Assalamualaikum.. ogenki desuka? Harapnya sentiasa berada dalam petunjuk-Nya. Sebenarnya ana nak tambah sedikit nasihat daripada ukhti kita ini.. harap kita dapat membuka hati dan menerima..ana agak berdukacita bila melihat kelakuan sebahagian daripada kita sewaktu lawatan Jepun semalam.... adakah sebab mereka tidak memakai pakaian yang tidak menutup aurat menyebabkan kita tidak menjaga mata sebab itulah budaya mereka.. adakah sebab pergaulan bebas mereka membolehkan kita juga bergaul bebas kerana itu juga budaya mereka.. tapi yang ana berdukacita ialah kita? macamana dengan budaya kita, Islam? Sepatutnya kita menunjukkan budaya Islam kita.. Islam mengajar kita untuk memelihara pergaulan lelaki dan perempuan. Saudara seperjuangan sekalian! Sesungguhnya dalam diri kita ini ada nafsu dan sentiasa digoda oleh syaitan. Kita ada dua pilihan samada ikuti syaitan atau ikuti jalan yang lurus (ISLAM).. ana tak nafikan, nak kawal hawa nafsu sangat susah sebab ana pun manusia biasa juga tapi kita perlu berusaha mengawalnya. Sekiranya kita yakini Al-Qur'an sebagai petunjuk, Ingatlah firman Allah yg bermaksud:
Dimulakan dengan
Saturday, 25 October 2008
*Nasihat dari hamba yang hina..
"Janganlah kamu mengikuti langkah2 syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata"
Firmannya lagi:
"Dan sesungguhnya inilah jalanku yang lurus, maka ikutilah!
Jadi, terpulanglah pada antum untuk memilih yang mana satu.. ana sebagai sahabat antum yang inginkan kebaikan dan ridho Allah hanya mampu mengingatkan kalian semua dan hanya mengharapkan agar antum memilih sirathol mustaqeem kerana bukankah kita sama-sama ingin melihat kembalinya Daulah Islamiah seperti pada Zaman Rasulullah dan para sahabat, zaman Khilafah Umayyah, Khilafah Abbassiyyah dan Khilafah Uthmaniah? Ana yakin antum mampu memilih yang terbaik dengan bekalan ilmu di dada...
"Tegakkanlah Daulah Islamiyah dalam diri kamu, nescaya ia akan tertegak di sekelilingmu"
"Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah(teguhkanlah) hati-hati kami di atas agamaMu(ISLAM) dan atas ketaatanMu dan ke atas jalan dakwahMu... Ameen.
* Mohon maaf jika ada tersilap kata sehingga menyebabkan ada yang tersinggung..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Alhamdulillah, ada juga yg prihatin pasal mende nih. Ana risau, nak tegur tp tak reti mcm mn nak tulis dlm blog ni. Lagi satu, ana sokong usaha antum semua untuk menegakkan deenul Islam kerana kita semua mahu masuk Jannah dan insyaallah berjumpa dgn Allah yg kita cintai. Dakara, mari kita teruskan perjuangan ini
Salam.
Post a Comment