Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Saturday, 4 October 2008

SaLaM LEbArAN



Bismillahirrahmanirrahim........

Alhamdulillah dapat lagi kita berjumpa dengan bulan Syawal yang kita sering katakan sebagai bulan kemenangan kerana dapat melawan hawa nafsu untuk terus berpuasa & menahan diri dari melakukan segala yang dilarang...Justeru ana mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua...maaf zahir dan batin

Buat meriam,
pasang pelita,
Asap keluar,
bunyi tak ada,
ucapan raya,
maaf dipinta,
harap tak ada yg menguris jiwa,
selamat hari raya,
maaf zahir batin

ucapan ini juga ditujukan kpd
mereka2 yg sedang meninggikan kalimah Allah
dan berjihad di jalanNya
di seluruh muka bumi
dalam apa jua bentuk pengorbanan
tidak kira melalui pena dan dakwah
mahu pena dan pedang
sem0ga Ramadan meningkatkan keimanan kita
dan terus berjaya
di dunia dan akhirat

moga segala amalan baik yg kita lakukan dalam bulan ramadan diterima dan terus dilakukan di bulan2 yang lain...jangan hanya terhad dibulan Ramadan sahaja dan terbehenti begitu sahaja

jikalau begitu sia-sialah sahaja madrasah tarbiah yang kita lalui dalam bulan Ramadan yang sepatutnya memberi kesan yang mendalam kepada tarbiah diri dan hati

dan juga jangan kita lupa untuk puasa sunat 6 hari di bulan syawal
Sabda Rasulullah :
"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dan meneruskannya dengan berpuasa 6 hari di bulan Syawal umpama dia berpuasa sepanjang tahun " ( Riwayat Muslim )

No comments: