salam iman buat semua,
mak cik: kenapa awak buat semua ni?? (sms, chatting, semua perbuatan tidak menjaga hati kpd yg blawanan jantina dgn sesuka hati)
anak: hmm, sebab suka sama suka. lagipun enjoy. hilang tension. tak tahulah nak cakap, yang penting bestlah! kenapa mak cik?
mak cik: sebenarnya hubungan ini adalah dimurkai pencipta kamu, yg memberi makanan kepada kamu, rezeki yang kamu makan tadi sehinga kenyang, memakbulkan apa yang kamu minta, memaafkan kesalahan kamu jika kamu memohon maaf setelah buat dosa yg setinggi langit (malah lebih dari itu). memberikan kamu mata yang dapat melihat, wajah yang cantik dan sempurna, anggota yg lengkap, memberikan kasih sayang yang sepenuhnya (sedangkah ianya baru satu daripada 99 rahmat dan kasih sayangnya. hmm, kalau cuba lupakan dia yang anak sukakan sangat2, agak2nya boleh tak?
anak: lupakan! WHAT! mak cik tak faham perasaan saya. kami dah lama berkawan. dan bukannya kami buat apa2 pun, tak sentuh2 pun. cuma contact2 (*sms, ym, surat, hati, mata, tingkah laku yg menarik perhatian, dan apa shj). cuma tu aje. kami tak macam orang yang kat luar tu lah mak cik.
mak cik: oh, dah tak boleh lupakan lah maksudnya. kalau gitu, anak dah sedia nak kahwin ke?
anak: kahwin? hehe.. lama lagi lah mak cik. belajar pun tak habis lagi. duit pun tak ada. lagipun fikir2 kahwin ni susah la mak cik. dan kalau saya nak kahwin, saya tak nak orang macam dia. saya nak yang baik akhlaknya, tingkahlaku, tak moody, manja, tenang bila lihat dia, senang kata semua yang baik2 lah. lagipun mak cik, nak bina keluarga kena fikir pembentukan anak2, saya tak nak anak2 saya jadi macam remaja zaman sekarang ni mak cik. eeiiii, macam2 perkara berlaku sekrang. rosak akhlaq. semua nak menangkan nafsu.
anak: mak cik nak tahu semua dah tak ingat akhirat dah... duk sibuk dengan dunia. macam saya belajar tadi ustaz/ah ada kata dunia tu bukan dunia je. tapi baru saya tahu, dunia tu adalah wanita2, harta2 kekayaan, dan macam2 lah yg boleh melupakan kita kpd alam akhirat. dan ustz/ah ada tekankan yang ujian dunia paling besar adalah wanita. memang betul, buktinya apa yang berlaku pd remaja2 kita sekarang. hancur para pemuda2 Islam seperti dulu yang sepatutnya memberi kekuatan dan perlindungan kepada wanita.
mak cik: hmm, hebatnya anak bercakap, kagum mak cik. memang sesuai dengan sek anak yg berpakaian labuh tudung dan bajunya bg perempuan dan bersongkok kemas bagi lelakinya. hebat, mak cik kagum dengan ilmu2 yang anak dapat. mengalahkan ilmu2 yang mak cik ada. kalau nak dibanding dgn zaman mak cik dulu, kami tidak memakai pakaian yg menutup aurat labuh seperti anak. tak dapat ilmu2 yang berlimpah ruah. tapi, orang yang berilmu bertanggungjawab dengan apa yang dia tahu tentang ilmunya. kerana ilmunya akan bangkit di akhirat dan menuntut kita di hadapan pencipta sekalian makhluq kerana tidak mengAMALkan apa yang kita tahu, cakap. Orang yang JAHIL lebih baik daripada orang yang berilmu tetapi tidak AMAL.
anak: jap2 mak cik. maksud mak cik saya kena juga putuskan hubungan ni? saya sayang dia. setiap hari terbayang2 muka dia. setiap hari ke sekolah, tak boleh kalau tak lihat wajah dia. kalau tak nampak, dia tak datang ke? kenapa? kalau sakit sakit apa? bila? hah, macam2 tanya. bila saya tak datang/ tak tahu, saya tanya h/w kat dia atau apa tajuk yang tak faham, tajuk masuk periksa atau apa2 maklumat tentang sekolah saya tanya dia. sebab dia selalu beri perhatian. bila kat rumah nak buat tu, nak buat ini, sentiasa tergambar2 wajah dia. kawan2 pula selalu gosip di sekolah. mula2 rasa tak kisah, lama2 rasa suka pula bila kawan2 buat macam tu. saya pun tahu sangat hubungan ni haram, dah banyak kali dengar dan ada juga sampai muak. tapi, kawan2 saya semua ada couple masing2. single macam lain macam.
