru selepas Ramadan meninggalkan kita...Mungkin inilah Ramadan terakhir kita....
1 comment:
jom ingatkan bersama.
Post a Comment