Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Wednesday, 2 July 2008

Wajib berdakwah walaupun diri belum sempurna

Assalamualaikum, apa khabar iman kalian? serta dirimu yang Allah jadikan dengan sebaik-baik kejadian?. Mungkin tajuk yang ana ambil ini pernah disiarkan dilaman blog ini tapi ana menulisnya sekadar untuk memperingati diri ini dan juga sesiapa yang membaca artikel ini kerana kita hanyalah manusia biasa yang seringkali lupa.

kebanyakan daripada kalangan manusia mengetahui bahawa setiap orang di antara kita wajib melakukan dakwah. Akan tetapi masih ramai yang tidak mahu melakukan dakwah kerana masih merasakan diri belum sempurna. Hal ini boleh menyebabkan semakin berleluasa maksiat dan kemungkaran kerana ramai yang tidak melakukan amar ma'ruf nahi mungkar.

Teringat ana akan kata-kata seorang imam namanya Said bin Jubair; Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran sehingga dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada ma'ruf dan mencegah kemungkaran. Imam Malik amat bersetuju dengan Said dan menambah; "Dan siapakah diantara kita yang sempurna dan lengkap?

Secara dasarnya berdakwah itu wajib. Kadar minimum dalam mencegah kemungkaran adalah dengan hati, sebab itulah dalam sebuah hadis shahih dan diriwayatkan oleh imam muslim 'Barang siapa yang melihat kemungkaran hendaklah cegahnya dengan tangan, jikalau tidak mampu cegahlah dengan lisan jika tidak mampu juga cegahlah dengan hati dan itulah selemah-lemah iman. Daripada hadis ini kita dapat lihat bahawa dakwah itu mengikut kemampuan individu dan kadar paling mnimum dalam mencegah kemungkaran adalah dengan hati iaini membenci perbuatan mungkar tersebut.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda nabi; "jika hati seseorang tidak membenci kemungkaran, tidak akan ada selepas itu iman walaupun sebesar biji sawi. Betapa pentingnya mencegah kemungkaran walaupun dengan hati.

Nabi telah bersabda yang diriwayatkan oleh imam Bukhari; "Perumpamaan orang yang menjaga batas-batas agama Allah dengan golongan yang melanggar adalah diibaratkan seperti sebuah kapal yang dipenuhi penumpang pada bahagian atas dan bawah. Golongan yang berada di bawah apabila memerlukan air terpaksa mengambilnya di atas untuk mendapatkannya. Akhirnya penumpang di bawah berkata , 'alangkah baiknya jika kita tebuk saja lantai kapal ini untuk mendapatkan air dan dengan cara demikian kita tidak lagi menyusahkan rakan-rakan kita pada bahagian atas'. Jika penumpang pada bahagian atas tidak mencegah perbuatan rakan-rakan mereka di bawah, mereka semua akan tenggelam. Jika mereka mencegah, kesemua mereka akan selamat."

No comments: