Dimulakan dengan

Tuesday, 8 September 2009
jom together.
dah pukul 8:24 pm
3 respon tentang iftar, isi jiwa dgn iman, ramadhan, searching 4 mardhatillah
Tuesday, 18 August 2009
tidak merdeka. bukan merdeka.
Perjanjian Pangkor 1874 , hanya meminta penasihat-penasihat mencampur tangan dalam urusan pentadbiran, politik, ekonomi, tapi tidak pada adat dan agama, yang ada selepas itu hanyalah penipuan atas penipuan atas penipuan.
Contohnya, semasa Perjanjian Pangkor, Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim, sengaja didudukkan jauh di belakang, jauh daripada juak-juak Inggeris dan Sultan. Kenapa? Kerana beliau tidak berdaulat? Tidak. Inggeris cuak. Takut helah dan muslihat mereka terbongkar. Tambahan lagi, Ngah Ibrahim diberikan seorang Setiausaha sulit, Kapten Speedy yang akhirnya menjadi seperti belantan menikam Melayu daripada belakang. Selain itu, adakah anda rasa kemasukan buruh Cina dan India oleh pihak Inggeris, untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu? Tidak, Inggeris hanya menumpang, dan mahu bijih timah untuk London.
Sesungguhnya, nenek moyang kita tidak sekali-kali menggadaikan maruah bangsa mereka apatah lagi tanah tercinta ini kepada mana-mana pihak. Oleh itu, hargailah pusaka bertuah ini yang menjadi asas kedaulatan bangsa Melayu.
Lihat orang Melayu, sangat dinamik, minda terbuka, sopan, dan sebagainya. Ketokohan Hang Tuah tidak dapat dinafikan, yang mempunyai ilmu duniawi dan ukhrawi, menjalankan tugas-tugas diplomat di serata tempat. Malah, tidak pernah ada dalam korpus kesusasteraan Melayu, contohnya dalam Sulalat Al-Salatin, karya agung Tun Seri Lanang, menonjolkan sifat keburukan dalam masyarakat Melayu. Jika ditanya apakah akar tradisi Melayu, ada akar yang mempunyai tiga cabang, iaitu agama Islam, bahasa Melayu dan budaya Melayu.
Tapi, apa yang berlaku pada hari ini, Melayu hanya pandai meniru. Teknologi import, hiburan import, buah fikiran import, dan segalanya import. Malah, mereka mencabut akar tradisi mereka, mempermainkan agama, bahasa, dan budaya mereka. Hakikatnya, mereka perlu menjadikan tradisi dan budaya klasik sebagai model mereka. Lantaran, dapat membentuk bangsa Melayu mengikut acuan sendiri.
Sempena dengan bulan Ramadhan ini, marilah kita sama-sama merubah diri kita dan membentuk peribadi kita sebagai Melayu Islam yang sejati. Mencontohi orang Melayu dahulu, yang bisai dan pokta pekertinya, teguh agamanya, dan bersikap inovatif.
Adakah kita boleh dikatakan merdeka sekiranya masih ada tangan rakyat yang digari kemiskinan? Masih ada mulut yang jarang menjamahi sesuap nasi? Masih ada juhalak yang memperkotak-katikkan Islam? Jawapan ada pada anda sendiri.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52
Saturday, 30 August 2008
Hal antum musta'iddun?
Wahai manusia! Sesungguhnya diri kalian tergadai karena amal-amal kalian, maka bebaskanlah dengan istighfar. Pungung-punggung-mu berat karena beban (dosa)mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu. Ketahuilah, Allah Taala bersumpah dengan segala kebesarannya, bahwa dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud dan tidak akan mengamcam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri dihadapan Robbul alamin.
Wahai manusia! Barangsiapa diantaramu memberi (makanan untuk) berbuka kepada orang-orang mukmin yang melaksanakan saum pada bulan ini, maka disisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.
Para sahabat bertanya'"Ya Rasulullah tidaklah kami semua mampu berbuat demikian".
Wahai manusia! Barangsiapa membaguskan akhlaknya pada bulan ini, dia akan berhasil melewati shirath pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Barangsiapa meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya pada hari kiamat.
Barangsiapa menahan kejelekannya pada bulan ini, Allah akan menahan mulut-Nya pada hari dia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari dia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa pada bulan ini membaca satu ayat Al Quran maka pahalanya sama seperti mengkhatamkan Al Quran pada bulan-bulan yang lain.
sungguh rugi andaikata kita tidak bergembira ria, tidak bersemangat dalam menghadapi ramadhan ini. Ramadhan diawali dengan adzan berkumandang, maka itulah saat syaitan dibelenggu, dimulainya hitungan pahala amal yang berbeza, dibukanya pintu-pintu surga, ditutupnya pintu-pintu neraka. Maka seharusnya kita bersungguh-sungguh berharap agar Allah menjamu kita dengan menyiapkan diri jadi orang yang layak dijamu oleh Allah.
hayya na'khuz hazihil fursoh fi syharu ramadhan bi tabzulu 'amalun soleh wa to'atun ilallah.. lianna nahnu lam na'lam mata ja-a sa'atul maut ilaina.
(*jom, kita ambil peluang ini di bulan ramadhan dgn melipat gandakan 'amal soleh dan keta'atan kpd Allah.. kerana kita tidak tahu bila datangnya waktu maut buat kita.)
wallahua'lam.
Friday, 14 September 2007
kita masih berdiri
assalamualaikum,
hari nih awal ramadhan..alhamdulillah. kite dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh dengan keberkatan nih.
PMR lagi 16 hari..Ya Allah. takut sgt! ana takut sgt bile fikir yang nnt kite akan masok dewan peksa tuh, jawab soalan. pastuh lepas tuh merdeka jap sementara kita berdebar-debar nak amik result PMR nnt. huh!
semoga ana akan tenang mase nak masok dewan peksa tuh nnt. dahlah ana jenis yang cepat gelabah. masalah sungguh.
ana nak capai 9A tuh, tapi ana takut ana x dapat. ok, yakin pada diri sendiri. ANA BOLEH CAPAI 9A selagi ana teruskan usaha ana n yakin pada Allah bahawa Allah akan tolong ana. lagipon skang nihkan bulan ramadhan.
cubalah kau terus mencuba
lupakan segala duka lara
usah putus asa
segala dugaan menimpa
pastikan nanti ada hikmahnya
usah putus asa
lastly, marilah kite same2 mencapai kecemerlangan bagi kemaslahatan diri sendiri dan juga untuk sekolah.
(teringat harapan ustazah kamaliah kat kite..huh,gerun!)
hayya hayya ya batch pertama dekad kedua!
assalamualaikum.
Wednesday, 12 September 2007
Ramadhan Al-Mubarak
Assalamualaikum..
Ana just nak ucapkan kat sini, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang penuh dengan berkah nih.
Walaupun kite sume nak pekse, nak kene baca buku banyak2, tapi jangan nak jadikan tuh alasan nak kurangkan baca Al-Quran..
-----------
ehem2.. sebenarnya tengah sedih ni blog sendiri xleh bukak dah bape hari.. rindu dengan blog tersayang! huhuh :'(