Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Saturday, 6 February 2010

Jawa

Assalamu'alaykum wa rahmatullahi wa barakatuh!



Selesai sudah dua minggu Indoor R2J4 di UTM.
Selesai sudah empat hari berjaulah di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.
Selesai sudah tiga minggu Projek Pengumpulan Dana.



Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.


Akhirnya tibalah masa yang ditunggu-tunggu.

KEMBARA KE JAWA!

 
Insya Allah, 22 orang ikhwah dan 23 orang akhawat peserta Road To Jawa IV (42 orang ex-SMIH) akan bertolak ke Jawa pada pukul 4.30 petang, hari Ahad, 7 Februari 2010 dari KLIA. Kami dijadualkan untuk bertolak pada pukul 9.00 pagi hari Ahad dari Pejabat Iman ELC Taman Sri Putri dengan menaiki bas. Kami mohon restu dan doa daripada semua yang membaca.


BUAT WARGA BATCHSEBELAS


Terima kasih atas sokongan dan dorongan kalian sepanjang berlangsungnya Road To Jawa IV. Meskipun kalian tidak bersama kami secara fizikal dalam Kembara ke Jawa, namun ruh dan semangat kalian sentiasa bersama, dekat dalam hati kami. Sesungguhnya kami tidak melupakan kalian, walaupun kita akan dipisahkan dek jarak dan lautan yang luas. Maafkan kami kerana tidak berkesempatan membantu menyiapkan majalah Inspirasi edisi terbaru. Semoga yang ada, masih terus kuat untuk meneruskan.


Ingin kami sampaikan, perjalanan ke Jawa bukanlah suatu percutian untuk bersenang-lenang. Bukan juga hanya semata-mata untuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk bumi Jawa. Erti perjalanan ke Jawa lebih daripada itu. Perjalanan ini sepatutnya menghasilkan transformasi dalam diri setiap peserta. Apakah transformasi itu? Marilah kita tunggu dan lihat, andainya erti perjalanan ini benar-benar sampai ke hati setiap peserta. Semoga Allah menetapkan hati kami untuk ikhlas sepanjang perjalanan ini.


Apapun, walau di mana jua kita semua berada, marilah kita bersama-sama saling mendoakan. Biarlah kita berteraburan di seluruh pelosok dunia, namun hati-hati kita tetap bersatu.


DOA RABITHAH


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu.

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin.


Nota: Amir perjalanan dari Johor ke Jakarta ialah saudara Ammar bin Roslan, manakala Amirah ialah saudari Shifaa binti Mohd Zin.

2 comments:

Unknown said...

selamat.

Hakim Ishraf said...

semoga korang selamat.
*rindunya nak tolong-tolong kat gerai korang lagi*
tolong menyemak ada la.