bismillahirrahmanirrahim,
perkongsian daripada perkongsian...
sifat2 ini diambil daripada mafhum surah AlFurqan (63-74). antaranya;
1) berjalan di muka bumi dengan merendah diri
iaitu sentiasa dlam keadaan (tenang) spt peribadi Rasulullah. berjalan pantas kerana punya misi dan matlamat, sentiasa menghargai masa yang dia ada walau sesaat.
2)Berwibawa dan mempunyai matlamat dalam hidup, yakni tidak melayan ajakan melakukan kebodohan oleh orang2 jahil.
iaitu sentiasa mengucapkan kata2 yang baik walau dicerca.
3)Melalui malam dengan sujud dan berdiri seraya memohon dijauhkan dari azab api neraka yang sangat pedih.
4)Mereka menjadi contoh kesederhanaan dan keseimbangan dalam berbelanja dan bertindak.
1/3 untuk dibelanjakan, 1/3 untuk disimpan, dan 1/3 untuk diinfaqkan.
5) Mereka tidak menyengutukan Allah (pesanan: syirk khafiy,syirk jali: riya' takabur), tidak membunuh jiwa manusia, tidak berzina (pesanan: ada pelbagai jenis bentuk zina). Jika mereka melakukan dosa, mereka segera bertaubat dan menggantikan maksiat itu dengan amal soleh.
6)Tidak memberi persaksian palsu dan menjauhkan diri dari perkara2 atau tempat yang kotor atau buruk.
7)Mereka sangat berlapang dada dan cepat mengambil pelajaran jika diingatkan serta terbuka hatinya menerima ayat2 Allah. (jika tidak faham dalam sesuatu ilmu, dia bertanya)
8)Berdoa mengharapkan agar kemuliaan mereka hidup di atas manhaj Ilahi itu dilanjutkan oleh pasangan dan keturunan mereka serta mereka menjadi teladan kepada orang bertaqwa yang lain.
maksudnya, kebaikan yang dia ada bukan untuk dirinya sahaja tetapi untuk semua orang di sekelilingnya mendapat kebaikan tersebut.
BALASAN BAGI HAMBA YANG MULIA (ayat 76, AlFurqan)
"Mereka itulah orang yang dibalasi dengan...
1) martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka
2) dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya. mereka KEKAL di dalamnya.
*syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kembali"
(semoga kita sama2 berjaya dalam pelayaran kita ini menuju perkampungan akhirat yang lebih baik dan kekal.)
wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment