Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Thursday, 31 December 2009

lagi2 ttg alak dan muqsit

|fly away|
Ahmad Muqsit b Samsuri
Abdullah Mubarak b.Hasanuddin
---
sob3
---
lirik lagu ini ditujukan kpd kamu
|brothers|untukmu teman|

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
]Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkanku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janji-Nya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasih-Nya

Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah gelita hadirlah cahaya..

semoga kita berjumpa lagi pada masa akan dtg.rindu kamu.
yg akan fly k Yaman dan yg sdh ada d Yaman(haneef zul)

Flight : 7 p.m.(Khamis-31/12/09)
selamat pergi dan mendarat

Tuesday, 29 December 2009

Kumpulan Usrah 2010

MDP PELAJAR TINGKATAN 5/2009
PADA 1 JANUARI 2010

UST YUNUS
1. Wazien b Hishamuddin
2. Ahmad Danial Maula Md.Razman
3. Sulaim Milhan b Ahmad Jamali
4. Ishraf Hakim b Ahmad Nadzri
5. Nur Hakeem b. Zakeri
6. Muhammad Zahieruddin b Ismail
7. Muhammad Hishamuddin b. Naiyer Afzal

UST AB RAHMAN

1. Abdullah Zubayr M Aizaini
2. Ahmad Syafiq Yusof
3. Zulhilmi Azmi
4. M Izzat Zainal Abidin
5. Imran Omar
6. Irfan Masiri
7. Daeng Ahmad Luqman
8. Fateh Hakeem b Mohd Fauzi
9. Ahmad Akmaluddin Mazlan
10. Ammar Roslan

EN HERMEE
1. Muhammad Adam b. Mahmood
2. Abdullah Hanif b. Taha
3. Azzam Tamimi b. Ahmad Azlan
4. Ammar Aminuddin
5. Mohd. Abdin Shakirin
6. Abdullah Mubarak Hasanuddin
7. Muhd Tamim Faruq b. Khairul Azmi
8. Ahmad Muqsit Samsuri
9. Abdullah Abbas Jelani
10. Fathy Adam b Yusof

UST ISWAN
1. Muhammad Hafiz b. Mohd Hidzir
2. Muhd Fadhlan b. Mohd Khalid
3. Mohd Ghazali b Omar
4. Adrika Ariff b. Abd. Hamid
5. Mohammad Effy Fitri b. Mohd Fathil
6. Mohd Haziq b Mohd Hafizuddin
7. Muhammad Irfan Ahnaf b Mohd.Ridzuan
8. M Amirul Hakim Mohd Jais
9. Naqib Mohd Noh

UST OMAR DANIAL
1. Muhammad Amin b. Ahmad Kilani
2. Mohammad Syarifuddin b. Zainal
3. Muhammad b Onn
4. Abdul Hakim b. Mohd Farith
5. Ahmad Naqiudin b. Mohd Tahir
6. Ahmad Syauqi b. Rosly
7. Nu’man Zaki bin Yunos

EN UMAYR AINULLOTFI
1. Md Eirfan Safwan b. Md Jasman
2. Muhammad Basyir b. Mohd Ghazali
3. Muhammad Irfan b. Ahmad Hisham
4. Mohammad Isa b. Samli
5. Abdul Hakim b. Julizar
6. Khairul Rijal b. Razali
7. Zaid Zahhar Aiman b. Zainulabid

USTZ SITI SHAMTIDAR
1. Nur Farzana bt Kamaruddin
2. Nurmaziah bt Zainuddin.
3. Nur Amalina bt Zahari
4. Khadijah Nabilah
5. Mas Amalina Mohamad
6. Syuhada Ramli
7. Nur Izzah Amalina bt Maulana

U SITI SUHAILAH
1. Nur Aini bt Ibrahim
2. Nur Aqilah bt Mazlan
3. Nur Fatihah bt Ghali
4. Massitah bt Mohd Salleh
5. Nurul Fahima Zulkifli
6. Wan Hanan Wan Saridan
7. 'Atieqah Syaheerah bt Mazwar

USTZ KARTINI
1. Nidaa Ul Hani bt Mohd. Ghazali
2. Fathimah Azzahra' binti Ainullotfi
3. Zatil Hidayah Adnan
4. Alifah bt. Tarmidi
5. Nadiah Farhana bt. Zainuddin
6. Shafeeqah bt A. Rashid
7. Shifaa bt Md Zin
8. Hamizah Solihah Hasan

