Kerana Cinta
Album : Kerana Cinta
Munsyid : In-Team, Mestica
cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula
cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala
semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan
dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama
cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara
hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..
Ku dedikasikan lagu ini kepada semua yang sedang hangat dibuai mimpi cinta
Sesungguhnya cinta itu tak salah kerana ia adalah fitrah lebih-lebih lagi sebagai seorang yang meningkat remaja
Cuma ia perlu diletakkan pada tempatnya yang betul dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah dan tidak melanggar syariat Islam
Ku seru kepada semua duhai sahabat kembalilah kita meletakkan cinta kita pada tempat yang sepatutnya..hanya kepada yang Esa kerana itulah cinta yang hakiki
Belum masanya lagi untuk kita meluahkan isi hati kita kepada orang yang kita cintai itu kerana itu semua adalah mainan syaitan dan dunia
yang bisa menghanyutkan kita...
yang bisa mengelirukan kita...
yang bisa menghancurkan masa depan kita...
Ingatlah kita ada satu tugas yang lebih utama dan besar iaitu sebagai
hamba Allah...
khalifah...
duat...
pelajar...
calon SPM 09...
anak...
abang...
kakak...
senior...
Sanggupkah kita biarkan masa ini dibazirkan untuk cinta yang tidak hakiki
sedangkan banyak tugas kita belum langsai lagi
Sanggupkah kita melihat ibubapa sedih melihat keputusan kita...
Sanggupkah kita melihat mereka kecewa dengan keputusan kita...
Sanggupkah kita melihat masa depan kita hancur begitu sahaja...
Sanggupkah kita melihat adik-adik kita semua hancur..
Sedarkah kita bahawa keadaan sekolah kita
makin teruk...
makin ramai pelajar menolak tarbiyah...
makin jauh dengan cara hidup Islam...
sampai bila ia akan berlaku...
adakah sekadar melihat...
apa peranan kita...
duhai abang dan kakak batch 11..
kononnya dikatakan sebagai batch terbaik...
segalanya hilang kerana cinta...
hilang kerana kita makin jauh dengan Allah...
adakah kita mahu meninggalkan sekolah tanpa melihat perubahan
perrubahan pada sekolah yang kita cintai ini
Oh Tuhan...
mengapa semua ini terjadi
pada diri kami
pada batch kami
Kembalikanlah kekuatan kami
Satukanlah hati kami
Tunjukilah kami hidayahMu
tunjukilah kami kebenaranMu
yang bisa membezakan yang hak dan yang bathil
Ampunilah dosa kami
Bersihkanlah hati kami dari dosa
Bukakanlah hijab dalam diri kami
supaya kami bisa melihat nilai cinta yang hakiki
Kekalkanlah rasa kehambaanku
Dimulakan dengan
Tuesday, 26 May 2009
KeRaNa CiNtA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
bukan tak nampak tapi maybe buatbuat tak nampak.bukan tak nak ubah tapi kebusyan dengan study.orang lain ada.diorang boleh buat nanti.bukan tak nak menyegerakannya tapi yang lain tak nak tolong.hu.malas la.tak semangat.kasi je la batch bawah settlekan.kita pun da nak blahkan.
bukan korang tak boleh buat tapi biasanya alasanalasan telah melambatkan kerjakerja korang.jom mulakan sekarang.sebelum terlambat.masih ada waktu.lalala.
yoshhhhhhhhhhh~~~!! (semangat baca komen atas ni)
shikkuri ganbatte kudasai ;D
p/s: geli aih cintan2 ni, jiwang2 la apa sume.
Post a Comment