Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna,
Puasa jadi amalan,
Sebagaimana yang diperintahkan.
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah keraana dengan inayah-Nya kita masih lagi dapat merasai nikmat yang terbesar di dunia iaitu Islam dan Iman dan sesungguhnya tiada agama yang benar di sisi Allah melainkan agama Islam.
Syukur lillah, sedar tak sedar kita sudah menghampiri 10 Ramadan terakhir. Dalam masa yang sama pelbagai peristiwa penting dalam Islam berlaku di bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini, antaranya Nuzul Al-Qur’an, peperangan Badar dan Malam Lailatul Qadar. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita unuk terus beramal soleh dan menjauhi larangannya sebagai bukti ketaatan kita kepada Allah lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.
Oh ya.. sukanya ana untuk mengajak pembaca sekalian untuk mengevaluasi diri kita yang hidup di dunia ini tidak kiralah berapa umurnya. Apa yang jelasnya kita melihat semakin ramai pelajar kita yang melakukan sesuatu kebaikan itu kerana dipaksa bukannya kerana kehendak masing-masing, Begitu juga dengan puasa kita sendiri, berapa ramai antara kita yang puasa kerana mengikut adat bukannya menganggap ia sebagai ibadat. Contohnya berapa ramai pelajar kita yang puasa tapi masih mengeluarkan kata-kata yang kesat, suka mengumpat orang, mendengar lagu-lagu yang jelas terkeluar daripada syariat Islam (lagho), tidak menundukkan pandangan dan tidak kurang juga yang terlibat dalam kancah ikhtilat iaitu SMS banin banat dan chatting.
Astaghfirullah, tergamak kita melakukan semua ini sedangkan kita sedar bahawa kita hidup di dunia ini hanyalah sementara sahaja bahkan kita hanya menumpang hidup di bumi Allah di mana Allah boleh menghancurkannya pada bila-bila masa sahaja. Sabda Nabi s.a.w:
“ Berapa ramai orang yang berpuasa tapi tidak mendapat apa-apa dari puasanya melainkan lapar dan dahaga”. Wanauzubullahiminzalik, semoga Allah menghindarkan diri kita semua dari golongon seperti itu dan ingatlah sesungguhnya api neraka itu sedang menunggu mangsa-mangsanya untuk dihumban ke dalam neraka
Namun di situ, jaganlah kita khuatir dan bimmbang kerana di situ Allah menjanjikan pelbagai nikmat kepada hamba-Nya yang soleh dan sentiasa mengagungkannya tidak kira siang atau malam. Sesungguhnya pintu taubat itu masih terbuka untuk kita semua balik kepada fitrah Islam dan sekaligus meniti perjalanan hidup kita berlandaskan Al-Qur’an dan As-Sunnah dan sentiasalah berdoa semoga Allah menetapkan hati ini di jalan-Nya yang lurus dan tergolong dalam golongan orang yang berbakti kepada Allah. Tiada gunanya hidup di dunia ini tapi selalu melanggar perintah Allah. Tepuk dada tanyalah iman kita. Seharusnya Ramadan kali ini menjadi madrasah tarbiah untuk diri kita mengecas Iman kita setelah 11 bulan kita lalai dibuai dunia dan syaitan.
Akhir kalam, ingatlah kita semua adalah bakal generasi Islam yang bakal mengembalikan semula kegemilangan Islam pada zaman dahulu dan seharusnya kita sedar akan tanggungjawab tersebut dan mempersiapkan diri kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Wallahua’lam…
Syurga itu menagih ujian, sedangkan neraka itu dipagari dengan nikmat,
Bersusah-susahlah dahulu, bersenang-senang kemudian..
Dimulakan dengan
Friday, 26 September 2008
RaMaDaN iNi....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment