Buat ikhwah akhawat, atau umumnya para du'at sekalian:
kempen blog Batchsebelas |mari BLOGGING untuk dakwah| "Let us spread Islam" prasyarat: .ada blog. .update dengan tazkirah, cerita, diari seharian yang ber'isi' mengikut kreativiti. .istiqamah.
[ini kempen tidak berbayar dan tidak perlu bayar. hanya butuh niat ikhlas.]
dia, dia dan dia (serta ramai lagi) telah menyahut cabaran.
Ana tahu saat ini ramai antara kita yang sibuk dgn program masing-masing: kerja, R2J4 , belajar memandu dan lain-lain. Tapi masih ada golongan yang memang kelapangan dan tak tahu nak buat apa. (Mungkin orang yang menulis ini sekali)
Kat sini ana nak kongsikan cara agar penulisan kita sampai kepada masyarakat. Biasanya penulis mapan (yang habat-hebat) takkan beritahu directly macam mana nak hantar, ke mana nak hantar. Keperitan juga masa mula-mula menulis dulu. Kena seksa dengan penulis-penulis, semua nak kena cari sendiri.
Sebelum melangkah jauh, perlulah diingatkan menulis ni mesti ada caranya dan mesti tepat matlamat dan sasarannya.
1. Menulis kerana Allah! Mesti ikhlas. Kalau tak ikhlas, mungkin masalah akan berlaku.Dan dakwah takkan terjamin sampai kepada mereka yang kita sasarkan, kalau tak ikhlas.
2. Sasarkan kepada semua! Tapi boleh juga spesifikkan contoh: remaja yang bermasalah, golongan korporat yang terlalu duniawi, remaja yang berkonflik dalam keluarga dll.
3. Caranya: Istiqamah menulis dan terus-menerus mengasah kebolehan. (Paling payah. Lagi-lagi kalau sibuk belajar, kemahiran boleh tumpul)
Nak hantar karya (cerpen, sajak, puisi, gurindam, drama)
Cerpen sesuai di: Mingguan Malaysia, Berita Harian, Dewan Siswa, E@Siswa, Anis, Asuh
Sajak, puisi, gurindam sesuai di: Mingguan Malaysia, Berita Harian, Dewan Siswa, Tunas Cipta, Solusi
Drama sesuai di: Tunas Cipta
Mingguan Malaysia
Email ke Labuan02[at]yahoo[dot]com
Berita Harian (Sabtu)
Email ke Bhsastera[at]nstp[dot]com
Dewan Siswa
Borang dan alamat ada dalam majalah
Tunas Cipta
Borang dan alamat ada dalam majalah
E@Siswa
Alamat dalam majalah
Majalah Solusi
E-mail ke Majalahsolusi[at]gmail[dot]com
Anis, Asuh
Alamat dalam majalah
Perlu diingatkan, untuk hantar melalui e-mail, sertakan sekali surat rasmi yang berisi biodata (nama, nama pena, tajuk karya, tarikh lahir, no. kad pengenalan, no. telefon)
------
Maaf kalau ruangan menulis ni menyemak di blog batch tapi bila lagi nak ajar angkatan rijal & nisa' macam kita ni menulis kan? Ana tahu dalam diri kita ni ada saja buah fikiran yang nak disampaikan, cuma tak tahu ke mana dan bila saja. Think again, writing is also a way to spread Islam. Takkan nak sia-siakan kot?
Sekali menulis terus menulis!
Setiap usaha kita, pasti ada pahalanya yang Allah agihkan untuk kita,
walaupun apa yang kita nak, tak dapat dikecapi.
P.s: Ana nak sangat ikhwah batchsebelas seperti tamim, ishraf, syafiq, ammar roslan (main tembak saja nama yang ana rasa suka menulis) dan lain-lain serta akhawat seperti fathimah, rufaidah, farah farhanah (pun tembak saja, sekadar menyebut bebarapa nama) untuk terus gilapkan potensi. Ana pun sama. Dah lama sangat SPM, tumpul sebentar penaku. Ya, menulis perlukan kemahiran bahasa dan menulis plus, istiQamah.
Siapa nak jadi author blog ni sila KLIK DI SINI.Dalam email, beritahu kami siapa anda dan kenapa nak jadi author. 99% probability anda akan diterima jika anda ahli batchsebelas. Terima kasih. Tolong jangan tanya soalan sama lagi.
Batchsebelas - An Introduction
Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru ialah sebuah sekolah Islam swasta yang ditubuhkan pada tahun 1995. Sejak dari penubuhannya, Sekolah Menengah Islam Hidayah telah banyak mengalami perubahan. SMIH semakin maju dan mula menerokai dunia teknologi baru.
Batch sebelas SMIH ialah batch yang menyertai SMIH pada tahun kesebelas SMIH. Batch sebelas terdiri daripada pelajar-pelajar yang lahir pada tahun 1992 atau mendaftar ke tingkatan satu pada tahun 2005. Batch ini adalah antara batch teramai di SMIH dengan jumlah pelajar terkini, 117 orang.
Pelajar-pelajar ini mempunyai idea dan pandangan tersendiri untuk diluahkan, lalu tercetuslah idea penghasilan blog ini. Segala coretan dalam blog ini hanyalah pandangan seseorang individu dan tidak melambangkan pendirian Sekolah Menengah Islam Hidayah. Segala kesilapan harap dimaafkan.
Join
Sertai yahoogroup Batchsebelas! Berikan nama penuh dan kelas terakhir di SMIH ketika memohon.