USTZ FAUZIAH A SALAM
2. Maryam Nasihah Asri
3. Aishah Alia Norhisham
4. Nur Kaiyisah bt Arbi
5. Farah Sofia bt Jamaludin
6. Siti Fatimah Shamsul Bahari
7. Hanani bt Shaiful Amri
8. Amanina bt Jaffar


USTZH ZANARIA
1.Nur Afiqah bt M. Hafiz Khoo
2.Nur Ain bt Ibrahim
3.Nadiah Hakim Nasseri
4.Nur Syafiyah Mohd Syafi
5.Safiah Khairuddin (Sebenarnya group Ust Kamaliah)
6. Ainnur Adliyah Jamaludin
7. Amnah bt Ismail

USTZH SHAHIDAH
1. Nur Amirah bt. Pauzi
2. Sofiah Umaiyyah Jalil
3. Nurul Izzah Mohd Fazi
4. Nur Fitri Najiha bt. Jailani
5. Aaeshah Mahmoud
6. Nurul Ain bte Azman
7. Nur Aisyah bt. Ishak


USTZ NORMA
1.Farah Farhanah Abdul Razak
2.Siti Najihah Md Noor
3.Wan Atikah Wan Ibrisam Fikry
4.Sarah Naqiyyah Hasni
5.Maryam Rufaidah Zainal Abidin
6.Afiqah Zabri
7.Raden Qurratu ‘Aini bt. Muhd Mun’im

USTZ KAMALIAH NOORDIN
1. Huda Arshad
2. Hani Aqilah
3. Nurul Aqilah bt Omar
4. N. Hafizah bt M. Faizul Aris
5. Athifah bt Abd Wahid
6. Atirah bt Abd Rahim
7. Safiah Khairuddin (edit: sebenarnya memang ikut kumpulan usrah lama kan?)


USTZ JAMILAH
1.Nurul Sakinah Azmi
2.Nurul Nadhirah Ridzuan
3.Hanan Hamidon
4.Nur Tasnim Razali
5.Nur Sakinah Razali
6.Nik Aqilah Nik Mohd Azzam
7.Nurhazirah Abdullah Zawawi

Harap semua dapat hubungi naqib/ah untuk sebarang masalah dan dapat memberikan sepenuhnya komitmen dalam menjayakan usrah kerana ia merupakan tunjang tarbiah dan benteng kepada iman kita semua...

Pemergiannya...

Bismilllahirrahmanirrahim..

Sesungguhnya Dia yang Maha Kuasa yang menentukan segala yang terbaik untuk hambaNya
Justeru itu..
Dukacitanya dimaklumkan sahabat kita akhuna ABDULLAH MUBARAK HASANUDDIN dan AHMAD MUQSIT SHAMSURI akan berangkat ke....untuk melanjutkan pelajarannya disana

Tempat : Sana', Yaman
Flight : 7 p.m.(Khamis-31/12/09)
Tempoh : 14 jam perjalanan

Beliau juga memberi sedikit pesanan untuk semua ahli batchsebelas :
"Ana minta maaf kepada semua sahabat ahli batch 11 dan mohon antum semua doakan ana dan MUQSIT disana nanti ye"kata Mubarak


Kami semua sentiasa doakan yang terbaik untuk ahli batch 11..

Semoga pemergian kalian ke Yaman menjadikan sebagai bekalan untuk mempersiapkan diri untuk menjadi pembela agama Allah..

Bile dah ada kat sana jangan lupa kami ye..All the best...


kenangan bersama ikhwah 5 Ikhlas

maafkan segala kesalahan ana ye ustaz/ah..doakan ana

Monday, 28 December 2009

Task Force

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan unutk manusia, (kerana kamu)
menyuruh (berbuat) yang ma'aruf dan mencaegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.
(Ali Imran ; 110)

TASK FORCE 2009

Sempena tahun baru 2010, ayuh bersama kita menjadi 'khaira ummah'
bersama-sama kita "ammar ma'aruf nahi munkar"

Sedikit maklumat mengenai TASK FORCE 2009

Tarikh :
31hb Disember 2009 (Khamis)

Masa :
Bermula Solat Isya' bersama di Masjid Sultan Abu Bakar
hingga jam 1200 malam

Aturcara :
8.30 : Solat Isya' berjemaah
8.45 : Pengisian oleh Tn. Hj. Aminuddin Alias (Pak Long)
9.15 : Taklimat dan pembahagian kumpulan
9.30 : Bergerak ke destinasi (edar risalah dan santuni masyarakat)
11.00 : Sesi perkongsian
12.00 : Bersurai

Tempat :
Bandaraya Johor Bahru (sekitar danga bay, dataran dan sekitarnya)

Siapa yang boleh sertai???
Terbuka buat semua tak kira remaja, belia, IPT, ikhwah/akhawat

Anjuran:
Kelab Remaja JIM (KRJ)
Kelab Belia JIM (KBJ)
Jom Jadi Bijak (JJB)
Persatuan Alumni SMIH (Pals)

Maklumat lanjut akan menyusul kemudian.

"مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذلِكَ أَضْعَفُ الإِيْمَانِ"

" Barangsiapa melihat suatu kemungkaran maka hendaklah ia cegah dengan tangannya (kekuasaan)

jika tidak mampu cegahlah dengan lisannya (nasihat) dan jika tidak mampu juga maka hendaklah dicegah dengan hati (rasa benci).

Demikian itu adalah selemah-lemah iman."

(Hadis riwayat Muslim)

-Kak Insyirah Mokri-

Taklimat IPT

CERAMAH KHAS

Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti

Bicara Pelajar Cemerlang (BPC), Siri 2:

TIPS PEMILIHAN IPT & KURSUS

(Laluan ke IPT untuk Lepasan SPM; Tips Permohonan ke UPU; Pengiraan Merit; dan Laluan Alternatif ke IPT)

Oleh:

Profesor Madya Dr. Nordin Yahaya

Timbalan Pengarah, Unit Pemasaran, Universiti Teknologi Malaysia

Tarikh:

29 Disember 2009 (Selasa)

Masa: 8:45 – 10:45 malam

Tempat: Dewan Seminar

PERCUMA

Daftar Segera!!!

Sila taip nama dan bilangan yang akan hadir

sms ke 019-7707444 (Hj. Abdul Rahman)

Terbuka kepada semua pelajar menengah terutamanya pelajar lepasan SPM dan STPM serta Ibubapa

berbowlingbowlingan.

bowling.
|skudaiparade|jam12 tghari|
|28 disember 2009|








org yg tertinggal:effy(spe suh men sensorang)
kelihatan:fathy(pnat.ketiduran d sisi)

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)
Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini

Sunday, 27 December 2009

Batchsebelas Yahoogroups


Click to join batchsebelas

Click to join batchsebelas

Untuk makluman semua, mailing list batchsebelas baru sahaja ditubuhkan untuk memudahkan urusan komunikasi dalam batch kita. Mohon kerjasama semua untuk menyertai mailing list ini. Ketika memohon, tolong sebutkan nama penuh dan kelas terakhir anda di Sekolah Menengah Islam Hidayah. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan anda tidak diapprove. Perkara ini penting supaya tiada spammers atau hackers atau pengintip masuk ke dalam perbincangan kita.

Semua warga batchsebelas, yang baru atau lama dialu-alukan untuk menyertai yahoogroup ini.

edit:
Selain itu, warga batchsebelas dialu-alukan untuk menyertai mailinglist alumni smih. Ketika memohon, tolong sertakan nama penuh, dan batch anda. Jika tidak, anda tidak akan di-approve.


Click to join AlumniSMIH

Click to join AlumniSMIH


Friday, 25 December 2009


askm,jzkk

Salam ukhuwah buat antum semua.
Semoga terus istiqamah di dalam Iman dan Islam serta tuntutan utk intima' bersamanya.
Di sini ust lampirkan tentatif dauroh PPSPM utk di masukkan dalam blog.
Mohon juga di sms pd rakan2 agar lebih alert.

Apa2 perubahan akan diberikan masa taklimat.
sekian.

Tentatif Dauroh PPSPM.

"Dauroh Iman dan Kehidupan"- Kitab Karangan Dr Yusof al Qardawi
Judul asal : al Imanul wal hayah
Catatan : Bahan ini merupakan bahan yang ditetapkan dalam manhaj utk di pelajari.


26 Dis 2009

Sabtu

Masa
4:00 PM Pendafataran
4:20 PM Solat Asar, Mathurat
5:00 PM Taklimat Dauroh
5:30 PM Slot 1 : Kehidupan dan Ketenangan.
Oleh:Ust Rahman
6:30 PM Kemas Diri, Makan
7:00 PM Solat Magrib
7:30 PM Slot 2 : Ketenangan Jiwa 1.
Oleh:Ust Rahman
8:15 PM Solat Isyak
8:45 PM Slot 3 : Ketenangan Jiwa 2.
Oleh:Ust Rahman
10:30 PM Riadah (banin)-futsal, Makmal Komputer (banat)

27 Dis 2009

Ahad

4:30 AM Qiam
5:35 AM Solat Subuh, Mathurat
6:00 AM Slot 4 : Gejala Futur. Oleh:UstRahman
7:00 AM Kemas Diri,Riadhah, Makan.
8:00 AM Lagu Tema, Ulangkaji.
8:30 AM Slot 5 : Senang, Aman dan Penuh Harapan. Oleh:Ust Mahmmud
10:00 AM rehat,minum
10:15 AM Slot 6 : Cinta dan Kasih Sayang.
Oleh:Utz Azmin
11:45 AM LDK ,Rumusan,Penutup, solat dan bersurai.

drpd Ust Ab Rahman Salleh

Saturday, 19 December 2009

Perhatian....

TAHUN 2009

18 dan 19 Dis.
Usrah Gabungan
Masa :8.00-9.30
Tempat:Dewan Qadisiah

26-27 Dis.
Daurah 1
Masa:8.00pg(26 Dis)-1.00 ptg(27 Dis)

TAHUN 2010

1-14 Jan
Indoor(R2J4)

8-28 Feb
R2J4

11 Feb
Katibah
7.00-11.00 mlm

5 Mac
Katibah
7.00-11.00 mlm

9-18 Mac
Kembara Bumi Kenyalang

21 Mac
Rehlah

2 Apr
Katibah
7.00-11.00 mlm

10-11 Apr
Perhimpunan Pra Siswa Musleh

24-25 Apr
Daurah 2
8.00 pg(24hb)-1.00 ptg(25hb)

7 Mei
Katibah
7.00-11.00 mlm

24 Julai
Usrah Gabungan

*Usrah akan mula berjalan pada Januari 2010 mengikut kumpulan MDP 2009, kecuali kumpulan Ust Kamarul Kalam dan Pakcik Hermee. Bagi kumpulan lain antum boleh hubungi naqib/naqibah masing2

Friday, 18 December 2009

Aktiviti Seterusnya

USRAH GABUNGAN
Tempat: Sekolah
Tarikh: 18 dan 19 Disember (Malam ni dan malam esok)
Masa: 8.00 - 9.30 malam

LATIHAN PRINT
Tempat: Sekolah
Tarikh: 18 dan 19 Disember (Hari ni dan esok)
Masa: 8.00 pagi - 5.30 petang

PRINT 09
Tempat: Taman Rekreasi The Woods, Ulu Yam, Selangor
Tarikh: 21 - 24 Disember

KEPUTUSAN PMR 09
Tempat: Sekolah
Tarikh: 24 Disember
Masa: Bermula 10 pagi

Thursday, 17 December 2009

PaScA SPM..


Bismillahirrahmanirrahim...

Maha suci Allah yang telah mengurniakan hambaNya kekuatan dan ketenangan untuk menghadapi semua mehnah dan tribulasi dalam menghadapi imtihan SPM yang baru saja usai menutup tirai

Kita panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana akhirnya berjaya juga menghabiskan SPM ni meskipun suatu masa dulu kita rasakan lama menanti detik-detik ini namun sekarang segalanya sudah berakhir dan sekarang kita sudah bergelar alumni SMIH yang sudah tamat zaman persekolahannya.

Namun disitu masih banyak lagi masuliyyah(tanggungjawab) yang perlu kita laksanakan selepas ini sejurus selesai SPM ini



1)ganti balik masa dakwah yang digunakan untuk fokus SPM dulu
2)bantu sekolah dan guru-guru dalam segala segi kerana disinilah tempat kita diperkenalkan dengan tarbiah jadi kita semua sebagai alumni kena pastikan adik-adik juga dapat merasakn tarbiah itu di bumi HIDAYAH

Mungkin selepas ini ada dikalangan kita yang akan sibuk dengan pelbagai aktiviti antaranya PRINT yang akan bermula (18-24 dis)..jadi kena pastikan sepanjang masa ini digunakan untuk kumpulkan semula energy dakwah di samping merenung sejenak dan merangka beberapa perancangan untuk perancangan masa depan kita semua

jamuan ikhwah di Singgah Selalu malam habis SPM


Selain itu,perlu juga kita ingat bahawa pelajar HIDAYAH semakin lama semakin ramai dan pelajarnya juga lebih mencabar,justeru pergerakan dan proses tarbiah juga hendaklah lebih laju dan tersusun demi mencapai misi dan visi dakwah iaitu melahirkan lebih ramai generasi pelapis yang faham dakwah dan kader-kader dakwah yang sentiasa hammasah dalam menyebarkan risalah dakwah di bumi HIDAYAH yang tercinta

Oleh itu mari kita renung satu firman Allah berkaitan kemenangan

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah,maka bertasbihlah dan memuji TuhanMu dan mohonlah ampunan kepadaNya.Sungguh,Dia Maha Penerima Taubat.(an-Nasr:1-3)



Ibrah yang boleh kita ambil melalui ayat diatas walaupun pendek mengandungi makna yang cukup tersirat dan boleh menitiskan air mata jika membacanya dengan hati jernih

1)Apabila kita melihat kemenangan ataupun keberhasilan dalam apa yang kita lakukan,selalunya datanglah penyakit kemenangan dalam hati orang mukmin

2)Penyakit kemenangan yang dimaksudkan adalah penyakit lalai dan lupa diri kerana terlalu seronok dengan kemenangan yang diperoleh

3)Oleh itu kita diseru untuk membesarkan Allah,bertaubat dan kembali kepadanya kerana kemengan itu bersifat sementara dan bila-bila masa sahaja nikmat itu Allah boleh tarik semula

Bak kata mereka berdua"jangan lupa Tuhan lepas SPM ni"

Justeru,kaitannya dengan kita yang dalam pasca-spm..janganlah berasa terlalu seronok dengan imtihan SPM yang baru melabuhkan tirainya kerana nikmat dan keseronokan itu bersifat sementara..

Sebaliknya kita diseru untuk kembali kepada Allah,membesarkanNya kerana telah benyak mengurniakan rahmatNya ketika menghadapi SPM disamping membersihkan hati kita dari segala dosa kerana hidayah Allah itu tidak masuk kedalam hati hambaNya yang membuat maksiat..takut-takut kita lebih jauh dari Allah apabila habis SPM ini..

Juga ucapan selamat berjuang buat sahabat kita dari kami batch11 iaitu saudara Haneef Zulefendi yang akan melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Iman di Yaman dalam masa 7@8 tahun disana

Wednesday, 16 December 2009

Jangan lupa!

Jalinan Mesra Batch Sebelas anjuran PaLs dan Gen2

Sasaran: Semua warga batch sebelas
Tarikh: 17 Disember 2009 (khamis)
Waktu: 2 petang- 5.30 petang
Tempat: pejabat JIM

Agenda Program:
-slot bersama PaLs
-penerangan umum tentang ROAD TO JAWA 4 (R2J4)
-Jamuan makan meraikan batch sebelas tamat SPM

MAKAN!!! YEAH!

Thursday, 10 December 2009

Markah Kokurikulum

PERHATIAN!

Kepada sesiapa yang masih belum menuntut sijil kokurikulum (draf sahaja) sila lakukan demikian dalam minggu ini sahaja. (maknanya tinggal esok je lah)

Sijil boleh dituntut daripada Ustaz Ezaidin di bilik guru lelaki.

Markah kokurikulum diperlukan untuk permohonan UPU.



Perkara-perkara berikut diambil kira untuk markah koku:

Kehadiran: 50%
Penglibatan: 20%
Pencapaian: 20%
Jawatan/Pangkat: 10%

Ambil yang paling tinggi sahaja. Contohnya untuk markah penglibatan kelab untuk tahun 2009, kalau ada World Maths Day, guna yang tu je lah.

Jawatan/Pangkat

Kelab/Sukan
Kapten/Presiden/Pengerusi
Timb Kapten/Naib Presiden/Naib Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
AJK
Ahli Aktif

KRS
Staf Sarjan
Sarjan
Koperal
Lans Koperal
Kadet


Penglibatan

Antarabangsa: 20
Kebangsaan: 17
Negeri: 14
Zon/daerah/bahagian: 11
Sekolah: 8

Kelab
Studython Mersing 2007 (Peringkat daerah/zon/bahagian)
World Maths Day (Antarabangsa)
Program PRODUCE : (Ni kalau dah takde sangat aktiviti lain, peringkat Kebangsaan)
X-REK
LEADERS
XCELL
XPERT
(Kalau ada menang, pun boleh diambil kira)
Minggu SMAT-V
Studython Sekolah
Karnival Sains UTM (apa ek nama dia, dah lupa.) (Kebangsaan)
Pertandingan Menulis Esei Kemerdekaan Sekolah Swasta (Kebangsaan)

Sukan
Kejohanan Sukan Piala Presiden JIM Johor (Peringkat Negeri)
Sukan MSSD/MSSJ/MSSM
(Apa jua jenis sukan di luar sekolah dan dalam sekolah)

KRS
Jambori Kebangsaan 2007
PERNAS
Jambori JSIT
PRINT (Antarabangsa)
Mukhayyam Sekolah

Pencapaian
Pencapaian individu/berkumpulan boleh diambil kira.
Hanya tempat pertama, kedua dan ketiga diambil kira.

