Assalamualaikum.. ogenki desuka? Harapnya sentiasa berada dalam petunjuk-Nya. Sebenarnya ana nak tambah sedikit nasihat daripada ukhti kita ini.. harap kita dapat membuka hati dan menerima..ana agak berdukacita bila melihat kelakuan sebahagian daripada kita sewaktu lawatan Jepun semalam.... adakah sebab mereka tidak memakai pakaian yang tidak menutup aurat menyebabkan kita tidak menjaga mata sebab itulah budaya mereka.. adakah sebab pergaulan bebas mereka membolehkan kita juga bergaul bebas kerana itu juga budaya mereka.. tapi yang ana berdukacita ialah kita? macamana dengan budaya kita, Islam? Sepatutnya kita menunjukkan budaya Islam kita.. Islam mengajar kita untuk memelihara pergaulan lelaki dan perempuan. Saudara seperjuangan sekalian! Sesungguhnya dalam diri kita ini ada nafsu dan sentiasa digoda oleh syaitan. Kita ada dua pilihan samada ikuti syaitan atau ikuti jalan yang lurus (ISLAM).. ana tak nafikan, nak kawal hawa nafsu sangat susah sebab ana pun manusia biasa juga tapi kita perlu berusaha mengawalnya. Sekiranya kita yakini Al-Qur'an sebagai petunjuk, Ingatlah firman Allah yg bermaksud:
Dimulakan dengan

Saturday, 25 October 2008
*Nasihat dari hamba yang hina..
Friday, 24 October 2008
Sekadar teguran buat kita yang terleka
Assalamualaikum buat semua,
Tahniah ana ucapkan kepada AJK yang separuh nyawa buat preparation menyambut tetamu dari Jepun. Insyallah Allah akan memberkati usaha antum.
Di sini ana ingin tujukan sedikit teguran.Seperti yang kita lihat, terutamanya ketika pelajar dr Jepun ingin pulang, pergaulan bebas berlaku secara meluas. Banat bergambar dengan pelajar lelaki dan Banin bergambar dengan pelajar perempuan dan banyak lagi.
Ingin ana tanya, adakah hubungan yang terbatas itu sekadar Banin, Banat atau lelaki, perempuan?
Kita membawa imej sekolah , negara dan yang paling utama Deen ul- Islam itu sendiri.
Renungkanlah kerana ana yakin antum telah dibekalkan ilmu agama dengan baik. Jangan kerana perkara yang dipandang remeh ini membawa murka yang Esa. Ilmu tanpa amal seperti pohon tanpa buah.
Pelihara diri, pelihara agama, pelihara batch.
Katakanlah Inniakhafullah apabila DIRI mu sendiri yang mengajak kepada kemungkaran.