Assalamu'alaykum semua!
Rindu pulak rasanya nak menulis di sini. Lama dah tak membebel. Haha. Segan nak merepek. Jadi hari ini ana menulis dengan beberapa persoalan yang bermain di minda, tentang blog ni. Ana lihat semakin bagus blog ni, sarat dengan tazkirah dan chatboxnya penuh dengan peringatan. Perkembangan yang amat positif. Tapi persoalannya, daripada berapa ramai ntah yang datang blog ni (semalam ada 101 visitors), berapa peratus agaknya yang baca isi kandungan dalamnya? Hmm....
Ana bukan nak protes letak tazkirah, cuma mungkin kena kaji balik kot keseimbangan kandungan blog. Di samping tazkirah mungkin kita boleh muatkan isu semasa, bukan sahaja perkembangan dunia Islam tapi masukkanlah berita apa2, sebab isu semasa ni penting - tapi takleh cerita lebih2 pasal politik, blog kita blog budak sekolah... (tapi siapa pulak nak baca ek?)
Selain tuh, aktiviti2 kat sekolah atau kat luar yang melibatkan batch kite, macam mukhayyam, sukan tahunan, kem tahfiz, chemical engineering carnival, uia debate, ape2lah, sukan jim pun boleh, kita buatlah liputan kat blog. Perkongsian pengalaman, kalau malas sangat nak type, share gambar je pun dah ok. At least kita ada record untuk apa yang berlaku sepanjang kita bersekolah di SMIH. Kut2la 10 tahun kemudian kita bukak balik blog ni, adalah kenangan manis tuh...
Selain tuh, kalau ada kerja sekolah macam folio ke, nota ke, silakanlah berkongsi dalam blog ni. Tak semua orang tahu dan salin kerja2 tu, jadi kita saling membantu supaya kita boleh berjaya bersama-sama. Kan best...
Pastu kalau sesiapa yang rajin berkarya (sajak, cerpen, syair, photoshop), ehem (qurrah?), kongsilah karya antum di sini. Moga manfaatnya berterusan walaupun sehingga hari perhitungan. Siapa tahu penulisan antum hari ini memberi manfaat berpanjangan kepada individu yang lain?
Sebenarnya macam-macam yang kita boleh buat dengan blog ni, cuma kena pandai manfaatkan. Seorang tak boleh nak buat semua. Macam ana, ana tak reti nak tulis tazkirah, tapi mungkin kalau rajin sikit ana boleh post gambar2 (em, kena transfer dari komp abah pulak :P). Yep, masing-masing punyai kekangan masa tapi sikit2lah... Boleh je sebenarnya.
Ok, sesiapa yang nak jadi blog author (boleh terus post blog entri) hantar email ke batchsebelas[at]yahoo[dot]com. Kalau malas nak jadi author, boleh postkan terus entri anda ke batchsebelas[at]yahoo[dot]com, tapi mungkin lambat sikit baru post kat blog.
Tu je kut bebelan ana pada hari ini. Salam Ramadhaan Al-Mubarak!
-Fathimah-
Dimulakan dengan
Sunday, 31 August 2008
Meriahkan blog ini!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment