Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Saturday, 15 September 2007

Nusantara Post

Pelajar Hidayah Menangi Tempat Ketiga
Pertandingan Menulis Esei Merdeka

Cheras, Rabu 12 September 2007
- Pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru, Humaira' binti Jelani, memenangi Hadiah Ketiga dalam Pertandingan Menulis Esei Kategori Bahasa Malaysia sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang lima puluh tahun yang dianjurkan oleh Bahagian Pelajaran Swasta (BPS), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Humaira' menerima hadiah tersebut semasa Majlis Penyampaian Hadiah yang diadakan di Sekolah Sri Cempaka, Cheras, Kuala Lumpur, pada pagi 12 September 2007. Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Haji Musa Mohamad Kassim, Ketua Unit Penguatkuasaan BPS, bagi pihak Pengarah Bahagian Pelajaran Swasta, Puan Ee Hang, yang tidak dapat hadir.
Turut menerima hadiah ialah pelajar Tingkatan 3, Fathimah Azzahra' binti Ainullotfi, yang memperoleh Hadiah Saguhati dalam Kategori Esei Bahasa Inggeris.

Sejumlah 27 buah sekolah swasta daripada seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam pertandingan Menulis Esei ini,
dengan sebanyak 134 penyertaan diterima dalam kategori Esei Bahasa Malaysia dan 93 penyertaan bagi kategori Esei Bahasa Inggeris. Sekolah Menengah Confucian, Kuala Lumpur, menerima hadiah khas sebagai sekolah yang menghantar paling banyak penyertaan iaitu sebanyak 35 esei.

Sebelum upacara penyampaian hadiah suatu Pertandingan Koir Lagu Patriotik juga telah dilangsungkan. Sebanyak tujuh buah sekolah swasta mengambil bahagian iaitu Sekolah Sri Bestari, Sekolah Sri Utama, Sekolah Menengah Tsun Jin, Sekolah Menengah Confucian, dan Sekolah Sri Garden, semuanya dari Kuala Lumpur, dan Sekolah Menengah Chung Hwa dan Sekolah Sri Suria dari Selangor. Sekolah Menengah Tsun Jin muncul sebagai Johan, sementara Sekolah Sri Bestari menjadi Naib Johan dan Sekolah Sri Garden menduduki tempat ketiga. Pertandingan koir kali ini dihadkan kepada sekolah-sekolah dari sekitar Lembah Kelang sahaja, tetapi BPS bercadang untuk membuka kepada seluruh negara di lain kali.


[Berita Nusantara]



Humaira' binti Jelani menerima trofi dan sijil untuk tempat Ketiga Kategori Esei Bahasa Malaysia


Fathimah Azzahra' menerima hadiah beliau daripada Tuan Haji Musa sambil diperhatikan oleh Cik Mageswary dari BPS (kepala senget haha..)



Puan Kamaliah Nordin, Pengetua SMIH, sedang menikmati persembahan koir, bersama dhif-dhif kehormat lain dari BPS dan Sekolah Sri Cempaka.


Sekolah Tsun Jin yang memenangi Pertandingan Koir Lagu Patriotik bergambar bersama Tuan Haji Musa





Rombongan SMIH bergambar di hadapan Sekolah Sri Cempaka.
Dari kiri: Cikgu Aisyah, Humaira', Puan Kamaliah, Fathimah Azzahra' dan Dr Murniati Mustafa (ibu Fathimah)
[Lensa Nusantara]

1 comment:

Aya said...

Congrats, cik tmah! ^^

And Humaira' too! ^^