Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Thursday 10 December 2009

hari-hari terakhir aku lihat pelangi

kecipak tempiasan hujan semalam
membanjiri sukma kerinduan
semakin meniti gigi hari
kaki melangkah penuh lesu
sembari melihat firus langit
angin kesayuan lembut berpuput
menerpa fuad yang rawan

hari yang telah dilalui
bersama dengan kilauan pelangi
meski tiada cahaya
tapi tampak persih berseri
menyoroti warna warni kegembiraan
dalam rencah kehidupan

masih aku ingat
saat kita merisak berketawa
umpama burung-burung bercanda di kuala
saat meredah jeladeri ilmu
mencari lazuardi permata jernih
bersama kecil ombak keceriaan
dan bayu-bayu senyuman

namun
kini aku kontang
tandus disula mentari laut kehausan
kerana cita memaksa aku
tinggalkan ujana indah berpelangi
meski sayang untuk mengakhirinya
suratan takdir telah menetapkan
dibawanya aku dan pelangi terus ke penghujung
dengan ghobar dan pilu di hati
bukanlah menjadi pengadang gugusan pulau rimba pohonan itu
apatah lagi menjadi tandup halangan pengaliran cerminan

maafkan andailah kiranya
jika kuntum kelopak memikat bersepahan di pangkal perdu
jika beban sarap tersangkut di reba ranting
jika air yang jernih dibusukkeruhkan
semoga kita tetap berada di bawah lembayung rahmat-Nya
dan dirimu tidak sesekali lupa padaku walau ripuh
ikatan yang tidak akan puhu apakan putus ini
sentiasa hati teguh dengan Janji Kita



*khas untuk generasi Sebelas.
*maaf kalau terkebawahkan entri bawah ni >.<




-akindrawarma-

3 comments:

nfazu said...

puitisnye bhsa...dpt dr mne kate2 nie??cplak dr mne2 ke ilham sndr??

Hakim Ishraf said...

sendiri kut

prihatin.penulis said...

kalau nak tahu, dlm batch ini ada yg sgt prihatin dgn penulisan sebegini.

apa2 pun tahniah dpt menulis dgn baik.

nak kritik? tak kot tapi komentar.

kalaulah faisal tehrani baca, mesti dia akan kata err, menyentuh keperibadian semata.

tapi, takpe.

usaha menyisipkan kata2 yg puitis dan takdelah-pelik-mana adalah satu perkara yang boleh diteruskan utk terus menulis puisi/sajak untuk ummah.

ana rasa siapa pun yang menulis pasti bermula dgn yg hampir dgn dirinya.

ala kulli hal, ana hrp penulisan sebgini daoatlah diteruskan dgn mengupas dan menggarap pula aspek yg lebih luas seperti kemanusiaan: peperangan, politik, sosial dll.

sekali menulis terus menulis!