Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Friday, 31 July 2009

ReNuNgAn BeRsAmA



Zaman dulu ber 'ana-enti',
Sekarang hilang diterbangkan angin;
'Aku-engkau' jadi pengganti,
"Ana rindulah sama ............ "

Bertudung labuh ayu sentiasa, (yeke???)
Ikhlas atau peraturan semata;
Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka,
Entah bila nak 'ayu' semula...

Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz ajar...(aku
igt lg seyh)

Dulu cakap ngan laki jarang sekali,
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar ngan buah hati,
(especially kt Friendster)
"rasa malu tu campak pi Thailand
ka?"

Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang kutuk "engkau ni skema"

Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran gila-gila;
Sekarang Quran kumpul habuk jer,
"Alah, aku banyak kerja lain laa..."

Ustaz selalu cakap kat kita,
Jadilah contoh muslim sejati;
Tapi sayang kebanyakan leka,
Bila dunia diletakkan di hati

Orang cakap budak ......... berkualiti,
Baik, berakhlak lengkap semuanya;
Sayangnya indah khabar dari realiti,
Bila melihat pada fi'il anak didiknya.

Bila ditegur angin satu badan,
Konon sudah tahu belaka;
Kalau dah tahu kenapa teruskan,
Seronok sangat ke kumpul dosa?

Macam tu lah kalau terasa diri hebat,
Nama pun lepasan sekolah agama;
"Tak payah laa kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu baik sangat ke?"

Itulah realiti budak skolah agama,
Majoriti terkejut dek dunia luar;
Akhlak dan ilmu dalam pagar skolah
saja,
"Tak sesuai laa semua-semua ni kat
luar!"

Kesian ustaz mengajar kita,
Kesian mak bapak nak anak jadi berguna;
Kita ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna.

Memang insan tiada yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha;
Tak guna ilmu penuh di dada,
Jika tak berusaha menghayatinya.

Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa;
Teguran buat diri saya juga,
Saya juga insan penuh dosa.

KEMATIAN

Dukacita dimaklumkan bahawa ana mendapat maklumat daripada Dr. Murni di Hospital yang anak Pak Cik Mohd Hisham Jaafar (Pak Uteh), Syafiq, baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir tadi di Hosipital. Khabranya beliau (Syafiq) memberitahu jururawat bahawa beliau hendak tidur, dan seterusnya rebah, dan kembali ke rahmatuLlah.

Mari lah bersama2 kita mendoakan roh adk Syafiq ni dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT. Dan ingat la mati itu dtg secara tiba2 tanpa diduga oleh sesiapa pon.

Tuesday, 28 July 2009

Daerah Nostalgia

sahabat,
Pada setiap penjuru waktu,
Tidak terlintas di sanubariku,
Jauh sekali di fikiranku,
Pada sebuah keagungan,
Pada erti sebuah persahabatan,
Pertemuan kita membawa seribu erti,
Bersama meneroka persada hidup,
Bersama dahagakan kejayaan penjamin diri,
Sambil mencari identiti sendiri

Sahabat,
dengan impian,
Bersama segunung harapan,
Bersama semumi pengorbanan,
Tanpa menjeling erti putus asa,
Kita harungi liku-liku kehidupan,
Dengan keyakinan yang pasti,
Sebulat tekad menjadi jaminan,
Bahawa kecermelangan pasti direalisasikan

Sahabat,
Ingatlah! Sedarlah! Insaflah!
Pada era globalisasi ini,
Persaingan kian mencabar,
Si bijak pandai semakin ramai,
Bak cendawan tumbuh selepas hujan,
Kecemerlangan yang diidamkan,
Bangkitlah!
Bila dirimu bermandikan kemasyhuran,
Jangan dilupa pada Yang Maha Berpengetahuan,
Ruku' dan Sujudlah,
Kerana Dialah penentu masa hadapan,

Sahabat,
Tekad SPM harus dijulang,
12A1 mesti diperjuang,
Hapuskanlah dan musnahkanlah mentaliti kemustahilan,
Agar terkabul segala impian...











maaf, tak pandai sangat pun. ni kerja bosan-bosan. tapi memang khas untuk SEMUA Batch 11!
yoshhhh!

Friday, 24 July 2009

Salam,

Sesungguhnya kebebasan itu dapat menyebarkan
fitnah di kalangan masyarakat
dan sesungguhnya
kebebasan itu berada di antara
kemaslahatan dan kerosakan moral.

Think about it..

"Whoever brings a good deed , will have better than its worth, and they will be safe from the terror on that Day. And whoever brings an evil (deed) , they will be cast down (prone) on their faces in the Fire. (And it will be said to them) "Are you being recompensed anything except what you used to do?"

(An-Naml : 89-90)


Less is more.


Sunday, 12 July 2009

Ni warna dan design orang lain yg ana ambi..... tp agak macam tak lawa.... Yg bwh sekali tu copy alifah nyer design just tukr color...lPaling simple.


Plg kelakar..



nmpk cm warna bertindih,..

Saturday, 11 July 2009

lagi2...


ni ade lagi pilihan warner lain...yg nak itam merah...ni hah dier...

err

bismillahirrahmanirrahim,
assalamualaikum.

ehem. ni design yang telah dibuat dgn sgt err.. malas dan cincai.
dlm mase 15 minit. uhuk.
malas nk warnekan betul2. warne tu sbgi symbol je. heh..
bagilah komen kalau suke ke tak suke ye.

yang symbol darah2 tu..
sempena pengorbanan yg kite dah buat utk diri kite utk hadapi SPM.
tu jelah modal yg ana ade. berkorban ke tak.. tanye diri sendiri.

logo sekolah mmg kene letak kot.
sbb ni baju batchsebelas SMIH.
kene letaklah..

banat taknak baju ade cuff ye.
sangat buruk kalau ade cuff.
mcm tercerut tibe dkt tangan.

lalala~
ok. ni design die.
selamat mengomen ye. terima kasih.
oh. lagi satu,
warne background uh bergantung pd komen.
nak warne hitam ke putih.ok. salam~









Friday, 10 July 2009

design dah siap!!!sape nak komen???






nih hah design...kalo ok nak terus submit jer....tp kalo ade sape2 rase die leh wat lagi baik...amik baju kosong tuh design la...pastuh publish kat sini...kalo ok boleh dipertimbangkan....

Monday, 6 July 2009

design baju....!!!





antara lakaran malas yg dibuat oleh ghazali....
nak komen boleh...tpi dengan syarat anda ade design yg lebih baik...sbb ketua batch bagi ana masa cam aper...so tolong la pilih yg mane berkenan...dah tak larat nak wat baru or edit sane sini...
harap maklum...
sekian terima kaseh...