Bismillahirrahmanirrahim...
(bacalah artikel ini sehingga akhir)
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana dengan hidayahNya kita semua dapat menjalani program mukhayyam f5 untuk kali terakhir yang memberikan pelbagai input dan mencanangkan minda kita semua untuk lebih menyedari hakikat kehidupan kita sebagai pelajar,anak, hamba Allah mahupun sebagai dai
Ini adalah mukhayyam terakhir buat kami pelajar-pelajar yang mengikuti pembelajaran di HIDAYAH dengan kekuatan 117 orang (3 orang x datang).Program ini memberikan seribu satu kenangan buat kami kerana inilah tahun terakhir kami berada di bumi hidayah.Sedih rasanya nak meninggalkan sekolah ini...Disinilah kami semua dilatih cara berkomunikasi dengan masyarakat dan pelbagai persediaan untuk menghadapi dunia luar berbekalkan bekalan yang kami kutip dari bumi HIDAYAH
Namun begitu perjuangan kami belum berakhir disini kerana kami mempunyai lebih kurang 4 bulan di Hidayah yang kami cintai ini.Masih belum terlambat untuk kami buktikan kepada semua bahawasanya batchsebelas adalah batch yang terbaik yang pernah dilahirkan oleh institusi pendidikan HIDAYAH terutamanya di dekad yang kedua.Ayuh semua kita buktikan yang kita adalah yang terbaik di kalangan yang terbaik tak kira dari segi akademik,sahsiah mahupun kurikulum.
Program ini telah membuka minda kami untuk berfikiran jauh dan berjiwa besar disamping menjadi individu yang pandai bercita-cita dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejar cita-cita itu
Tujuan kami bersekolah disini bukanlah hanya ingin cemerlang dalam akademik atau kurikulum tetapi juga cemerlang dalam sahsiah yang akhirnya akan mengeluarkan produk yang berkualiti untuk dakwah dan tarbiah itu sendiri
kerana tujuan kita semua diciptakan adalah untuk memakmurkan bumi Allah
Tapi bagaimanakah caranya untuk kita semua memakmurkan bumi ini sebagai khalifah Allah ??
Di sinilah kita semua diajar dan ditarbiah untuk menyiapkan diri mengahadapi segala kemungkinan yang akan berlaku di dunia luar sana di samping menyiapkan diri dengan pelbagai skill sebagai juru dakwah kerana kita semua tidak mahu terlepas dan terpesong dari jalan yang lurus seperti firman Allah :
"Aku mengajak manusia kepada Allah dengan hujah,bukti,hikmah(bashirah) aku dan orang yang mengikutiku (jemaah) " (Yusuf)
Tugas untuk mengajak manusia kepada Allah (dakwah) adalah tugas kita semua dan perlu dilakukan secara berjemaah dan setiap individu yang ingin menjalankan tugas dakwah ini perlulah menjalani proses tarbiah kerana tarbiah itu sendiri akan mengembalikan manusia yang berada dalam kegelapan kepada cahaya kebenaran
Justeru,tarbiah itu mempunyai tunjangnya seperti pokok yang mempunyai akar sebagai tunjangnya dan tunjang tarbiah itu adalah USRAH.Semua individu yang mengaku dirinya sebagai pendakwah tidak terlepas dari usrah(halaqah) kerana konsep usrah itu sendiri adalah untuk membentuk peribadi muslim disamping wasilah lain seperti mukhayyam,rehlah,daurah dan sebagainya
Kesimpulannya kita semua menyedari bahawa tujuan kita semua bersekolah di SMIH bukan hanya hendak cemerlang dalam pelajaran tapi juga cemerlang dalam dakwah dan tarbiah serta menjadi aset penting dalam mengembalikan kegemilangan Islam.
Akhirnya,ingatlah semua rakanku janji kita untuk memberikan yang terbaik dalam SPM,dalam dakwah itu sendiri dan juga kepada sekolah yang kita cintai seperti yang tertulis dalam lagu tema BATCHSEBELAS : JANJI KITA
Dimulakan dengan
Tuesday, 30 June 2009
GeNeRaSi HaRaPaN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment