Kita bukan merdeka? Kita tidak merdeka? Ya, kita bukan merdeka. Tidak pernah kita memberikan tanah kita kepada pihak Inggeris. Ada sesiapa yang boleh mengemukakan dokumen penyerahan Tanah Melayu kepada Inggeris?
Perjanjian Pangkor 1874 , hanya meminta penasihat-penasihat mencampur tangan dalam urusan pentadbiran, politik, ekonomi, tapi tidak pada adat dan agama, yang ada selepas itu hanyalah penipuan atas penipuan atas penipuan.
Contohnya, semasa Perjanjian Pangkor, Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim, sengaja didudukkan jauh di belakang, jauh daripada juak-juak Inggeris dan Sultan. Kenapa? Kerana beliau tidak berdaulat? Tidak. Inggeris cuak. Takut helah dan muslihat mereka terbongkar. Tambahan lagi, Ngah Ibrahim diberikan seorang Setiausaha sulit, Kapten Speedy yang akhirnya menjadi seperti belantan menikam Melayu daripada belakang. Selain itu, adakah anda rasa kemasukan buruh Cina dan India oleh pihak Inggeris, untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu? Tidak, Inggeris hanya menumpang, dan mahu bijih timah untuk London.
Sesungguhnya, nenek moyang kita tidak sekali-kali menggadaikan maruah bangsa mereka apatah lagi tanah tercinta ini kepada mana-mana pihak. Oleh itu, hargailah pusaka bertuah ini yang menjadi asas kedaulatan bangsa Melayu.
Lihat orang Melayu, sangat dinamik, minda terbuka, sopan, dan sebagainya. Ketokohan Hang Tuah tidak dapat dinafikan, yang mempunyai ilmu duniawi dan ukhrawi, menjalankan tugas-tugas diplomat di serata tempat. Malah, tidak pernah ada dalam korpus kesusasteraan Melayu, contohnya dalam Sulalat Al-Salatin, karya agung Tun Seri Lanang, menonjolkan sifat keburukan dalam masyarakat Melayu. Jika ditanya apakah akar tradisi Melayu, ada akar yang mempunyai tiga cabang, iaitu agama Islam, bahasa Melayu dan budaya Melayu.
Tapi, apa yang berlaku pada hari ini, Melayu hanya pandai meniru. Teknologi import, hiburan import, buah fikiran import, dan segalanya import. Malah, mereka mencabut akar tradisi mereka, mempermainkan agama, bahasa, dan budaya mereka. Hakikatnya, mereka perlu menjadikan tradisi dan budaya klasik sebagai model mereka. Lantaran, dapat membentuk bangsa Melayu mengikut acuan sendiri.
Sempena dengan bulan Ramadhan ini, marilah kita sama-sama merubah diri kita dan membentuk peribadi kita sebagai Melayu Islam yang sejati. Mencontohi orang Melayu dahulu, yang bisai dan pokta pekertinya, teguh agamanya, dan bersikap inovatif.
Adakah kita boleh dikatakan merdeka sekiranya masih ada tangan rakyat yang digari kemiskinan? Masih ada mulut yang jarang menjamahi sesuap nasi? Masih ada juhalak yang memperkotak-katikkan Islam? Jawapan ada pada anda sendiri.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52

2 comments:
maybe pemimpin melayu sendiri yang memperjudikan nasib orang melayu.merelakan korupsi di sanasini.kalau takde korupsi,takde kes importmenimport benda yang tak sepatutnya diimportmasukkan.apabila si pemimpin hanya memikirkan perut sendiri.kita yang bersedihan.
maybe kitakita ini bakal menggantitukar mereka nanti?untuk melayu islam yang membebaskan mereka yang lemah dari kemiskinan.yang kurang ilmunya tidak diperbodohbodohkan.
Post a Comment