Ampunkanlah aku, sesungguhnya dosa-dosaku telah
meliputi diriku
Matikanlah aku didalam agama Nabi Muhammad
Hidupkanlah hatiku dihari semua hati hidup
Sembuhkanlah hatiku dari penyakit yg menguasainya
Ya Allah yg mengubati para hamba
kurniakanlah rasa hampir denganMu
Aku sangat perlukan Engkau dan kasihkan Engkau
Kurangkanlah kegelinciranku
Kurniakan rasa hampir denganMu
Sesungguhnya penyakitku akan sembuh dengan rasa hampir denganMu
Terlalu panjang malam aku melakukan maksiat itu
Malam itu telah berlalu dan dosanya tetap ada pada diriku
Apakah daya upayaku,
aku telah melakukan derhaka secara jahil
Bagaimanakah aku tidak malu,Engkau sentiasa melihat dan menunggu
YA RABBI
Taubat bermakna kembali dr berbagai sifat tercela kepada berbagai sifat terpuji.Dikatakn sesiapa yg kembali dr perkara-perkara yg berlawanan dgn hukum Allah dlm keadaan takutkan azab Allah,maka dia adlh orang yg bertaubat dr dosa.
Wajib bg seseorang hamba agar segera bertaubat supaya ia dapat membersihkn diri dr kemurkaan Allah dan agar dia terlepas dr seksaan yg selama-lamanya dan dapat mencapai kebahagiaan yg abadi dan dapat pula menghampirkn diri dipintu Allah dan rahmatnya.Agar dia dapat taufiq dan hidayah untk membuat perkara ketaatan.
Firman Allah:
"Dan bertaubatlah kamu sekalian kpd Allah hai orang-orang mukmin agar kamu beroleh kejayaan"
Firman Allah:
"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu bertaubat dengan taubat nasuha"
Sabda Nabi:
"Sesungguhnya Allah tdk melihat rupa dan tidak pulakpd harta kamu, akan tetapi Allah melihat hati kamu"
KELEBIHAN TAUBAT
firmaN Allah:
"Sesungguhnya Allah menyukai orang yg bertaubat dan Allah kasih terhadap orang-orang yg menyucikan diri"
Sabda Nabi:
"SeSungguhnya Alah membuka tangaNya pd waktu malam untk menerima taubat orang yg melakukn kejahatan pd waktu siang dan Allahembuka tanganNYa pd waktu siang untk menerima taubat orang yg melakukn kejahatan pd waktu malam,hinggala terbit matahari dari barat"
Sabda Nabi:
"Orang yg bertaubat itu adalah kekasih Allah dan orang yg bertaubat dr dosa itu seperti orang yg tdk ada dosa langsung"
Sabda Nabi"
"Sesungguhnya kebaikn-kebaikan itu akan menghapuskan berbagai kejahatan sebagaimana air menghapuskan kekotoran"
Ya Tuhanku kurniakanlah taubat sehingga aku dapat bertaubat
Syarat-syarat taubat:
1)ada rasa menyesal terhadap dosa-dosa yg dilakukan
2)keazaman tidak akan kembali atau mengulangi dosa
3)hendaklah meminta maaf kepada orang yg dizalimi
4)hendaklah meminta halal dari orang-orang yg pernah bersengketa kemudian berbuat baik kepada mereka sekiranya boleh
5)wajib mengqadhakan perkara-perkara yg difardhukan keatasnya yg tlh tertinggal
6)setelah bertaubat maka wajarlah ia mengasuh dan membiasakn diri untk taatkan Allah
7)hendaklah ia meninggalkan sahabat yg jahat
8)Janganlah meninggalkan taubat jika ia melakukn dosa lagi kerana seseorang itu bila bertaubat Allah terima taubatnya.
9)tidak wajar ia berputus asa dr rahmat Allah
Firman Allah:
"Sesungguhnya tidak berputus asa dr rahmat Allah kecuali orang-orang kafir"
Hujjah al-Islam al-Ghazali berkata:
"Sesiapa yg tidak segera bertaubat dengan melambat-lambatkannya ia berada diantara dua bahaya besar;
1)kegelapan maksiat itu akan bertompok-tompok didalam hatinya sehingga jadilah ia sebagai dinding yg menghalang yg sangat keras yg tdk boleh dihapuskan
2)ia akan segera sakit atau mati maka ia tidak dapat peluang dan masa untuk berusaha menghapuskan kegelapan dosa itu.
Oleh itu maka diriwayatkan didalam al athar:
"Bahawa kebanyakan keluhan ahli neraka ialah disebabkan sifat berlambat-lambat tersebut dan kebanyakan jeritan mereka ialah: Hai celakanya org yg melambat-lambatkan.Tidaklah binasa masuk neraka orang yang binasa itu kecuali dengan bertangguh-tangguh dan tidaklah berjaya orang yg berjaya masuk syurga itu kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera"
WAHAI SAHABATKU SEKALIAN ,MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK KEMBALI KEPADANYA
BERSAMBUNG.....
Dimulakan dengan
Sunday, 13 July 2008
TiNtA tAuBaT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment