Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Tuesday 28 July 2009

Daerah Nostalgia

sahabat,
Pada setiap penjuru waktu,
Tidak terlintas di sanubariku,
Jauh sekali di fikiranku,
Pada sebuah keagungan,
Pada erti sebuah persahabatan,
Pertemuan kita membawa seribu erti,
Bersama meneroka persada hidup,
Bersama dahagakan kejayaan penjamin diri,
Sambil mencari identiti sendiri

Sahabat,
dengan impian,
Bersama segunung harapan,
Bersama semumi pengorbanan,
Tanpa menjeling erti putus asa,
Kita harungi liku-liku kehidupan,
Dengan keyakinan yang pasti,
Sebulat tekad menjadi jaminan,
Bahawa kecermelangan pasti direalisasikan

Sahabat,
Ingatlah! Sedarlah! Insaflah!
Pada era globalisasi ini,
Persaingan kian mencabar,
Si bijak pandai semakin ramai,
Bak cendawan tumbuh selepas hujan,
Kecemerlangan yang diidamkan,
Bangkitlah!
Bila dirimu bermandikan kemasyhuran,
Jangan dilupa pada Yang Maha Berpengetahuan,
Ruku' dan Sujudlah,
Kerana Dialah penentu masa hadapan,

Sahabat,
Tekad SPM harus dijulang,
12A1 mesti diperjuang,
Hapuskanlah dan musnahkanlah mentaliti kemustahilan,
Agar terkabul segala impian...











maaf, tak pandai sangat pun. ni kerja bosan-bosan. tapi memang khas untuk SEMUA Batch 11!
yoshhhh!

2 comments:

Unknown said...

jom.12A1.gogogo.

zamyaf 12 1A said...

salam....bahasa die kne ngn jiwa..t'tusuk jauh ke dlm klbu...klau btul nie anta yg krg sndr..thniah sbg p'hrgaan..SPM 12A1..amiiinn..