Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Thursday, 26 November 2009

bingkisan rindu

sepi yang zalim ini,
memaksa aku,
membuka lembaran lama,
yang penuh duka,
adillah persahabatan sejati,
terpisah oleh azali persahabatan,
abadi tanpa dirimu di sisi,
hilanglah seri malam,
biar hiasannya beribu bintang,
biar temannya cahaya sang rembulan,
menari dirimu teman,

tetapi,
masa yang begitu cepat berlalu,
telah merenggut kasih persahabatan,
memaksa kita mengikut arus kehidupan,
yang mendatang,
walaupun sukar untuk ditelan,
kita terpaksa berpisah,
andai di kamar hatimu teman,
masih terselit sisa cinta lama,
ketahuilah,
bunga-bunga persahabatan,
yang aku taburkan,
disulami keihkhlasan,
takkan pudar ditelan,
hari-hari yang mendatang








-akindrawarma-

Tuesday, 24 November 2009

KeHiDuPaN iNi...



Bismillahirrahmanirrahim

Bersyukur kepada Allah yang memberikan kekuatan kepada kita untuk terus bermujahadah dalam menghadapi dunia yang fana ini..
Moga Allah reda dengan kehidupan kita dan menjadikannya sebagai satu ibadah

Firman Allah :
"katakanlah sesungguhnya solatku,tidurku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Tuhan sekelian alam "

Huh, bila dila dilihat ayat ini bukan mudah untuk dilaksanakan kerana segala amal kita tujukan hanya kepada Allah,tiada yang lain..

Dalam medan jihad SPM INI, memang tidak dinafikan kita semua sibuk dengan menelaah pelajaran namun disebalik itu kita terlepas pandang tentang godaan yang sering datang kepada kita untuk merobek iman dalam diri..kekadang godaan tersebut menjadikan diri kita lalai dan alpa dengan arus dunia yang fana..

Sungguh tidak dapat kita bayangkan ketika ia datang dalam keadaan iman lemah,waktu itu seolah-olah nafsu merajai diri,syaitan durjana merasuk diri..bagaikan hidup ini tiada Tuhan dan syariat...bagaikan hidup ini tiada RAQIB & ATID yang mencatit amal perbuatan..

Sungguh mereka tidak pernah kenal erti jemu untuk mengajak anak adam ini turut bersama mereka di neraka Jahannam...
Namun kita seharusnya serahkan seluruh jiwa dan raga kepadaNya kerana kita tidak mampu menempuhi semua ini bersendirian tanpa rahmat dan kekuatan dariNya..



Ku menyeru kepada diri ini khususnya dan sekelian manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai muslim amnya untuk kita bersama muhasabah diri kita sepanjang umur yang telah Allah pinjamkan buat kita untuk kita merenung sejauh mana kehidupan kita ini berlandaskan syariat Tuhan..

Adakah ianya untuk berfoya-foya??atau ianya untuk mencapai sebuah keseronokan dan kepuasan yang tidak akan kekal lama dan pasti??Adakah kita sanggup membiarkan kehidupan kita ini menjadi kehidupan yang sia-sia dan mengundang kemurkaan Allah...bahkan Allah tidak redha dan memandang hina diri kita dengan tidak memberi sedikitpun rahmatNya untuk kita...nauzubillahiminzalik

Moga Allah beri kekuatan kepada kita dan juga bagi mereka yang merindui janji untuk bertemu dengan sang Penciptanya untuk terus istiqamah diatas jalan yang lurus dan dijauhkan dari penyimpangan yang bisa membawa kepada kesesatan..




Juga buat mereka yang bergelar duat,ingatlah tugas dakwah dan amar ma'ruf nahi mungkar perlu dilaksanakan tidak kira sesibuk manapun kita kerana sesungguhnya kerja itu lebih banyak dari masa yang kita ada seperti kata-kata Hassan al-Banna "AL WAJIBAT AKSARU MINAL AWQAT"..Cuba kita tanya pada diri kita bagaimana keadaan kawan disekeliling kita??bagaimana dengan anak usrah kita?bagaimana dengan wajibat kita seharian??

Juga buat mereka yang sedang menikmati cuti(khususnya adik-adik) untuk sentiasa menjaga diri dan pergunakan masa cuti ini sebaiknya serta jauhilah dari berbuat perkara yang bisa menambahkan lagi dosa kita...

Moga Allah permudahkan segala urusan kita dalam imtihan SPM ini dan dikurniakan kecemrlangan untuk kita semua kerana ia merupakan satu keperluan serta alat untuk kita meneruskan perjalanan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA

Sunday, 22 November 2009

harapan

Perut dah cuti tanpa bergaji selama empat hari, tiba-tiba terjumpa tudung
saji mengkuang, harap-haraplah di dalamnya ada nasi berlauk ayam masak pedas,
sambal belacan, ulaman, dan teh limau ais. Tapi bila dibuka, hanya ada nasi
dengan kicap dan juga petai. Nak tak nak kena sebat jugak. Kalau tak, takkan nak mati kebuluran?


macam tu juga kehidupan, kita harap yang terbaik selepas berusaha, tapi tak semestinya apa yang diharap itu tercapai. dalam masa yang sama, kita kena telan jugak, walaupun bukan tu yang kita nak.







-akindrawarma-

Saturday, 14 November 2009

From Batch 13

Dedikasi Dari Senior

Ya Allah..
engkau Maha Tahu apa yg diharapkn oleh adik2ku.

Ya Allah,
Engkau Maha Kuasa atas perbuatan adik2ku.

Ya Allah,
Kau yg menentukan hasil adik2ku.Jadikanlh hasilnya baik untuk memadamkn api yg membakar umat ini.

Agar ilmu2 barakah mereka membumi di atas negeri yg dilanda kemarau iman.

Agar jiwa2 lemah dan layu kembali bertenaga dengan energi yg melangit..cukup utk mengisi kekosongan jiwa rabbani di negeri ini..

Ya Allah,
menangkanlah perjuangAN dakwah kami dgn cara apa seklalipun w/pun melalui wasilah apa yg mereka panggil SPM ini.

Agar engkau meredhai eksistensi kami di bumi ladang akhirat yg Kau pinjmkn pada kami.

Redhailah usaha adik2 kami yg baru hendak melangkah keluar menuju alam yg penuh ujian dan cobaan.

Ya Allah,
jadikan keputusan adik2 kami lebih baik daripada apa yg telah Kau kurniakan kepada kami..

Kerana kami yakin bahawa prestasi umat ini sedang naik dalam eksponen. Moga prestasi ini terus naik..kerana kami yakin kemenangan itu kepastian..

Ameen..

Terus berdoa..kerana ia senjata mu'min. Maka siapa yg hendak berperang tanpa senjata?

dr insan yg menanti detik exam..


QalamQolbu
Abdullah Munir bin Mohd Aizaini, XGEN
Subang Jaya
13/11/09


All the best.... Dah nak dekat ni wahai adik-adikku...
Syamila binti Samsulkamal, XGEN

to my beloved G11,
masa itu masih ada
selagi belum saatnya bertempur
saat untuk menggilap senjata masih ada
terus berjuang
moga di beri kekuatan
untuk meraih kemenangan.
Sarah Hamizah Zainal Abidin, XGEN

Buat adik2 sekalian:
Janganlah kita mengharap dpd usaha kita
hanya utk mendapatkan A..
Janganlah kita mengharap dpd usaha kita
ganjaran duniawi yg bersifat sementara..
Jika diharapkan sedemikian, maka kita akan kecewa
malah berputus asa jika tidak dapat
seperti yg kita harapkan..

Sebaliknya, tanamkan niat menuntut ilmu
untuk mendapatkan redha Nya..
Harapkanlah balasan pahala
dpd Usaha kita..
Harapkanlah supaya Tuhan menilai usaha kita
Sebagai satu jihad..
Andai kita mati ditengah jalan,
moga bertemu SYAHID.

Salam mujahadah dpd luqman (from batch 5)




Admin: Kalau kakak-kakak dengan abang-abang ada nak post apa-apa dedikasi lagi, boleh postkan kat komen, tak pun emailkan kat batchsebelas@yahoo.com. InsyaAllah, admin akan cuba post kat blog ni. Terima kasih! Kata-kata semangat anda sumber inspirasi kami. :D

Permohonan UPU

KLIK DI SINI

Kalau ada masalah nak klik, copy URL ni kat browser: https://upu.mohe.gov.my/online1011/spm/mohon.php

Friday, 13 November 2009

khas buat batchsebelas

assalamualaykum buat semua ahli batchsebelas...

ni ana tolong postkan video khas (maybe pesanan akhir) buat kita ikhlas daripada akak2 dan abg2 x-gen...
renungi, hayati, dan... amalkan!





jazakumullahukhairan kathiran buat x-gen yang masih mengingati kami...
semoga kita sama2 mengejar kejayaan yang diberkati Allah...