BONUS
Markah bonus diberikan jika pelajar ada memegang jawatan di sekolah

Ketua Pelajar
Timb Ketua Pelajar
Ketua Pengawas/PRS/Asrama/Batch
Ketua Kelas/ Penolong
Pengawas
Ketua Hicom/Unit/Lujnah
PRS
Ketua Biro Subjek
Setiausaha/Bendahari Pengawas/PRS/Batch/Asrama
Ketua Dorm
Ahli MPP
dan sebagainya.
Cuba tanya ustaz.

Sekian, serba sedikit untuk membantu anda menambahkan markah kokurikulum.

hari-hari terakhir aku lihat pelangi

kecipak tempiasan hujan semalam
membanjiri sukma kerinduan
semakin meniti gigi hari
kaki melangkah penuh lesu
sembari melihat firus langit
angin kesayuan lembut berpuput
menerpa fuad yang rawan

hari yang telah dilalui
bersama dengan kilauan pelangi
meski tiada cahaya
tapi tampak persih berseri
menyoroti warna warni kegembiraan
dalam rencah kehidupan

masih aku ingat
saat kita merisak berketawa
umpama burung-burung bercanda di kuala
saat meredah jeladeri ilmu
mencari lazuardi permata jernih
bersama kecil ombak keceriaan
dan bayu-bayu senyuman

namun
kini aku kontang
tandus disula mentari laut kehausan
kerana cita memaksa aku
tinggalkan ujana indah berpelangi
meski sayang untuk mengakhirinya
suratan takdir telah menetapkan
dibawanya aku dan pelangi terus ke penghujung
dengan ghobar dan pilu di hati
bukanlah menjadi pengadang gugusan pulau rimba pohonan itu
apatah lagi menjadi tandup halangan pengaliran cerminan

maafkan andailah kiranya
jika kuntum kelopak memikat bersepahan di pangkal perdu
jika beban sarap tersangkut di reba ranting
jika air yang jernih dibusukkeruhkan
semoga kita tetap berada di bawah lembayung rahmat-Nya
dan dirimu tidak sesekali lupa padaku walau ripuh
ikatan yang tidak akan puhu apakan putus ini
sentiasa hati teguh dengan Janji Kita



*khas untuk generasi Sebelas.
*maaf kalau terkebawahkan entri bawah ni >.<




-akindrawarma-

Wednesday, 9 December 2009

aktiviti pasca-spm bermula!

Salamalaik buat sahabat sekalian,


1) "Sihat Sepanjang Hayat"

Aktiviti: Pertandingan Bowling
Sasaran:
semua akhawat (bukan batch sebelas sahaja)
Tarikh: 17 disember 2009 (khamis)
waktu: 10 pagi
Tempat: Plaza Angsana
Yuran: RM4 (bayaran masuk+ kasut)
Anjuran: Wanita JIM

p/s: - kenderaan tidak disediakan
- kepada sesiapa yang berminat,sila berikan nama antunna kepada Huda Arshad atau terus kepada kak 'Abidah Ali


2) Jalinan Mesra Batch Sebelas anjuran PaLs dan Gen2

Sasaran: semua warga batch sebelas
Tarikh: 17 Disember 2009 (khamis)
Waktu: 2 petang- 5.30 petang
Tempat: pejabat JIM

Agenda Program:
-slot bersama PaLs
-penerangan umum tentang ROAD TO JAWA 4 (R2J4)
-Jamuan makan meraikan batch sebelas tamat SPM


~kerjasama semua amatlah dihargai dan didahului dengan jazakumullahu khairan kathira~

Friday, 4 December 2009

mesti cukup

macam nak buat minuman
air mesti cukup
susu gula mesti cukup
macam nak buat lauk
api kena pandai jaga
garam ajinomoto mesti cukup
sukatan mesti tepat
terlebih terkurang mesti ada kesan
baru boleh NGAP

macam dalam persahabatan
mesti ada keikhlasan
mesti ada kejujuran
mesti ada persefahaman
mesti suka sama suka
semua mesti cukup
baru boleh NGAM



-akindrawarma-