mak cik: macam tadi anak dah cakap, tak nak kahwin dengan dia, buat apa nak susahkan kepala fikir tentang dia. kan memberatkan dan menyusah fikiran, hati, jasmani, rohani dan semuanya pada diri anak. hati manusia memang tak lari dari suka kepada sesuatu, tetapi, kena jaga hati , untuk mengawalnya. sbb dari hatilah lahirnya perbuatan2 yang lain. nampak tak hati anak melalui perbuatan yang anak telah lakukan selama ni. lihatlah sedalam2nya. dan jika kita pendam perasaan suka kita pd seseorang itu adalah merupakan JIHAD. tak susah nak berjihadkan? sebenarnya mak cik sedih lihatkan diri anak ni, anak beruntung dapat sekolah yang dijaga oleh guru2 semua. pelajaran yang bagus, ilmiahnya masyaAllah. aktivitinya pula macam2 ada. bayarannya mahal, hanya orang yang mampu dan terpilih sahaja dapat berpeluang mengutip mutiara di sek ini.
mak cik: tapi, mutiara apa yang anak kutip. jangan sia2 kan peluang. lagi berapa tahun nak keluar sek. bila lagi anak nak mula kutip semua mutiara tu. bila dah keluar, lebih hebat arus di luar. di kaw sini memang arusnya tenang. diluar.... jd jgn biarkn diri anak terhanyut nanti,. buat baju kebal2 (hati) melalui rasa taqwa di hati. taqwa itu seperti sikap berhati2 dalam perbuatannya. beramallah dengan sikap ihsan (beramal spt kita melihat Allah, sekurang-kurangnya spt Allah melihat kita) sedih tak lihat ibu dan ayah. susah2 cari duit, bila dapat gaji, semtiasa mengharapkan rezeki ini membuhkan hasil2 yg baik2. ingatkan nanti boleh lahirkan anak yg soleh/ah, belajar rajin, tinggi amal dan ilmunya, sopan tutur kata, tingkahlaku. tapi, duit yuran yang dibayarnya, dan wang saku yang diberi... seperti sia2 dibuang begitu sahaja kerana sikapnya itu, tidak seperti yang diharapkan. di luar banyak lagi tarikan2 yang tak ada di sek. masih dalam lingkungan tertutup dan terjaga. gunakan peluang ini supaya diluar nanti tidak mudah terpengaruh tapi menjadi pengaruh yang baik kpd yang lain.
mak cik: sebenarnya sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa membantu kita mengingat kepada pencipta kita. bukan seperti gosip2 hangat. atau bila sama2 terjumpa si dia, mengejek2 namanya.Tapi, sahabat yang baik, membantu kita supaya menundukkan pandangan/ mengubah laluan dari melihat/ terlihat dia. sama2 nak jaga pandangan. kerana pandangan itulah satu cara syaitan control diri dan hati kita. sebutlah astaghfirullah ketika terpandang/ terlihat mana2 lelaki/ perempuan dan mintalah hati ini sentiasa dijagaNya.
mak cik: anak nak lihat ke nanti dunia ini dikuasai oleh nafsu (*pemerintah yang sentiasa membuat kerosakan dan kemurkaan Allah). kajilah sejarah Islam dahulu yang mana zaman remajanya digunakan dengan sebaiknya. mereka berlumba2 menimba ilmu, kuatkan hati, teguhkan diri, hafiz alquran, menghafal hadith, mampu berhujah dengan ayat Alquran dengan baik. sebenarnya kejayaan anak pada masa akan datang terletak pada zaman remaja kita. jika anak menggunakan masa remaja yang amat bernilai ini sebaiknya, InsyaAllah, anak akan jadi orang yang hebat di masa akn datang. sebenarnya mak cik menyesal dengan masa remaja mak cik, mak cik dah tak punya tenaga yang kuat macam anak. waktu remajalah, mereka mempunyai semangat yang kuat, peluang menuntut dan memahami ilmu, mengamalkan apa yang dah dipelajari, macam2 boleh buat.
mak cik: waktu idup yang Allah beri sekali sahaja, tiada peluang untuk kali yang kedua. Untuk membaiki semula apa yang telah terlanjur.. masih sempat, ya sempat lagi sebelum pintu pengampunan, rahmat kasih sayangnya ditutup. itulah kelebihan ummat nabi kita. diberi peluang utk bertaubat setelah melakukan kesilapan.
anak: mak cik, macam mana kalau saya tak boleh lupakannya juga??
mak cik: Doalah pada Allah, supaya segala ibadah yang kita lakukan kita tenggelam dengan nikmat kebesaran, kasih sayang, pemurah, keluasan pengampunan kepadaNya. Minta pada Allah supaya hati kita sentiasa dipenuhi dengan cinta untuk melakukan suruhan Dia, kemanisan dalam beribadah, ketetapan hati, dihilangkan perkara2 dunia. Anak nak dapat pasangan yang baik kan? Doalah supaya kita diberikan pasangan yang dapat membantukita bertemu dengan Allah. Kalau betul anak mahu punya pasangan yang baik, jadilah anak yang soleh/ah, taat ibu bapa, baik akhlaq, tingkah laku semuanya supaya pasanganmu nanti begitu juga. Fikirkanlah, jika anak tetap berdegil untuk melakukan perkara ini, pasanganmu juga akan seperti ini. Mahu?
mak cik: seterusnya, lazimilah melakukan perkara2 kebaikan, kerana amal yang baik dapat menghapus amal yang buruk. sebaliknya amal yang buruk akan menghakis amal kebajikan. Jika kita terus melakukan kejahatan, adakah kita yaqin amalan kita yg baik terlalu banyak sehingga dapat menghapuskan amal2 kejahatan. belum tentu! antara yang digalakkan sangat2 adalah amalan2 sunat seperti (ma'thurat bersama maksudnya, tilawah bersama penghayatan, qiyamulail,puasa, dhuha, zikir, istighfar, sedeqah, dan apa sahaja amal baik yg diniatkn krn Allah). Jika anak istiqamah serta berterusan dengannya, anak akan meraskan kenikmatan yang tersangat lazat berhubung dengan Allah)
mak cik: tak susah hati bila berkhulwah, bercouple dengan Allah. makin kita dekat pada Allah, makin Dia suka, cinta pd kita. terutama dlm amalan sunat. Bila Allah cinta pada kita, kita sentiasa di bawah lindungannya. hati dijaga, nikmat ditambah, masalah dipermudahkan, macam2 apa yang kita nak, Dia beri.
mak cik: dan cara termudah untuk kembalikan diri anak seperti asal adalah dengan tanya dalam diri anak ;
1) kenapa aku diciptakan
2) siapa pencipta aku
3) nikmat apa yang Dia beri setiap satu
4) apa persediaanku menghadapi kematian
5) tempat tinggal yang kekal mana nanti aku akan tinggal dilihatkan dengan amal2 ku
6) apa yang telah kulakukan denga nikmatnya
7) dosa-dosaku yang kulakukan... (tangan, mata, hati, kaki, mulut...dsbg)
8) adakah berkualiti amal2 baik yang kulakukan (*riya', 'ujub...)
10) bagaimana dengan titian sirat yg akan kulalui nanti
11) timbangan amalanku.. (Timbang Allah adalah paling teliti dan 'adil)
12) dan seribu satu soalan yg mengingatkan alam akhirat)
mak cik: wahai anakku, mahukah kamu melihat wajah pencipta yang amat menyayangimu.. di syurga nanti, dan hidup bersamanya selamanya dalam keadaan penuh nikmat yang tidak tergambar oleh kotak fikian kita.. mintalah pendapat2 sahabat2 yang kamu percayai, yg boleh membantumu kembali ke jalan asal.
lihat semula dirimu sedalam2nya. apakah kamu tahu bila tarikh mati mu dan bersedia mengahadapinya..
astaghfirullahal'adzim.
anak: (*terdiam, bisu seribu bahasa, cuba merenungkan kembali dirinya)
mak cik:Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) [Surah al-Israa ayat 32]
Katakanlah pada orang-orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya yang demikian itu adalah lebih baik bagi mereka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya ........ [Surah An-Nur ayat 30-31]
Janganlah kamu mengikuti pandangan pertama (kepada wanita) dengan pandangan berikutnya. Kerana yang pertama itu untukmu dan yang kedua adalah dosa[Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi dan Hakim).
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang-orang beriman, hendaklah mereka mengutamakan rasa malu (salah satu akhlak yang mulia) dan iman merupakan dua hal yang tidak boleh dipisahkan antara satu dengan yang lain, maka apabila salah satunya diangkat (hilang) maka hilanglah yang lain.(Hadis riwayat Al Hakim dan At Thabrani)
Sesungguhnya kepala(seorang lelaki) yang ditusuk dengan besi itu jauh lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.(Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi)Tercatat atas anak Adam nasibnya dari perzinaan dan dia pasti mengalaminya. Kedua-dua mata zinanya melihat, kedua-dua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang dengan keras), kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang berhasrat dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya.(Hadis riwayat Bukhari).
sahabat2 yg disayangi,hidup adalah rangkaian pilihan demi pilihan, hanya orang-orang yang berusaha memelihara hubungan dengan Allah dan mencari ilmu sahaja yang akan memilih kebenaran. Kerana rezeki, maut, dan jodoh setiap manusia telah Allah tetapkan, maka yang perlu kita lakukan adalah bagaimana untuk selalu memperbaiki usaha kita dalam menerima ketiga-tiga perkara itu. Banyak perkara yang kita pandang baik, namun tidak dalam pandangan Allah. Bersabarlah atas takdir Allah, kerana sesungguhnya buah kesabaran itu sangat manis dan sangat lazat.
wallahua'lam.
Dimulakan dengan
Saturday, 26 July 2008
utamakanlah pandangan Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment