Dimulakan dengan

Dimulakan dengan
Showing posts with label icapp. Show all posts
Showing posts with label icapp. Show all posts

Thursday, 3 June 2010

dunia, lihatlah

biar dunia tahu

kami yang deraikan manik jernih si kecil itu
kami yang membuat mereka bergelimpangan
kami yang merampas segala hak mereka
kami yang merisak harmoni hidup
kami yang robek sukmajiwa mereka
kami yang tumpahserakkan merah likat itu
kami yang conteng hidup mereka
dengan pena sengsara dan dakwat seksa

kerana
dunia hanya melihat
dengan mata yang dikaburi
dengan kabus muslihat pandangan hitam
telinga yang dipekakkan
dengan kata janji manis mulut

dunia hanya dan hanya mampu melihat



-akindrawarma-

Sunday, 21 March 2010

kepada rakyat jelata

Maka tersebutlah suatu pengumuman penting ke-pada seluruh rakyat jelata. Arakian akan diadakanlah julung-julung kalinya per-jumpaan se-mula buat semua le-laki. Pelbagailah isicara yang akan diadakannya. Sa-mua dijemput hadirlah ke majlis ini tanpa sa-barang paksaan mahupun tepian. Tetapi tidaklah termasuk guru mahupun ibubapa.

Tarikh : 23 Mac 2010
Masa : 8 pagi sehingga habis
Tempat : La Stella Water Theme Park, Starhill
Bayaran : Sa-puluh Ringgit Lima Puluh Sen Sahaja
Aturcara : Sesi penggambaran, permainan air dan darat yang amat meng-asyikkan, tazkirah dan muhasabah

Tidak disediakanlah akannya makanan maka ber-buatlah mem-bawa ber-sama akan dirinya sa-berapa makanan untuk dikongsijamah ber-sama rakan-rakan. Adalah lebih baik jika membawa sa-berapa wang untuk di-belanjakan pada rakan-rakannya juga.

Juga tidaklah disediakannya bersama ia seluar pendek, krim peng-halang sinar Ultra Violet, awak-awak, boya ka-cemesan, mahupun ikan duyung. Lanun Terlampau mungkinlah ia ada.

Ke-pada mereka yang kemungkinan tidaklah akan dapat hadir ke majlis ini, maka wajib fardu ke-atas dirinya agar memberitahulah ke-pada nakhoda kapal.

Barang sa-siapa yang ada bersama ianya sebarang kemusykilan, maka soalanlah akannya kepada nakhoda kapal sau-dara Ishraf Hakim walau ianya bukanlah dara yang sebenar-benarnya.

Thursday, 10 December 2009

hari-hari terakhir aku lihat pelangi

kecipak tempiasan hujan semalam
membanjiri sukma kerinduan
semakin meniti gigi hari
kaki melangkah penuh lesu
sembari melihat firus langit
angin kesayuan lembut berpuput
menerpa fuad yang rawan

hari yang telah dilalui
bersama dengan kilauan pelangi
meski tiada cahaya
tapi tampak persih berseri
menyoroti warna warni kegembiraan
dalam rencah kehidupan

masih aku ingat
saat kita merisak berketawa
umpama burung-burung bercanda di kuala
saat meredah jeladeri ilmu
mencari lazuardi permata jernih
bersama kecil ombak keceriaan
dan bayu-bayu senyuman

namun
kini aku kontang
tandus disula mentari laut kehausan
kerana cita memaksa aku
tinggalkan ujana indah berpelangi
meski sayang untuk mengakhirinya
suratan takdir telah menetapkan
dibawanya aku dan pelangi terus ke penghujung
dengan ghobar dan pilu di hati
bukanlah menjadi pengadang gugusan pulau rimba pohonan itu
apatah lagi menjadi tandup halangan pengaliran cerminan

maafkan andailah kiranya
jika kuntum kelopak memikat bersepahan di pangkal perdu
jika beban sarap tersangkut di reba ranting
jika air yang jernih dibusukkeruhkan
semoga kita tetap berada di bawah lembayung rahmat-Nya
dan dirimu tidak sesekali lupa padaku walau ripuh
ikatan yang tidak akan puhu apakan putus ini
sentiasa hati teguh dengan Janji Kita



*khas untuk generasi Sebelas.
*maaf kalau terkebawahkan entri bawah ni >.<




-akindrawarma-

Friday, 4 December 2009

mesti cukup

macam nak buat minuman
air mesti cukup
susu gula mesti cukup
macam nak buat lauk
api kena pandai jaga
garam ajinomoto mesti cukup
sukatan mesti tepat
terlebih terkurang mesti ada kesan
baru boleh NGAP

macam dalam persahabatan
mesti ada keikhlasan
mesti ada kejujuran
mesti ada persefahaman
mesti suka sama suka
semua mesti cukup
baru boleh NGAM



-akindrawarma-

Thursday, 26 November 2009

bingkisan rindu

sepi yang zalim ini,
memaksa aku,
membuka lembaran lama,
yang penuh duka,
adillah persahabatan sejati,
terpisah oleh azali persahabatan,
abadi tanpa dirimu di sisi,
hilanglah seri malam,
biar hiasannya beribu bintang,
biar temannya cahaya sang rembulan,
menari dirimu teman,

tetapi,
masa yang begitu cepat berlalu,
telah merenggut kasih persahabatan,
memaksa kita mengikut arus kehidupan,
yang mendatang,
walaupun sukar untuk ditelan,
kita terpaksa berpisah,
andai di kamar hatimu teman,
masih terselit sisa cinta lama,
ketahuilah,
bunga-bunga persahabatan,
yang aku taburkan,
disulami keihkhlasan,
takkan pudar ditelan,
hari-hari yang mendatang








-akindrawarma-

Tuesday, 6 October 2009

Gempa Bumi Sumatera

baca ni dulu:

7.6-magnitude earthquake strikes off Indonesia's Sumatra island

Jakarta - A strong undersea earthquake struck off the western coast of Indonesia's Sumatra island late Wednesday afternoon, but there were no immediate reports of injury and damage, seismologists said. The quake, measuring at 7.6 on the Richter scaled, struck at 5:16 pm (1016 GMT) at a depth of 71 kilometres, about 57 kilometres south-west of Pariaman on West Sumatra province, Indonesia's National Meteorological and Geophysics Agency (BMG) said.

The agency said there were no immediate reports of injury or structural damage from the quake.

Indonesia, the world's largest archipelago, sits on the Pacific "Ring of Fire," the edge of a tectonic plate prone to seismic upheaval.

A major earthquake and subsequent tsunami struck in December 2004, leaving more than 170,000 people dead or missing in Indonesia's Aceh province and half a million people homeless.

Perhatikan masa kejadian - 5.16pm. Cuba tukarkan ke dalam sistem masa 24 jam. Maka jadinya 1716 bukan?
Cuba perhatikan angka-angka tu, dan cuba terjemahkan pulak 1716 menjadi bentuk nombor surah : nombor ayat al-Quran.
Maka jadinya surah ke 17, ayat ke-16. Mari kita lihat apa yang ada di sebalik ayat itu...

"Dan apabila sampai tempoh kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya."

"And when we decide to destroy a town (population), we (first) send a definite order (to obey Allâh and be righteous) to those among them [or we (first) increase In number those of its population] who are given the good things of this life. Then, they transgress therein, and Thus the word (of torment) is justified against it (them). Then we destroy it with complete destruction."


(Surah al-Isra', ayat 16)

Adakah peristiwa yang berlaku itu petanda kemurkaan-Nya, atau sekadar satu kebetulan? Sama-sama kita fikirkan..

dicerap dari: sini

Wednesday, 9 September 2009

iftar batch 11

Jumaat 11 September 2009

2.45 - 3.30 Slot Pengetua
3.30 - 4.00 Taklimat
4.00 - 4.40 Solat Asar
4.40 - 6.00 Khidmat Diri
6.00 - 7.00 Persediaan Berbuka
7.10 - 7.50 Solat Maghrib + Solat Hajat PM
7.50 - 8.20 Makan Malam
8.20 - 9.30 Solat Isyak + Solat Tarawikh
9.30 - 10.00 Penutup. Moreh.

Monday, 24 August 2009

Jadual 5 Iltizam

nah, permintaan daripada shoutbox

Sel : PHY EST BIO BI
Rab : PQS BIO +MT
Kha : BAT PHY
Jum : BM PSI BM
Sab : CHE

Dua Masa
Tiga Masa
Empat Masa
Lima Masa
Enam Masa

Maaf, untuk subjek Akaun, ana tak salin. nanti kat sekola korang cek la. haha.
jangan lupa juga, kerja rumah PSI, +MT, BM Model 1 dan 2, MT, dsb. sekian

Tuesday, 28 July 2009

Daerah Nostalgia

sahabat,
Pada setiap penjuru waktu,
Tidak terlintas di sanubariku,
Jauh sekali di fikiranku,
Pada sebuah keagungan,
Pada erti sebuah persahabatan,
Pertemuan kita membawa seribu erti,
Bersama meneroka persada hidup,
Bersama dahagakan kejayaan penjamin diri,
Sambil mencari identiti sendiri

Sahabat,
dengan impian,
Bersama segunung harapan,
Bersama semumi pengorbanan,
Tanpa menjeling erti putus asa,
Kita harungi liku-liku kehidupan,
Dengan keyakinan yang pasti,
Sebulat tekad menjadi jaminan,
Bahawa kecermelangan pasti direalisasikan

Sahabat,
Ingatlah! Sedarlah! Insaflah!
Pada era globalisasi ini,
Persaingan kian mencabar,
Si bijak pandai semakin ramai,
Bak cendawan tumbuh selepas hujan,
Kecemerlangan yang diidamkan,
Bangkitlah!
Bila dirimu bermandikan kemasyhuran,
Jangan dilupa pada Yang Maha Berpengetahuan,
Ruku' dan Sujudlah,
Kerana Dialah penentu masa hadapan,

Sahabat,
Tekad SPM harus dijulang,
12A1 mesti diperjuang,
Hapuskanlah dan musnahkanlah mentaliti kemustahilan,
Agar terkabul segala impian...











maaf, tak pandai sangat pun. ni kerja bosan-bosan. tapi memang khas untuk SEMUA Batch 11!
yoshhhh!