Bismillahirrahmanirrahim.
Ana tahu saat ini ramai antara kita yang sibuk dgn program masing-masing: kerja, R2J4 , belajar memandu dan lain-lain. Tapi masih ada golongan yang memang kelapangan dan tak tahu nak buat apa. (Mungkin orang yang menulis ini sekali)
Kat sini ana nak kongsikan cara agar penulisan kita sampai kepada masyarakat. Biasanya penulis mapan (yang habat-hebat) takkan beritahu directly macam mana nak hantar, ke mana nak hantar. Keperitan juga masa mula-mula menulis dulu. Kena seksa dengan penulis-penulis, semua nak kena cari sendiri.
Sebelum melangkah jauh, perlulah diingatkan menulis ni mesti ada caranya dan mesti tepat matlamat dan sasarannya.
1. Menulis kerana Allah! Mesti ikhlas. Kalau tak ikhlas, mungkin masalah akan berlaku. Dan dakwah takkan terjamin sampai kepada mereka yang kita sasarkan, kalau tak ikhlas.
2. Sasarkan kepada semua! Tapi boleh juga spesifikkan contoh: remaja yang bermasalah, golongan korporat yang terlalu duniawi, remaja yang berkonflik dalam keluarga dll.
3. Caranya: Istiqamah menulis dan terus-menerus mengasah kebolehan. (Paling payah. Lagi-lagi kalau sibuk belajar, kemahiran boleh tumpul)

Nak hantar karya (cerpen, sajak, puisi, gurindam, drama)
Cerpen sesuai di: Mingguan Malaysia, Berita Harian, Dewan Siswa, E@Siswa, Anis, Asuh
Sajak, puisi, gurindam sesuai di: Mingguan Malaysia, Berita Harian, Dewan Siswa, Tunas Cipta, Solusi
Drama sesuai di: Tunas Cipta
Mingguan | Email ke Labuan02[at]yahoo[dot]com |
Berita Harian (Sabtu) | Email ke Bhsastera[at]nstp[dot]com |
Dewan Siswa | Borang dan alamat ada dalam majalah |
Tunas Cipta | Borang dan alamat ada dalam majalah |
E@Siswa | Alamat dalam majalah |
Majalah Solusi | E-mail ke Majalahsolusi[at]gmail[dot]com |
Anis, Asuh | Alamat dalam majalah |
Perlu diingatkan, untuk hantar melalui e-mail, sertakan sekali surat rasmi yang berisi biodata (nama, nama pena, tajuk karya, tarikh lahir, no. kad pengenalan, no. telefon)
------
Maaf kalau ruangan menulis ni menyemak di blog batch tapi bila lagi nak ajar angkatan rijal & nisa' macam kita ni menulis kan? Ana tahu dalam diri kita ni ada saja buah fikiran yang nak disampaikan, cuma tak tahu ke mana dan bila saja. Think again, writing is also a way to spread Islam. Takkan nak sia-siakan kot?
Bukan ke kita semua pernah dengar bahawasanya:
Pena itu lebih tajam daripada pedang
Antum antunna boleh rujuk http://karyawanluarnegara.com, http://ms.langitilahi.com dan http://esastera.com untuk memantapkan diri.
Sekali menulis terus menulis!
Setiap usaha kita, pasti ada pahalanya yang Allah agihkan untuk kita,
walaupun apa yang kita nak, tak dapat dikecapi.
Setiap usaha kita, pasti ada pahalanya yang Allah agihkan untuk kita,
walaupun apa yang kita nak, tak dapat dikecapi.
P.s: Ana nak sangat ikhwah batchsebelas seperti tamim, ishraf, syafiq, ammar roslan (main tembak saja nama yang ana rasa suka menulis) dan lain-lain serta akhawat seperti fathimah, rufaidah, farah farhanah (pun tembak saja, sekadar menyebut bebarapa nama) untuk terus gilapkan potensi. Ana pun sama. Dah lama sangat SPM, tumpul sebentar penaku. Ya, menulis perlukan kemahiran bahasa dan menulis plus, istiQamah.
Sekian, yang ingin berkongsi (i'm as-syakirah)
No comments:
Post a Comment