Bismillahirrahmanirrahim...
Maha suci Allah yang telah mengurniakan hambaNya kekuatan dan ketenangan untuk menghadapi semua mehnah dan tribulasi dalam menghadapi imtihan SPM yang baru saja usai menutup tirai
Kita panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana akhirnya berjaya juga menghabiskan SPM ni meskipun suatu masa dulu kita rasakan lama menanti detik-detik ini namun sekarang segalanya sudah berakhir dan sekarang kita sudah bergelar alumni SMIH yang sudah tamat zaman persekolahannya.
Namun disitu masih banyak lagi masuliyyah(tanggungjawab) yang perlu kita laksanakan selepas ini sejurus selesai SPM ini
1)ganti balik masa dakwah yang digunakan untuk fokus SPM dulu
2)bantu sekolah dan guru-guru dalam segala segi kerana disinilah tempat kita diperkenalkan dengan tarbiah jadi kita semua sebagai alumni kena pastikan adik-adik juga dapat merasakn tarbiah itu di bumi HIDAYAH
Mungkin selepas ini ada dikalangan kita yang akan sibuk dengan pelbagai aktiviti antaranya PRINT yang akan bermula (18-24 dis)..jadi kena pastikan sepanjang masa ini digunakan untuk kumpulkan semula energy dakwah di samping merenung sejenak dan merangka beberapa perancangan untuk perancangan masa depan kita semua
Selain itu,perlu juga kita ingat bahawa pelajar HIDAYAH semakin lama semakin ramai dan pelajarnya juga lebih mencabar,justeru pergerakan dan proses tarbiah juga hendaklah lebih laju dan tersusun demi mencapai misi dan visi dakwah iaitu melahirkan lebih ramai generasi pelapis yang faham dakwah dan kader-kader dakwah yang sentiasa hammasah dalam menyebarkan risalah dakwah di bumi HIDAYAH yang tercinta
Oleh itu mari kita renung satu firman Allah berkaitan kemenangan
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah,maka bertasbihlah dan memuji TuhanMu dan mohonlah ampunan kepadaNya.Sungguh,Dia Maha Penerima Taubat.(an-Nasr:1-3)
Ibrah yang boleh kita ambil melalui ayat diatas walaupun pendek mengandungi makna yang cukup tersirat dan boleh menitiskan air mata jika membacanya dengan hati jernih
1)Apabila kita melihat kemenangan ataupun keberhasilan dalam apa yang kita lakukan,selalunya datanglah penyakit kemenangan dalam hati orang mukmin
2)Penyakit kemenangan yang dimaksudkan adalah penyakit lalai dan lupa diri kerana terlalu seronok dengan kemenangan yang diperoleh
3)Oleh itu kita diseru untuk membesarkan Allah,bertaubat dan kembali kepadanya kerana kemengan itu bersifat sementara dan bila-bila masa sahaja nikmat itu Allah boleh tarik semula
Justeru,kaitannya dengan kita yang dalam pasca-spm..janganlah berasa terlalu seronok dengan imtihan SPM yang baru melabuhkan tirainya kerana nikmat dan keseronokan itu bersifat sementara..
Sebaliknya kita diseru untuk kembali kepada Allah,membesarkanNya kerana telah benyak mengurniakan rahmatNya ketika menghadapi SPM disamping membersihkan hati kita dari segala dosa kerana hidayah Allah itu tidak masuk kedalam hati hambaNya yang membuat maksiat..takut-takut kita lebih jauh dari Allah apabila habis SPM ini..
Juga ucapan selamat berjuang buat sahabat kita dari kami batch11 iaitu saudara Haneef Zulefendi yang akan melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Iman di Yaman dalam masa 7@8 tahun disana
2 comments:
terasa berat melepaskan antum...
Alhamdulillah, ana diberi peluang melihat dan merasai 2 saat berharga antum..
1. ketika program orientasi...masih kecil..
2. ketika antum melangkah keluar dari dewan pd hari terakhir SPM..
Semoga terus berbakti..cuti itu bererti menggantikan sesuatu tugas dgn tugas yg lain..
wah...ana ade cakap eh mende tuh....ade kot...ade3...
Post a Comment