bismillah.
di sni ada sebuah cerita yang diambil dr sebuah laman. bacalah sebagai peringatan bersama.
baca dan renung....moga ada manafaat
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi .... jeng!jeng!jeng! .. bunyinya.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni . Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek je. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir mcm mana nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Alahhhh... mcm mana ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit !cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. alamak. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
Berfikir lagi. Kalau naik ke atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana ni... Sedang hamba Allah tu berfikir mcm mana nak selamatkan dirinya,
tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah
Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, jd beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita. kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan td tikus tu gigit tali Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah! bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah barulah nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..
__________________________________________________
bersediakah kita menghadapi maut? apa buktinya? apa yg anda lakukan? cukupkah amalan baikmu untuk menampung dosa yg terlalu banyak? relaks? ingatlah dan ingatlah! hidup ini tidak diketahui sehingga bila masanya, pilihlah kehidupanmu yg lebih panjang dan kekal (kampung akhirat). isilah masamu dengan perkara yg menguntungkanmu di akhirat sana. sama2 berusaha hidup mencapai redhaNya..
dari para salaf,
Abu Dujanah berkata, “Tidak ada sebuah amalan yang paling aku yakini bisa memberi manfaat bagiku di akhirat selain dua perkara. Yang pertama, aku tidak pernah berbuat sesuatu yang tidak bermanfaat bagiku. Dan yang kedua, selamatnya hatiku terhadap kaum muslimin.” (Siyar A ‘lam an-Nubala’ I/243).
No comments:
Post a Comment