Bismillahirahmanirrahim.
Sambungan Hikayat Montel si Kucing Bulat.
Tiba-tiba...
Patik Montel terlihatkan dia.
Patik terdengar satu biacaranya kepada si nadim di sebelahnya tak bernama:
"Yuk 'terbang' ke musolla! Rindu!"
Huh? Terbang? Metafora barukah?
Oh nadimku, patik si montel mahu 'terbang' juga!
---------------
Riuh ria berkumandangkan lantunan ayat-ayat al-Qur'an di mana jua. Gemersik sekali bila istana Hidayah ini tidak pernah sepi dengan ayat sebegini. Dari patik tidur dan patik celik semula, inilah halwa buat pendengaran patik.
Subhanallah!
Belalang si Hijau Bergaya baru berhijrah pagi tadi. Serasa rindu mahu bermain dengan si Belalang yang punya pemikiran matang dan dewasa biarpun usianya selayaknya si cilik.
Langsung patik teringatkan dia...
Ramadhan ini patik selalu lihat dia 'terbang', sambil patik tunggu di depan musolla dengan penuh penantian untuk ketemu dengannya setiap hari.
Siapa yang tidak rindu sahabat yang selalu mengingatkan pada kematian yang tak kan pernah tertunda?
Siapa yang tidak kasih pada sahabat yang selalu mengingatkan kepada kebaikan, langsung hidup yang syumul indah berteraskan al-Qur'an dan as-Sunnah?
Biarpun patik hanyalah Montel si Kucing Bulat, namun dia nadim terbaik patik pernah temui dan kenali.
Dan sangatlah beruntung bagi insan yang hanya mengasihinya kerana Allah Ta'ala. Fillah abadan abadaa...
------
Indah katanya, buat patik jadi sukahati dengan haikunya. Terima kasih nadimku terahsia!
Barakallahu fik...
Syahru Ramadhan
menitip keampunan
dipimpin ar-Rahim
Syahru Ramadhan
membongkar rahmat-Nya
luar biasa
Syahru Ramadhan
menyusupkan rinduku
teruntuk Dia
Sambung nanti ya, Montel mahu iftar~ Salam Ramadhan.
2 comments:
salam qurrah!
syukran krn selalu ingatkan utk "terbang" bersama! ;maaf sbb trlupa nak beritahu maksud d sebalik "terbang".
ya sohibati..
saantaziruki litawaddhih li ma'nahu.
^ ^
memBudaya "terbang!"
Post a Comment