Mujahid
Mujahid Islam...
Betapa aku sungguh inginkan gelaran itu.
Namun terdetik di hati,
Apakah aku layak??
Tersentak...
Tatkala ada yang menggelarku demikian.
Walaupun aku sekadar menyampaikan,
Apa yang aku rasa diperlukan,
Oleh seorang saudara yang memerlukan.. .
Dari Kitab Allah... Al-Qur'an.
Aku melihat kembali
Apakah layaknya diri?
Aku merenung kembali
Menerjah ke kalbu hati
Apakah diri ini sudah selesai urusan hati?
Apakah diri ini sudah mencintai RABBIY?
Apakah diri ini sudah taubat sepenuh hati?
Apakah diri ini sudah munajat mengharap ILAHIY?
Apakah diri ini...?
Apakah diri ini...?
Apakah diri ini...?
Lalu apakah diri ini...?
Dan seribu satu macam persoalan...
Aku belum berjihad sesungguhnya
Aku belum mengharap syahid sesungguhnya
Aku masih takut mati sesungguhnya
Aku masih belum lengkap Rukun Islamku
Aku masih terkontang-kanting mencari kebenaran
Mencari secebis ketenangan dalam seribu kekeliruan
Maka apakah aku layak sebagai Mujahid Islam??
Sungguh...
Aku takuti harapan tidak tertemui
Lantas membawa kegundahan
Lantaran harapan tidak kesampaian.
Sungguh...
Aku takut dilihat manusia dengan pandangan
Yang belum tentu akan mencerminkan kebenaran
Hakikat diriku dan hatiku tentang keimanan
Ya Allah...
Engkau telah mengurniakan aku kepetahan berkata-kata
Maka kau peliharalah diriku dari fitnah manisnya kata
Semoga semua ikatanku bukanlah atas rapuhnya bahasa
Yang indah ditutur tersisip ungkapan menyentuh jiwa
Namun kau jadikanlah semua sahabatku rapat
Atas dasar kekuatan iman.
Atas dasar keutuhan taqwa.
Atas dasar ukhuwwah yang hakiki.
Atas dasar mengharap redhaMu, ILAAHIY.
Ya ILAAHIY...
Terimalah du'aku ini.
Hamba yang mengharap...
Merindu...
Redha dan kasih ILAAHIY.
Hamba yang ingin jua mencintai...
ALLAHU RABBIY.
Dimulakan dengan
Friday, 3 April 2009
MuJaHiD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
jangan takut segalanya kerana kalau takut je tak cukup.apa kena buat?mulakan perubahan.bila?sekarang.pedulikan ejekan mereka kerana kamu tahu kamu mahu berubah.kamu mendapat redhanya.kamu mahu jadi mujahid yang diidamidamkan.berubahlah.
Post a Comment